KENALI WAJAH PENJENAYAH YANG MEMBUNUH PEMBANTU RUMAH



Inilah penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap pembantu rumahnya warga Indonesia sehingga mati.Kini beliau akan menderita sepanjang hidup di penjara....rasakan nanti di dalam penjara....

LAGI LOMPAT:HE..HE..HE


Lagi keluar istihar BEBAS-hadir bersama isteri berkacamata hitam dan bekas setiausaha PKR Selangaor yang juga rakan Ezam, maka jelaslah bahawa Umno akan sambut.
Ketua pembangkang Khir Toyo menyambut baik langkah Badrul dan menyatakan bahawa jika beliau menyertai Umno semua kemudahan akan diberikan untuk beliau berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu....he..he..
masyuk...masyuk.....
BUAH TANGGUNG UNTUK DILIBAS

KHALID ARAHKAN ADUN KLANG LEPASKAN JAWATAN


SHAH ALAM-Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi dari pejabat Menteri Besar Selangor supaya ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan beliau sebagai ADUN kawasan tersebut.

Menurut Tan Sri Khalis lagi, pihak badan perhubungan negeri cuba menghubungi beliau dengan sms dan juga panggilan telefon, namun sehingga kini beliau membisu dan tidak membuka telefonnya.

Badrul yang memenangi kerusi DUN Pelabuhan Kelang pada pilihanraya lepas dengan mengalahkan Datuk Mat Derus dengan majoriti 4,407 undi dikatakan gagal menunjukkan prestasi yang terbaik sebagai langkah dan moto Pakatan Rakyat untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Beliau yang sejak menang, namun gagal menunjukkan prestasi yang baik dan dikatakan tidak membuka pusat khidmat beliau sejak memenangi pilihanraya lepas.Pihak PKR telah di beritahu berhubung dengan perkara ini.Kemungkinan besar satu pilihanraya akan di adakan bagi menggantikan beliau.


FOTO:MALAYSIAKINI

LETTER TO THE EDITOR/MEDIA STATEMENT

LETTER TO THE EDITOR/MEDIA STATEMENT

The Chaotic Perak State Assembly

Law and order has completely broken down in the Perak State Assembly. What we are witnessing today is a farce that has brought down the dignity of the State Assembly.

This may be the first occasion in the entire history of parliamentary democracy when two separate Assemblies have met under one roof simultaneously presided over by two Speakers, with two different agendas tabled and debated.

This circus will be the order of the day when parliamentary procedures and principles are ignored frustrating the will of the people by underhand tactics with the assistance of corrupt politicians. Anarchy reigns supreme in the Perak State Assembly today.

This is what is to be expected when the majority mandate of Perakians are nullified by three unscrupulous political "frogs" who betrayed their mandate by switching party and making a mockery of Parliamentary democracy.

For this chaotic situation in the Perak State Assembly, the Barisan Nasional must be held accountable. It is they who masterminded the toppling of the Perak Pakatan State Government. It was our Prime Minister who engineered the fall of a duly elected government of the people. For all his talk of democracy and 1Malaysia, he has miserably failed to unite the people or persuade them to share his vision for the nation.

This is not the government the people wanted or elected or supported. This is the government thrust upon them by foul means. They don’t feel themselves as part of this undemocratically foisted government.

Even at this stage, it is never too late to right the grievous wrong to put matters right. The only solution is to dissolve the Perak State Assembly to seek a fresh mandate of the people. If the BN is very confident and is convinced that Perakians are solidly behind the BN, this is the time to put that belief to the test.

P Ramakrishnan

President,

Aliran

28 October 2009

PAS PERLU WUJUD DALAM PAKATAN.TINDAKAN DSAI DI PERTIKAI

Prominent blogger Raja Petra Kamarudin wrote yesterday of Anwar going into “self-destruct mode.”

“Anwar Ibrahim and many of the opposition leaders have this false feeling of grandeur… but are not grand and certainly far from great.

“They did not make March 2008 happen. The people made it happen. And what the people make the people can break. And the people are of the opinion that the opposition leaders, Anwar included, have lost their direction.”



P/S- DENGAN CERITA ORANG DISEKELILING YANG BUAT BANYAK CERITA.NAMUN AKHIRNYA TAK KEMANA JUGA.CERITA BAB SURATKHABAR PARTI SENDIRI PUN DAH HARUBIRU,INIKAN PULA BAB-BAB YANG LAIN.


ISU SEPT...AKHIRNYA MAKAN DIRI.CERITANYA ADA YANG KATA SOKONG ,DIKATAKAN MENYEBELAHI.AKHIRNYA TAK JADI.BUKAN TAK JADI, TAPI SALAH TAFSIRAN....

DI CERITAKAN JUGA PARA REFORMIS PUN DAH TAK TAHAN NAK LEPAS GERAM.....CUMA YA LAH..MASA SENANG NI LUPAKAN LAH REFORMIS NIH...DEMONTRASI BUKAN CARA KITA,INI SEMUA BOLEH BUSUK NAMA SAHAJA.....MACAM KATA-KATA CIKGU BARD.....MASA NAK KERAH KERBAU PI BUAT BENDANG, MASA SUSAH DULU..........

PANDANGAN AZIZ BARI-

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia.

Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan.


Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku.


Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO.


Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang.


Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu.


Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan datang.

HA..HA..ELOK JUGA KATA-KATA NI-WARTWAMAYA

Hah .. dah tau jawapan Presiden PAS malam tadi? Puas hati? Beri pendapat.

Aku bagi klu sikit.

Sebenarnya isu UG ni tak timbul selepas pendedahan pertemuan yang berlaku dulu, tapi ia di katakan berlarutan selepas itu, kerana ......
  • Mangkuk hayun yang dipilih sebagai pemimpin parti itu terjojol-jojol muka pi jumpa media arus perdana, cerita pasal tak rasa puas hati antara parti PR sendiri. Sedangkan mereka ada saluran media mereka sendiri.
  • Mangkuk hayun yang dipilih sebagai pemimpin parti itu mengeluarkan isu isu kontroversi terutama berkaitan kaum, di waktu pilihanraya.
  • Mangkuk hayun yang dipilih sebagai pemimpin parti itu buat itu dan ini ... (opppsss)
Kata hadi "Isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi."

Dia tak sebut tentang kepastian tentang UG dah selesai dan apa langkah langkah untuk mengelak perkara itu berulang. Atau aku sendiri tak baca berita. Apa pendapat nkorang? Warta Maya.



PKR:MEDIA DI SALAHKAN,ADA YANG CUBA MENGLIHKAN ISU


FOTO:COURTESY BY MALAYSIAN INSIDER
Pengarah Pilihanraya PKR,Tian Chua hari ini,menyalahkan pihak media berhubung dengan kegawatan yang berlaku dalam parti tersebut. Sambil menyifatkan bahawa apa yang berlaku dalam PKR di sebabkan liputan media yang celaru dan tidak mendapat penjelasan yang telus dari pihak parti.
Semalam pihak media melporkan bahawa Salehudin telah melepaskan jawatan berhubung dengan apa yang di laporkan berlaku di mana beliau di katakan telah melepaskan jawatan, manakala salehuddin sendiri kemudianya menafikannnya .
"Kita tidak menyalahkan media, namun ada setengah pihak yang cuba memutarbelitkan berita dan menjadikan ianya sesuatu yang begitu sensasi.Apa yangberlaku sekarang ini ialah cuba mengalihkan isu sebenar yang sedang berlaku dalam negara",demikian jelas beliau lagi.
Salehudin di katakan menghadapi masalah dengan beberapa pimpinan yang berada di sekeliling Anwar dan tidak hadir dalam beberapa mesyuarat penting.
Semalam juga PKR dikejutkan dengan berita bahawa Naib Presiden Datuk Jefri Kitingan yang di katakan melepaskan jawatannya , namun pihak PKR sendiri tidak mendapat sebarang berita dari Datuk Jeffry sendiri.
Berita beliau melepaskan jawatan dikatakan berikutan perlantikan Ahmad Thamrin Jai sebagai ketua perhubungan negeri menggantikan Jefri Kitaingan.Thamrin dikatakan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kaum Kadazan yang merupakan penduduk terbesar di Sabah.

NIZAR:ADAKAN PILIHANRAYA DI PERAK


update:28 Okt 2009. 3.30pm




Ipoh- selepas di singkirkan secara paksa, bekas menteri besar sah pilihanraya di negeri tersebut.Beliau menyatakan demikian betapa rakyat Perak kini perlu diberikan peluang untuk memilih kerajaan yang betul-betul sah dan ianya terserah kepada rakyat Perak sendiri untuk menentukan siapa yang berhak mewakili mereka.




"Tidak ada cara lain selain membubarkan DUN dan di adakan pilihanraya semula. Pelabur tidak masuk dan keadaan ekonomi pada dasarnya nampak normal namun keadaan dalamannya teruk.Kepercayaan pelabur sudah hilang dan ini harus di pebetulankan."demikian jelas beliau kepada Malaysiakini.





"Zamry harus membubarkan DUN dan berjumpa pihak istana supaya iplihanraya diadakan agar rakyat dan juga pelabur merasa selesa."

Menurut Nizar lagi tanda-tana keda kemuginan wujudnya ilihanraya dierak iaah dengan pengloibatan SPR dengan mendaftar semua engundi, malahan Najib sedir hadir dalam kempen 1 Malaysia yang diadakan baru-baru ini , dan pada bulan Raadahan baru-baru calon Bn telah hadir denan memberikan berbgaai keprluan keada penduduk.

Keduanya Bn mungkin akan mengadakan pilihanraya pada masa terdekat ini kerana ianya masih baru terutamaya selepas kemenangan di Bagan Pinang dan ia mahukan semangat tersebut di teruskan dalam masa terdekat ini ..

Nizar mendaka bahawa pihak PR bersedai dengan semua kemungkinan tersebut dan yain bahawa rakyat bersama Pakatan Rakyat.

BUDAK 5 TAHUN BOLEH JADI KUAT.MACAMANA PAKATAN RAKYAT???



APAKAH APA YANG KU BACA INI BENAR? ASD..BLOG
Pendedahan 1 - mohon penjelasan AJK Pusat ! - (11 comments)

Budak 5 tahun ini melakukan aktiviti yang hebat.Tidak macam usia beliau 5 tahun.Namun keupayaan beliau hebat.Bagaimana Pakatan Rakyat????Belum 5 tahun,gamaknya perjuangan belum sehebat budak ini.Rakyat di bawah kacau tengok apa sudah jadi dengan PR.Orang-orang reformasi senyum juga berbincang dengan situasi semacam ini.Jika Bn lakukan pilihanraya mengejut,sudah tentu PR kalah teruk.Betul DS Najib banyak lakukan kesilapan, tetapi PR tak menunjukkan prstasi yang menarik masa kini dan menghilangkan keyakinan rakyat.Rakyat di bawah menanti sesuatu yang baik kepada wakil-wakil Pakatan Rakyat, namun jadi sebaliknya.PAS dengan masalah PAS, PKR macam PKR.Lantik orang nu..orang ni letak jawatan,lantik orang nun,orang nin letak jawatan....he..he..macam main aci lut pulak.....


Patut berbincang elok-elok....semua orang letih.........rakyat pun letih juga.........

SOSIAL-SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB HARUS JUGA DI HUKUM BUNUH


Pembantu rumah warga Indonesia, Mantik Hani, 36, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka di seluruh badan serta kepalanya dicukur hampir botak, disyaki didera oleh majikannya di Taman Sentosa, Klang, meninggal dunia hari ini.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi selepas lima hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak 20 Oktober lalu.
Mantik ditemui terkunci di dalam salah sebuah tandas di rumah majikannya di Jalan Datuk Yusuf Shahbudin 6, Taman Sentosa, di sini, 20 Oktober lalu.
Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan begitu lemah dan lesu dipercayai didera serta tidak diberi makan sejak beberapa hari oleh majikannya selain kepala dicukur hampir botak.

Bagaimanapun, polis berjaya menyelamatkan mangsa pada pukul 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu sebelum dikejarkan ke HTAR untuk rawatan lanjut.
Susulan itu, lelaki yang merupakan majikan mangsa telah menyerah diri kepada polis sehari selepas mangsa ditemui dan suspek dikenakan reman sehingga 28 Oktober manakala isterinya sehingga esok.
KITA TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA.NAMUN PERBUATAN INI KETERLALUAN DAN KEJAM SERTA TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.DEDAHKAN WAJAH "PENGGANAS" INI AGAR SEMUA ORANG MENGENALINYA.KITA BERHARAP KETIKA DALAM PENJARA NANTI, BELIAU AKAN JUGA DI HUKUM DENGAN APA YANG BELIAU LAKUKAN.HUKUM MANUSIA KEJAM INI DENGAN HUKUMAN BUNUH KERANA MEMBUNUH.

PR KOMITED KUKUH HUBUNGAN

Oct 27 – Operation Lalang rememberedMalaysian Mirror


; Tuesday, 27 October 2009



LETTER



Twenty-two years ago, the then PM Dr Mahathir Mohamad committed a heinous crime by ordering the detention of 106 concerned Malaysians for his self-preservation. He was under extreme political pressure and his response to this challenge was to be high-handed and undemocratic. He resorted to the use of the infamous ISA to smack down the dissidents, social activists and opposition figures.



He was then conveniently rolled into three-in-one: prime minister, home minister and justice minister. As prime minister, he was all powerful to do whatever he wanted to; as home minister he resorted to the use of the ISA and signed the detention papers to put away 106 Malaysians without charging them in an open court of law where they could have exercised their legitimate right to defend themselves; as justice minister, he shamefully denied them their natural justice.
This is why October 27 will be a day of shame for this nation and Mahathir will be forever part of that shame. He was the one who perpetrated this unjust act that took away the freedom of Malaysians without a just cause.



Though we justly despised colonial rule, we had no qualms in retaining a colonial law that had imposed and inflicted untold misery on numerous citizens of this country. We gained independence but we retained the undemocratic colonial instruments of oppression that imprisoned the citizens and denied them their inalienable right to freedom.



As long as this nefarious law remains in our statute books, the struggle to abolish this law will continue unabated. We know that only with struggle, change will come. Until we achieve that change we crave for, the struggle will continue.



This is our pledge to the nation.



P Ramakrishnan

President





KARTUNIS ZUNAR DALAM RANGKA LAWATAN MEMPROMOSI AKTIVITI MELUKIS DI KALANGAN KANAK-KANAK


BERSAMA YB SALLEH MAN DI PASAR MALAM PENANTI PERMATANG PAUH








KARTUNIS ART BERSAMA 2 WAJAH KANAK-KANAK YANG DILUKIS BELIAU




PANGGILAN SIDANG DARI LELAKI MISTERI

KEMELUT PAKATAN

JIka di katakan bahawa pakatan pembangkang adalah tersusun, namun kini menjadi sebaliknya.kalau dulu pakatan pembangkang nampak lurus bendul dan hebat , kini nampak sebaliknya pula.

Sebelum pilihan raya umum 2008, ramai yang yakin dengan kemampuan parti-parti pembangkang untuk menambah kerusi Parlimen berikutan kelemahan pentadbiran kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin tak banyak tapi pasti bertambah kerusi.Tambahan pula dengan kebebalan sikap pimpinan Umno yang bebal dan tidak mahu ditegur rakyat, undi berpihak kepada pembangkang.

Dengan hanya mempunyai 20 kerusi Parlimen (tidak termasuk satu bebas pro-Barisan Nasional) yang dimenangi pada 2004, ramai yang berharap pembangkang dapat menggandakan kerusi, atau setidak-tidaknya menambah 10 lagi. Pada masa itu BN menguasai 198 daripada 291 kerusi, atau 90.4 peratus.

Parti-parti yang dijangka dapat meraih sokongan tinggi adalah DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 12 dan tujuh kerusi Parlimen. Tidak ramai yang yakin dengan kemampuan Parti Keadilan Rakyat yang hanya ada kerusi tunggal di Permatang Pauh. Yang kesian kepada PKR pun hanya berani mempertaruhkan parti itu mencapai tidak lebih lima kerusi.Akan tetapi keada berlaku sebaliknya.PKR muncul mempunyai kerusi yang lebih banyak berbanding pakatan Pembangkjang yang lain.

Apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 kii boleh dikatakan sudah berlalu. PKR menjadi parti pembangkang paling besar dengan 31 kerusi diikuti DAP 28 dan PAS 23 (di mana satu kerusi PAS dimiliki calon ketuanan Melayu yang pro-Umno).Rakyat juga kini mengharapkan sesuatu yang baik dan dapat melihat perubahan walau tidak banyak tetapisekurang-kurangnya ianya berjalan.

Semua orang sudah tahu yang BN telah hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan kalah di lima negeri (dan kemudiannya Perak dirampas BN melalui lompatan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR dan DAP menjadi “bebas pro-BN”). Keputusan itu bukan sahaja mengejutkan BN dan pembangkang, malah para pengundi sendiri tidak menyangka undi protes mereka untuk “mengajar” BN telah memberi kesan hebat kepada pembangkang.Namun pembangkang tidak boleh mendabik dada denganbkemenangan yang sementara ini.Persiapan perlu rapi,khayalan tingkat gunung harus di lihat beryapa kuasa memilih rakyat mungkin akan berubah jika masingt-masing nampak bercakaran, tidak menentu hala tujuan dan menghadapi masalah dalaman Pakatan.

Pucuk pimpinan BN, khususnya Umno, terduduk tergamam dengan keputusan itu. Sebaliknya pembangkang yang waktu itu sedang gembira ria memperkenalkan semula diri mereka sebagai Pakatan Rakyat. Lima negeri Pakatan mula menunjukkan yang mereka juga mampu mentabdir walaupun dicemuh hebat oleh pembangkang Umno di negeri masing-masing. Umno yang kucar-kacir menjadi lebih rasis pula.

Kini sudah lebih setahun setengah sorakan kemenangan berlalu. Pemimpin dan ahli Umno yang tergamam dan celupar sebelum ini semakin kelihatan agak tersusun gerakan mereka. Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sedikit-sebanyak mula yakin dengan tindak-tanduk politiknya.Walau di hentam dengan berbagai isu dan propaganda, Najib dilihat tenang menghadapi dan kini berjaya mengharunginya , dan kini nampak gecoh pula di kalangan negeri Pakatan Rakyat.Orang mula meramal kekalahan di Bagan Pinang sebagai sesuatu yang tidak dapat di terima, malah menjadi kayu pengukur kepada keberkeanan Pakatan Pembangkang.

Yang menjadi masalah ialah komponen dalam Pakatan sendiri yang semakin sibuk menembak kaki masing-masing sejak awal tahun ini. Bermula dengan PAS yang serba-salah sama ada mahu menjadi jaguh Melayu Islam atau memenuhi hasrat slogan ciptaan sendiri “PAS Untuk Semua”, ia kini menimbulkan krisis dalaman parti itu terutama dengan kelantangan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak usaha kerjasama dengan Umno yang pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin tertinggi parti. Malah kemelut dalaman seperti itu telah menjangkiti pula parti komponen lain.

PKR sebagai parti terbesar dilihat tidak banyak bergerak untuk mengekalkan sokongan rakyat, kalau pun tidak menambah. Pemimpin tertingginya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih selesa dengan memenuhi jemputan antarabangsa sebagai tetamu kehormat seminar-seminar global. Para pemimpin PKR hanya tergamam melihat masalah-masalah di depan mata.Namun masih gagal lagi untuk bertindak. Ada juga yang seolah-olah tergamam tidak punya idea bagi membantu atau menonjolkan ketokohan apabila memegang jawatan.Rakyat nampak dan melihat semua ini.

Hasilnya, rakyat terutama mereka yang telah memberi undi kepada Pakatan mula gelisah. Ramai yang tertanya-tanya sama ada Pakatan mampu menjadi alternatif kepada BN atau sekadar selesa sebagai pembangkang yang cekap.Malahan jika dilihat dan ditinjau akan apa yang berlaku di negeri pentadbiran pembangkang, wujudnya exco, namun tidak berjalan sebagaimana yang diharapkan rakyat.Manipulasi berita masih lagi menjadi-jadi oleh media arus perdana.Ditambah pula dengan kerjasama media arus perdana memainkan isu dan menjadi penghasut ke[ada kejadian dalaman negeri pentadbiran Pakatan.

Jika hanya mahu menjadi pembangkang, undi mungkin kembali kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. Trend konservatif pengundi Malaysia sering menunjukkan keselesaan rakyat kepada kerajaan yang menawarkan kestabilan politik, walau pun banyak kekangan demokrasi dan hak asasi.Rakyat lebih yakin kepada pemerintah yang dapat memenuhi kehendak mereka. Itu semua maklum dengan jentera ,wang dan juga alat propaganda lainnya.

DAP pula jelas berjaya sebagai kerajaan negeri di Pulau Pinang tetapi di peringkat nasional, ia masih dilihat sebagai pembangkang tradisi, seolah-olah belum bersedia untuk menjadi komponen kerajaan pusat yang baru. Mungkin ini kerana orang kuatnya Lim Guan Eng yang berjawatan Setiausaha Agung terlalu sibuk mentadbir negeri sebagai Ketua Menteri.Malah DAP juga seolah-olah sednag memfokuskan usaha kepada sebuah negeri yang berjaya di tawannya.Bagaimana pula kedudukan Melayu di Pulau Pinang.Rakyat memikirkan bahawa biar Umno memerintah sekurang-kurangnya punya suar yang kuat di Pualau Pinang dan kewujudan Melayu di negeri tersebut.

Keadaan seperti ini memberi peluang kepada Najib dan Umno untuk memulihkan semangat mereka yang terpukul teruk selepas Mac 8 tahun lalu. Jika Najib berjaya menghembuskan semula nafas politik baru kepada komponen-komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, tidak mustahil akar kekuatan gabungan persekutuan itu diperkukuhkan semula.

Lagi pula keadaan politik di Sabah dan Sarawak di mana 54 daripada 56 kerusi Parlimen atau 96 peratus kekal berpihak kepada BN. Dalam masa yang sama pembangkang di kedua-dua negeri itu belum berjaya keluar dari kemelut perselisihan dan perebutan kedudukan.

Sehingga saat ini, belum ada tanda-tanda kesungguhan Pakatan untuk mencari penyelesaian. Majlis menteri besar dan ketua menteri Pakatan yang ditubuhkan pada Januari tahun ini sepi tanpa berita. Mesyuarat-mesyuarat pimpinan Pakatan sering berkisar isu-isu semasa tanpa membicarakan persoalan-persoalan pokok. Soal dasar dan strategi bersama entah ke mana.

Yang masih berpihak kepada Pakatan tetapi jarang diberi perhatian pimpinan ialah kerjasama komponen Pakatan di peringkat akar umbi. Khabar-khabar dari kampung dan kawasan perumahan mencerminkan akar umbi Pakatan dari pelbagai kaum erat dan rapat silaturahim mereka. Biar sehebat mana suara kokok pucuk pimpinan, akar umbilah yang akan menentukan kalah menang di dalam gelanggang.

Jika rakyat masih kelabu dengan apa yang Pakatan mahu lakukan — sama ada bersiap sedia untuk menjadi kerajaan pusat atau sekadar ingin menyelamatkan seberapa banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang — ia bererti mendung bakal berarak di langit gabungan pembangkang.

Memang senang bercakap, atau menulis. Jalannya memang tidak mudah. Media arus perdana masih menjadi alat propaganda BN. Banyak agensi kerajaan bertindak seolah-olah mereka suara BN di mana mereka sering mensasarkan tindakan terhadap para pemimpin Pakatan. Isu kaum dan agama pula masih menjadi duri dalam daging masyarakat. Semua ini ranjau sepanjang jalan buat Pakatan.

Namun hati manusia mampu dipujuk. Sekeras-keras kerak nasi, kena air lembut juga jadinya. Mungkin ada baiknya pimpinan Pakatan menyusur akar, melihat bagaimana akrabnya akar umbi pada masa ini. Memanglah tidak semua keadaannya riang gembira belaka.

Setidak-tidaknya di kalangan akar umbi yang berjaya mewujudkan semangat setiakawan, pasti ada rahsia persahabatan mereka di kalangan PKR, DAP dan PAS yang perlu dipelajari dan difahami pucuk pimpinan. Dari situ mungkin bakal lahir dasar dan program bersama Pakatan yang benar-benar mampu mencabar BN.



WAN HAMIDI HAMID
MALAYSIAN INSIDER

RUMAH BEKAS MB-YANG BARU PULAK????

RUMAH BEKAS MB-GAMBAR DIHANTAR KE BLOG...






Press Statement: Gender Provisions Are Still Missing in Najib’s 2010 Budget

241009 Bukit Mertajam


I would like to first convey my congratulation to Prime Minister Najib Tun Razak for presenting his first budget since his appointment April this year. Nonetheless, it is most unfortunate that while the Prime Minister tried to present a Pakatan Rakyat and DAP-like reform in the economy through his well-worded budget speech, the budget itself failed in the spirit of real reform.


Most prominently, gender provisions are still missing from Najib’s 2010 Budget. The Budget did not reflect the seriousness of gender inequality in our country nor the seriousness of Government’s effort to promote empowerment.


The contributions of homemakers, majority of whom are women, who had played a major role in our socio-economy development, continue to go unrecognized. While we welcome the announcement for the voluntary EPF contribution scheme for the self-employed and those without fixed income, homemakers are still marginalized without a social security and Government supported retirement plan. Consequently, a homemaker will be a continual dependant to her spouse and for the lower income group, will become a burden to the family at old age. This has led to numerous cases of families abandoning their old folks in hospitals as reported in the press.


In contrast DAP has recommended a FairWage component in our Alternative Budget where RM1500 will be given to a homemaker (non-working spouse of a working adult) whose spouse income is not more than RM3000 through the EPF mechanism.


Najib’s budget also failed to include any provision to empower the women workforce which currently totaled about 3.79 million. For working mothers, one of the biggest obstacles is getting good and affordable child care service. We have many times urge the Government to increase provisions for child care whether to build more Government-funded child care centres or to provide child care subsidies so as to provide facilities and incentives to enable more women to participate in the workforce. The increase of the income bracket of RM2000 to RM3000 to qualify for child care subsidy is only limited to those in the civil service.


There is still no Government provision for those in the private sector. A well-planned child care provision will release the majority of mothers who are traditionally the child care givers at home to join the workforce of our economy, this is especially important for poorer families so that mothers can work to bring home a second income. The scheme will also help reduce the dependence on foreign domestic workers who were often hired to take care of children at home. It will also enable children, especially from lower income group to have an equal and healthy head-start and thus pre-empting future social problems of children growing up without proper family care.


In this critical time of the global economic downturn and in view of the slow recovery, Najib’s budget did not raise the confident of Malaysians who were expecting a more just and social-driven reform. Instead, more allocations were given to projects and programs which have yet to demonstrate a direct impact on the persons on the street. Sadly, women, especially homemakers and those from the lower income groups, who are the worst hit group in the economic downturn, continued to be marginalized and isolated from the wealth and prosperity of our Country.
Prime Minister Najib should have heeded the DAP Alternative Budget which is a true people-focused budget and not merely going about “doing business as usual”. He should also follow the examples shown by Pakatan Rakyat State Governments such as Pulau Pinang and Selangor which has been given positive commendations by the Auditor-General for prudence utilization of resources.




Chong Eng
Bukit Mertajam Member of Parliament
DAP Deputy Secretary-
General DAP Wanita Chief

PRESIDEN PKR SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI


Permatang Pauh -Seramai 70 orang masyarakat di bawah Parlimen Permatang Pauh menerima bantuan pakaian dan beberapa kelengkapan bagi bakal jemaah haji .Jemaah lelaki 39 orang manakala jemaah wanita pula -31 orang.Meneurt Setiuasaha bahagian Sdr Roslai ,bantuan ini akan diberikan lagi kerana ada yang tertinggal dan ini akan disampaikan dari rumah kerumah.

MALAM ULANGTAHUN ALIRAN YANG KE 32
















PULAU PINANG-Malam ulangtahun ALIRAN KE 32 Aliran Kesedaran Negara-salah sebuah NGO' yang tertua di Malaysia yang memulakan langjah pertama pada tahun 1977 dan kemudiannya berkembang dengan mengeluarkan majalah pertama dimalaysia dan luar negara dan merayakan tarikh yang ke 29 bersama majalah ALIRAN.


Turut hadir menghiburkan hadirin ialah Pete Teoh salah seorang penghibur yang memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah triple, dimana beliau merupakan orang meulakan projek Malaysian Artist For unity dna juga pengarah projek 15Malaysian.Kisah filem pendek yang mengenegahkan kehidupan realiti rakyat Malaysia.


Juga tidak kurang hebatnya adalah ALIRAN SINGERS yang mempersembahkan lagu -lagu dengan pertolongan kumpulan ABBA dengan senikata berkisarkan latarbelakang politik Malaysia..



MAKLUMAT SETERUSNYA DALAM AKHBAR KONSEP ERA PAKATAN KELUARAN AKAN DATANG


KALAU DAH BUSUKKKKKKKKK

OKT 22 — Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak.

Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam Umno dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana Umno. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah Umno diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta Umno tersebut. Jadi dari situlah harta Umno hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan. Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di New Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari Umno pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden Umno Baru Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya Umno Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu ke mana harta Umno pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya “Saya Pun Melayu” saya tidak pernah menjadi orang kanan Umno dan rapat dengan pemimpin tertinggi Umno. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan Umno waktu Dr Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat Umno. Yang jadi peguam korporat Umno masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa -apa “corporate deals” berhubung Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan Umno. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari Umno. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa Umno tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik Umno, saya hanyalah ahli Umno biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta Umno hilang tetapi juga mengapa Umno diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi “political assassins” seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.

7 SEKOLAH YANG MENGADA-NGADA.

7 buah sekolah tersebut adalah SK Assunta 2, SK Bukit Damansara, SK Seri Hartamas, SK Taman Megah, SMK Seri Hartamas, SMK (Perempuan) Sri Aman and SMK Taman SEA.Pengerusi PIBGF Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata mereka bukan menentang kerajaan cuma , tidak bisa berbahasa Melayu takut jatuh standard sebagai golongan kaum bandar dan kaya raya....

Inilah natijah apabila anak-anak tak mahu menggunakan bahasa kebangsaan dan lancar serta lebih lancar berbahasa inggeris dari berbahasa Malaysia. Orang kampung di kampung-kampung yang bersetuju termasuk di Bagan Pinang pun bersetuju untuk menggunakan bahasa Ingeris sebagai bahasa pengantar kerana banyak saintis lahir di negara-negara membangun dengan menggunakan bahasa ingegris sebagai bahasa pengantar.

Singapura yang telah 47 tahun merdeka dari Malaysia, telah menghantar rakyatnya ke bulan kerana menggunakan bahasa ingeris sebagai bahasa pengantar.............he.he.he.....Jepun,Russia,Italy,Perancis,China,Korea,Jepun menggunakan pengantar bahasa ingeris dalam pengajaran dan pembelajaran mereka sejak berzaman-zaman dan kerana itu negera tersebut menjadi lebih maju dari malaysia yang mengunakan bahasa Melayu.

well Datin....me no spek english..............

AZMIN AKAN DI GANTI SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI

Pengerusi perhubungan negeri Sabah akan bertukar lagi gara-gara sedikit perselisihan faham antara YB Azmin dan juga Zaid Ibrahim .Ianya bermula apabila Datuk Jefry Kitingan menjemput Zaid Ibrahim ke satu majlis jamuan hari raya. Zaid Ibrahim hadir atas kapasiti sebagai salah seorang wakil yang akan menjelaskan dasar-dasar dan merombak serta merangka aliran bagi pembentukan satu dasar buatPakatan Rakyat.

Namun perselisihan pendapat ini adalah perkara kecil dan bukannnya satu isu besar.Ianya telah selesai dan Zaid Ibrahim akan kembali bertugas setelah menyiapkan draf perlembagaan dan juga dasar bagi pembentukan satu lambang juga menggunakan satu nama Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihanraya.

Sementara itu maklumat sahih juga memberitahu bahawa akan berlaku beberapa pertukaranpengerusi perhubungan negeri termasuk di Pulau Pinang.Buat masa ini di Pulau Pinang, pengerusi perhubungan ngeri di pegang Datuk Zahrain.Beberepa negeri lain juga terlibat bertujuan untuk memantapkan lagi PKR negeri-negeri.

TIAN DIDAPATI BERSALAH.ADAKAH JAWATAN AHLI PARLIMEN BELIAU JUGA AKAN DILUCUTKAN


Tian Chua ahli Parlimen Batu yang juga pengarah pilihanraya PKR telah di dapati bersalah dan di denda 6 bulan penjara atau denda RM3000 keran Rosyaidi Anuar, 21, dihadapan banggunan Parlimen pada 10.45am on Dec 11, 2007.

Namun dalam rayuan beliau menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan beliau menggigit, malahan beliau ditumbuk oleh Rosyaidi.
Hakim Nohd Mohd Faizi berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Mahkamah walau bagaiaman pun membenarkan Tian di benarkan Tian membuat rayuan.Namun timbul persoalan jika pilihanraya di adakan, atau adakah Bn mahu mencuba merampas di kawasan Batu sebagaimana yang berlaku di mana-mana kawasan PR untuk menunjukkan semangat 1 Malaysia berjaya???cuba lah.....

NAZRI JAWAB GUAN ENG-KES LINGGAM DI TUTUP











Menurut Nazri menjawab soalan bertulis dari YB Guan Eng, kes tersebut telah menjelaskan bahwa 3 kes telah di gugurkan sebab tidak cukup bukti dan tidak releven manakala 1 kes lagi sedang dijalankan siasatan lanjut di tangan SPRM.

Nazri berkata kes siasatan yang di klasifikasikan sebagai "tiada siasatan lanjut", kerana tiada tertuduh yang sanggup untuk mengaku dan menyerahkan dokumen apabila diadakan temujanji dengan Pihak Hakim mahkamah tinggi.

Orang ramai boleh membeli laporan tersebut pada harga RM542.10 senaskhah.
Salinan laporan

Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.

Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.

Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.

Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan.

"Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.

"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.
Siasatan adil

Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).

"Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.



Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.

Seperti biasa rakyat memahami bahawa tiada tindakan yang diambil walau jelas kes video tersebut menggemparkan negara kerana hakim di tentukan oleh peniaga yang juga bergelar hakim.



------------------------------------

SOSIAL: SEJADAH SOLAT DI SURAU









UPDATE 633PM




PERMATANG PAUH-Belum reda dengan kes sejadah bersolat berjemaah di Kelantan,kini muncul pula kes terkini di Permatang pauh.Sejadah bersolat secara berjemaah dikatakan berlaku setibanya jemaah untuk solat asar petang tadi(sebentar tadi waktu solat).





Menurut En Wazir seorang peniaga dihadapan surau yang bertentangan dengan sekolah kebangsaan Tanah Liat,beliau dan beberapa jemaah lain yang hendak solat asar terkejut.Surau memang berkunci dan tiada sesiapa pun masuk kerana saya memang berada di hadapan suarau ini berniaga.Apabila tok siak ingin membuka pintu dan saya berada sekali untuk masuk,kami melihat sejah seperti ini.




Terdapat sejadah yang menjadi "imam" mempunyai tasbih.Tasbih ditinggalkan imam selepas solat dan menunjukkan seolah-olah berzikir.




Kilik gambar untuk besarkan

TIAN DAKWA SYAFIE AFDAL SALAH GUNA KUASA


Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

Iklan





Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.

"Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak 'follow up' dengan bukti tambahan."katanya.

Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.

Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker' untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.Makalumat yang diberikan projek yang bernilai RM200 juta itu pada asalnya diberikan tender terbuka kepada 4 bauh syarikat, namun syafie kemudiannya telah menambah 4 syarikat lagi kepada 8 syarikat dan peruntukan sebanyak rm200 juta itu kemudiannya menjadi kan jumlah keseluruhan kepada rm300 juta.

Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.

Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek�projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya.

Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender.

Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera.

Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100.

"Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini."katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM."katanya.

Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.

Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu. _

KLIA JATUH LAGI

1.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA INCHEON - KOREA SELATAN
DINOBATKAN sebagai lapangan terbang antarabangsa dunia terbaik oleh Anugerah Lapangan Terbang Dunia.


2. LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA HONG KONG - HONG KONG
TERPILIH sebagai lapangan terbang terbaik tahun lalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong jatuh ke tempat kedua tahun ini. Bagaimanapun, ia dipilih menjadi lapangan terbang antarabangsa yang menyediakan tempat makan terbaik di dunia.


3. CHANGI - Singapore
SATU daripada hab penerbangan utama di Asia, Lapangan Terbang Changi merosot dari tempat kedua tahun lalu ke tempat ketiga tahun ini.

4. ZURICH - Switzerland
SELAIN menduduki tempat keempat dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia, Lapangan Terbang Zurich juga dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik di Eropah, mendahului Lapangan Terbang Munich.


5. MUNICH - Jerman
LAPANGAN Terbang Munich tidak berubah sejak, menurut penumpang dengan menduduki tempat yang sama seperti tahun lalu.


6. KANSAI - Japan
LAPANGAN terbang ini dibina di pulau buatan manusia di tengah Teluk Osaka di Kansai adalah berbeza dengan Lapangan Terbangsa Osaka yang lebih dekat dengan bandar raya dan kini hanya mengendalikan penerbangan dalam negeri.


7.LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR - Malaysia
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jatuh ke tangga ketujuh tahun ini dari tangga keempat tahun lalu.


8. LAPANGAN TERBANG AMSTERDAM - Belanda
LAPANGAN Terbang Amsterdam kembali ke senarai 10 lapangan terbang terbaik selepas tercicir tahun lalu.




9. CENTRAIR NAGOYA - Japan
TERLETAK di pulau buatan manusia, Centrair Nagoya adalah lapangan terbang Jepun yang ketiga dibina di luar pantai negara itu selepas Lapangan Terbang Nagasaki dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Ini juga kali pertama lapangan terbang itu disenaraikan dalam 10 tempat teratas.


10. LAPANGAN TERBANG AUCKLAND - New Zealand
DENGAN menduduki senarai teratas di rantau Australia/Pasifik, Lapangan Terbang Auckland berada ditangga ke-10 senarai lapangan terbang terbaik dunia.

Reply
Reply to all
Forward







« Back to Inbox
Archive
Report spam
Delete
Move to
Labels
More actions