Pengerusi perhubungan negeri Sabah akan bertukar lagi gara-gara sedikit perselisihan faham antara YB Azmin dan juga Zaid Ibrahim .Ianya bermula apabila Datuk Jefry Kitingan menjemput Zaid Ibrahim ke satu majlis jamuan hari raya. Zaid Ibrahim hadir atas kapasiti sebagai salah seorang wakil yang akan menjelaskan dasar-dasar dan merombak serta merangka aliran bagi pembentukan satu dasar buatPakatan Rakyat.
Namun perselisihan pendapat ini adalah perkara kecil dan bukannnya satu isu besar.Ianya telah selesai dan Zaid Ibrahim akan kembali bertugas setelah menyiapkan draf perlembagaan dan juga dasar bagi pembentukan satu lambang juga menggunakan satu nama Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihanraya.
Sementara itu maklumat sahih juga memberitahu bahawa akan berlaku beberapa pertukaranpengerusi perhubungan negeri termasuk di Pulau Pinang.Buat masa ini di Pulau Pinang, pengerusi perhubungan ngeri di pegang Datuk Zahrain.Beberepa negeri lain juga terlibat bertujuan untuk memantapkan lagi PKR negeri-negeri.