Kesian tunggu berjam jam nak dapat 200.

 

Mukhlis Eddie






Bantuan 'one-off' RM200 kepada imam dan bilal, Kena hadir majlis, berejam dengar ucapan MB b0d0 ni...

Zaman dah moden boleh transfer je pun.



Tuuu dia zalimnya pemerintahan PN

 Ahmad Shahril


Ingatkan di bawah kerajaan DAP...rupa-rupan nya bawah kerajaan PN BEST daa...

TAK APA LAMBAT SIKIT KEMAJUAN ASAL ISLE....


KEH KEH...CUKUP DUIT DAH KE...




 Fitnah = Tanggungjawab Moral

Rasuah = Sedekah



KEH..KEH...PERTIKAIAN NATIONAL SUNGGUH..PUNYA LA MENGARUT

 

Macam perangai budak-budak. Soal bendera pun dia nak jadikan isu. Memang wajib pun mereka ni digelar Pertikaian Nasional. Sebab selain daripada pertikai, tak ada benda lain yang mereka buat.


Sekali tengok apa Menteri KKD YB Fahmi Fadzil jawab. Simple dan padat. Ini gambar di Lapangan Terbang. 5 minit je pun. Takkan 5 minit pun kena pacak bendera jugak? Akui hakikat DS Anwar begitu popular sampai duduk sekejap di airport pun orang sibuk nak ambil gambar beliau.


Yang pasti, jawapan YB Fahmi mengesahkan yang PAS adalah pakar fitnah. Macam aku tulis sebelum ni, orang yang buat fitnah adalah orang yang tak beriman kepada hari Akhirat. Sebab tu dia bebas haburkan fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KAMI MASIH MAKAN NASI



 tun mahathir yang diingati,

sebelum tun jadi perdana menteri, saya makan nasi. semasa tun jadi perdana menteri 22 tahun, saya makan nasi. bila tun jadi perdana menteri 22 bulan, saya masih makan nasi. hari ini tun tidak lagi jadi perdana menteri dan saya masih tetap makan nasi.

Pyanhabib



HADI JUMPA RAJA SAUDI?




 Raja Arab Saudi menerima kunjungan Presiden PAS Tan Sri Dato Sri Haji Abdul Awang.. Ni menjawab fitnah liar penyokong Kjaan yang mendakwa Presiden PAS tidak dibenarkan mengadap Raja Saudi.

Maulana Shah Rim.



APAKAH ISU AIR SELESAI- DAN SIAPA YANG MEMBERI BANTUAN ? ADAKAH MB KEDAH YANG SELESAIKAN ?


 

ISU INI AKAN MENYEBABKAN MAHIADDIN DAN JARGON DISAMAN


 

MAT JARGON SPIN ISU PM10-PM SEBELUM NI DAPAT APA?- DENGAR APA LOKMAN ADAM DEDAHKAN .


 

MULUT MB KEDAH YANG TAK ADA AKHLAK BILA BERCAKAP- ANWAR KATA APA KE DIA ? MENYEBABKAN BELIAU DISAMAN- JOM KITA DENGAR APA DIA CAKAP PADA PM10


 

MAJLIS TANDER DI BANDARAN DI KEDAH - PENIAGA KECIK NAK CARI MAKAN PENIAGA KECIL....


 

MB KEDAH- HANG NAK TINDAS PENIAGA KECIL KA APA NIH- RM5K TAPAK PASAR MALAM....NI ADA HATI PERUT KA DAK NI






INAGTA LAGI DAK KETIKA PM10 BERI BANTUAN KEPADA PETANI PESAWAH- APA SANUSI KATA...TAPI BILA DIA SENDIRI TAK BOLEH BANTU PENIAGA KECIL.....HANGPA BODO...HANGPA SOKONG LAGI



 

BETULKAH RAJA SAUDI TAK SUKA PM10 ?? BIAR BETUL ..MAIN ISU KOT....ESOK TANYA DALAM DEWAN


 

BENARKAH HADI TIDAK DIBENARKAN MASUK ARAB SAUDI ?

 

Bagi yg bertanya, apakah benar Hadi Awang di larang masuk ke Arab Saudi ?

Ya benar! 

Kerajaan Arab Saudi dan sekutunya telah meletakkan nama sdra Abdul Hadi Awang pemimpin pas dalam "senarai pengganas" tahun 2017.

Lebih malang lg, negara-negara arab melabelkan sdra Hadi Awang sbg extremis & kerap memberi sokongan kpd Syiah Iran.

Ketika arwah Dr Yusuf Qardawi masih hidup, beliau juga mengecam tindakan Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran tahun 2016. Memburukkan lg, kunjungan Hadi ke Tehran itu di buat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran di anggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Selain Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu UAE & Bahrin meletakkan Hadi dalam senarai hitam (pengganas) di negara tersebut.

*Ini adalah fakta.

 

GINO MARVELA


SIAPAKAH PEMILIK YANG MEMONOPOLI SYARKAT INI- 9 PM SEBELUM INI TIDAK BERANI MEMECAHKAN MONOPOLI BERTAHUN TAHUN SYARIKAT INI




 

KELUAR KAABAG TAPI JANA WIBAWA MACAMANA ?

 



KETIKA BERKUASA DAN HILANG KUASA TERDUDUK

 

Versi Atok bila ada kuasa dan bila hilang kuasa... Huhuhuhu...

 Melayu jugak dia tunggang....








LAWATAN PM KE ARAB SAUDI: APA ISUNYA YANG DIKECOHKAN?. IA BUKAN LAWATAN PERIBADI

 



LAWATAN PM KE ARAB SAUDI: APA ISUNYA YANG DIKECOHKAN?

1. Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi PM, DSAI melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023.

2. Pulang sahaja kelmarin, pembangkang membangkitkan tiga isu untuk menunjukkan lawatan PM dan delegasinya ke Arab Saudi gagal.

3. Tiga isu tersebut ialah: (i) PM disambut oleh Gabenor Jeddah sahaja, (ii) tidak dibawa masuk Kaabah; (iii) tiada pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

4. Bagi menyedapkan lagi cerita, mereka membandingkan kejayaan lawatan TSMY dengan DSAI. Kata mereka, semasa TSMY melawat Saudi, beliau dan rombongannya disambut oleh Raja Salman.

5. Realitinya ialah TSMY hanya mampu mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi hanya setelah setahun menjadi PM. Hasrat TSMY untuk bertemu Raja Salman secara bersemuka pada Mac 2021 gagal apabila hanya bertemu secara atas talian sahaja.

6. Tetapi kerana perbezaan (atau mungkin dendam) politik, lawatan DSAI digambarkan sebagai membazir duit negara dan sekadar lawatan makan angin sahaja.

7. Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau kegagalan lawatan PM DSAI ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat aspek positifnya? PM bukan pergi disko atau makan angin, tetapi pergi membuat lawatan perniagaan dan diplomasi untuk negara.

8. Apa kejayaan PM dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi?

i. Menunaikan umrah di awal Ramadan bersama delegasinya.

ii. Mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di Makkah.

iii. Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.

iv. Mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana.

v. Membincangkan isu yang melanda dunia Islam dan inisiatif membina jaringan, berdasarkan nilai serta kerjasama bersama.

9. Tidak berjaya lagikah lawatan DSAI dengan apa yang telah dilakukannya dalam tempoh tiga hari lawatannya ke Saudi? Jika tidak berjaya lagi, saya tidak tahulah apa ukuran kejayaannya dari kaca mata pihak pembangkang.

10. Adakah tidak berjaya hanya kerana tidak dapat berjumpa dengan Raja Salman dan Putera Mahkota atau ada hujah lain yang lebih substantif?

11. Dalam hal ini, DSAI telah menjelaskan sebabnya. Sebenarnya, pimpinan Arab Saudi telah memohon supaya kunjungannya diperpanjangkan selama dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara itu. Ini kerana Raja Arab Saudi dan Putera Mahkotanya telah menukar jadual mereka menjelang Ramadan.

12. Namun, DSAI terpaksa menolak dan berjanji akan datang lagi. Menolak kerana pada 25 Mac beliau dan kabinetnya ada majlis berbuka puasa dengan Agong, 27 Mac lawatan sehari ke Kemboja dan 29 Mac lawatan ke China bertemu dangan 2 pemimpin besar China Xi Jinping & Li Qiang.

13. Tidakkah padat lawatan itu? Tidakkah melibatkan perubahan besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM kita yang bekerja kuat untuk negara.

14. Tidak bawa menteri agama? Kunjungan ini adalah berkaitan dengan hal ehwal semasa dan perdagangan, bukannya urusan agama. Jadi apa masalahnya?

15. Apakah Raja Salman dan Putera Mahkotanya tidak suka PM kita? Bagaimana tidak suka jika mereka adalah antara pemimpin luar pertama yang menzahirkan ucapan tahniah kepada DSAI selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai PM pada 24 November 2022.

16. Pada 25 November, Raja Salman dalam perutusan tahniahnya menzahirkan agar rakyat Malaysia terus maju jaya serta makmur. Putera Mahkota pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM yang baharu.

17. Jadi, apa masalahnya dengan lawatan PM ke Arab Saudi setelah tidak dapat berjumpa dengan pemimpin mereka? Masalahnya ialah pemimpin pembangkang sengaja hendak memalukan PM dan bermain politik?

18. Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan benci. Kita sama-sama perlu jaga hubungan imej dan hubungan baik dua negara.

19. Malaysia dan Arab Saudi adalah rakan dagang terbesar. Pada tahun 2022, Arab Saudi merupakan destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat, dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion). Itu belum mengambil kira lagi keperluan kuota haji yang kita perlu dari Arab Saudi setiap tahun.

20. Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos kos lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia menjawab.

21. Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini.

DATO DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Ketua Pengarah J-KOM

 

PERANAN MEDIA SANGAT PENTING- 5 MENTERI TERBAIK









5 Menteri terbaik kerajaan Perpaduan ( PH )

PERANAN MEDIA SANGAT PENTING

Selepas lebih 100 hari saya memilih 5 Menteri terbaik memgikut KPI penulis.

Pandangan saya selain idea dan gerak kerja Menteri… kelima lima Menteri ini bijak dan berjaya menguasai menguasai medsos dgn baik. Tahniah saya ucapkan kpd team media menteri2 yg saya senaraikan di bawah ini kerana menjadikan Menteri anda hebat.

Secara keseluruhannya kerajaan Perpaduan mula menampakkan perubahan dlm pentadbiran atau good governance. Disebabkan itu pembangkang akhir2 ini sgt agresif utk cuba menjatuhkan kerajaan ini dgn kadar segera kerana bimbang rakyat akan melupakan mereka.

Kerajaan ini menunjukkan pretasi yg baik. Malangnya ia masih kalah persepsi kerana masih gagal menguasai media arus perdana. Secara keseluruhan akhbar2 dan Stesen TV kurang mesra dgn kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun medsos menampakkan Cybertrooper kerajaan mula mengimbangi dgn serangan Cybertrooper dlm perang psywar. Dunia alam maya sgt berbeza sewaktu saya mula menjadi wartawan dahulu yg dikuasai media perdana 100%z

Pandangan peribadi saya medsos menguasai 60% persepsi kpd masyarakat di luar sana. Jika menguasai medsos bermakna 50% pengundi adalah milik parti yg menguasainya.

———————————————————————————

1) ANTHONY LOKE

Anthony Loke masih kekal di tangga pertama. Seorang yg byk idea, seorang yg proaktif & agresif, bijak bicara, firm dlm keputusan beliau dan kelebihan mahir berbahasa Melayu.

2) FADHLINA

Dlm tempoh 2 bulan dari menjadi bahan kritikan pembangkang, Fadhlina tiba2 begitu perform. Bukan saja perform utk kementerian pendidikan tetapi Fadhlina seorang Yb atau Menteri yg bijak melayani rakyat bawahan. Kerap turun padang menyantuni rakyat adalah kelebihan Fadh berbanding Menteri2 PH yg lain.

3) HANNA YEOH

Hanna Yeoh saya letakkan pretasinya di tangga ketiga. Masih kekal pretasi yg baik utk kementeriannya. Seorang yg fokus kpd kerja dan setakat ini dia berjaya lakukan tugas yg baik utk kementeriannya.

4) SALAHUDDIN AYOB

Salahuddin Ayob berjaya dgn kempen Menu Rahmahnya. Satu idea yg sgt menarik dari Salahuddin dan saya berharap dia akn muncul dgn idea2 bari bagi membantu golongan miskin.

5) DR ZALIHA

Dr Zaliha juga seperti Fadhlina… Mendapat kritikan teruk di awal beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri. Namun beliau cepat belajar. Antara jasa terbesarnya ialah menyerapkan ribuan Dr kontrak ke jawatan tetap. Bukan sahaja berjaya menjalankan tugasnya dgn baik sebagai Menteri tetapi juga berjaya menjalankan tugasnya yg baik sebagai YB di kawasannya.

 

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT- SELANGOR TUMPU KAWASAN LAPANG


 

PENDAKWAAN TERPILIH- PEGUAM NEGARA JELASKAN BAHAWA TERDAPAT BUKTI KUKUH UNTUK MENDAKWA


 

KEDAH MAJU ? SELESAI DULU KES AYIAQ...QAMAI MAI DUDUK PENANG...TAK MAU BALIK- SEMBANG BAB AIRPORT


 

KONONNYA KJ DAN ANNUAR MUSA NAK SERTAI PAS...


 

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat- LEKEH USUL INI

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja



Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.



TOK IMAM HAMPIR KENA KASUT