PERANAN MEDIA SANGAT PENTING- 5 MENTERI TERBAIK









5 Menteri terbaik kerajaan Perpaduan ( PH )

PERANAN MEDIA SANGAT PENTING

Selepas lebih 100 hari saya memilih 5 Menteri terbaik memgikut KPI penulis.

Pandangan saya selain idea dan gerak kerja Menteri… kelima lima Menteri ini bijak dan berjaya menguasai menguasai medsos dgn baik. Tahniah saya ucapkan kpd team media menteri2 yg saya senaraikan di bawah ini kerana menjadikan Menteri anda hebat.

Secara keseluruhannya kerajaan Perpaduan mula menampakkan perubahan dlm pentadbiran atau good governance. Disebabkan itu pembangkang akhir2 ini sgt agresif utk cuba menjatuhkan kerajaan ini dgn kadar segera kerana bimbang rakyat akan melupakan mereka.

Kerajaan ini menunjukkan pretasi yg baik. Malangnya ia masih kalah persepsi kerana masih gagal menguasai media arus perdana. Secara keseluruhan akhbar2 dan Stesen TV kurang mesra dgn kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun medsos menampakkan Cybertrooper kerajaan mula mengimbangi dgn serangan Cybertrooper dlm perang psywar. Dunia alam maya sgt berbeza sewaktu saya mula menjadi wartawan dahulu yg dikuasai media perdana 100%z

Pandangan peribadi saya medsos menguasai 60% persepsi kpd masyarakat di luar sana. Jika menguasai medsos bermakna 50% pengundi adalah milik parti yg menguasainya.

———————————————————————————

1) ANTHONY LOKE

Anthony Loke masih kekal di tangga pertama. Seorang yg byk idea, seorang yg proaktif & agresif, bijak bicara, firm dlm keputusan beliau dan kelebihan mahir berbahasa Melayu.

2) FADHLINA

Dlm tempoh 2 bulan dari menjadi bahan kritikan pembangkang, Fadhlina tiba2 begitu perform. Bukan saja perform utk kementerian pendidikan tetapi Fadhlina seorang Yb atau Menteri yg bijak melayani rakyat bawahan. Kerap turun padang menyantuni rakyat adalah kelebihan Fadh berbanding Menteri2 PH yg lain.

3) HANNA YEOH

Hanna Yeoh saya letakkan pretasinya di tangga ketiga. Masih kekal pretasi yg baik utk kementeriannya. Seorang yg fokus kpd kerja dan setakat ini dia berjaya lakukan tugas yg baik utk kementeriannya.

4) SALAHUDDIN AYOB

Salahuddin Ayob berjaya dgn kempen Menu Rahmahnya. Satu idea yg sgt menarik dari Salahuddin dan saya berharap dia akn muncul dgn idea2 bari bagi membantu golongan miskin.

5) DR ZALIHA

Dr Zaliha juga seperti Fadhlina… Mendapat kritikan teruk di awal beliau menjalankan tugasnya sebagai Menteri. Namun beliau cepat belajar. Antara jasa terbesarnya ialah menyerapkan ribuan Dr kontrak ke jawatan tetap. Bukan sahaja berjaya menjalankan tugasnya dgn baik sebagai Menteri tetapi juga berjaya menjalankan tugasnya yg baik sebagai YB di kawasannya.