VIDEO INSIDE: 6 sebab mengapa Khalid perlu disingkirkan menurut PKR



Dalam laporan PKR kepada pemimpin Pakatan Rakyat, parti itu menyenaraikan enam sebab Tan Sri Abdul Kahlid Khalid perlu disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider.Dalam laporan PKR kepada pemimpin Pakatan Rakyat, parti itu menyenaraikan enam sebab Tan Sri Abdul Kahlid Khalid perlu disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider.
























PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik‎ diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu.

Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang.

Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh.

"Tindakan Bank Islam tidak meneruskan kes yang bakal dimenanginya untuk mengutip hutang daripada si penghutang satu keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa," kata laporan itu.
  Menurut laporan tersebut, penyelesaian itu juga dicapai di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas dan diketahui selepas pihak bank menggugurkan pertuduhan di saat akhir pada Februari 2014.

Laporan itu juga dipetik berkata setiausaha politik Khalid berjumpa dengan tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutangnya.

"Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," laporan tersebut dipetik berkata.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah meragukan dengan Ecoworld Berhad, syarikat pemaju yang dipengerusikan Rashid sendiri.

PKR dalam laporan itu juga mendakwa Rashid sebagai tokoh yang rapat dengan Umno, beliau juga bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan.

Selain itu, keraguan juga ditimbulkan ketika penyelesaian tersebut dimeterai di mana ia berlaku pada masa sama "Langkah Kajang" diumumkan.

"Sebaik sahaja Langkah Kajang diumumkan, berita mula berlegar berlaku rundingan antara Khalid dengan Bank Islam yang diuruskan Rashid," kata laporan itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa siri isu yang dilihat meragukan pihak PKR seperti rundingan air dan juga rayuan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan air di antara kerajaan negeri Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari dan sehari selepas itu, Pendaftar Mahkamah Rayuan memanggil Anwar untuk memaklumkan pengurusan kes beberapa permohonan rayuan akan didengari pagi itu juga.

Kemudiaannya, Anwar dijatuhi hukuman bersalah pada 7 Mac 2014 dan sekaligus menghilangkan kelayakan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Kajang.

"Kesemua fakta ini menimbulkan keraguan terhadap integriti Khalid dan mengundang pelbagai spekulasi," kata laporan itu.

PKR juga mendakwa Khalid sehingga hari ini gagal membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan walaupun dinasihatkan.

Alasan kedua yang diberikan PKR adalah membabitkan perjanjian penstrukturan air antara Putrajaya dan kerajaan negeri Selangor, di mana ia didakwa merugikan.

"Beliau tidak menggunakan tekanan awam sebagai salah satu pendekatan untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat pemegang konsesi sedangkan umum mengetahui hubungkait syarikat ini dengan Umno dan Barisan Nasional," kata laporan itu.

PKR mempertikaikan langkah Khalid menggunakan pendekatan korporat (ala board room deals) dalam perjanajian air tersebut.

Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

"Sokongan terbuka Khalid yang enggan memberi ruang kepada pendapat yang menentang juga bertentangan dengan arahan khusus yang dibuat Anwar mengenai pendekatan PKR mengurangkan bebanan rakyat dengan menentang kenaikkan tol," kata laporan itu.

Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkir Khalid dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.
Khalid yang juga menteri besar dua penggal ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

Malah, PKR sendiri secara terbuka mengumumkan pengganti Khalid dengan meletak presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Bagaimanapun, Khalid sehingga hari ini masih berkeras dan menyatakan pendirian enggan berganjak daripada jawatan menteri besar.


Dalam perkembangan terkini, Lembaga Disiplin PKR juga sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan perlu menjawab sebelum Jumaat ini. – 5 Ogos, 2014.



VIDEO INSIDE; Pakatan sedia hadapi pilihan raya negeri, kata Anwar

 

 

 

 

Pakatan sedia hadapi pilihan raya negeri, kata Anwar


Pakatan Rakyat sedia menghadapi pengundi jika pilihan raya terpaksa diadakan untuk selesai kemelut isu menteri besar Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Pakatan Rakyat sedia menghadapi pengundi jika pilihan raya terpaksa diadakan untuk selesai kemelut isu menteri besar Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.





















 Pakatan Rakyat (PR) sedia menghadapi pengundi bagi mendapatkan mandat baharu memerintah Selangor sekiranya krisis pertukaran menteri besarnya tidak berjaya diselesaikan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulangi kenyataannya yang PR tidak akan berpecah semata-mata kerana isu calon MB itu, Anwar berkata, beliau yakin isu itu akan diselesaikan dengan baik.

"Persefahaman hak lantikan MB Selangor wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga bersetuju hak parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.


"Kita yakin isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat PR, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan.
  Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana Barisan Nasional hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan lalu.

"Sekiranya pilihan raya negeri terpaksa dilakukan, Pakatan bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya.

Anwar berkata perpecahan di dalam PR hanya boleh dan akan berlaku sekiranya ada parti komponen yang sanggup berkompromi dalam prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.

"Atas prinsip-prinsip inilah PR dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu," kata Anwar.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008 menunjukkan dengan jelas perjuangan PR yang berpaksikan atas prinsip tersebut diterima baik oleh rakyat.

"Dalam usaha murni ini, gabungan PR bersama dengan semua yang menyokong usaha ini bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia.

"Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan," katanya.

"Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka."

Anwar berkata, kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan iri hati.

"Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita.

"Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama," katanya.

Beliau berkata, kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa PR membuat beberapa keputusan yang sukar.

"Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," kata Anwar. – 5 Ogos, 2014.


Surat Terbuka Untuk Presiden & AJK PAS Pusat .Bukti wala'aa Pad Presiden mengundang kejatuhan PAS

Surat Terbuka Untuk Presiden & AJK PAS Pusat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVX5k4uZ9gOuvek4GkvwNVJv04RYPoTXYDfkLeiPPS-krjkOTsqcLa7vluwAgu3TMBAxPd9M4Dip6JmEKn2atQoFzpEKJko0xWS0XNxDX6PSSBecNajO3tVIRtHV9RSFaIn7-TyMNjYGE/s320/bendera-pas-300x208.jpg
Yang dikasihi dan dihormati
Presiden serta seluruh AJK PAS Pusat
Tuan/puan membawa perjuangan Islam dan sentiasa menyeru kepada TAQWA, menentang penyelewengan dan sentiasa berjanji akan AMANAH terhadap rakyat.
Apakah Tuan/Puan mahu dikenang sejarah sebagai sebalik dari seruan anda?
Seperti tidak cermat dalam membuat keputusan dan menyokong salahguna kuasa oleh MB dari PAS/PR ketika mereka memerintah?
Sejarah Kedah:-
Anda mempertahan MB yang dikatakan angkuh dan tidak mampu mentadbir oleh beberapa Exco dan ADUNnya sendiri, anda membantah, tetapi akhirnya pecah amanah dan berbagai salah laku didedahkan sendiri oleh bekas Setpolnya sendiri.

Sekarang Selangor:-
Peristiwa sama berulang, kali ini parti MB tersebut menyatakan beliau angkuh dan tidak lagi mampu mentadbir dengan baik. Anih ada dikalangan Tuan/Puan masih mempertahankannya. Apakah selepas 2 tahun kemudian Setpolnya pula akan mendedahkan bahawa MB yang anda pertahankan juga bersikap angkuh dan pecah amanah.
Berfikirlah secara waras pertimbangkanlah pandangan kami yang tiada kepentingan ini, ingatlah pesan taqwa terimalah cadangan pertukaran jawatan MB yang tidak pun akan memuliakan seseorang kecuali jika anda juga angkuh untuk dikenang sebagai pemimpin PAS yang suka mempertahankan salahguna kuasa MBnya sendiri ketika mereka memerintah.
Dari:
Ahli PAS yang sentiasa mengharapkan UMno lemas dan berakhir nyawa pemerintahannya.



Bukti Wala' Pada Presiden Hanya Membawa Kekalahan: KEDAH

Kalau wala' pada Presiden diredhai Allah sudah tentu PAS tidak kalah di Kedah.

Cuba baca dan amati laporan di bawah:



Mana dia bantuan Allah kalau wala' pada Presiden ni?

Patutnya Kedah lebih gagah perkasa sebab MB Kedah wala' hanya pada Presiden PAS.

Cuba jawab

TULANG BESI




video: Khalid Ada Masalah Integriti, Disiplin


VIDEO INSIDE: PAS DALAM SERBA SALAH...

 

 

Khalid Samad: Penjelasan Zuhdi calar imej PAS


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berpendapat penjelasan demi penjelasan Dr Ahmad Zuhdi Marzuki tentang mesej kumpulan WhatsApp ahli jawatankuasa PAS Pusat yang bocor, memburukkan keadaan dan memberi nama buruk kepada PAS.

Menurutnya, Zuhdi terlalu sibuk mempertahankan dirinya sehingga memberikan gambaran bahawa "lakaran senario" yang disebutnya itu seolah-olah datang dari PAS.

Ia sekaligus memburukkan nama PAS di mata orang ramai, kata Khalid.

"Imej PAS tercalar dan orang bukan Islam akan hilang kepercayaan pada PAS.

"Dia terlalu sibuk mempertahankan dirinya, mencuci tangan dan secara tak langsung memburukkan nama PAS.

"Senario lakaran Zuhdi adalah imaginasinya sendiri tanpa ada campur tangan dari mana-mana ahli WhatsApp group," kata Khalid Samad (kiri).

Menurutnya, penjelasan Zuhdi yang mendakwa lakaran senario PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu seolah-olah memberikan gambaran ia datang dari AJK PAS pusat.

Sedangkan tegas Khalid, tiada seorang pun selain Zuhdi daripada 47 orang dalam kumpulan WhatsApp itu bersetuju dengan lakaran senario Zuhdi.

"Dia tak kata (pandangan itu dari) dalam WhatsApp group tapi dia kata dari dalam PAS.

"Tapi kenapa dia bagi impression (tanggapan) begitu (datang dari AJK PAS Pusat)?" kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.


 PAS sukar jika p'raya baru di S'gor

MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.

Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.

"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.

Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua.

Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus.

Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.

Ingkar keputusan parti, Abdul Khalid diberi surat tunjuk sebab

Ingkar keputusan parti, Abdul Khalid diberi surat tunjuk sebab

 

Untuk sebab apa Khalid berdegil sampai tahap gaban itu hanya beliau sahaja yang tahu. Tapi kalau dia seorang yang bermaruah, dia tentu tahu bahawa parti sudah tidak perlukan dia lagi. Buat apa ada kuasa orang meluat. Jadi sedarlah diri sebelum orang humban atau anda sendiri yang memalukan diri anda.

Lainkali boleh tanding lagi kalau tak dipecat parti, atau pun guna lambang sendiri untuk lawan di seluruh Selangor. Itu baru nama pejuang. Sebab apa yag terjadi sekrang ini ialah keenganan Khalid untuk melepaskan jawatan. Punca itu sahaja sehinggakan Pakatan hampir berpecah. Atau, join saja Umno senang cerita. Lepas jawatan kemudian masuk Umno. Mana nak tau pilihanraya depan boleh tanding dan Umno pilih jadi MB semula.





KUALA LUMPUR 5 OGOS: Lembaga Disiplin KEADILAN hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.
Khalid-Ibrahim

Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong menjelaskan, mesyuarat khas Biro Politik pada Ahad lalu telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.

Menurutnya, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Januari lalu bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.

“Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden KEADILAN merangkap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

“Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai 2014 secara terang-terangan mengingkari keputusan mesyuarat khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor,” ujar Kee Kwong dalam kenyataan.

Isu MB Selangor: Pakatan sama sekali tidak akan berpecah – Anwar

Isu MB Selangor: Pakatan sama sekali tidak akan berpecah – Anwar

Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara KEADILAN dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.

Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.

Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.

Anwar Parlimen

Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.

Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.

Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.

Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.

Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita. Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama. Kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa kita membuat beberapa keputusan yang sukar.

Persefahaman akan hak lantikan MB Selangor telahpun wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana KEADILAN juga telah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.

Kita yakin bahawa isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat Pakatan Rakyat, samada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihanraya. Namun begitu, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihanraya kerana Barisan hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan yang lalu.

Walaubagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita.

Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas PR. Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini.

Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat. Samada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik.

Jaminan kita adalah bahawa kita tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan kita akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan.

Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada kita dan kita wajib memastikan kita wajar dipercayai dan kepercayaan rakyat jangan kita khianati.

Walau apapun yang bakal berlaku, Pakatan, bersandarkan tekad rakyat, akan terus bertahan! Insya Allah!


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Anwar: Pakatan terus bersatu, tolak cubaan pecah belah parti

Anwar: Pakatan terus bersatu, tolak cubaan pecah belah parti

(Oleh Fiza Abd Halim)
KUALA LUMPUR 5 OGOS: Pakatan Rakyat akan terus kekal bersatu dan tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar Selangor, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pakatan juga tidak akan berkompromi pada prinsip-prinsip dasar gabungan itu.
Beliau berkata, perpecahan boleh berlaku jika ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.
Pakatan_rakyat_logo_dan_benderaKatanya, atas prinsip-prinsip inilah Pakatan dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga
telah dicabuli oleh Barisan Nasional ketika berkuasa lima dekad lalu.

“Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan Pakatan yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam kenyataan.

Jelas beliau, gabungan ini bersama semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran hebat untuk terus memberi harapan kepada rakyat Malaysia.

Tambahnya, usaha ini tidak sia-sia kerana telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi walaupun Pakatan dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.

“Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati dan ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi Pakatan untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 lalu,” kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau mahu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan parti, malah setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama.

Katanya, persefahaman berhubung hak lantikan MB telahpun wujud di kalangan pimpinan Pakatan, sepertimana KEADILAN juga telah bersetuju soal hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri lain dan ia wajib dipatuhi.

Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh - MSO

Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh

Noh bukan saja tak cerdik, tapi dia tidak dilantik najib sebagai Menteri...ha,ha,ha-wrlr    

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya sedia menghadapi apa saja kemungkinan berkaitan dengan perkembangan di Selangor kini. Nampaknya Noh sedang memerhati penuh minat terhadap apa yang sedang berlaku. Ada tiga kemungkinan yang sedang dihisab oleh Umno, pimilihan MB baru, diadakan pilihan raya semula ataupun undi tidak percaya terhadap Khalid.

Noh Omar
Cara Noh bercakap semacam parti itu konfiden sahaja akan mendapat manfaat daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku itu. Secekap mana Umno hendak menangguk di air keruh kali ini atau menahan lukah di pergentingan, sama-sama kita perhatikan.

Untuk pengetahuan Noh apa dirasakan itu tidak semudah itu. Salah satu kemungkinan itu akan berlaku, dan mungkin juga tidak berlaku namun ia bukan bererti akan memberi untung laba besar kepada Umno Selangor. Noh dan Umno jangan mengharap hujan kerana terdengar guruh di langit.

Apa yang menimpa Pakatan Selangor kini usahlah Noh berangan-angan tinggi akan dapat merampas semula kerajaan negeri Selangor. Ada beberapa perkara yang Noh perlu lakukan sebelum memasang angan-angan itu. Noh kena perkemaskan Umno dahulu. Umno Selangor kini dalam keadaan demam masih belum kebah lagi. Kekuatan Umno tidak dapat dipulihkan selepas kehilangan darah dan tenaga hingga kehilangan kerajaan negeri 2008.

Situasi dihadapi Umno Selangor tidak menentu. Noh sendiri goyah dan tidak konsisten. Satu masa beliau menyerang Khalid dan kini cuba mengubah taktik dengan memuji kerja Khalid sebagai MB sebagai elok. Budak-budak kecil pun tahu taktik itu, ia adalah taktik lama. Bebuat begitu meyerlahkan niat buruk dan sikap oportunis. Bukankah sebelum ini Noh kerah para janda untuk menyerang Khalid? Dah lupakah?

Makanya adalah baik kalau Noh bercakap bagaimana hendak memulihkan kekuatan Umno. Keyakinan rakyat kepada Umno daripada mencari peluang hendak menyambar dari keadaan yang berlaku. Kalau pun berlaku pemilihan MB baru, apa yang Umno dapat lakukan? Umno sendiri tidak mempunyai tokoh berwibawa untuk jadi MB. Itulah masalahnya.

Orang-orang jenis Noh tiak layak untuk jadi MB Selangor. Sejarah MB Selangor semuanya orang mempunyai diplomasi tinggi dan bukan panas baran.

Apakah Noh mengira dengan ketiadaan Khalid menyebabkan kerajaan Pakatan goyah? Iya adalah silap. Tanpa Khalid Pakatan akan menjadi lebih kuat. Perbalahan dan keretakan dalam Pakatan kini, akan kembali kuat selepas ini. Khalid adalah umpama biduk yang akan mempertautkan kiambang.

Begitu juga sekiranya berlaku undi tidak percaya. Apakah Umno akan menyokong Khalid? Tidakkah tindakan itu tidak bermoral dan Umno sendiri tidak ada integriti. Sikap paling baik diambil Umno kalau undi tidak percaya diadakan ialah berkecuali sahaja. Bukan saja dari Umno kalau ada mana-mana Adun Pas bersimpati dengan Khalid mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mengambil pendirian berkecuali.

Mengundi menolak usul undi tidak percaya kepada Khalid akan mendedahkan pendirian politik yang lemah tidak berintegriti serta oportunis.

Kesimpulannya baik Noh perkuatkan Umno terlebih dahulu. Cari dan kenal pasti siapa yang hendak jadi MB. Walaupun Noh merasakan dia layak, tetapi kedudukannya sebagai MP tidak mumungkinkan. Rakyat Selangor marah hari ini kerana Pakatan bergomol sesama sendiri. Jangan salah tafsir marah itu bukan bermakna mereka hendak runtuhkan kerajaan Selangor, tetapi marah kerana hendak memperbaikan keadaan.

Kalau dikali campur, didharab dan dibahagikan mereka akan ludah muka Noh dahulu daripada muka pemimin Pakatan. Itulah perasaan dan sikap rakyat Selangor hari ini. Noh dan Umno janganlah berbuat sesuatu yang membuang masa. [wm.kl.9:24 am 05/08/14]

Mungkinkah pilihan raya baru di Selangor?- MSO

Mungkinkah pilihan raya baru di Selangor?

MENYELAMI ISU                                                                               

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Surat tunjuk sebab itu berhubung kenyataan Khalid yang mengingkari keputusan parti yang mahu beliau berundur sebagai MB Selangor dan diganti dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar: Khalid degil..?
Khalid: Katalah apapun..
Mesyuarat MPT parti itu pada 21 Januari memutuskan yang Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengganti Khalid sebagai MB Selangor. Bagaimana pun Khalid dalam satu kenyataan pada 22 Julai menjelaskan yang dia tidak akan berundur sebagai MB. Kenyataan Khalid itu sebagai mengingkari arahan parti.

Ekoran kenyataan itu Lembaga Disiplin parti yang bermesyuarat 3 Ogos telah mengarahkan agar surat tunjuk sebab diberikan kepada Khalid Ibrahim. Khalid diminta menjawab surat tunjuk sebab itu pada 8 Ogos, dua hari sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan dijangka diadakan pada 10 Ogos yang akan menentukan sama ada krisis di Selangor akan tamat ataupun menjadi lebih parah.

Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh

SUSUPAN PAGI                                                                                    

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya sedia menghadapi apa saja kemungkinan berkaitan dengan perkembangan di Selangor kini. Nampaknya Noh sedang memerhati penuh minat terhadap apa yang sedang berlaku. Ada tiga kemungkinan yang sedang dihisab oleh Umno, pimilihan MB baru, diadakan pilihan raya semula ataupun undi tidak percaya terhadap Khalid.

Noh Omar
Cara Noh bercakap semacam parti itu konfiden sahaja akan mendapat manfaat daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku itu. Secekap mana Umno hendak menangguk di air keruh kali ini atau menahan lukah di pergentingan, sama-sama kita perhatikan.

Untuk pengetahuan Noh apa dirasakan itu tidak semudah itu. Salah satu kemungkinan itu akan berlaku, dan mungkin juga tidak berlaku namun ia bukan bererti akan memberi untung laba besar kepada Umno Selangor. Noh dan Umno jangan mengharap hujan kerana terdengar guruh di langit.