Najib, Gani, P.Batu Puteh dan Altantuya... (LM)

Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Gani Patail dalam isu 'menjual Pulau Batu Puteh (PBP) kepada Singapura? Semua orang tahu, Gani telah menyelamatkan Najib daripada terseret dalam kes pembunuhan Altantuya.

Gani boleh melepaskan beberapa saksi penting seperti Abdul Razak Baginda dan tidak menyeret Musa Safri, adikong (aide-de-camp) Najib...

Seterusnya:  Najib, Gani, P.Batu Puteh dan Altantuya...

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias

Yang tidak pandai pun boleh berjasa dan berbudi kepada rakyat – Aspan Alias

November 26, 2013

Najib dan seluruh kabinet Malaysia perlu berterus-terang, daripada mengelak isu sebenar diketahui ramai. Kita hendak tahu bagaimana kedudukan kewangan negara sekarang ini dan hendak melihat apa yang akan dilakukan beliau dan kabinet keseluruhan untuk menyelesaikan masalah besar yang sedang hadapi kini. Jangan bermain dengan silap mata lagi dan menafikan yang anda dan seluruh ahli kabinet telah gagal mendapatkan penyelesaiannya.

Jika kedudukan kewangan negara sudah tenat mengaku sahaja ia tenat. Kita sudah letih mendengar seorang ahli kabinet kata yang ekonomi kita masih kukuh dan seorang lagi kata sedang menghadapi masalah kewangan.

Kerajaan ingin mencukai rakyat dengan pelbagai cara bagi menambahkuatkan kedudukan kewangan. PM Najib tidak perlu takut dan menerima keadaan buruk ini dengan menunjukkan jiwa mereka yang besar dengan mengaku sahaja yang keadaan kewangan kita sedang dalam ketenatan.

Kepada Najib dan seluruh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno serta BN, kita ingin menyakinkan anda semua, negara yang anda semua tadbir ini adalah sebuah negara kepunyaan rakyat yang demokratik.
Sesungguhnya masalah yang berlaku sekarang ini bukannya untuk melonggokkan semua kesalahan kepada Najib dan Rosmah semata-mata malahan ia sepatutnya menjadi tanggungan semua ahli kabinet lantikan Najib itu. Lebih awal mengaku lebih baik untuk rakyat dan Najib serta kabinet sekalian boleh menumpang hasil kebaikan daripada tindakan mereka mengundurkan diri daripada mentabir.

Bukannya orang pandai dan bijaksana sahaja yang boleh berbudi kepada negara.  Yang tidak pandai pun boleh membantu menyelamatkan negara ini. Jika yang bijak pandai menggunakan kebijaksanaan mereka membina negara secara betul, yang tidak pandai pula boleh meninggalkan nama dan budi serta jasa mereka dengan meletakkan jawatan dan berundur untuk menyelamatkan negara daripada jatuh tersungkur.

Banyak pendapat memberikan pandangan yang kabinet pimpinan Najib ini merupakan kumpulan yang kedua tadi, iaitu yang tidak pandai seperti saya dan ramai lagi di bawah ini. Maka mengundurkan diri daripada memegang amanah rakyat itu merupakan budi dan jasa yang amat besar kepada negara dengan tidak terus menjahanamkan negara. Pendeknya mereka boleh membuktikan yang mereka juga adalah rakyat yang sangat patriotik dan sanggup berhenti dan bersara demi kepentingan negara.

Jangan jadi pelepah mati kelapa yang tergantung yang hanya menunggu waktu untuk jatuh kebumi. Masalahnya sekarang ini pemimpin tidak mahu mengakui kelemahan mereka sedangkan mereka tahu negara akan bankrap jika mereka masih mentadbir dan memimpin negara ini.

Justeru, tindakan semua ahli kabinet bersara dan berundur itu adalah satu-satunya cara bagi mereka melakukan ‘redemption’ terhadap kesalahan dan kelemahan mereka di sisi rakyat, lebih-lebih lagi di sisi agama dan Tuhan.

Najib selalu berkata beliau mahukan peluang untuk berjasa dan menabur budi kepada rakyat. Sekarang peluang beliau dan ahli-ahli kabinet menyempurnakan niat untuk menabur jasa itu sudah sampai pada masanya. Beliau dan kabinet lantikan beliau perlu bersara secara 'en block'. Tentu rakyat akan ber“gumbira” menerima khabar berita ini.


Pemimpin yang gagal mentadbir dan tidak pula mahu mengakui kelemahan mereka, adalah selemah-lemah pemimpin dan akan menjadi ingatan buat selama-lamanya bagi rakyat serta generasi yang akan datang. – aspanaliasnet.blogspot.com, 26 November, 2013.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...