JANGAN NAFIKAN PERKARA INI... PN - PAS TAK PERNAH PUN AMBIK PEDULI HAL BEGINI WAKTU BEEKUASA.


 

ISLAM TERANCAM 3 EKOQ NI DOK BUAT CERITA APA....


 

WEE KA SIONG SEMBANG.. TAPI TAK ADA DATA PUN RUGI... INI PENJELASAN MP KAPAR


 

INI MENGANJING BUAT FAWWAS


 

KISAH BERAS LAGI


 

KISAH BERAS.... HASUT VS FAKTA.


MAMAT NI SALAHKAN KERAJAAN. 



            
                 FAKTANYA BEGINI. 
 


WARGA PENANG HATI HATI RINI


 ⚠️ AMARAN RIBUT PETIR ⚡⛈







Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda Pulau Pinang sehingga 7:00 malam, Rabu, 19 Februari 2025.


Amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan hujan berintensiti tinggi melebihi 20 mm/jam, yang sedang atau dijangka berlaku selama lebih satu jam.


⏳ Tempoh Sah: Amaran ini berkuat kuasa dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu dikeluarkan.


🕓 Dikeluarkan pada: 4:00 petang, 19 Februari 2025.


⚠️ Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah keselamatan.


👉Minat iklan? 👇👇👇👇👇


Perrniagaan anda bulan ini atau bulan RAMADHAN Kami sediakan iklan ringkas,padat & berkesan! DM kami sekarang promo📢



YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PERDANA MENTERI DI BAHRAIN









KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri hari ini (19 Februari).


Berangkat sama, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.


Pada pertemuan itu, YAB Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda. 


Dato’ Seri Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.


#YDPAgong 

#AllahPeliharakanSultan 

#IstanaNegara


Gambar RPO dan PMO



PETRONAS SUMBANG PADA SARAWAK

 

Petronas Sumbang Lebih RM600 Juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak.




AGAK AGAK PMX BAWA BALIK BERAPA MASUK.. HANG TAK TANYA KA

 

Gino Marvela. 


Syahidan Kasim kata lawatan jemaah menteri kabinet & Perdana Menteri sebanyak RM44 juta pada tahun 2024 adalah lebih tinggi berbanding lawatan Najib soqang saja RM44juta dari 2008 - 2013. 


Nak juga tanya Syahidan, kalau Najib saja RM44juta, menteri kabinet lain berapa pula ? Ini soalan pertama... awat diam...kelu nak kata ? 😂


Ok...kami nak tanya Syahidan Kasim, berapa pula yg Najib bayar kepada sykt pelobi Yahudi Apco Worldwide setiap tahun.


Bukankah di bawah pentadbiran Najib manakala Syahidan Kasim pula sbg jemaah menteri ketika itu TELAH membayar lebih RM77 juta setiap tahun menggunakan duit cukai rakyat Malaysia kepada sykt pelobi Yahudi Apco Worldwide yg ada kaitan dgn Israel ?


Ha... dah 2 soalan, cuba Syahidan Kasim jawab sat... 😂🤣



KRITIKAN GERAKAN BUKTI PN AMALKAN POLITIK PERPECAHAN

ANTARA MENTERI SERING DISERANG! DS MAT SABU TETAP TENANG MENJAWAB KRITIKAN!

MAT JARGON ASIK JUAL NAMA RAKYAT! RAKYAT MUAK DENGAN MP MACHANG INI!

DS AHMAD MASLAN MEMANG PADU! TENANG MENJAWAB SOALAN YANG DIBERI!

TARIKH TARIKH PENTING PERBICARAAN MUHYIDDIN YASSIN.





Didakwa salah guna kuasa semasa jadi PM, bila tarikh perbicaraan Mahiaddin?




Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin bakal dibicarakan atas pertuduhan menyalahguna kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram ketika menjadi Perdana Menteri.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi telah menetapkan beberapa tarikh perbicaraan yang akan bermula 17 September nanti.

Hakim menetapkan 17 hingga 19 September, 6 hingga 8 Oktober dan 26 dan 27 November tahun ini serta 13 hingga 15 Januari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan, selain menetapkan 14 Mei ini untuk pengurusan kes.



Mahiaddin, 77, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa.


Beliau didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.


Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri antara 1 Mac 20

20 dan 20 Ogos 2021


Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.


Beliau juga didakwa menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti Bersatu pada 7 Januari 2002.



PM Anwar Tiba Di Manama, Mulakan Lawatan Rasmi Ke Bahrain

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MANAMA, 19 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Pesawat membawa Perdana Menteri, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain pada 12.45 tengah malam (5.45 pagi waktu Malaysia).

Sebaik tiba, Perdana Menteri bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dan pegawai kanan kerajaan disambut dengan berjalan melepasi pasukan kawalan kehormatan statik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar dan rombongan disambut Menteri Luar Bahrain Dr Abdullatif Rashid Al Zayani, Timbalan Gabenor Muharraq Brig Jen Jassim Mohammed Al Ghattam, Duta Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran dan Duta Bahrain ke Malaysia Dr Waleed Khalifa Al Manea.

Anwar yang dalam lawatan pertama beliau ke Bahrain sebagai Perdana Menteri, telah diiringi dari lapangan terbang ke tempat penginapannya di sini dengan sepanjang perjalanan selama 20 minit itu, dapat dilihat Jalur Gemilang berkibar di sepanjang jalan, lebuh raya, dan bangunan pencakar langit.

Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Salman dan menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa, yang merupakan satu penghormatan tinggi untuk Malaysia sekali gus mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan bertemu rakan sejawatnya Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa dan mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain untuk meneroka peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bahrain.

Beliau juga dijangka bertemu Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayeb, serta bertemu dengan diaspora Malaysia, di sini.

Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islam, yang dihadiri 298 ulama dari 75 negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa, Manama pada 19 Februari 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Bahrain, negara Teluk pertama yang menemui minyak pada tahun 1932, merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat tahun lepas, manakala Malaysia adalah rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara-negara ASEAN dan ke-18 terbesar di peringkat global pada tahun 2023.

Selain minyak, kilang pemprosesan aluminium terbesar keempat di dunia juga terletak di Bahrain, yang merupakan eksport utama mereka ke Malaysia.

– Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil



Carcosa Seri Negara Bakal Berubah Wajah Menjelang Julai

 

Dr Zaliha berkata, usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan Asean-Malaysia 2025. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Selepas hampir enam tahun ditutup, Carcosa Seri Negara bakal berwajah baharu selepas kerja pembangunan bangunan warisan negara itu siap menjelang Julai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan Asean-Malaysia 2025.

“Insya-Allah pembangunan semula Carcosa Seri Negara ini akan siap pada Julai tahun ini dan kami berusaha untuk buat satu program khas seperti majlis minum petang untuk memperkenalkan Heritage Malaysia kepada delegasi luar negara.

Dr Zaliha berkata, usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan Asean-Malaysia 2025.

“Dengan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Khazanah Nasional menjadikan projek ini sebagai flagship (kemegahan) kedua dalam pemuliharaan warisan Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Dr Zaliha turut memuat naik foto ketika meninjau tapak pembangunan semula Carcosa Seri Negara sebagai sebahagian daripada Kuala Lumpur Creative and Cultural District (KLCCD).

Beliau berkata, fasa pertama projek ini melibatkan usaha memulihara bangunan itu sebagai muzium serta galeri seni manakala fasa kedua pula bakal menyaksikan pembangunan Hotel Lindungan-Eko yang menggabungkan hospitaliti bertaraf dunia dengan prinsip kelestarian alam.

Dr Zaliha berkata, usaha itu bagi menghidupkan kembali sejarah dan memastikan warisan itu terus dihargai, selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) serta persiapan Asean-Malaysia 2025.

“Kerajaan komited menjadikan Kuala Lumpur bukan sekadar bandar raya moden, tetapi kota dengan identiti yang kaya dengan sejarah dan budaya,” katanya.

Bangunan bersejarah itu ditutup sejak 1 Jun 2019 selepas kerajaan Persekutuan mengambil alih premis itu daripada pihak ketiga.

Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dibina Residen Jeneral British pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Sir Frank Swettenham.




PMX berjaya selesai 5 isu tertunggak, yang ke 5 ini 55 tahun baru selesai





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menyelesaikan lima isu yang tertunggak dan diwarisi dari pentadbiran terdahulu.


Isu kelima mengambil masa 55 tahun untuk diselesaikan.

Kesemua lima isu berikut telah diselesaikan oleh Anwar dalam tempoh kurang daripada satu penggal dalam pemerintahannya.

Pertama ialah penyelarasan pencen Angkatan Tentera Malaysia yang tertangguh selama 11 tahun.


Kedua ialah masalah perumahan 245 pekerja ladang di Bestari Jaya diselesaikan selepas 27 tahun. Ia melibatkan 245 pekerja ladang dari Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.



Ketiga ialah pampasan kepada masyarakat orang Asal Sarawak yang terpaksa dipindahkan ekoran pembinaan Empangan Bakun.

Keempat melibatkan pesawah. Buat kali pertama, Bernas telah berkongsi 30 peratus keuntungan bersih mereka dengan pesawah selepas 30 tahun.



Kelima ialah pemberian khas untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Kali terakhir Sarawak menerima pemberian khas ialah pada tahun 1969 sebanyak RM16 juta. Sabah pula menerima RM125.6 juta.

Di bawah pentadbiran Anwar kedua -dua negeri ini telah diberikan pemberian khas sebanyak RM600 juta.


Tiada seorang Perdana Menteri terdahulu yang mampu menyelesaikan masalah-masalah di atas sebelum ini.







RUPANYA MAT JARGON NI ORANG MELUAT SEJAK SEKOLAH LAGI.....PATUT ARWAH SELALU KENA HENTAM...


Gara-gara bertekak isu Titah Adendum, kisah di UTP pula terbongkar, ini respon MP Machang


Persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tetap mahu membangkitkan isu berkaitan Titah Adendum.

Dakwaan keras wakil rakyat Bersatu berkenaan kononnya kerajaan tidak jujur dengan rakyat apabila menyorok titah itu bukan sahaja ditegur beberapa Ahli Parlimen kerajaan, malah mengundang kritikan warganet.



“Tapi sekarang bila dia dah jadi MP dan tengok live di TV, saya faham akhirnya,” kata pemilik akaun @muhammadnajib79 itu.

Susulan itu, Wan Fayhsal yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam reaksinya secara sinis mengucapkan ‘tahniah’.

“Bila tak dapat jawab hujah kegagalan pengurusan ekonomi kerajaan Madani kamu serang lawan guna “ad hominem”.

“Tahniah kerana jadi macai yang berjaya,” kata bekas pegawai khas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menduduki jawatan Menteri Belia dan Sukan (2018 hingga 2020) dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Antaranya, pengguna X, Muhammad Najib yang kemudian mendapat reaksi Wan Ahmad Fayhsal.






 

KANAK KANAK ZAMAN TERNOW.

 


Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi:


1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet.


2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour.


3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn.


4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah.


5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah.


6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap.


7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri.


8. 5 tahun masih berpampers.


9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.


10. Tak kenal bahaya.


11  Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan “abang/ kakak/ adik” atau nama pendek yang mak selalu panggil kat rumah.


12. Tak ada awareness tentang sekeliling, kalau nak berjalan, rasa nak langgar orang, langgar je.


13. Tak aware tentang perasaan orang lain, lack of emphaty. Kalau terlanggar orang, so? Tak tahu nak buat apa.


14. Fine motor skills sangat lemah, jari jemari jadi keras, mungkin effect dr gadget yg lama.


15. Tak hormat orang yg lebih dewasa, kalau rasa nak pukul cikgu, pukul je. Tak ada rasa takut atau tahu itu perbuatan salah.


16. Terkejut kami minggu pertama sekolah, datang sekolah dengan “hoi!”. Semua cikgu di “hoi” kan dia.


17. Cara bermain yang membuli, pijak orang, sepak orang, lempang orang, macam adegan dalam youtube.


18. Banyak buat aksi stunt, panjat almari terjun, panjat meja terjun, panjat slide terjun ke bawah. Waaaa tak de rasa takut, cikgu yang takut awak terseliuh kaki.


19. Perkataan-perkataan yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh budak tadika mcm “bab*”, dan carutan2 yang lain. 


20. Paling terkesan “nanti dah besar sy nak hisap vape mcm ayah”.


Yang lebih merisaukan tentang perkara ini ialah kesemua anak-anak ini adalah anak-anak normal, bukan autistik atau ada masalah pembelajaran lain.


Teringat baru-baru ni borak dengan rakan pasal geran Social Entrepreneur. Antara yang "seksi" pada mata pemberi geran katanya adalah perusahaan berkaitan pembelajaran. Nak mengatasi masalah penguasaan 3M (Membaca, Mengira, Menulis) di kalangan pelajar sekolah rendah yang sangat-sangat rendah.


Kalau tak silap sayalah, kalau tak silap petik eh, 43% pelajar sekolah rendah hari ini berada di bawah par dalam penguasaan 3M.


Yang di sekolah rendah dengar begini.

Yang di tadika dengar benda begitu pula.


Risau betul untuk generasi akan datang ni.


Dalam kita tengah berfikir dan berkira macam mana nak tarik lebih ramai ke arah STEM, menarik lebih ramai kepada jurusan profesional, rupanya masalah yang lebih asas sedang berlaku pada generasi anak-anak.


Kredit : Mohamad Jamalee



ZAMIR SEKOLAHKAN ADUN BERSATU


 

PENAKUT


 

HADI AWANG PERLI SIAPA DALAM PAS.. BANYAK JA MISKIN UNTUK BERBAHASA INGGERIS. KIOK


 

DIA NI SEMAK JA.

 

Sejak bila dia ni jadi jurucakap Erdogan? Presiden Turkiye itu tak sebut apa-apa pun pasal Tun M. Satu dunia tahu Erdogan lebih rapat dengan PMX berbanding Tun M. 


Lagipun Tun M lebih pro kepada politik Turkiye yang sekular totok (seperti zaman Mustafa Kemal Attaturk), bukan Turkiye yang makin Islamik moderat hari ini.  Dan seingat saya bro WAF sendiri pun tidak pro politik Parti AKP Erdogan ini.






SEMOGA RAKYAT KOTA LAMA MENDAPAT MANFAAT DARI LPP

 

Dr Hafidzah Mustakim


Malam ni pula meraikan Pengerusi LPP Dato' Wira Mahfuz Omar yang dalam rangka lawatan turun  padang ke Negeri Kelantan. 



Dalam majlis santai ini saya mengintai peluang bagaimana rakyat Kota Lama dan wanita amnya dapat mengambil manafaat daripada agensi kerajaan seperti LPP. 


Dato' Wira menceritakan lawatan menariknya ke kilang Chef Ustazah, usahawan berjaya di Pengkalan Chepa. 


InsyaAllah saya akan membawa hampir 30 orang  untuk menuntut ilmu daripada Chef Ustazah bagaimana menjadi Tiktok Affiliate Chef Ustazah yang berjaya. 


Siapa tahu apa produk Chef Ustazah Yang tengah meletop sekarang ini, boleh tulis di ruangan komen. 


#drhafidzahkotalama

#KitaBinaBersama



Rafizi Ramli- 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗧𝘂𝗺𝗯𝘂𝗵 𝟱.𝟭% 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰




Alhamdulillah, ekonomi Malaysia berkembang 5.0% pada S4 2024, menjadikan pertumbuhan sepanjang tahun 5.1%.


Pertumbuhan ini mengatasi Indonesia (5.0%) dan Singapura (4.0%), serta melebihi ekonomi utama seperti China (5.0%), Korea Selatan (2.0%), dan Amerika Syarikat (2.8%).


Apa yang Mendorong Pertumbuhan Ini?


✅ Pelaburan meningkat – Keyakinan terhadap Malaysia kekal kukuh, dengan pertumbuhan pelaburan tertinggi sejak 2012


✅ Sektor pembinaan melonjak (17.5% pertumbuhan) – Lebih banyak infrastruktur, lebih banyak pekerjaan, lebih banyak peluang


✅ Perbelanjaan rakyat lebih kukuh – Gaji meningkat, perniagaan berkembang, dan pelancongan pulih


✅ Eksport melonjak 8.5% – Malaysia semakin mengukuhkan kedudukan dalam perdagangan global


Tetapi ini bukan sekadar angka.


Ini tentang rakyat. Tentang pekerjaan, perniagaan, dan peluang yang meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia.


Kerajaan akan terus menyokong gaji yang adil, menarik pelaburan, dan mewujudkan lebih banyak peluang supaya pertumbuhan ini dapat dirasai oleh semua.


Masih banyak yang perlu dilakukan, tetapi kita berada di landasan yang betul.



PECAH MONOPOLI PUSPAKOM


Jamzuri Ardani


Baru-baru ini Menteri Pengangkutan mengumumkan 3 syarikat baru yang diberikan lesen bersyarat untuk menjalankan Perkhidnatan Pemeriksaan kenderaan Bermotor. Sebelum ini hanya PUSPAKOM sahaja yang mendapat lesen melakukan perkhidmatan tersebut. 


Ini berikutan keputusan jemaah menteri yang mahu supaya diwujudkan persaingan yang sihat bagi perkhidmatan ini. 


Kesemua syarikat yang diumumkan itu diberi masa selama 24 bulan untuk menyediakan prasarana yang sepatutnya sebelum diberikan lesen penuh untuk beroperasi. 


Seperti biasa pembangkang akan bangkang, walaupun tanpa merit.


Mereka kata PUSPAKOM menjadi mangsa kerana syarikat itu milik bumiputera. Cubaan bodoh untuk memainkan sentimen perkauman. Padahal semua syarikat baru yang diumumkan itu adalah milik bumiputera. 


Kenderaan semakin banyak. Tempoh menunggu untuk membuat pemeriksaan di PUSPAKOM semakin lama. Ramai terpaksa guna 'runner' dan bayar lebih untuk urusan pemeriksaan kenderaan. Pembangkang tak kisah itu semua. Kesusahan rakyat bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu undi. Cara paling mudah untuk dapat undi ialah dengan memainkan sentimen kaum dan agama.  Lalu itulah yang mereka lakukan. 


Lepas tu mereka tuduh kata syarikat yang dapat lesen tu syarikat yang baru didaftarkan. Mereka pun kata ini syarikat kroni. Maka fitnah pun bertebaran. Bagi pembangkang fitnah adalah senjata politik yang halal dan mereka tidak pernah rasa bersalah melakukannya. 


Untuk dapat lesen perkhidmatan ini, modal permulaannya agak besar. Maka beberapa syarikat yang lama terlibat dalam industri ini bergabung membentuk satu entiti baharu dan mendaftarkan entiti gabungan ini bagi melayakkan mereka memohon lesen perkhidmatan ini.  Sebab itu ada syarikat yang dapat lesen ini baru didaftarkan. Tetapi itu tidak bermakna mereka baru sahaja menceburi bidang ini. 


Tuduhan kronisme tidak pernah dibuktikan. Hanya dengan membuat andaian syarikat baru daftar dapat lesen maka terus buat tuduhan dan fitnah. Ini memualkan. 


Kemudian reka pula tuduhan baharu. Syarikat-syarikat ini tidak berpengalaman melakukan perkhidmatan seperti yang dilakukan selama ini oleh PUSPAKOM. 


Memanglah tiada satu pun syarikat yang berpengalaman buat kerja PUSPAKOM sebab selama ni perkhidmatan ini dimonopoli oleh PUSPAKOM.  Sebab itu kena mula pecahkan monopoli ini sekarang. Tak kan itu pun tak boleh fikir. 


Hakikatnya, pembangkang hanya membangkang tanpa merit. Mereka hanya tahu memainkan isu 3R kerana itu yang mudah untuk mendapat undi.




KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA HARAPAN







18 Februari 2025


𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗪𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴-𝗨𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴: 𝗛𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗠𝗖𝗔 𝗣𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗙𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻


1. Pihak pengurusan KWSP disaran mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden MCA YB Wee Ka Siong. KWSP tidak harus berdiam diri tatkala fitnah dan pembohongan disebarkan.


2. Kenyataan YB Wee bahawa "duit KWSP telah hilang dan rugi" dalam transaksi saham Malaysia Airports (MAHB) tidak bersandarkan fakta dan barangkali, melibatkan agenda tersembunyi. Amat pelik melihat MCA yang merupakan pemegang saham terbesar Star Media Group Bhd dan Matang Bhd tidak memahami asas pelaburan, walaupun kedua-dua syarikat ini tersenarai di Bursa Malaysia.


3. KWSP telah menjadi pemegang saham MAHB sejak ia disenaraikan pada harga RM2.50 sesaham di Bursa pada 30 November 1999. Sejak itu, KWSP telah menjual dan membeli kembali saham MAHB untuk menjana “trading profit”. Ini adalah kebiasaan dalam pelaburan saham dan strategi ini diguna pakai oleh pelabur institusi yang lain juga.


4. Mengikut data yang digunakan pihak MCA sendiri, KWSP telah menjual 163.4 juta saham MAHB pada 2023 pada harga antara RM5.40 dan RM7.36. Apa yang tidak diceritakan adalah keuntungan yang telah dijana oleh KWSP.


5. Ada dua jenis keuntungan yang telah dijana oleh KWSP melalui MAHB, iaitu (1) peningkatan harga saham atau “capital appreciation” dan (2) dividen sejak 1999. Data Bloomberg (rujuk gambar) menunjukkan jumlah pulangan atau “total return” KWSP adalah antara 238% (jika saham dijual pada RM5.40) dan 361% (jika dijual pada RM7.36), jika dividen dilaburkan semula.


6. Dalam bahasa mudahnya, segala kos pelaburan KWSP dalam MAHB telah diraih balik, termasuk melalui dividen. Pihak MCA pastinya memahami soal dividen, memandangkan mereka penerima manfaat terbesar menerusi dividen lumayan daripada Star Media Group Bhd.


7. Jadi, tidak timbul soal KWSP rugi dalam MAHB setakat ini.


8. Bagaimana pula pembelian saham MAHB oleh KWSP pada harga RM11 sesaham baru-baru ini selaras dengan penswastaan syarikat tersebut? Sekali lagi, tidak timbul soal kerugian selagi mana saham itu belum dijual.


9. Perlu diingatkan, penswastaan MAHB dilakukan untuk menambah nilai atau “value creation” menerusi penambaikkan operasi dan kewangan. Selepas suatu tempoh tertentu, MAHB dijangka akan disenarai balik di pasaran saham, di mana konsortium GDA yang dianggotai oleh Khazanah Nasional, KWSP, Global Infrastructure Partners dan Abu Dhabi Investment Authority boleh menjual pegangan mereka pada harga dan penilaian (valuation) yang lebih tinggi.


10. Pemegang saham seperti Global Infrastructure Partners dan Abu Dhabi Investment Authority memerlukan “exit strategy” dan penyenaraian di pasaran modal adalah cara terbaik untuk meraih keuntungan. Dengan berlakunya pemulihan nilai MAHB selaras dengan penambaikkan operasi dan kewangan, “valuation” MAHB juga akan meningkat dan ini membolehkan KWSP menjual sahamnya pada kadar yang lebih tinggi.


11. Jika MCA mahu mengkritik KWSP dan menuduh KWSP “rugi”, tunggulah sehingga saham itu dijual kelak. Selagi belum jual, KWSP belum rugi.


12. Mengenai persoalan mengapa KWSP menjual sahamnya pada tahun 2023 dan membelinya kembali untuk melaksanakan penswastaan MAHB, jawapannya mudah sahaja dan KWSP sudahpun menerangkannya. KWSP menetapkan “sempadan” yang ketat antara dua pasukan dalamannya.


13. Salah satu pasukan ini adalah berkaitan strategi dan mempunyai akses kepada maklumat material yang tidak dikongsi dengan umum. Manakala, satu lagi pasukan berurusan di pasaran awam. Pasukan yang berurusan di pasaran awam tidak akan terpengaruh oleh keputusan pasukan strategi dan kaedah ini dapat menghindari “insider trading”. Ini penting untuk menjaga pelabur lain, terutamanya pelabur runcit yang terdiri daripada rakyat Malaysia majoritinya.


14. Sekali lagi, Angkatan Muda Harapan menawarkan kelas “Finance 101” percuma kepada pengkritik tegar MAHB Wan Fayhsal dan tawaran ini dibuka juga untuk YB Wee Ka Siong.


AMMAR ATAN

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan

Naib Ketua Pemuda AMANAH



HA HA HA.. PENAKUT GAYANYA

 

𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗣𝗔𝗦 kata, mungkin 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 hanya layak berdialog dengan 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮.



Hah ok la tu. Sebab tu Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog. Sebab bukan setakat Pemuda, bahkan 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 macam 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮!


Masalah banjir, hakisan laut, negeri tiada pendapatan, pemimpin PAS 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗿𝗲𝘁𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮! Nak bayar bonus pun 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁! Pasu bunga la tu!


Disebabkan PAS memang 𝗽𝗮𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮, maka tidaklah salah Pemuda Amanah ajak Pemuda PAS berdialog. Takut ke? 𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗽 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 sebelum ni.


Tapi memang 𝘁𝗶𝗽𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗣𝗔𝗦. Cakap besar. Macam 𝗠𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝘁𝗮𝗺. Buat sedang media kata 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗮𝗳. Tak lama lepas tu melutut pada DS Anwar minta ampun. Mulut lagi laju dari otak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KALAU MENGHINA PMX.. BOLEH MENJATUHKAN BELIAU MEMANG SILAP LA WALAUN.... PENGUNDI ATAS PAGAR MELIHAT SEMUA INI.DENGAN PRESTASI PEMIMPIN KORANG YANG SENDU, MEMANG KALAH LAGI LA. BANYAK KES SANGKUT NANTI. .


 Kalau pembangkang ingat poster atau posting macam ni 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, memanglah silap besar. Sebaliknya posting begini bakal jauhkan pengundi atas pagar kepada PN.



Semua makhluk, kecuali iblis, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗲𝗸 pada sikap biadab dan menghina. Kalau PN 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯𝗮𝗻, lama kelamaan PN sendiri yang terlihat jijik di mata rakyat.


Jadi bila tengok posting begini, aku senyum je. Korang tak jejaskan DS Anwar sikit pun. Beliau masih PM dan akan kekal PM 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹, InsyaAllah. Jadi teruskan biadab begini. Biarkan semakin meluat rakyat pada kamu. Bagus bagi PH. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.