PECAH MONOPOLI PUSPAKOM


Jamzuri Ardani


Baru-baru ini Menteri Pengangkutan mengumumkan 3 syarikat baru yang diberikan lesen bersyarat untuk menjalankan Perkhidnatan Pemeriksaan kenderaan Bermotor. Sebelum ini hanya PUSPAKOM sahaja yang mendapat lesen melakukan perkhidmatan tersebut. 


Ini berikutan keputusan jemaah menteri yang mahu supaya diwujudkan persaingan yang sihat bagi perkhidmatan ini. 


Kesemua syarikat yang diumumkan itu diberi masa selama 24 bulan untuk menyediakan prasarana yang sepatutnya sebelum diberikan lesen penuh untuk beroperasi. 


Seperti biasa pembangkang akan bangkang, walaupun tanpa merit.


Mereka kata PUSPAKOM menjadi mangsa kerana syarikat itu milik bumiputera. Cubaan bodoh untuk memainkan sentimen perkauman. Padahal semua syarikat baru yang diumumkan itu adalah milik bumiputera. 


Kenderaan semakin banyak. Tempoh menunggu untuk membuat pemeriksaan di PUSPAKOM semakin lama. Ramai terpaksa guna 'runner' dan bayar lebih untuk urusan pemeriksaan kenderaan. Pembangkang tak kisah itu semua. Kesusahan rakyat bukan urusan mereka. Mereka hanya mahu undi. Cara paling mudah untuk dapat undi ialah dengan memainkan sentimen kaum dan agama.  Lalu itulah yang mereka lakukan. 


Lepas tu mereka tuduh kata syarikat yang dapat lesen tu syarikat yang baru didaftarkan. Mereka pun kata ini syarikat kroni. Maka fitnah pun bertebaran. Bagi pembangkang fitnah adalah senjata politik yang halal dan mereka tidak pernah rasa bersalah melakukannya. 


Untuk dapat lesen perkhidmatan ini, modal permulaannya agak besar. Maka beberapa syarikat yang lama terlibat dalam industri ini bergabung membentuk satu entiti baharu dan mendaftarkan entiti gabungan ini bagi melayakkan mereka memohon lesen perkhidmatan ini.  Sebab itu ada syarikat yang dapat lesen ini baru didaftarkan. Tetapi itu tidak bermakna mereka baru sahaja menceburi bidang ini. 


Tuduhan kronisme tidak pernah dibuktikan. Hanya dengan membuat andaian syarikat baru daftar dapat lesen maka terus buat tuduhan dan fitnah. Ini memualkan. 


Kemudian reka pula tuduhan baharu. Syarikat-syarikat ini tidak berpengalaman melakukan perkhidmatan seperti yang dilakukan selama ini oleh PUSPAKOM. 


Memanglah tiada satu pun syarikat yang berpengalaman buat kerja PUSPAKOM sebab selama ni perkhidmatan ini dimonopoli oleh PUSPAKOM.  Sebab itu kena mula pecahkan monopoli ini sekarang. Tak kan itu pun tak boleh fikir. 


Hakikatnya, pembangkang hanya membangkang tanpa merit. Mereka hanya tahu memainkan isu 3R kerana itu yang mudah untuk mendapat undi.




No comments: