Sunday, May 31, 2020

JIKA DIJATUHKAN, MUHYIDDIN TAK MUNGKIN MOHON PARLIMEN DIBUBARKAN


Antara kelebihan yang dikatakan ada pada Muhyiddin Yassin jika beliau kalah dalam usul undi tidak percaya atau PN ditumbangkan dalam waktu terdekat ini ialah pilihan untuk membubarkan Parlimen.
Ramai yang meyakini Muhyiddin akan menggunakan kelebihan yang ada padanya itu dan dengan demikian PH tidak dapat sesegera itu menjadi kerajaan semula.
Lebih daripada itu, ada juga yang berkata, usaha untuk melihat hadirnya seorang Perdana Menteri baru jika Muhyiddin dijatuhkan adalah sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku berikutan kelebihan untuk membubarkan Parlimen tersebut.
Tambah mereka lagi, usaha menjatuhkan Muhyiddin atau PN sebenarnya hanyalah kerja sia-sia saja buat PH atau Tun Mahathir Mohamad kerana yang muncul akhirnya adalah pilihanraya umum secara mengejut, bukan pertukaran kerajaan.
Muhyiddin, jelas mereka yang mempunyai keyakinan sedemikian yang rata-rata adalah penyokong Perdana Menteri, UMNO dan Pas, tidak akan membiarkan dirinya dijatuhkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa.
Memohon kepada Agong untuk pembubaran Parlimen adalah kelebihan dan pilihan yang dikatakan terbaik buat Muhyiddin agar beliau dapat menjaga air mukanya bila kalah dalam usul undi tidak percaya dan kemudian sama-sama bersaing semula untuk menjadi Perdana Menteri.
Adakah benar itu yang mungkin dilakukan oleh Muhyiddin?
Dalam keadaan biasa, memang diakui itulah pilihan paling logik untuk diambil oleh Muhyiddin.
Tetapi, dalam keadaan luar biasa seperti sekarang ini, adakah Muhyiddin cukup keberanian untuk membubarkan Parlimen?
Sekurang-kurangnya ada empat keadaan luar biasa sedang membelenggu dan tidak memihak kepada Muhyiddin jika beliau memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat ini.
Pertama, Bersatu sedang parah berpecah belah dan perseteruannya dengan kem Tun Mahathir Mohamad ketika ini tengah berada di kemuncaknya.
Oleh kerana difahami kira-kira 90 peratus orang Melayu yang masuk menjadi ahli Bersatu adalah kerana Tun Mahathir dan bukan disebabkan Muhyiddin, berapa peratus keyakinannya mampu mencipta kemenangan jika diadakan pilihanraya umum?
Lebih penting, sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri, apabila mengambil keputusan membubarkan Parlimen, keutamaan dan keyakinan tertinggi ialah untuk menang, bukan sebagai pelarian kerana kalah dalam usul undi tidak percaya yang lebih mungkin menyebabkan kalah kemudiannya.
Adakah dalam situasi Bersatu sedang berpecah dan kemungkinan kalah lebih tinggi berbanding menang, wajar bagi Muhyiddin berdepan dalam pilihanraya?
Kedua, Perikatan Nasional atau PN bukan saja belum didaftarkan, malah banyak parti-parti dalam kerajaan sekarang ternampak tidak sedia dengan pendaftaran gabungan tersebut.
Oleh itu, jika pilihanraya umum diadakan, Muhyiddin dan kem dalam Bersatu yang ada bersamanya mahu bertanding atas tiket apa?
Ketiga, melalui kenyataan beberapa pemimpin utamanya seperti Najib Razak, Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, UMNO dengan jelas mahu meninggalkan Bersatu dalam PRU15 akan datang, sebaliknya hanya ingin bekerjasama dengan Pas saja melalui Muafakat Nasional atau MN.
Walaupun dalam kerajaan, UMNO berada di bawah Muhyiddin dan Bersatu, tetapi dari sudut politik PN yang tidak didaftarkan, khususnya disebabkan BN adalah blok terbesar dengan jumlah 43 Ahli Parlimen, parti itu adalah “abang besar” yang sebenar-benarnya dalam gabungan tersebut.
Jika UMNO tidak setuju dengan sesuatu perkara, apa cadangan pun berkaitan PN tidak akan menjadi kenyataan.
Tujuan UMNO hanya mahu bekerjasama secara sementara dengan Muhyiddin dalam kerajaan PN dan bukan sehingga pilihanraya akan datang adalah kerana kedua-dua parti Melayu itu bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya.
Melalui kerjasama dengan Pas pun soal pembahagian kerusi dijangka rumit untuk diselesaikan oleh UMNO, membawa sekali Bersatu tentulah akan perbincangan tiga pihak bertambah-tambah kronil jalan penyelesaiannya.
Maka, meninggalkan Bersatu dan menumpukan kepada Pas saja adalah pilihan terbaik dan ideal bagi UMNO, sesuai dengan keinginan parti untuk berkuasa semula secara dominan sebagai ketua dalam kerajaan.
Lagi pula, berbanding Pas yang mempunyai akar umbi serta jentera pilihanraya yang lebih kuat berbanding Bersatu yang ditafsirkan banyak pihak hanya sebagai “parti sepenggal” saja, mendakap erat parti Islam itu dan melepaskan pelukan Bersatu yang kini berpecah hampir merupakan keputusan yang tidak dapat dielakkan lagi buat UMNO.
Akhirnya, dengan ditinggalkan UMNO serta BN dan tidak pula dipedulikan oleh Pas, Muhyiddin dan geng Bersatu mahu bertanding atas kekuatan apa untuk berhadapan dengan PH?
Selain itu, sebagai faktor keempat, meskipun memohon kebenaran membubarkan Parlimen adalah kelebihan yang ada di tangan Muhyiddin sekiranya beliau kalah dalam usul undi tidak percaya, namun keputusan akhirnya adalah di atas budi bicara Yang Dipertuan Agong.
Dengan PRU14 baru saja diadakan pada Mei 2018, negara masih diancam bahaya Covid-19 dan soal ekonomi masih perlu ditangani dengan serius, besar kemungkinan Yang Dipertuan Agong akan menolak permohonan membubarkan Parlimen yang dipohon oleh Muhyiddin.
Sebagai ketua negara, Yang Dipertuan Agong tentu lebih setuju pertukaran kerajaan tanpa kos serta beban kepada kewangan negara berbanding mengadakan pilihanraya yang bukan sedikit belanjanya.
Tolak campur darab bahagi, jika ditakdirkan jatuh terlentang dalam waktu terdekat ini, pilihan paling munasabah dan terpuji diambil Muhyiddin ialah berundur secara baik serta menyerahkan kepada penggantinya yang ada sokongan majoriti mengurus negara ini, bukannya memohon pembubaran Parlimen.
Setidak-tidaknya dengan bersara secara baik, kemudian berehat bersama keluarganya, Muhyiddin sudah ada rekod pernah juga merasa duduk sebagai Perdana Menteri, walaupun dengan tambahan “kecemerlangan” hanya dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negara.
Dan, itu tentulah jauh lebih baik berbanding jika memanggil pilihanraya umum mengejut dan kemudian kalah teruk akibat dibiarkan bertanding sendirian serta tidak disokong oleh rakan-rakan sendiri.

 (Shahbudindotcom 31/05/2020)

BERHUBUNG DENGAN ARTIKEL HAYAT PN DALAM GENGGAMAN ANWAR: INI DARI UMNO...*Siapa Pemimpin PN Khianat Sesama Sendiri Punca PH Kembali Kuat?*



Aku tak nak ulas panjang kecoh 129 MP katanya sudah menyokong PH menjadi kerajaan. Tetapi sebagai muhasabah, PN harus salahkan diri sendiri.

PN dipenuhi pemimpin tamak haloba menyebabkan berlakunya tikam menikam sesama sendiri. Pertamanya, parti aku sendiri UMNO. Walau pun jumlah kerusi paling besar, perlu diingat tanpa MP Bersatu dan PKR yang melompat keluar PH, kita tidak dapat menjadi kerajaan.

Jadi, apabila membuat tuntutan melampau termasuklah memenuhi jawatan di GLC-GLC utama dan beberapa permintaan yang lain, pastinya mendatangkan rasa terancam Tan Sri Muhyiddin terhadap UMNO. Lebih berat lagi khabarnya ada desakan untuk melepaskan kes-kes melibatkan tokoh-tokoh UMNO yang didakwa di mahkamah. Ia sesuatu yang menekan rakan sekutu baru yang kita baru berpakat.

Keduanya, team Azmin Ali. Mangkuk seekor ini mempunyai keinginan tinggi untuk menjadi PM. Jika UMNO tidak berkeras membantah di awal Sheraton Move, maka hari ini beliau sudah menjadi TPM. Dengan jumlah 10 MP bersama beliau, tetapi bernafsu besar untuk menjadi ketua negara. Akibat tamak, habis jawatan Menteri yang penting diberikan kepada kelompok beliau. Malah di Parlimen, kedudukan Azmin di sebelah PM, memberi isyarat beliaulah TPM.

Tindakan bodoh Azmin inilah antara penyebab dalaman UMNO semakin membara. Seperti api dalam sekam menanti masa untuk meletup.

Tidak ramai yang sanggup menjadi seperti PAS, sanggup menerima apa sahaja walau diberi kementerian tidak penting dan GLC yang tidak penting, demi memastikan kerajaan PN ini terus bertahan.

Akibat nafsu serakah sesama sendiri ini, berlaku usaha khianat sesama sendiri. Biar aku dedahkan SEGALANYA.

DS Zahid Hamidi khabarnya telah bertemu pemimpin PH tertentu berunding untuk membentuk kerajaan baru. Ia tindakan sangat mengecewakan dan membawa kepada usaha dalaman UMNO untuk menggantikan beliau sebagai Presiden. Tetapi logik Zahid ada. Beliau sebagai Presiden tidak dilantik sebagai Menteri dalam keadaan kes mahkamah beliau belum diputuskan bersalah. Kenapa dihukum awal?

Fraksi Hadi Awang dalam PAS yang berbeza dengan Fraksi Takiyudin Hassan telah bertemu Tun M Ramadhan yang lalu menawarkan 18 undi PAS untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Ini tindakan sangat hipokrit dari parti agama.

Fraksi Bersatu bekas UMNO yang melompat diketuai Hamzah Zainuddin telah bertemu Anwar menawarkan 9 MP untuk menyokong Anwar menjadi PM. Ini betul-betul bullshit. Tidak pasti adakah benar-benar Anwar akan bekerjasama dengan beliau yang pernah menuduh Anwar dengan skandal tertentu dan mengkhianati rakannya di PH.

Muhyiddin sendiri selepas gagal memujuk Mahathir, khabarnya sedang berusaha juga mencari pakatan baru untuk menyelamatkan kedudukan beliau sebagai PM. Tiada maklumat detail, tetapi yang pasti berlaku pertemuan 4 mata beliau dengan Anwar.

Bagi aku, kesemua fraksi dalam PN sekarang bersalah kerana pentingkan diri, tamak dan tidak sabar. Jadi apabila PH kembali kuat, jangan disalahkan mereka. Salahkan diri sendiri. Aku tidak rasa PH yang hilang kerajaan secara mengejut akan selamanya bodoh untuk percaya Zahid, Hadi, Hamzah atau Muhyiddin. Pasti mereka ada move tersendiri.


*Zainal Sadom*
UMNO SELAMANYA….



*Khabar Angin: Hayat Kerajaan PN Berada Dalam Genggaman Anwar Ibrahim?*


Awang bin Ahmad Awang

Bermula semalam, beberapa maklumat yang  telah cuba untuk memastikan kesahihannya. Secara amnya semua maklumat-maklumat ini tidak ada kenyataan rasmi tapi sudah timbul dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

1) Sekarang ini, hanya bergantung kepada Anwar Ibrahim sahaja untuk memberi persetujuan. Secara umumnya bilangan MP-MP yang menolak PN sudah pun lebih dari mencukupi. Namun, ia memerlukan sokongan 39 MP PKR. Sekiranya Anwar Ibrahim bersetuju, maka jatuhlah kerajaan Muhyidddin dan PN ini.

a. Diberitakan PH telah pun bersetuju untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri buat sementara waktu. Setelah beberapa ketika, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir sudah pun tua dan tidak akan dapat meneruskan kerjaya beliau untuk jangka masa yang lama

b. Amanah dan DAP sudah pun menyetujui saranan ini.

c. Namun, ada fraksi dalam PKR yang cenderung kepada Rafizi mahukan PKR dan PH kekal sebagai pembangkang. Namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh Amanah dan DAP kerana jangka masa 3 tahun adalah terlampau lama dan ada kemungkinan PKR dan DAP akan diharamkan sebelum PRU15 nanti.

2) Ada parti yang dah hantar wakil berjumpa Dr. M dan Anwar menawarkan sokongan mereka kepada kerajaan baru tapi dengan syarat Amanah (bukan DAP) dikeluarkan dari kerajaan baru ini. Parti ini dahlu ke hulu ke hilir maki DAP dan panggil DAP kapir harbi tapi sekarang ni cuma hendakkan Amanah sahaja ditendang keluar. Ini petanda jelas bahawa kerajaan Muhyiddin sekarang ini ibarat telur di hujung tanduk.

a. Khabarnya yang datang jumpa Dr. Mahathir itu adalah Presiden dan Spender. Ini bererti parti itu benar benar yakin yang kerajaan Muhyiddin tidak kekal lama. Kalau tidak, sudah tentu mereka tidak membuat tawaran ini.

3) Ada tiga orang Menteri dan Timbalan Menteri BERSATU yang bercadang untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin semalam tetapi ubah fikiran di saat akhir. Namun, isu ini masih belum selesai lagi dan mungkin akan meletup sekali lagi

4) Pemecatan Dr Mahathir dari BERSATU umpama menjerut leher sendiri bagi Muhyiddin Yaasin kerana selama ini diberitahu kepada akar umbi BERSATU bahawa Dr Mahathir cuma bersandiwara sahaja menentang Muhyiddin bagi menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Namun, apabila Dr Mahathir dipecat membuktikan apa yang Dr. Mahathir buat selama ini bukan sandiwara. Ramai akar umbi BERSATU sudah merasa tertipu.

5) Orang-orang Muhyiddin juga sedang aktif mahu bertemu Anwar Ibrahim untuk membuat tawaran-tawaran baru. Yang terbaru ada tawaran untuk membuang UMNO dari PN dan menggantikan dengan PKR.

6) Harapan untuk pilihanraya mengejut juga amat tipis memandangkan keadaan Covid 19 ini menghalang orang ramai kembali untuk mengundi. Maka, akan berlaku pertukaran kerajaan

7) Kedudukan Muhyiddin belum disahkan sebagai Perdana Menteri secara berpelembagaan memudahkan YDPA memecat beliau dari jawatan Perdana Menteri. Muhyiddin tidak mampu membuktikan beliau mempunyai sokongan 112 minima dalam Parlimen untuk mengesahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri mengikut Artikel 43-2(a) Perlembagaan Persekutuan yakni Muhyiddin masih belum membuktikan kepada YDPA yang beliau mempunyai sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen.

8) Di Melaka sepertinya persetujuan telah dicapai dan kemungkinan PH akan kembali memerintah Melaka dengan sokongan 5 orang ADUN PN. Marilah kita berdoa supaya perkara ini terjadi.

9) Respon-respon dari Azmin Ali, PAS dan UMNO seperti di bawah ni menyatakan mereka sendiri tak yakin Muhyiddin ada majoriti di Parlimen. Panggilan membubar PArlimen adalah bukti mereka sudah nampak kejatuhan kerajaan mereka.:

KESIMPULAN: Nampak gayanya hayat kerjaaan Muhyiddin sekarang ni terletak dalam tangan Anwar Ibrahim.  Kalau Anwar kata jalan, maka jalan lah Muhyiddin dan kuncu-kuncu nya.

Kalau Anwar tidak bertindak sekarang, PKR kemungkinan besar takkan wujud lagi selepas ini kerana telah diharamkan bersama-sama DAP.



SEKALI KHIANAT, SELAMANYA BERKHIANAT

TUN MELUTUT PADA PAS DAN UMNO BENTUK KERAJAAN???

DARI MANA DATANGNYA ANGKA 129 KERUSI?

PN BANTU SEKOLAH MCA, BUKAN SEKOLAH CINA?

AUDIO TAWAR JAWATAN POLITIK: SPRM JANGAN LENGAH, SIASAT SEGERA

HUBUNGAN NAJIB DAN SYARIKAT ISRAEL: KERAJAAN PN PERLU SIASAT SEGERA

TAK BERDOSA AIHH KATA KE LEBAI NI...MEMANG DIA BERANI DALAM FB SAJA...BUKAN ADA ILMU SANGAT PUN ...

BAGAI ANJING SALAK BUKIT....BABI SERUDU POKOK....TUPAI TAK MAU MAKAN BUAH MUDA...SEMBANG POKOK TERBANG...

Paling kuat lebai kelarah ni kalau debat dengan dia...sahih dia blok...hati tisu ja lebai ni....orang ajak debat ilmiah...boleh belah..ulamak tok cai apa woiiii...




KABINET BAYANGAN PH ?

KABINET BAYANGAN PH ?

Anwar Ibrahim - PM (PKR)
Mukhriz Mahathir - TPM  (Bersatu)

Kewangan -  Rafizi Ramli (Senator) (PKR)
KDN - Mohamad Sabu (Amanah)
Pertahanan -  Amirudin Hamzah (Bersatu)
Ekonomi - Lim Guan Eng (Dap)
Pengangkutan - Anthony Loke (Dap)
Pelajaran - Nurul Izzah Anwar (PKR)
Perumahan/Kerajaan Tempatan - Nor Azrina Surip SURIP (PKR)
Pembangunan Luar Bandar - Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah)
Komunikasi Multimedia - Khalid Samad (Amanah)
Tenaga Manusia -  Gobind Singh Deo (Dap)
Pertanian/Asas Tani - Salahudin Ayob (Amanah)
Kesihatan -  Dr Dzulkifli Ahmad (Amanah)
Luar Negeri - Hassan Karim (PKR)
Wilayah - Dr Maszlee Malik (Bersatu)
Pelancungan, Seni, Budaya - Mohamaddin Ketapi (Warisan)
Tenaga, Tek, Sains, Alam Sekitar - Yeo Bee Yin (Dap)
Belia dan Sukan -  Syed Saddiq Syed abdul Rahman  (Bersatu)
Perdagangan Anarabangsa, Industi - Dorrel Leiking (Warisan)
Perdagangan Dalam Negeri,, ehwal Pengguna - Saifudin Nasution (PKR)
Pembangunan Usahawan - Hj FAdillah Yusoff (GPS-PBB)
Industri Utama - Teressa Kok (Dap)
Kerja Raya - Dr. Xavier Jayakumar (PKR)
Air, Tenaga, Sumber Asli - Abdullah Sani Abdul Hamid (pkr)
JPM (Agama) - Dr Mujahid Yusoff (Amanah)
JPM (Undang-Undang) - Mahamed Hanipa Maidin (Amanah)
Wanita, Pembangunan Keluarga, Masyarakat - Hjh Fuziah Salleh (PKR) 

PKR -  9
Amanah - 7
Dap - 5
Bersatu - 4
Warisan - 2
GPS - 1

Semoga berjaya !!

ADAKAH AGIHAN JAWATAN MENTERI DAN GLC BAGI WUJUDKAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL BOLEH DIANGGAP RASUAH?



Saya ingin merujuk kepada rakaman audio yang tular di laman sosial semalam dan juga telah dilaporkan oleh media-media mengenai suara yang dikatakan mirip suara YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Lelaki tersebut telah memberikan gambaran bahawa kerajaan baharu boleh dibentuk dengan mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mana sokongan itu boleh ditarik melalui pemberian jawatan Menteri atau GLC yang mempunyai implikasi kuasa dan kewangan.

Antara dialog suara lelaki tersebut adalah:-

”Kalau dia tahu kerajaan baru nak terbentuk, UMNO masuk, ‘why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?’”

”Kalau kita ambil seorang-seorang, mungkin ada di antara mereka terutamanya kalau mereka ada tawaran-tawaran tertentu, why not?”

”Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan UMNO, 10 hingga 20 tinggal Najib dan puak-puak dia.”

”Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi Menteri, jadi chairman of GLC”

Sekiranya suara tersebut adalah benar-benar suara YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin, ini menimbulkan satu persoalan besar samada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk dengan secara merasuah Ahli-Ahli Parlimen dengan jawatan.

Berdasarkan takrifan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah adalah ’penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.’

Ahli-Ahli Parlimen bertanggungjawab untuk membentuk sokongan majoriti bagi menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.

Adakah beliau memberi suapan jawatan-jawatan untuk menjadi Perdana Menteri?

Malah, jika dirujuk dibawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 (Akta 694), “suapan” juga ertinya -

(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat

Rakaman audio tersebut turut menunjukkan bahawa rancangan ‘membeli’ sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen parti UMNO dan mungkin juga parti-parti lain telah disusun lebih awal sebelum pembentukan kerajaan PN.

Selepas PN mengambil kuasa, Ahli-Ahli Parlimen PN telah menerima agihan jawatan dengan lantikan 70 orang sebagai Menteri dan Timbalan Menteri serta 23 orang lagi sebagai Pengerusi GLC atau Badan Berkanun.

Tanpa sokongan 93 orang Ahli Parlimen yang bersandarkan kepada ganjaran jawatan, adalah mustahil untuk PN membentuk kerajaan.

Memandangkan isu ini melibatkan kedudukan kerajaan dan atas dasar kepentingan orang ramai, sewajarnya SPRM menjalankan siasatan dengan segera bagi mengesahkan ketulenan audio tersebut.

Sekiranya audio tersebut sah, maka mereka yang menawarkan dan menerima jawatan berkenaan wajar disiasat mengikut Akta SPRM 2009. 

Sekian, terima kasih.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Ketua AMK Malaysia


PROPAGANDA MELAYU-ISLAM BN GUNA SISTEM SIBER ISRAEL?

BERKOKOK PAGI PETANG SIANG MALAM DALAM FB..PERINGATAN UNTUK MOKTAR SENIK...DAH LEBIH 48 JAM DAH WOIII...HANG ADA MANA???..LAM GUA KA MANA KA....




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MOKHTAR SENIK JANGAN KECUT UNTUK ...
W.FAUDZIN

Sembang dalam FB bukan main kencang. Konon-kononnya akan lawan walaupun berpuluh-puloh ustaz yang ada Phd. Tetap pertahankan bahawa Malaikat di langit bertakbir bila Umno dan Pas bergabung.

Dr Rora tidak setuju apabila nama Malaikat dijual untuk modal dan kepentingan politik kepartian, apatah lagi tiada hujah dan dalil yang kukuh dan tepat disandarkan. Maka, Dr Rora telah menghantar wakil untuk mengajak Mokhtar Senik ini berdialog atau muzakarah dalam isu ini.

Telah lebih 48 jam, lebai ini terus menyepi. Takkan tak boleh langsung buka "mask" kot....waktu menghukum dan menjual agama, besar mulut anta.

Hai...awat diam saja ni ulamak...ulamak la sangat....

Blog Archive

My Blog List

Followers