ANWAR BERTEGAS TIDAK AKAN TINGGALKAN RAKAN-RAKAN DI DALAM PH DEMI UNTUK MENJADI PM




Anwar Ibrahim, MB Selangor ke-17? - ismaweb

Rakan yang baik adalah yang akan bersama kita waktu susah dan senang.  Itulah yang dibuktikan oleh rakan-rakan Keadilan di dalam PH, Dap dan Amanah serta segelintir rakan-rakan di dalam Bersatu. 

Ada pihak yang cuba mengumpan Anwar dengan menawarkan jawatan PM dan TPM, dengan meletakkan syarat agar  Anwar tinggalkan Dap dan Amanah.  Mereka silap orang.  Anwar bukannya kemaruk untuk menjadi PM sehingga tergamak mengkhianati rakan-rakan yang setia bersama selama ini.  Presiden Keadilan ini sanggup rugi seketika dengan memecat ramai pimpinan utama di dalam partinya asalkan parti reformasi ini benar-benar jujur di dalam perjuangannya dan tidak memelihara spesis-spesis yang mementingkan diri sendiri.  Jika benar beliau kemaruk kepada jawatan PM, lebih mudah baginya untuk bersekongkol dengan puak-puak khianat itu. 

Anwar bukan seperti Muhyidin atau Hadi Awang, apatah lagi seperti Azmin.  Prinsip mereka boleh dijual beli dengan begitu murah seperti barang longgok di pasar malam.  Bak kata Anwar sendiri, di dalam usia sebegini beliau tidak boleh menjadi pengkhianat dan mati di dalam keadaan rakyat menyumpah seranahnya.  Jawatan dan kedudukan di dunia ini boleh dicari, tetapi maruah itu akan dibawa ke mati.

Saya berasa bertuah berada di dalam parti Keadilan yang memiliki Presiden seperti Anwar.  Adaalanya saya rasa gelisah dan gusar dengan sikapnya yang terlalu pemaaf dan bersangka baik.  Kadangkala sikapnya itu memberi padah kepada diri dan partinya.  Namun, Anwar sedar bahawa setiap pemimpin itu akan diuji.  Nabi pun telah diuji dengan berbagai ujian termasuk menghadapi puak-puak yang munafik yang berpura-pura di hadapannya.

Semoga dengan berkat kesabaran dan kesetiaan beliau kepada perjuangan ini, akhirnya beliau akan diangkat untuk memimpin negara kita ini.  Saya lebih rela beliau tidak menjadi PM sampai bila-bila asalkan beliau tidak mengkhianati perjuangan dan rakan-rakan. 

WFAUZDIN NS



No comments: