Sekali Khianat, Selamanya Berkhianat
FB: Aiman Athirah Jundi
Sejak usai PRU13, 2013, serangan kepada pro PR semakin meningkat.
Siang malam pagi petang tentera keyboard mereka diarah melabelkan sesiapa sahaja dalam parti yang pro PR sebagai pengkhianat dan menentang “ulamak”.
Itu diratib sehingga kejayaan kemuncak mereka adalah berjaya menyingkirkan semua pimpinan utama yg pro PR termasuk di semua peringkat pusat, sayap2, negeri2 dan kawasan.
Sdr/i,
Hari ini semua boleh saksikan sendiri siapa sebenarnya pengkhianat dan tak habis2 buat kerja khianat, menyokong pengkhianatan dan hasut orang lain untuk sama jadi pengkhianat sepertinya.
Peristiwa ini dirakam kemas oleh sejarah, para pengkhianat akan memperdagangkan apa sahaja yg mereka ada selagi boleh diperdagangkan. Saat dan ketika ini kerja-kerja pengkhianatan itu masih diteruskan.
Allah berfirman,
“….dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana membela orang-orang yang khianat” ( QS An Nisaa : 105)
“ Dan janganlah kamu berdebat untuk membela orang–orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa .”(QS An Nisaa : 107)
#TolakPengkhianat
#KekalBerprinsip
#KembalikanMandatRakyat
#KekalBerprinsip
#KembalikanMandatRakyat