MENGIDAM BALAK HUTAN SIMPAN ULU MUDA, MENGAPA TIDAK WAJAR?






Menteri Besar Kedah yang baharu Sanusi Md Nor heboh kononnya kerajaan Kedah menanggung beban kerana dituntut syarikat pembalak sejumlah RM1.5 bilion. Namun bekas Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir menafikan ada tuntutan daripada syarikat pembalakan di Kedah ekoran pembatalan konsesi yang diberikan kepada mereka. Kata Mukhriz, angka sebanyak RM1.5 bilion itu sengaja direka-reka dengan tujuan tertentu untuk memburukkan kerajaan PAKATAN HARAPAN pimpinannya. Dalam wawancara bersama Dr Ismail Salleh pada malam Khamis lalu, Mukhriz menjelaskan syarikat yang terbabit telah bersetuju dengan penyelesaian dibuat. Apa pula jawapan Sanusi nanti? Rakyat mahu melihat syarikat pembalakan mana yang kononnya mahu membuat tuntutan seperti yang disebut oleh beliau.


No comments: