31 POSTING HINGGA KINI



SILA TEKAN  >  UNTUK BERITA AWAL PAGI

AMANAH PATUT LEBIH FOKUS PANTAI TIMUR

Aku sebenarnya dari sebelum PRU 14 berpandangan, Amanah tak perlu sibukkan diri bertanding di Sarawak dan Sabah, Tapi kalau boleh dapatkan konsensus bersama 1 kerusi di Sabah tu Ok lah...

Aku lebih melihatkan potensi Amanah di Kelantan, Amanah sepatutnya memberi tumpuan di negeri Kelantan..Sebab Amanah berpotensi menjadi parti teras di Kelantan seperti mana Warisan di Sabah jika betul strateginya...walaupun mungkin memakan masa, Tapi tidak ada yang mustahil dalam Politik..

Suatu masa dulu, Johor pernah dikatakan kawasan yang karat Biru, totok UMNO..pada PRU 14, atas Ketokohan Muhyidin Yasin.. Johor Tumbang.. Di Sabah.. PBS pernah jadi parti besar dan Kerajaan di Sabah sebelum dikuasai UMNO.. akhirnya atas sebab Ketokohan Shafie Afdhal.. Sabah tumbang..

Dan tidak mustahil, jika Amanah dapat memperkenalkan Ketokohan pemimpin masa depan Kelantan.. Husam Musa dan Nik Omar Satu gandingan yang baik.. jika ramai Tokoh Agama dan Profesional diperkenalkan di kelantan..mungkin lebih baik.. jangan buat strategi memperkenalkan Nik Omar saat akhir seperti PRU 14..cuma perlu strategi yang tepat..

Amanah perlu segera tangani dan mengatur strategi awal atas sentimen Perkauman Agama yang selama ini menjadi azimat PAS seperi isu RUU355 dan sentimen Agama..

Mana lah tahu, atas tindakan PAS bersama UMNO.. gunakan lambang BN.. ia menjadi kelebihan bagi Amanah.. ada ketika Allah menatur yang lebih baik buat kita..  :)

Ipohmali


KAH....LEBAI


Jamzuri Ardani



Nik Zawawi ni ada hati nak hentam DSAI kononnya guna hujah ayat Quran tak rujuk ulamak.  DSAI tu ulamak satu dunia dia rujuk. Ulamak PAS saja yang dia tak rujuk sebab dia tahu ulamak PAS ni jenih tak boleh pakai.

Kamu tu dah terciduk keluar kenyataan yang merosakkan hubungan antara rakyat sampai terpaksa polis buat siasatan.

Bila ada orang tegur tu jangan lah sombong seolah-olah kamu sahaja yang tahu bab agama. Ini tak pasal-pasal hentam DSAI dan tak tentu pasal kaitkan pulak dengan DAP.

Akai ada?!?

BUKA LA SAMPAI 2 PAGI...


Maz Nah

Pergghh

182 kes Covid 19 arini, semlm 45, kelmarin 24, sebelum tu 100...

Mulai mlm td pula Mail Beri benarkan waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga jam 2 pagi. 
Mail sihat ke tak sihat ni?

Mail Beri nampak tak pola gelombang ke 2 ni?

6, 62, 100, 24, 45, 182

Bahaya ke tidak nak buka itu ini sampai pukul 2 pagi?

Tajuk Filem : peneroka haram hutan simpan Raub mahukan hak pemilikan tanah.



Irwan Sanae

TRIVIA -

Tujuan penerokaan : tanaman komersil durian spesis Musang King.

Tempoh ceroboh : 60 tahun.

Nama Kempen : Save Musang King Alliance (Samka).

Sponsor : DAP.

Pelakon Pembantu : pentadbir dan penguatkuasa Melayu yang saban hari memaki DAP dan melaungkan azan “Hidop Melayoooo!!!”.

*

Bes filem ni. Elok sediakan popcorn saiz L. Seperti biasa, nangoi ikan bilis sahaja yang disabit bersalah dan akan dihukum. Barracuda dan Jerung kekal berenang bebas. Menjarah tanah baru untuk dirogol tanpa belas.

Bisa rasuah kes Samka ini berpunca dari ubun-ubun kepala merebak ke buku lali. Penyakit kronik tanpa penawar. Harus ditembak mampos.

Ini bukan makan kecik-anak. Kenyangnya panjang. Boroinya membulat jelek.

Peneroka Cina ini pensubahat mereka siapa kalau bukan pelakar dasar Melayu, pelaksana hukum Melayu dan penguatkuasa undang-udang Melayu?

Ini epitom kepada budaya rasuah Malaysia diumpan Cina kapitalis dimakan Melayu pemalas yang berniaga dengan sedikit kuasa.

Ini Malaysia.



Irwan Sanei
Tweak Automotive
Cosworth Malaysia
Tweak Lamborghini
Saudagar Ikan Kacak

5,000 ekar ++ selama 60 tahun, tak kan tak perasan kot woi??

PAS DISINGKIRKAN SEBAB ARAK DAN BIBLE ?



Sebenarnya PAS boleh jer dapat 2-3 Kerusi di Sabah.. takda Masalah.. Jika PRN ini berlangsung 2 Bulan lepas, dah pasti sekurang kurangnya PAS dapat 3 Kerusi...

Tapi apa sebabnya disingkirkan ? Sebabnya Kenyataan Bodoh Ulama PAS Si Zawawi salleh di dalam Parlimen dalam dana menghina tentang arak dan Bible... Ya! Akhirnya PAS disingkirkan hanya kerana isu arak dan Bible.. Jadi Siapa lebih anti Islam ?

Bukan hanya Parti Sabah.. hatta MCA yang dapat 4 Kerusi di Sabah pun mahukan PAS disingkirkan.. Isu Kristian, Bible dan Arak cukup sensitif di Sabah dan Sarawak.. disana ada perayaan keamatan berkait dengan arak..Kalau nak tahu itulah bayangan PRU 15....

DAP selama ini, PAS mainkan sentimen Agama, Isu Hudud.. Kononnya DAP anti Islam..Tak pernah langsung DAP kacau kawasan PAS bertanding di kawasan Melayu..tak kira di Sabah.. tak kira di Sarawak.. tapi DAP dituduh anti Islam..

Hari ini...Bayangkan Allah Zahirkan, PAS adalah khadam sebenar kelompok anti Islam seperti MCA.. Bagi PAS.. apa pun Ok..Janji bukan DAP.. Janji dapat puaskan nafsu serakah kuasa dan kebencian Presiden dia..Sanggup jadi broker dan Barua UMNO, Jadi Boneka UMNO bak kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz..

Belum apa apalagi dah disisihkan..Tapi takda kami nak kata PAS jadi khadam kelompok Kuffar atau orang Kafir.. Kalau Sabah lagi tersisih..apalagi kalau di Sarawak.. :)

Ipohmali

DEMI DAKWAH PAS MESTI UGUT UMNO/MN UNTUK KERUSI DI SABAH

 Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah, walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi.

Bagi Pas, bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi wakil rakyat, tetapi ia juga sebahagian kerja-kerja dakwah Islamnya.

Sebab itu, Pas tak kisah sama ada kalah atau menang kerana dalam apa keadaan sekali pun, kerja-kerja dakwah tetap dapat dijalankan.

Sebab itu, bertanding adalah penting bagi Pas sebagai sebuah parti Islam.

Dalam PRN Sabah pada 26 September depan, kedudukan Pas lebih istimewa kerana ia bermuafakat dengan UMNO dalam Muafakat Nasional serta dalam masa yang sama menyokong Bersatu dan Muhyiddin Yassin dalam gabungan baru Perikatan Nasional.

Sebagaimana yang diumumkan semalam, UMNO akan bertanding 31 kerusi, manakala Bersatu bertanding 19 kerusi.

Dalam keadaan Pas berada bersama MN dan PN sekarang ini, jika parti itu diperuntukkan kerusi untuk bertanding, peluang Pas untuk menang tentulah lebih cerah kerana disokong oleh UMNO dan Bersatu.

Apabila menang, tentulah kerja-kerja dakwah dan meninggikan syiar Islam oleh Pas menjadi lebih mudah dan meluas lagi.

Kalau kalah pula, dakwah sudah pun dilaksanakan sewaktu berkempen dan ia merupakan sebahagian daripada perjuangan yang dituntut Tuhan.

Dalam hal ini, demi kepentingan dakwahnya, Pas mesti berani bertegas terhadap UMNO dan Bersatu agar mereka mesti diberikan kerusi yang sewajarnya untuk bertanding di Sabah.

Pas tidak sepatutnya bersikap reda dan dan tidak apa lantaran tidak diberi kerusi kerana kerja dakwah dan menegakkan syiar Islam tidak harus ada tolak ansur.

Kalau 10 kerusi yang diminta, UMNO mesti beri 5 dan Bersatu juga mesti beri 5 dan kalau dua kerusi saja misalnya, UMNO dan Bersatu mesti sedia memberi masing-masing satu kerusi kepada Pas.

Jika tidak, tiada gunanya Pas bermuafakat dengan UMNO dalam MN dan bekerjasma dengan Bersatu serta menyokong Muhyiddin dalam PN.

Malah, baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya juga harus diperingatkan bahawa tanpa sokongan Pas, bukan saja UMNO sukar berkuasa semula, malah Muhyiddin tidak mungkin dapat duduk di kerusi Perdana Menteri.

Demi kerja-kerja dakwah dan untuk Islam, Pas malah sepatutnya berani mengugut UMNO dan Bersatu berkenaan peruntukan kerusi untuk parti itu.

Sekali lagi diperingatkan, Pas mahukan kerusi bukan semata-mata kerana seronok bertanding seperti amalan parti sekular, tetapi kerana dakwah dan demi Allah.

Kiranya UMNO dan Bersatu tidak sedia bertolak ansur, lebih baiklah Pas keluar saja daripada MN dan PN kerana terbukti kedua-dua parti itu tidak menyokong kerja-kerja dakwah Pas.

Lebih baiklah Pas bergerak bersendirian seperti sebelum ini kerana walaupun tidak menang jika bertanding, namun kerja dakwah dan tuntutan Tuhan tetap dapat dilaksanakan.

Memang cukup memalukan, berada dalam MN dan PN, tetapi ruang untuk Pas berdakwah semakin terhimpit jadinya.

Dengan tidak diberikan kerusi dan kerja Pas hanya memasang poster dan memacak bendera orang lain saja, apa dakwah yang Pas dapat lakukan di Sabah?

Dan lebih penting, dalam keadaan begitu, bagaimana Pas yang menjawab dengan Allah di akhirat nanti? (Shahbudindotcom 11/09/2020)

BN CARI PENYAKIT KETEPIKAN MUSA AMAN DI SABAH


INIKAH BALASAN DIATAS KESUDIAN MENJADI KHODAM?

 

Nizam Aka.



Setelah Pas berkorban segala-galanyanya untuk Umno dan PN/MN,adakah ini balasan dari UmnoP BN atas pergorbanan yang dilakukan oleh Pas itu?Mereka sanggup membawa dan mengebar bendera BN yang mereka amat benci dan seolah-olah haram untuk dipegang satu ketika dulu.. Mana pergi semangat Melayu Islam dalam MN?Mca yang bukan Melayu Islam diberi 4 kerusi utk bertanding,sedangkan Pas yang dikatakan bawa Islam,tidak mndapat sebarang kerusi,malah wakil Pas pun tidak dijemput dalam majlis pengumuman calun?




BODO LA..BERITA DAH TAHU FITNAH KONGSI BUAT APA...SAJA LA KAN DUIT BANYAK

 Kongsi berita fitnah, Razman terpaksa hadap saman Guan Eng

Kongsi berita fitnah, Razman terpaksa hadap saman Guan Eng

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik dan dikongsikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menerusi akaun Facebooknya menunjukkan Lim seorang yang tidak menghormati agama Islam.

Lim ketika memberikan keterangan dalam kes saman yang difailkannya terhadap Razman berhubung satu pautan imej palsu di Facebook itu berkata hantaran yang dimuat naik Razman adalah satu fitnah, menyinggung perasaan serta suatu perkara yang mengelirukan dan tidak benar.

“Pernyataan fitnah yang dibuat itu menjejaskan kedudukan dan reputasi saya, bukan sahaja dari sudut saya sebagai individu, tetapi juga saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang pada ketika itu, bahawa saya menyokong dasar pekerja hotel Muslim dilarang memakai tudung ketika bekerja,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.

Lim berkata beliau juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan selaku ketua menteri Pulau Pinang yang menyokong dasar pekerja hotel wanita beragama Islam dilarang memakai tudung semasa bekerja di kaunter penerimaan tetamu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata defendan sebagai seorang ahli politik berpengalaman yang memegang jawatan tinggi dalam partinya, seharusnya tahu akan akibat buruk yang mungkin timbul daripada pernyataan fitnah tersebut.

Pada 22 Jan 2018, Lim memfailkan saman terhadap Razman, mendakwa pemimpin PAS itu telah memuat naik suatu imej palsu di laman Facebook dengan memuat naik pernyataan dan paparan yang berunsur fitnah, palsu dan berniat jahat terhadap Lim bertarikh 18 Nov 2017.

Paparan kata dalam akaun Facebook Razman itu dibaca: “Doa moga ini tidak betul.Kalau ia benar pertimbangkanlah jika anda sudah terlajak bersama PAN (Parti Amanah Negara), “Larangan bertudung itu hak pengusaha hotel, Pulau Pinang sokong sepenuhnya” “Guan Eng” dan “Pulau Pinang sokong larangan bertudung”.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa paparan dalam laman Facebook itu merujuk kepada dirinya dan paparan di akaun Facebook milik defendan tersebut adalah menerusi sumber yang tidak sahih dan bertujuan merosakkan reputasi dan mencemarkan namanya serta melambangkan plaintif seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati kehendak agama Islam dan budaya orang Melayu.

Lim memohon ganti rugi am, teruk dan melampau, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon satu perintah untuk menghalang defendan mengeluarkan, menyiarkan dan menerbitkan  paparan  dalam laman tersebut.

Mahkamah menetapkan 5 Nov ini untuk pihak-pihak memfailkan hujahan lisan.

— BERNAMA



51 DALIL KENA TOLAK PAS

 TINTA MERAH


Ayuh Rakyat Kelantan & Perantau Kita Tukar PAS :

 

Dalil dah hujah kenapa rakyat Kelantan Wajib tukar kerajaan Pas kepada BN/ Umno.

 

PAS diawalnya cukup manis, merdu dan lembut alunan suara tarinya sehinggakan ramai yang asyik dan tergoda. Sekarang, Hadi sebagai Presiden Pas, cukup bernafsu tergilakan jawatan Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri.

Sebab dan Asbab mengapa dan kenapa rakyat Kelantan Wajib untuk menukar PAS ;

1. Janji Pelaksanaan hukum Hudud diKelantan - Pas dizaman kempimpinan Hadi sekarang terbukti telah melacurkan hukum Hudud dan RUU 355 sepertimana penjelasan Hadi di prk Tanjung Piai bahawa Hudud mustahil dapat dilaksanakan di Malaysia kerana faktor masyarakat majmuk. Sememangnya masyarakat majmuk berbilang kaum dengan pola Melayu & Bumiputera 62% , Cina 25% dan India 6.8% daripada keseluruhan 32juta rakyat Malaysia yang ada diMalaysia dan akan wujud sehingga ke hari kiamat.

Untuk rekod juga, DUN Kelantan sudah 3 kali dengan perkenan Tuanku Sultan Kelantan meluluskan RUU 355 untuk dibawa ke parlimen untuk dibentangkan.

Namun Hadi telahpun sebanyak 3 kali menangguhkan perbentangan RUU 355 usul persendirian diparlimen dengan tiada sebab dan alasan. Ruang pembentangan diParlimen telah diberikan oleh BN dan sekutu pembangkang PAS pada waktu itu tanpa ada bangkangan daripada DAP & PKR.

Terkini , Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri iaitu Ahmad Marzuk Shaary wakil rakyat parlimen di Pengkalan Chepa Kelantan mengatakan secara bertulis didalam parlimen bahawasanya RUU355 yang ingin diubah adalah bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia, hakikatnya sememangnya Perlembagaan Negara Malaysia adalah diwarisi daripada Penjajah Toghut British.

Setelah PAS menjadi kerajaan memerintah kalian ada mendengar pemimpin PAS atau Menteri Undang Undang iaitu Takiyuddin Hassan juga wakil rakyat Parlimen Kota Bharu, Kelantan ingin membentangkan semula diParlimen sebagai wakil daripada Kerajaan ?

2. Janji Air Paip Bersih - PAS berjanji kepada rakyat Kelantan iaitu mulai tahun 1995, setelah memerintah Kelantan selama 2 penggal untuk mengantikan kesemua paip paip air yang telah berkarat usang dizaman Umno digantikan dengan paip yang baru dan berkualiti serta pembinaan tangki air secara bersepadu dibandar Kota Bharu dan diKelantan. Kontrak asal ratusan juta ringgit air ini telah diberikan kepada pihak syarikat luar negara yang berkelayakan pada asalnya atas nasihat Istana Kelantan namun akibat sesetengah pihak dalam PAS yang tamak untuk menguasai pengurusan air diKelantan maka kerajaan negeri menubuhkan Air Kelantan Sdn Bhd walaupun kerajaan negeri tiada pengalaman.

Sehingga kini syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini tidak pernah mencatatkan keuntungan. Apatah lagi air yang dibekalkan juga seperti air kencing dan selalu keluar angin menerusi paip paip air berkarat yang lama.

Masalah ini diakui sendiri oleh Menteri Alam Sekitar daripada PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu wakil rakyat parlimen Kubang Kerian, Kelantan , memberitahu wartawan semasa perjumpaan rasmi dengan MB Kelantan bahawa kerajaan Negeri PAS Kelantan memerlukan masa sehingga 30 hingga 40 tahun lagi untuk selesaikan masalah air paip berkarat ini.

Hmmm...rupanya Kelantan dibawah pemerintahan PAS masih dizaman awal awal negara kita mendapat Kemerdekaan atau dizaman 70an rupanya untuk mengantikan serta menyediakan kemudahan asas seperti paip paip air bersih terawat.

Tanyalah perkara ini kepada rakyat Kelantan, melainkan setelah lama menunggu paip paip daripada AKSB ditukar namun tiada kesudahan maka kebanyakannya rumah milik rakyat kelantan telah menggunakan tangki simpanan sendiri serta mengunakan kaedah telaga Boring dan generator elektrik.

Di Kelantan sahaja negeri yang tidak memerlukan atau diberi kelonggaran,dimana tiada pihak berkuasa 'Air' seperti dinegeri lain untuk memberikan sokongan kelulusan pelan bangunan dan CCC kepada rumah rumah yang dibina diKelantan...cuma kelulusan TNB sahaja diperlukan daripada pihak berkuasa. Kebanyakannya 90% rumah rumah diKelantan tiada meter air.

Hebatt bukann... disebabkan hebat sebeginilah pembangunan ekonomi dan bidang bidang lain seperti perhotelan, perkilangan dan lain lain diKelantan terbantut.

Malah satu satunya hotel 6 bintang, Rennaisance Kota Bharu yang Gah suatu masa dahulu, yang ada di tengah bandar Kota Bharu telah bungkus akibat masalah air dan tiada sambutan yang baik serta ketiadaan bantuan daripada kerajaan negeri dalam membantu sektor perhotelan dan pelancongan juga akibat dasar kerajaan negeri PAS yang jumud dan menutup pintu.

Sehinggakan data terkini Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Radzi Jidin, senator dari Kelantan pada tahun 2019 menyatakan Kelantan antara negeri paling termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Hakikatnya, Sabah dan Sarawak miskin akibat faktor bentuk muka buminya / geography serta faktor kepulauan Borneo.....

Sedangkan Kelantan menjadi lebih miskin daripada negeri Perlis yang tiada apa apa untuk ditawarkan dan dibangunkan, sungguh ajaib bukan.

3. Janji Lebuhraya Rakyat - Asalnya Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai ini adalah projek milik Kerajaan Persekutuan dan BN Kelantan. Setelah Umno tumpas pada tahun 1990 maka pembinaan tertangguh.

Demi janji Pas Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat Kelantan dan perantau Kelantan maka PAS telah berjanji kepada rakyat Kelantan semasa pru-13 jika mengundi PAS, maka PAS akan melaksanakannya sekaligus bagi mengurangkan kesesakan lalulintas akibat terkandas sehingga 4 hingga 5 jam setiap kali tiba waktu musim perayaan.

Akhirnya kerajaan negeri PAS tidak berdaya untuk melaksanakan serta membina Lebuhraya Rakyat ini.

Pembinaan Lebuhraya Rakyat ini telah diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dengan fasa pertama pembinaan telah siap sehingga wakaf Che Yeh ke Kadok dan ketereh.

Jika harapkan PAS setakat papan tanda projek aje yang mampu dibina...paroppppsss sengoti...ginihh..

4. Tanah Percuma 2 ekar kepada Persara Tentera - Antara janji PAS kelantan semasa PRU. Janji PAS ini adalah bagi menarik pengundi dikalangan anggota ATM - PAS gagal tunai janji.

5. Rumah Mampu Milik berharga rm35,000 sebuah Kepada Rakyat Miskin Kelantan. Sehingga kini sebiji rumah mampu milik tersebut tidak nampak tiangnya. PAS gagal tunai janji.

6. Menyediakan Lebih banyak Peluang Pekerjaan diKelantan - Dalam isu ini sememangnya PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan diKelantan, tarikan pelabur untuk membuka kilang kilang diKelantan, lantaran itu ramai perantau Kelantan keluar mencari rezeki dinegeri lain. Sehinggakan pada musim perayaan utama sahaja, berjuta perantau kelantan pulang ke Kelantan untuk berhari raya - PAS gagal tunai janji.

7. Bantuan Bulanan Rm100 Kepada Warga Emas - tiada bantuan diberikan Pas kelantan sehingga kini. PAS gagal tunai janji.

8. Menghapuskan Bayaran Tempat letak kenderaan - Antara janji PAS semasa Pru-13 dan Pru-14. Malah PAS telah mengunci/ kepit tayar kereta yang parkir di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu seperti yang viral sebelumnya - PAS gagal tunai janji.

9. Menghapuskan Cukai Pintu . Ini juga manifesto PAS yang dijanjikan kepada pengundi rakyat dan perantau Kelantan akibat serangan yang hebat dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merampas Kelantan melalui gerakan Gelombang Biru dikala PAS cuma berbeza satu kerusi DUN sahaja.

Namun sehingga kini Cukai Pintu masih ada dan dinaikkan kadarnya kepada rakyat Kelantan - PAS gagal tunai janji.

10. Saguhati sebanyak rm10,000 kepada setiap keluarga akibat Bencana Alam dan Kematian ahli Keluarga - PAS gagal tunai janji.

11. Tiada kenaikan Cukai / Premium Tanah - Pas gagal tepati janji semasa PRU, malah janji PAS dicapati apabila mula menaikkan kadar cukai premium tanah secara diam diam kepada pemilik tanah tanpa ada hebahan rasmi selepas Pru-13 & Pru-14. PAS gagal tunai janji.

12. Penghapusan Cukai Bakul - Pas gagal dalam isu ini untuk menolong rakyat Kelantan yang berniaga dipasar malam sepertimana janji PAS semasa Pru. PAS gagal tunai janji.

13. Janji Tiada Kenaikan kadar kos Urusan Tanah - Setelah lebuh raya rakyat diambil alih oleh kerajaan pusat, maka Pas Kelantan telah menaikkan kadar antara 20% sehingga 500% bayaran urusan seperti carian rasmi drpd rm80 kpd rm120, gadaian pinjaman perumahan drp rm370 kpd rm2000, pendaftran PA drp rm200 kpd rm500, salinan geran tanah drp rm60 kpd rm80, daftar pindah milik drp rm180 kpd rm250. Akibat ketiadaan hasil lain maka PAS telah menekan rakyat kelantan melalui kenaikan secara diam diam tanpa hebahan dan persetujuan daripada rakyat Kelantan. PAS gagal tunai janji.

14. Jambatan Palekbang & Penambang - Projek jambatan ini telah janjikan pada tahun 1995 sebagai usaha kerajaan negeri mempercepatkan jarak perjalanan antara Bandar Kota Bharu dengan Kampung Laut, Palekbang, Pasir Mas, Tumpat dan sekitarnya serta bagi mengurangkan kesesakan lalulintas diJambatan Sultan Yahya Petra. Ia dimasukkan kedalam Manifesto rasmi PAS semasa Pru-10 pada tahun 1999 sebagai projek mega kerajaan PAS Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat Kelantan pada tahun 1999.

Pada tahun 2004 PAS telah menjemput Sultan Kelantan merasmikan perletakan batu asas projek Jambatan tersebut.

Ajaibnya sehingga ke hari ini, walaupun Sultan Kelantan telah bertukar Takhta Namun sebatang tiang jambatan pun belum mampu Kerajaan PAS Kelantan membinanya, cuma batu asas konkrit sahaja yang kerajaan Pas Kelantan mampu membinanya. PAS gagal tunai janji.

Akhirnya kerajaan PH juga yang membantu membina jambatan tersebut sepertimana 5 projek ECER diKelantan yang telah diluluskan kosnya oleh kerajaan PH.

15. Bandar Baru Pengkalan kubur -PAS gagal tunai janji.

16 . Bandar Baru Pulai Chodong - PAS gagal tunai janji.

17. Bandar Baru Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.

18. Bandar Baru Bachok - PAS gagal tunai janji.

19. Bandar Baru Islam Tok Bali seluas 140 hektar - PAS gagal tunai janji.

20. Bandar Baru Wakaf Mek Zainab - PAS gagal tunai janji.

21. Bandar Baru Tunjong seluas 2000 ekar gagal dibangunkan. Kes Saman mahkamah kerana gagak ikut perjanjian -PAS gagal tunai janji.

22. Projek Airport City diPengkalan Chepa seluas 200 ekar. PAS gagal tunai janji.

23. Projek Kandis Eco Tourism di Bachok seluas 7 ekar. PAS gagal tunai janji.

24. Projek Kelantan Biotech corp. di lojing - PAS gagal tunai janji.

25. Projek Bachok Perdana seluas 10 hektar - PAS gagal tunai janji.

26. Projek Solar Park Danau Tok Uban di Pasir Mas - PAS gagal tunai janji.

27. Pembinaan Stadium Baru diTunjong dan Bukit Merbau - PAS gagal tunai janji.

28. Pembinaan Tebatan Banjir di Sungai Kelantan bagi mengurangkan fenomena banjir sepertimana pihak Thailand telah siap membinanya - PAS gagal tunai janji.

29. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh diTumpat - PAS gagal tunai janji.

30. Projek AFTA City di Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.

31. Projek Bazar Tok Guru - walaupun sudah siap tapi tiada penyewa yang menyewa.

32. Projek Madhinatur Raudhah di Kota Bharu - PAS gagal tunai janji.

33. Projek MPKB Highrise Tower diatas tapak asal Pasar Malam Parit Dalam - PAS gagal tunai janji.

34. Projek Batutta Villa di Telipot - PAS gagal tunai janji.

35. Masjid Baru Tunjong - PAS gagal tunai janji.

36. Masjid Baru Kampung Sireh - PAS gagal tunai janji.

PAS gagal tunai janji.

37. Masjid Baru Tok Bali - PAS gagal tunai janji.

38. Janji Pemberian WIFI percuma kepada rakyat Kelantan -PAS gagal tunai janji.

39. Janji Pendidikan Percuma kepada rakyat Kelantan - PAS gagal tunai janji.

40. Janji Bas sekolah percuma kepada setiap keluarga miskin - PAS gagal tunai janji.

41. Melupuskan hutang PTPTN - PAS gagal tunai janji.

42. Memberikan bantuan one off rm2000 kepada setiap wanita sebagai modal perniagaan - PAS gagal tunai janji.

43. Memberikan bantuan pinjaman wang ringgit dan tiada cukai eksais bagi pembelian kereta pertama dibawah 1.3liter - PAS gagal tunai janji.

44. Mengurangkan harga rumah mampu milik diantara harga antara rm50 ribu sehingga rm180 ribu. ( Harga asal rm 200 ribu hingga rm350 ribu ) - PAS gagal tunai janji.

45. Membuka semula rancangan pembangunan tanah kepada golongan muda sebagai satu usaha memilik tanah kerajaan negeri melalui bidang pertanian - PAS gagal tunai janji.

46. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi ke2 dan ke3 warga FELDA - PAS gagal tunai janji.

47. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan miskin secara tetap bulanan -

PAS gagal tunai janji.

48. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras dengan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus berkonsepkan Ubudiyah, Mas'uliyyah dan itqan ( UMI ) - PAS gagal tunai janji.

49. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah setempat -

PAS gagal tunai janji.

50. Mestrukturkan semula kadar bayaran TOL untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi TOL yang melebihi 15 tahun -PAS gagal tunai janji.

51. Membina Hospital Pakar baru selaras dengan nisbah penduduk sepertimana yag disarankan oleh PBB - PAS gagal tunai janji.

Lihatlah janji janji PAS wahai mereka yang celik dan tidak pekak, satu pun janji PAS diatas PAS tidak mampu laksanakan dan ditunaikan sehingga ke hari ini.

Sedangkan janji Janji manifesto Kerajaan terdahulu seperti kerajaan BN dan PH separuhnya telah dilaksanakan ..

Gelaran raja "Hanceng" sebenarnya adalah milik PAS sejak berpuluh tahun lamannya.

TINTA MERAH .

 

KITA HASUT MELAYU BENCI PAS..SEBAB JUAL AGAMA DAN KUAT TIPU

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kita-hasut-melayu-benci-passebab-jual.html

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/mengapa-wajib-tukar-kerajaan-kelantan.html



Wei Zuhdi, nak bagi tau pada hang la..Kalau Bn ka Pn nak menang di Penang n jauh la. Negeri rakyat celik..Yang dok sembang penang apa tarak tu, sampai pun tak pernah dan dengar cakap orang. Nak menipu tanya orang yang pernah ke Penang la woiii.

Tanah melayu lingkup bukan DAP , Ada ka Melayu tinggal kat kandang sampah atau reban lembu di Penang. Rasa aku tak ada kot..Kisah bab air ni 40-50 tahun dulu dah kot selesai, lambat pickup la weiii



 Image may contain: 2 people, text that says "PASUMNO yang politikkan' masalah pencemaran bekalan air Selangor Harakahdally Q Tiba-tiba, DAP pula dituduh 'mempolitikkan' isu air Harakahdaily 27 NGO desak MB Selangor letak jawatan September 2020 2020 Q Nasional DAP penyebab isu air Selangor dipolitikkan September 2020 DANO in iSEPA GU GANGUTARA GANG UTARA Rakyat dah muak lah dengan strategi politik "Kita hasut rakyat benci DAP""

HARI MERDEKA, KOMUNIS DAN CHINA


PH Kedah tidak terjejas akibat pengkhianatan puak kartel





Meskipun pengkhiantan dua ADUN KEADILAN menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah tumbang pada bulan Ramadan lalu namun perkara itu sebenarnya tidak menjejaskan kekuatan gabungan tersebut pada masa hadapan.

Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Kedah akan mempunyai masalah untuk menghadapi pilihan raya akan datang dari segi keutuhan gabungan. Timbul persoalan, apakah PN sebuah pakatan yang padu atau adakah kerjasama itu tidak mempunyai masalah dengan masuknya puak kartel ke dalam Bersatu? Semua itu, katanya, akan terjawab menjelang Pilihan Raya Negeri dua tahun akan datang.

"Saya tak tahu adakah Muafakat Nasional atau PN akan bertanding satu lambang. Adakah penyatuan mereka itu jitu. Kerjasama dengan Bersatu adakah real, kemasukan Azmin adakah real?

"Macam-macam hal dan masa hanya ada dua tahun. Adakah dalam dua tahun ini semua itu dapat diselesaikan?

"Di peringkat PH pula kita solid tak ada masalah kerana KEADILAN dikenali dan telah berusia 22 tahun, api reformasi juga masih menyala di Kedah. Kedua, DAP juga lama di Kedah. Amanah walaupun parti baru tetapi orang kenal sebab personaliti dalam Amanah itu orang Pas yang dihormati.

"Jadi saya rasa kombinasi antara KEADILAN dengan komponen PH dan penonjolan anak-anak muda dikira mantap. Saya sendiri yang membawa (obor) KEADILAN di Kedah selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen dan sepenggal menjadi ADUN. Adunan ini membuat kita solid di di negeri ini," katanya kepada Suara Keadilan.

Kata Johari lagi, Kedah merupakan negeri yang unik kerana kerajaannya silih berganti. Pernah diperintah BN, kemudian Pakatan Rakyat pada 2008 hingga 2013 dan hari ini PN.

Tidak mustahil, menurutnya, rakyat akan memilih PH kembali pada pilihan raya akan datang berdasarkan rekod perkhidmatan yang cemerlang.

"Kedah unik seperti Kelantan, Sabah dan yang lain. Di mana orang Kedah tidak bergantung kepada parti pemerintah.

"Orang Kedah asasnya pertanian dan padi. Keputusan-keputusan yang mereka buat lebih kepada rasional dan kekuatan pemikiran pengundi, khususnya petani.

"Di sini parti bagi mereka tidak penting tetapi wakil rakyat yang penting. Kamu boleh datang lambang mana pun tetapi mereka nak tengok siapa wakil rakyat yang service mereka.

"Oleh itu, sebagai pengerusi KEADILAN Kedah saya rasakan yang penting sekali ialah calon-calon kita mesti bekerja. Sebab rakyat nak tengok siapa kamu.

"Saya lihat apa yang akan berlaku di Kedah ialah rakyat nak tahu siapa yang bertanding (orang yang buat kerja) dan atas tiket apa," katanya lagi.

Politik Kedah mungkin kelihatan tenang kerana rakyat tidak menunjukkan kemarahan ketika kerajaan 'tebuk atap' PN mengambil alih. Namun harus diingat Pas sebelum ini yang menerajui Kedah tidak pernah memerintah lebih sepenggal kerana kelemahan mereka mencari pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Rakyat menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan negeri terlalu bergantung kepada hasil bumi seperti mineral dan balak. Apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil alih pemerintahan, pelaburan langsung asing mencurah-curah masuk.

Dalam pilihan raya akan datang faktor berkenaan juga akan diambil kira sebelum rakyat keluar mengundi memilih kerajaan.


PRN Sabah: KEADILAN dan Warisan capai kata sepakat, setuju bertanding 7 kerusi






KEADILAN akhirnya mencapai kata sepakat dengan Warisan bahawa parti itu bersetuju akan bertanding di tujuh buah kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Sabah, Christina Liew berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat restu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyokong penuh keputusan pemimpin negeri demi kepentingan Sabah.

Dalam kenyataan juga, Christina berkata Anwar bersetuju dengan pandangan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mahukan KEADILAN mementingkan agenda untuk memenangi PRN Sabah.

“Kami gembira dapat bergabung dengan Warisan, DAP, Upko dan Amanah bagi memastikan kami menjadi unit yang strategik, stabil dan bersatu mempertahankan kehendak dan mandat rakyat.

“Walaupun menggunakan logo sendiri, kami berharap pengundi Sabah akan terus memberikan sokongan kepada gabungan ini," katanya.

Christina juga menyatakan bahawa KEADILAN tetap menyokong penuh kepimpinan Shafie untuk menerajui Sabah di masa akan datang.

“Kami berpegang teguh pada kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dalam komponen pakatan ini dan kami menyokong kepemimpinan Shafie Apdal yang akan memimpin negeri ini ke arah kejayaan," katanya.

Tujuh kerusi yang akan dipertandingkan oleh KEADILAN adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.

DUN Klias merupakan kerusi Warisan sebelum ini, manakala DUN Sook adalah kerusi baharu.

Lima kerusi lagi adalah kerusi yang dipertandingkan KEADILAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Secara keseluruhan, Warisan akan bertanding 54 kerusi, UPKO bertanding 12 kerusi, DAP 7 kerusi, KEADILAN 7 kerusi dan AMANAH bertanding 1 kerusi iaitu Tanjung Keramat.

DAP dan AMANAH bersetuju untuk menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini, KEADILAN dan UPKO akan menggunakan logo masing-masing.

Hari penamaan calon akan berlangsung pada 12 September, diikuti dengan hari mengundi awal pada 22 September manakala hari mengundi umum jatuh pada 26 September.