Tajuk Filem : peneroka haram hutan simpan Raub mahukan hak pemilikan tanah.



Irwan Sanae

TRIVIA -

Tujuan penerokaan : tanaman komersil durian spesis Musang King.

Tempoh ceroboh : 60 tahun.

Nama Kempen : Save Musang King Alliance (Samka).

Sponsor : DAP.

Pelakon Pembantu : pentadbir dan penguatkuasa Melayu yang saban hari memaki DAP dan melaungkan azan “Hidop Melayoooo!!!”.

*

Bes filem ni. Elok sediakan popcorn saiz L. Seperti biasa, nangoi ikan bilis sahaja yang disabit bersalah dan akan dihukum. Barracuda dan Jerung kekal berenang bebas. Menjarah tanah baru untuk dirogol tanpa belas.

Bisa rasuah kes Samka ini berpunca dari ubun-ubun kepala merebak ke buku lali. Penyakit kronik tanpa penawar. Harus ditembak mampos.

Ini bukan makan kecik-anak. Kenyangnya panjang. Boroinya membulat jelek.

Peneroka Cina ini pensubahat mereka siapa kalau bukan pelakar dasar Melayu, pelaksana hukum Melayu dan penguatkuasa undang-udang Melayu?

Ini epitom kepada budaya rasuah Malaysia diumpan Cina kapitalis dimakan Melayu pemalas yang berniaga dengan sedikit kuasa.

Ini Malaysia.



Irwan Sanei
Tweak Automotive
Cosworth Malaysia
Tweak Lamborghini
Saudagar Ikan Kacak

5,000 ekar ++ selama 60 tahun, tak kan tak perasan kot woi??

No comments: