KETIDAKPATUHAN DAN SIKAP TIDAK ENDAH BOLEH MENGAKIBATKAN KEGAGALAN


KES COVID-19 DI MALAYSIA,
PESANAN DARI KKM...


Image may contain: text that says "KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 45 m KETIDAKPATUHAN DAN SIKAP TIDAK ENDAH BOLEH MENGAKIBATKAN KEGAGALAN Dalam perjuangan Negara kita memerangi virus COVID-19, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan kebiasaan serta normal baharu terbukti berkesan dalam mengawal dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara. Ini dapat dilihat sejak lonjakan kes pada permulaan bulan Mac 2020 sehingga ke penurunan kes kepada satu digit pada awal bulan Jun 2020."

Dalam perjuangan Negara kita memerangi virus COVID-19, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan kebiasaan serta normal baharu terbukti berkesan dalam mengawal dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara. Ini dapat dilihat sejak lonjakan kes pada permulaan bulan Mac 2020 sehingga ke penurunan kes kepada satu digit pada awal bulan Jun 2020.

Walaupun vaksin bagi COVID-19 masih belum lengkap dibangun dan diuji, namun kaedah-kaedah pencegahan jangkitan dan kawalan kesihatan awam yang telah digunapakai seperti penjarakan fizikal (physical distancing), pemakaian alat pelitup muka (facemask) serta amalan kebersihan tangan yang kerap telah bertindak sebagai sistem pertahanan bagi setiap individu, keluarga dan masyarakat dalam menentang virus COVID-19.

KKM ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa perkara ini perlu terus dilaksanakan pada setiap waktu dan tempat, agar ianya terus menjadi kebiasaan dan kebudayaan baharu. Sekiranya masyarakat leka, ianya akan membawa kepada kegagalan. Virus COVID-19 akan kembali merebak, kes harian dan kes di hospital dan ICU akan kembali menaik.

Lebih teruk lagi, kematian akibat COVID-19 akan meningkat seperti yang dilihat di banyak negara luar.

Mencegah penularan COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama. Ayuh, bersama-samalah kita galas tanggungjawab ini dan pastikan kita menang dalam memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.
**************************


No comments: