Harapan mereka untuk lihat Keadilan bergaduh besar dengan
Warisan disebabkan hajat Keadilan untuk dapatkan 14 Kerusi Dun ternyata gagal.
Ternyata jiwa besar Keadilan demi untuk menentukan kerajaan Warisan terus
berkuasa menjadikan puak-puak lebai sakit hati.
Paling menyakitkan hati lebai, bagaimana Keadilan boleh bersabar
dan berlapang dada dengan Warisan yang memberikan separuh dari apa yang
Keadilan minta. Lebai juga pelik, mengapa Warisan masih memberikan ruang kepada
Keadilan untuk bertanding dan memperolehi kerusi jauh lebih banyak dari Amanah?
Dan, mengapa Amanah tidak memberontak? Ini memeningkan lebai.
Lebai pun menilik dirinya sendiri. Partinya tidaklah lekeh
sangat, bahkan partinya juga menyumbang besar kepada kerja khianat kerajaan
pintu belakang ini. Partinya jual Islam bukan baru, hampir seusia dengan Umno.
Tetapi, mengapa tergamak Umno menghina parti lebai di Sabah? Parti lebai selalu
anggap parti Amanah itu parti nyamuk, tetapi lebai hairan parti yang dikatakan
nyamuk itu dapat juga kerusi di Sabah. Bagaimana partinya yang terdiri dari
lebai2 dan olamak hebat langsung tidak diberikan tempat untuk bertanding di
Sabah?
Tiadakah umat Islam di Sabah? Tidakkah Sabah juga perlukan
hudud? Tidakkah mereka tahu jika tiada parti lebai di situ maka umat Islam di
Sabah akan menjadi jahil kesemuanya bahkan paling ditakuti jika mati nanti
semuanya akan masuk jirat dek kerana tidak sokong parti syurga ini?
Mengapa Perikatan Nasional, atau Muafakat Nasional mahupun
Barisan Nasional tidak langsung selera melihat parti yang dipimpin oleh Duta
Khas ini? Tergamak mereka gunakan para walaun dan walauntit dari parti ini
hanya untuk jadi tukang pacak bendera sambil bertakbir sejak beberapa PRK yang
lalu hingga ke PRN Sabah, langsung tidak dijelingnya parti syurga ini?
Aku simpati dengan parti lebai. Paling tidak, Amanah lebih
dihargai di Sabah walaupun parti itu masih baru berbanding parti lebai. Satu
lagi yang lebai sakit hati adalah apabila Keadilan bertegas untuk menggunakan
logonya sendiri. Sedangkan, Tuang Presideng parti lebai kata sanggup gunakan
logo dacing baghdad yang pernah dikapirkannya dulu sekiranya parti ini
bertanding. Itu pun tidak dipandang oleh mereka dan jatuhlah kemaluan lebai.
WFAUZDIN NS