KES BABI-KITA KATA KITA TIDAK MAHU BERBAU BUSUK JADI INILAH DIA KAEDAHNYA




1.Ini gambaran jelas kenapa projek rm 100 juta dilaksanakan.Lihat gambar-gambar dibawah dimana babi diternak disatu kawasan tanpa mencemarkan alam sekitar.Teknologi digunakan.
2. Jika tidak dilaksanakan lagi banyak sungai dan pencemaran berlaku.Kini ada 400,000 ekor diSelangor.Tidak ada jaminan penternak tidak akan menambah dan membuka kawasan yang baru.
3. Jika dilaksanakan,semua penternak diletakkan disatu kawasan.Tidak ada lesen baru yang akan dikeluarkan,dan umat Islam dan hubungan antara kaum akibat babi ini tidak akan terjadi.
4. Sampai bila kita nak menghadapinya jika kita tidak melaksanakannya sekarang untuk 100 tahun akan datang????
5. tak kan pimpinan Pakatan Rakyat bertindak semacam wakil UMNO sekarang.Bersepah kandang-kandang babi dan dikelilingi dengan kandang.Tujuan penempatan untuk penyelengaraan yang mudah,teratur,dan dikawasan yang telah dikenalpasti.Tak kan nak buat belakang rumah kotttttt.......pikiaq...pikiaq....



BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya KLIK
Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu.








BANTAH...Sebahagian daripada 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam, sebagai membantah keputusan Exco meneruskan projek mega ternakan babi di daerah itu. – Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH



SEPANG 9 April – Kegiatan menternak babi yang tidak terkawal di beberapa kampung sekitar Tanjung Sepat dekat sini mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk hingga menyebabkan penduduk hilang mata pencarian.
Kegiatan itu menyebabkan perairan sekitar kawasan tersebut tercemar teruk hingga menjejaskan aktiviti nelayan di samping kerosakan harta benda.


Ini hasil penternakan babi di Malaysia.Orang UMNo berdebat dengan saya kenapa babi 100 juta tidak menguntungkan orang-orang Melayu.Gambar diatas dipetik dari Utusan Malaysia.tetapi orang yang cuba menentang tadi tidak menilai hasil untuk umat islam bukan dari segi kesucian yang harus dijaga.Cuba bandingkan gambar-gambar yang saya sedut dari industri babi di luar negara.selain bersih dan hasil digunakan,ianya juga tidak mencemar alam sekitar .











Yang peliknya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim memegang jawatan pada 13 Mac yang lalu dan anggota exco baru sahaja mengangkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan Pakatan Rakyat sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.


















ini bukan ladang di Melaka










Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita. (R.jowo)









Apa punya mentaliti orang-orang di RTM ini pun kita tak faham. Kita ingatkan apabila sudah kalah dalam pilihanraya yang lepas dan sudah mendapat pengajaran dari peranan RTM dan dapat Menteri Penerangan baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Perangai haprak mereka nampaknya tak kunjung reda sehingga rakyat usung mereka ramai-ramai dan buang ke dalam laut. Tapi mereka ini nampaknya masih seperti bangal yang tidak tahu menilai .Kini yang bermasalah ialah UMNO dan bukan Pakatan Rakyat.


Apa dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor ini. Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Kenapa PAS menyetujui projek yang dicadangkan ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, di dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air. Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.



Buat ahli UMNo tadi,persoalannya ialah apa sahaja pembahruan yang dibuat ialah UMNo telah kalah,jadi terimalah seadanya kerana pembangkang telah menerimanya selama 50 tahun dan hasilnya seperti yang didedahkan oleh Utusan malaysia sendiri.



Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

















Medium to large sized pig farms take an additional role in ensuring environmental quality. By filing nutrient management plans with the Department of Natural Resources, they make sure everything on their farm is in balance.