Pas akui hudud mustahil dilaksana



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 6, 2019 4:15 pm

Pas mengakui undang-undang hudud mustahil untuk dilaksanakan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Ahmad Awang berkata, sekiranya Umno-Pas berkuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hukum hudud sememangnya sukar untuk dilaksanakan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Mesra Presiden Pas bersama Media & Pelancaran Harakahdaily versi baharu, di EDC hotel, semalam.

“Ini berkenaan hudud dan cabang-cabangnya. Kalau kita dapat kuasa, kita kena sedar bahawa untuk laksanakan hudud ini, terlalu banyak syarat-syaratnya.

“Yang pertama, mestilah kita mempunyai negara berdaulat. Kena ada Negera dan tanah. Tanah Malaysia umpamanya.

“Kita juga perlu ada rakyat, masyarakat majmuk. Perlu ada perlembagaan yang boleh digubal mengikut keadaan, dan pemimpin yang dilantik,” katanya.

Hadi turut memberi contoh Negara Brunei yang menarik balik pelaksanaan hukuman mati selepas menerima tekanan dari pelbagai pihak secara global yang akhirnya sekadar melaksanakan takzir.

“Begitu juga dengan Acheh yang masih terikat dengan perlembagaan. Oleh sebab itu, dalam melaksanakan Islam, kita temukan Akta 355 atau Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), perkara memperkenalkan Takzir sahaja, bukan hukum yang berkaitan dengan hukum hudud.

“Kerana Itu kita masih lagi menghadapi masalah-masalah sebab ada masyarakat majmuk yang perlu diambil kira. Kita kena sedar dalam Islam ini, ada hukum yang boleh berubah,” katanya.

Malah katanya, melaksanakan hudud dalam suasana negara darurat juga tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri penjenayah lari daripada dibawa masuk ke muka pengadilan.

“Dalam suasana si penjenayah itu dengan gaji tak cukup, jadi nak gantung hukuman tak boleh. Ini banyak syarat yang kita kena sedar,” katanya.

Takzir ialah hukuman yang tiada dalam al-Quran dan Hadis, diserahkan kepada undang-undang sedia ada dan hakim. Hukuman boleh jadi seperti penjara, buang daerah dan sebagainya.

Sumber : malaysiadateline.com

ISU TENGAH VIRAL...CALON MCA WEE JECK SENG TERPALIT RASUAH??

👍edisi kantoi

CALON MCA WEE JECK SENG TERPALIT RASUAH??

Kontrak RC, VEP RM150 Juta/Peralatan Bernilai RM4.07 Juta Tidak Dipasang Oleh Syarikat TCSens Sdn Bhd.

Satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian telah dibuat ke atas calon MCA(BN),  Wee Jeck Seng pada 04/11/19 berkaitan isu kontrak Kementerian Pengangkutan bernilai RM150 juta.

Jeck Seng didakwa menyalahguna kedudukannya sebagai diantara pemimpin MCA era BN mentadbir Msia, menjadi salah seorang pemegang saham syarikat TCSens Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak secara rundingan terus pada tahun 2014.

Menteri Pengangkutan ketika itu  Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menganugerah kontrak tersebut melibatkan pembangunan Mobiliti Udara dan projek sistem kutipan cukai jalan (RC) serta rekod kemasukan kenderaan asing (VEP).

"Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017 siri 2 menyatakan kelewatan menyiapkan projek RC dan VEP menjejaskan objektif projek yang secara tidak langsung merugikan hasil kerajaan dan operasi penguatkuasaan gagal dilaksanakan mengikut tempoh asal.

"Antara penemuan audit adalah justifikasi pelantikan kontraktor dibuat secara rundingan terus serta peningkatan drastik dalam perbelanjaan operasi pelaksanaan VEP bernilai RM150 juta termasuk penyelewengan peralatan bernilai RM4.07 juta didakwa tidak dipasang," 

Pendedahan skandal ini membuktikan Wee Jeck Seng adalah seorang individu yang tiada integriti, menyalahguna kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan projek kerajaan secara rundingan terus.

Laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan menyusul.

Skuad#JM
06/11/19

Sumber Asal << Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian

AZMIN, BAIK LETAK JAWATAN LAH...MENYUSAHKAN PM SAHAJA.


Belum selesai dengan kes “video Haziq” yang masih dalam siasatan polis, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kini berdepan satu lagi beban baru yang jelas menyusahkan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Ini berikutan sebuah agensi pelancongan memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menuntut RM328,901 untuk tiket penerbangan dan penginapan hotel yang belum dibayarnya.
Dalam kenyataan tuntutannya itu, YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd berkata Azmin berhutang bagi urusan perjalanan yang diuruskannya antara September 2018 dan Ogos 2019.
Mengikut tuntutan tersebut, firma itu telah menempah tiket penerbangan dan penginapan hotel untuk Azmin, keluarganya, rakan-rakan dan kakitangan kementerian.
Firma itu berkata, ia telah membayar kepada syarikat penerbangan terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket dan sepatutnya akan dibayar kemudian oleh Azmin atau wakilnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
“Selanjutnya, defendan dan/atau wakilnya yang diberi kuasa juga akan membuat pembayaran sebelum umrah dan/atau haji atau sebelum tempoh hari raya terdekat.
“Bagaimanapun, dalam hal ini, pembayaran telah tertunggak untuk jangka masa yang lebih lama daripada jangka masa yang disebutkan di atas,” kata firma tersebut dalam tuntutannya.
Difahamkan juga, agensi pelancongan itu telah berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, tetapi jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah yang dituntut itu tidak pernah dipertikaikan.
Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Dis ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Kenapa hutang sampai tidak dibayar untuk tempoh yang begitu lama sehingga walau sudah dituntut berkali-kali, tetapi tidak juga mahu dibayar?
Apa masalah Azmin sebenarnya?
Apakah beliau sengaja tidak mahu membayarnya?
Sebagai seorang menteri kanan, tentulah tidak logik jika dikata beliau tiada wang untuk membayarnya.
Habis, kenapa tidak mahu membayar?
Dengan kedudukan sebagai seorang menteri yang sepatutnya memberi kesenangan kepada rakyat, sebaliknya bertindak menyusahkan mereka dengan tidak membayar hutang adalah perbuatan yang tidak patut sama sekali.
Dalam hal ini, sedarkah Azmin bahawa tindakannya tidak membayar hutang, walau sudah dituntut berulangkali dan akhirnya menjadi kes mahkamah, beliau sebenarnya telah menyusahkan Tun Mahathir dan memalukan kerajaan serta kabinet?
Tidak cukupkah dengan perlakuan beliau sebelum ini yang telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Perdana Menteri?
Azmin, kalau beginilah satu demi satu onar yang muncur, lebih baiklah undur diri dan letak jawatan sebagai menteri dengan segera.
Kasihanlah kepada Tun!! (ShahbudinHusin 05/11/2019)

SOKONG BERJASA, BARANG MELAYU, MELAYU JUAL

(function() { var d = document, w = window; w

WING'S HUKUM KARMA { OFFICIAL VIDEO } KHAS BUAT ATOK 96..