TUN M – JANGAN SAKITKAN HATI PENEROKA FELDA, BAWA BALIK F1 BOLEH, TAKKAN BAGI DUIT RAYA TAK BOLEH?


Jawapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sama ada peneroka Felda patut diberi duit raya atau sebaliknya pada tahun ini, tidak lebih hanya menambahkan lagi sakit hati peneroka terhadap kerajaan.
Katanya, beliau tidak tahu sama ada wang insentif raya kepada peneroka Felda pada tahun ini akan diberikan seperti tahun-tahun sebelumnya atau pun tidak.
“Saya tidak tahu. Pegawai kerajaan kita bagi. Mereka ini (peneroka) kita tak tahu pegawai kerajaan atau tidak.
“Itu kena tanya Azmin Ali (Menteri Hal Ehwal Ekononi yang bertanggungjawab terhadap Felda),” tambah Tun Mahathir.
Aduhhh Tun, kenapa beri “jawapan tak cerdik” seperti ini?
Takkanlah seorang Perdana Menteri yang merupakan antara pemimpin terhebat di dunia tidak tahu kedudukan peneroka sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak?
Kenapa status pegawai kerajaan dijadikan sebagai perbandingan untuk memberi duit raya peneroka Felda?
Memberi duit raya kepada peneroka bukanlah sama ada mereka itu pegawai kerajaan atau tidak, tetapi sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu kehidupan mereka.
Kalau pun Tun Mahathir mahu memberi jawapan sinis dan menyindir, beliau haruslah soal duit dan dalam situasi sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menyindir peneroka Felda.
Selain itu, fikirkanlah juga jasa dan sumbangan peneroka Felda kepada terbentuknya kerajaan yang ada ini.
Kalau nak beri, cakaplah nak beri dan kalau tak nak bagi, cakap saja tak nak bagi. Habis cerita.
Apa perlu dikata “saya tak tahu mereka pegawai kerajaan atau tidak?”
Bukankah menyakitkan lagi hati peneroka saja jadinya dengan jawapan seperti itu?
Dalam hal ini, Anwar Ibrahim nampaknya lebih ada perasaan simpati dan kemanusiaan terhadap peneroka Felda apabila menyarankan agar duit raya tetap diberikan kepada mereka, walaupun dengan jumlah yang sedikit.
Kata beliau, kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian duit raya itu bagi meringankan beban golongan itu, selain berpendapat, mereka sangat memerlukannya dalam keadaan ekonomi dan hasil ladang seperti sekarang ini.
Tidakkah tugas pemimpin memberi sedikit kesenangan kepada rakyat yang memerlukan?
Buat kereta ketiga boleh, nak bawa balik perlumbaan F1 boleh, malah nak buat kereta terbang pun boleh, kenapa tak boleh beri sedikit duit raya kepada peneroka Felda? (Shahbudindotcom 28/05/2019)

BN yang tangguh projek terowong, sekarang Najib mahu salahkan PH?



Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin membidas Najib Razak berhubung projek terowong di Pulau Pinang.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin mantan perdana menteri itu sebelum ini adalah pihak yang bertanggungjawab meluluskan penangguhan projek terowong dasar laut berkenaan.

Ini gara-gara dendam kerajaan BN sehingga tidak mempedulikan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu kesesakan di negeri itu, tambahnya.

“Kini dia berdiri tepi laut dan tuding jari tanya kita mana terowong?

“Terowong itu merupakan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menghubungkan tanah besar ke pulau, memberi rakyat akses yang lebih baik ke pulau dan sebaliknya.

“Kita berusaha untuk menjadi lebih inklusif dan bukan hanya menumpukan untuk membangunkan pulau.

“Bagaimana Najib boleh ketawa macam ia adalah suatu jenaka? Najib sudah sesat. Dulu dia ada visi, tapi kini itu pun sudah hilang,” katanya yang juga merupakan Adun Seberang Jaya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri berkali-kali menegaskan bahawa pemimpin BN cuba untuk mensabotaj usaha murni kerajaan negeri itu.

Mengulas lanjut, Afif turut mengingatkan Najib agar menjelaskan mengenai skandal 1MDB yang menyaksikannya dia didakwa dan dibicarakan di mahkamah atas pelbagai tuduhan.

“Wang yang dia (Najib) ambil pun hilang, tak nampak.

“Kata dulang paku serpih. Dia tak sedar ke gimik dia ini memalukan? Dia tuding satu jari pada orang lain, empat jari tuding diri sendiri,” katanya.