PRONTHIP KEMBALI


PUTRAJAYA 13 Julai – Pakar patologi forensik Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand akan kembali ke Malaysia untuk memberi keterangan dalam perbicaraan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam Gobind Singh Deo berkata, beliau telah menerima sepucuk surat dari Kementerian Kehakiman Thailand yang mengesahkan bahawa Dr. Pornthip akan hadir pada inkues itu.

"Esok, kami akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan ini dan akan memohon tarikh baru bagi membolehkan pakar patologi itu memberi keterangan,” kata Gobind kepada pemberita di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Katanya, beliau akan menarik balik permohonan supaya Dr. Pornthip memberi keterangan secara langsung menerusi persidangan video.

Inkues itu akan disambung semula esok dengan Mahkamah Koroner akan memutuskan sama ada membenarkan Dr. Pornthip memberi keterangan menerusi persidangan video.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. – Bernama

SELEPAS TSUNAMI-KOMAS

Selepas Tsunami (After the Tsunami) from Pusat KOMAS on Vimeo.


nfo on KOMAS - komas.org

A Big Pictures production for Pusat KOMAS.
36 mins.
Director: Anna Har
Producer: Brenda Danker
Executive Producer: Jerald Joseph
Editor: Chi Too

Pilihan Raya umum ke-12 bukan setakat melibatkan perubahan empat kerajaan negeri atau kehilangan kuasa dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen. Ia membawa kepada pelbagai amalan yang tidak wujud dan namkapasing sebelum inin dapat dirasakan oleh rakyat buat julung kalinya. Di negeri Selangor satu badan di bawah Dewan Negeri ditubuhkan untuk memantau perbelanjaan dana awam.

Di peringkat Persekutuan , Parlimen kini nampak lebih serius dengan kehadiran wakil pembangkang. Hari ini, Barisan Nasional yang keras kepala sebelum 8 Mac lalu, juga sudah mula bertutur dalam bahasa prubahan. Bagaimanapun, perubahan yang sebenar bukanlah semudah membuang undi pada pilihan raya.

Selepas Tsunami is also available in Mandarin, Tamil, and Iban language.
Please contact Pusat KOMAS +603-7968 5415 to purchase the DVDs. Email: info@komas.org.







INI BERITA TIPU: KONON ANWAR BAYAR CNN...KANTOIII BN

L

L

aporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

HA..HA..HA...LUNCAI-LUNCAI AWAT LA HANG CEPAT MELATAH......

TERKINI : 17 CAWANGAN UMNO DESAK SELESAI KRISIS DALAMAN????UMNO ADA KRISIS KAH???

17 cawangan UMNO bahagian desak selesai krisis dalaman.

Umno mana boleh ada krisis.Kalau Umno punya krisis yang berpanjangan , bermakna Umno menghadapai masaalah untuk mendapatkan sokongan Melayu. kenapa Umno perlukan sokongan Melayu , kerana tunjung Umno adalah Melayu.

Ada berita yang menyatakan bahawa Umno sendiri agak terkejut dengan sokongan pengundi di Johor Bahru berdasarkan kepada hasil kajian dimana di dapati belum tentu Melayu Johor mengundi Umno ,dan PAS dikatakan akan melebarkan sayapnya di negeri tersebut dalam sedikit masa lagi dan dikatakan akan menambahkan bilangan kerusinya di kawasan tertentu.

Umno mula meracau sebagaimana pimpinannya kerapkali meracau dan juga akhbar mereka utusan meracau yang kerapkali membuat kenyataan yang di lihat sebagai tidak demokratik.
Kita tidak jelas mengenai krisis dalaman, namun kita jangkakan bahawa krisis dalaman parti Umno tidak dapat menyediakan mereka untuk mengalah melainkan dengan hanya sokongan dan dokongan media.


maka kerana itu media pembangkang di kongkong walhal, banyak lagi media lainnya yang memberikan gambaran negetif kepada pencapaian Umno kini.


17 cawangan UMNO bahagian desak selesai krisis dalaman 11:07am



Satukan Umno dulu sebelum ajak PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Julai: PAS menasihatkan mereka yang cuba berusaha menyatukan parti itu dengan Umno supaya tolong menyatukan sesama Umno dahulu sebelum menyatukan orang lain.

Berita penuh...





TANDA-TANDA MALAYSIA NEGARA MAJU

Tiada IPTA, IPTS terbilang

PUTRAJAYA 12 Julai - Tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang layak menerima pengiktirafan tahap terbilang, manakala 18 daripadanya diberi tahap cemerlang dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara) 2009 yang diumumkan hari ini.

Daripada jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menerima tahap cemerlang tersebut, tujuh daripadanya merupakan IPTA dan 11 lagi IPTS.

IPTA terbabit adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) yang mengumumkannya berkata, IPTS berkenaan pula adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta Universiti Sains dan Pengurusan (MSU)

Menurutnya, selain itu adalah Sunway University College, Curtin University of Teknology Kampus Sarawak, Monash University Kampus Sunway, Taylor's University College, International Medical University, University of Nottingham Kampus Malaysia dan Swinburne University Teknology Kampus Sarawak.

"Sejumlah 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 IPTS dan 11 IPTA pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berkenaan keputusan Setara 2009 di sini hari ini.

Setara 2009 merupakan lanjutan dari Setara 2007 bagi mengukur kualiti,



MALAYSIA BOLEH!!!!!! KATA PIHAK PEMERINTAH MALAYSIA AKAN DI JADIKAN HUB PENDIDIKAN DI PERINGKAT GLOBAL.NAK JADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI YANG MAJU DI DALAM MALAYSIA.

APA YANG NAK DIMAKLUMKAN IALAH BAGAIMANA DENGAN AUKU YANG MASIH DI BELENGGUI OLEH PELAJAR,HASIL KAJIAN DAN SUMBANGAN PARA CENDIAKAWAN DI BUNGKUSKAN, DAN JUGA PROFESOR KANGKUNG YANG WUJUD DEMI UNTUK MENJAGA HATI PARA PEMIMPIN.PELAJAR TIDAK DIBERIKAN KERETIVITI DALAM MELAHIRKAN INDIVIDU YANG BEBAS MEMIKIR DI DALAM KAMPUS.





Asian University Rankings



http://www.webometrics.info/top100_continent.asp?cont=asia

SOAL SIASAT PANJANG BUAT BALA DI PERANCIS: PIHAK BERKUASA PERANCIS MULA SOALSIASAT BALA

Pihak berkuasa Perancis , dipercayai polis dan / atau pendakwa, mewawancarai Bala selama lebih dari enam jam terakhir, menurut Tian Chua yang telah mengikuti perkembangan tersebut .

Wawancara mulai pukul 02:00 waktu Perancis (08:00 waktu Malaysia) dan 5:00 diperpanjangkan masa setelah jam kerja biasa pada waktu Perancis, katanya.
Hal ini tidak diketahui ketika sesi berakhir.

Siasatan dipercayai ter tumpu pada latar belakang kesepakatan kapal selam.

Kes perkembangan di Perancis boleh dilihat dari perhatian yang lebih besar atas keadaan politik Perancis di akhir-akhir ini. Jumaat lalu, halaman BBC yang dilakukan oleh seorang penganalisis dimana beliau menulis dengan mengkritik politik dinegara tersebut sebagai tajuk utamanya 'Bagaimana busuk adalah politik Perancis? "


William Bourdon

Foto sumber: plumedepresse.net







Bala dan peguamnya Manjeet Singh dijangka akan memanggil seorang peguam hak asasi manusia terkenal di Perancis, William Bourdon (kanan), di 10:00 hari ini. Bourdon, bekas Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (1995-2000), dikenali untuk mengambil tindakan undang-undang di Perancis terhadap para pemimpin Serbia dan bekas Rwanda yang terlibat dalam jenayah terhadap kemanusiaan. Dia juga mewakili keluarga Franco-Chile yang menderita di bawah bekas diktator menindas Chile Augusto Pinochet. Lebih terperinci mengenai Hak Asasi Manusia Watch website di sini.




May 19, 2009
Lawyer, Human Rights specialist

William Bourdon was born in 1956. He is a French lawyer. He is specialized in the defence of human rights and of victims of crimes against humanity.

He was the General Secretary of the International Federation for Human Rights (1995-2000).

In 2000, he wrote the essay “The International Criminal court - the Statute of Rome” (Seuil).

In 2001, he created the 'Sherpa' a not-for-profit organisation which focuses on improving the legal tools that create a legal framework for the social responsibility of corporations.

In 2006, he appeared in his own role as a lawyer for African plaintiffs in the film 'Bamako' by Abderrahmane Sissako.

He has been very active in initiating legal procedures in France against former Serbian or Rwandan leaders suspected of crimes against humanity and crimes of war. He is the lawyer of Franco-Chilean families who were victims of the former dictator Augusto Pinochet. He also defends several French prisoners detained in Guantanamo.


MELAYU TIDAK BERPECAH..MELAYU CUMA UBAH SOKONGAN


Retreat sahkan sokongan Melayu kekal kepada PAS

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pemukiman tiga hari PAS bermula Jumaat hingga Ahad lalu di Port Dickson merumuskan parti itu tidak mengalami penurunan sokongan Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata berdasarkan analisis yang dibuat, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 sehingga PRU 2008, undi Melayu terhadap PAS konsisten dan menyaksikan sedikit peningkatan.

"Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan sehingga 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.

"Pada PRU tahun 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan pengundi teras Melayu selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu bahawa PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu ekoran kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan itu dibuat ekoran serangan hebat terhadap PAS oleh Umno ketika parti itu berusaha untuk mengekalkan kedudukannya walaupun sokongan untuk rakan-rakannya dalam BN hilang.

Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi luar bandar kepada PAS tidak tinggi bukannya kerana mereka Melayu tetapi kerana maklumat dari PAS dan rakan-rakannya tidak sampai kepada mereka.



SEMUA TAHU BAHAWA MELAYU TIDAK BERPECAH, CUMA MELAYU BERPINDAH SOKONGAN MEREKA DARI MENYOKONG UMNO KEPADA PAS DAN PKR.MAKA KERANA ITULAH UMNO MAKIN MENJADI GELABAH BEWAK UNTUK MENARIK KEMBALI SOKONGAN MELAYU. NAMUN SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT KERANA MELAYU SUDAH MERAJUK...MELAYU TIDAK PERNAH LUPA...

Saman ekor kerana hendak wang - Idris


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihaknya merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

"PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara," katanya.

Kata Idris, PAS berpendapat, ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam," dakwa beliau.

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," katanya.

PAS, kata beliau, mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.


"PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13," katanya.