MELAYU TIDAK BERPECAH..MELAYU CUMA UBAH SOKONGAN


Retreat sahkan sokongan Melayu kekal kepada PAS

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pemukiman tiga hari PAS bermula Jumaat hingga Ahad lalu di Port Dickson merumuskan parti itu tidak mengalami penurunan sokongan Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata berdasarkan analisis yang dibuat, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 sehingga PRU 2008, undi Melayu terhadap PAS konsisten dan menyaksikan sedikit peningkatan.

"Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan sehingga 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.

"Pada PRU tahun 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan pengundi teras Melayu selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu bahawa PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu ekoran kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan itu dibuat ekoran serangan hebat terhadap PAS oleh Umno ketika parti itu berusaha untuk mengekalkan kedudukannya walaupun sokongan untuk rakan-rakannya dalam BN hilang.

Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi luar bandar kepada PAS tidak tinggi bukannya kerana mereka Melayu tetapi kerana maklumat dari PAS dan rakan-rakannya tidak sampai kepada mereka.



SEMUA TAHU BAHAWA MELAYU TIDAK BERPECAH, CUMA MELAYU BERPINDAH SOKONGAN MEREKA DARI MENYOKONG UMNO KEPADA PAS DAN PKR.MAKA KERANA ITULAH UMNO MAKIN MENJADI GELABAH BEWAK UNTUK MENARIK KEMBALI SOKONGAN MELAYU. NAMUN SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT KERANA MELAYU SUDAH MERAJUK...MELAYU TIDAK PERNAH LUPA...

No comments: