Lepas ni kita lantik Takiyuddin sebagai Presiden FAM sebab sekarang ada kekosongan.
Kita perlu seorang seperti Takiyuddin yang pandai komplen untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya.
* ooops lupa, sebab menteri Belia dan Sukan adalah dari DAP.
Lepas ni kita lantik Takiyuddin sebagai Presiden FAM sebab sekarang ada kekosongan.
Kita perlu seorang seperti Takiyuddin yang pandai komplen untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya.
* ooops lupa, sebab menteri Belia dan Sukan adalah dari DAP.
Viral orang pertama isi minyak subsidi Budi95 malam tadi, tengah trendy dan viral di Tiktok skrg. Jam 12.01 dia terus buat.
Anggota polis/tentera tersebut bersorak sebab senang sangat prosesnya!!! Wow!
Bijak Kerajaan Madani bagi 300,000 anggota polis/tentera mulakan 27hb September 2025, awal berberapa hari sebelum 30hb September utk uji sistem.
Terbukti sistem lagi ok dari SARA, dan Budi95 lagi bagus sbb server lebih besar dan laju boleh proses 30,000 transaksi seminit.
Tahniah Kerajaan Madani! PMX Anwar Ibrahim dan KDN Saifuddin Nasution Ismail
Link video Tiktok kita Oh Malaysia Media: https://vt.tiktok.com/ZSDpL2oUX/
Alahai lebai... 𝗕𝗨𝗗𝗜95 direka untuk rakyat terbanyak. Takde masa orang nak buat satu skim 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗮. Eh dia siapa? Dah la dulu tak undi PH. Sekarang ni takkan nak layanan istimewa pulak, kan?
Bangkitkan la cerita konon nak batal kelas la, apa la. Kenapa? Nak bagi walaun nampak macam 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 ke? Tanya je ni. Mana la tahu kan ada niat lain sebut perkara macam tu.
Sebab, banyak cara boleh buat selain meroyan di FB. Contohnya pakai kereta yang CC 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹. Boleh jimat minyak. Bezza, 300L boleh dapat lebih 6,000 km (<5L bagi setiap 100km - info dari Google).
Lagipun lebai buat kelas 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝙛𝙧𝙚𝙚 pun. Dapat bayaran kan? Kalau tengok dari 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 lebai, banyak negeri jugak lebai mengajar. 𝗟𝗲𝗯𝗮𝘁 jugak bayarannya tu. Tebal jugak la poket. Apa ada masalah?
Kalau tak pun, kalau betul niat nak mengajar, tapi tak sanggup keluar modal, buat la 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚. Sekarang ni zaman internet. Mak aku umur 82 pun pandai cari kuliyah agama di 𝙔𝙤𝙪𝙩𝙪𝙗𝙚. Cuma... Kalau 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚, tak lebat la macam buat kat surau. Guane boh?
Raja Gelap II
.
1. Bijak YB Pas Perak ni Kahwin baru, nanti boleh tambah 300 liter lagi minyak subsidi. Proaktif. Tahniah Ustaz.
2. Ustaz Sampul Merengek sebab guna minyak lebih 800liter sebulan, tapi bini ada 2. Campur dgn dia layak untuk 900 liter. Iklan pakej umrah untuk T20 rega RM12,000 lebih boleh pula! Dah delete posting dah.
3. Ustak Pas seorang lagi kata RM4000 juta jimat duit Kerajaan tu sikit, padahal campur semua pendapatan 4 negeri Pas boleh cari, baru RM3.9 bilion, maksudnya Pas tak reti cari duit lah! Gaji guru Pasti RM600 banyak pulak? Naikkan la gaji guru Pasti jadi RM1,700 baru betul nak sembang kencang pun!
Kesimpulannya cerdik Ustaz Pas No 1 juga, dapat berbini baru, subsidi kerajaan pun dapat. Mabruk!
Nak Tanya... Rakyat awam warganegara dah Mula hari ni ka BUDI95? Bukan 30 September? Haishhh pakat berlumba2 nak tunjuk..... 😂🤣 See more
Saya telah hadir ke Majlis Hi-Tea Jiwa Senandung Merdeka 2025 bagi menyantuni asnaf dan anak yatim di Bandar Tun Razak anjuran Pertubuhan Amal Asnaf dan Anak Yatim Sejagat Negara (PAYASEN) dengan kerjasama Infrasel dan Kl Engineering.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri serta Tuan Mohd Azmi Mat Nayan, Ketua Pegawai Eksekutif MADANI Research Centre Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA
Dalam ucapan ringkas, saya merakamkan penghargaan kepada para pegawai dan anggota ATM yang sentiasa menjadi benteng utama mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Jasa, pengorbanan, kalian adalah tiang seri pertiwi yang tidak ternilai, dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan bangsa.
Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sekali-kali mengabaikan kebajikan para anggota. Usaha terus dipergiat untuk mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur, termasuk Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan pembinaan jeti baharu di Pangkalan TLDM Sandakan, demi keselesaan serta kesejahteraan anggota dan keluarga.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan memastikan aset-aset pertahanan diperkukuh serta diperlengkap dengan teknologi terkini, supaya ATM kekal ampuh menghadapi cabaran keselamatan serantau dan global.
Saya menyeru semua pegawai dan anggota agar memperkukuh penguasaan teknologi baharu selain memperluas kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi warga ATM dan keluarga.
Saya turut menitipkan nasihat kepada Kementerian Pertahanan supaya memastikan setiap perbelanjaan dilakukan dengan penuh telus, berhemah, dan bebas daripada ketirisan. Kekuatan pertahanan negara bukan hanya terletak pada aset dan anggota, tetapi turut bergantung pada integriti pengurusan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Oleh Zunar
Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.
Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.
Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).
Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang AS$200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.
Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.
Azizan mengaku tidak diliwat
Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.
Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.
Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:
Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).
Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.
Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.
Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai-pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.
Kes Fitnah II
Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri (PM).
Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondominium. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.
Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik ke dalam anusnya.
Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.
Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan tetapi dia enggan berbuat demikian.
Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan, bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.
Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-duanya enggan.
Warga asing lebih berprinsip
Apa persamaan antara keempat-empat nama di atas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.
Jamal Amro ditawarkan sekitar RM838,000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihan raya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.
Saya catatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.
Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.
Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.
Secara moral, kita semakin terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.
Wan Bina
...dan lagi..... dan lagi...... dan lagi ....
Camni punya perangai kau nk kata PAS tu Parti Islam. X masuk lagi Kes Cetak Harakah.
Satu pesanan buat semua Syarikat2 Dalam & Luar Negara,
"Jangan Buat Apa2 Business Deal dgn Kerajaan Munafiq PAS, klau x nak menyusahkan diri dimasa depan."
PAS = Parti Munafiq Negara
✍️ Ahmad Mursi
1. Hairan bila YB PAS Sg Ramal Shafie Ngah minta maaf dalam saman fitnah MP DAP Bangi YB Syahredzan.
2. Dulu katanya, akan 'lawan sampai mati', jadi kini dia dah mati kah?
3. Kononnya, ini 'perhitungan melibatkan ideologi - PAS dan DAP'.
4. Ideologi apa yang halalkan PAS untuk fitnah dan tuduh orang lain 'bukan seorang Muslim yang jujur dan taat serta menyokong ideologi komunis'.
5. Ini ajaran Islam atau ideologi Khawarij PAS? Perangai mempersoal keimanan lawan politik ni, perangai ghuluw, takfiri dan Khawarij.
6. Nak tengok perangai ahli² dan pemimpin PAS, tengoklah perangai YB PAS ni.
7. Kalau benar PAS yakin dengan tuduhan seumpama ini seperti diulang-ulang, inilah masa terbaik untuk buktikan di Mahkamah. Kenapa pula minta maaf?
8. Konon 'berjiwa besar' kerana minta maaf, takut duit melayang ke?
9. Jadi apa pula hukum makan gaji ADUN atau Ahli Parlimen yang menang dengan kempen fitnah seperti tu?
10. Inilah beza antara berpolitik menunggang agama dan berpolitik mengikut panduan agama.
Che Ibrahim
Sepatutnya Kerajaan Negeri bantu para penyeludup yang semakin terhimpit sekarang akibat tindakan Kerajaan Persekutuan.
Saya ulas kenyataan Ketua Polis Kelantan mengenai isu tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur “suka sama suka” dalam Podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) Episod 15.
Bagi saya, jangan cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Lebih baik kita cuba fahami konflik dan dilema sebenar yang dihadapi keluarga dan pihak berkuasa.
Berikan ruang untuk pihak berkuasa jelaskan pandangan mereka, kemudian barulah kita nilai isu ini secara menyeluruh.
Tonton ulasan penuh saya di Episod 15 Podcast YBM:
https://www.youtube.com/live/Zuq3LPk4oL8?si=3nj7n_Ng55Sy1K4R
PROJEK RM4.95 JUTA RUNTUH
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU LEMAH, HANAFIAH MAT PERLU BERTANGGUNGJAWAB
Projek baik pulih Jalan Pantai Batu Rakit bernilai RM4.95 juta gagal berfungsi selepas struktur
benteng baharu runtuh baru-baru ni. Sepatutnya projek tu siap 7 Oktober depan tapi dah dibuka
untuk kegunaan orang ramai walaupun baru 90% siap.
Sekarang ni EXCO Hanafiah Mat kena bertanggungjawab la sebab urusan cari kontraktor di dibuat oleh Kerajaan Negeri.
Inilah sebabnya bila takda check and balance dalam Kerajaan Negeri Terengganu. Bila jadi macam ni semua nak salahkan kontraktor dan Kerajaan Pusat 100%. Kerajaan Pusat dah bagi duit tapi nak urus dan selia semua tanggungjawab Kerajaan Negeri. Takkan nak goyang kaki je harapkan orang lain buat kerja.
Tulah asyik sibuk nak runtuhkan kerajaan, sampai projek infrastruktur rakyat yang runtuh dulu!
#Terengganu
#BatuRakit
#HanafiahMat
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan kes pemain warisan.
FAM ingin menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses ini.
FAM telah menguruskan segala dokumentasi serta prosedur berkaitan secara telus mengikut garis panduan yang ditetapkan. Malah, FIFA sebelum ini telah meneliti kelayakan pemain berkenaan dan memberikan pengesahan rasmi bahawa mereka layak untuk beraksi mewakili Malaysia.
Sehubungan dengan keputusan ini, FAM akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dan akan menggunakan semua saluran serta prosedur perundangan yang ada bagi memastikan kepentingan para pemain serta pasukan kebangsaan Malaysia sentiasa terpelihara.
FAM kekal komited untuk bertindak dengan tegas, mematuhi peraturan antarabangsa, serta mempertahankan integriti bola sepak negara.
Kami juga akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan proses yang dijalankan adalah telus, adil dan berlandaskan semangat kesukanan.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai proses rayuan dan langkah susulan oleh FAM akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
DATUK WIRA MOHD YUSOFF HAJI MAHADI
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
* Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 27 September 2025
https://fam.org.my/news/siaran-media-fam-akan-membuat-rayuan-terhadap-keputusan-fifa-berhubung-pemain-warisan
#FAM #HarimauMalaya
❌ 7 MALAYSIA PLAYERS BANNED FOR 1 YEAR OVER NATURALISATION SCANDAL
FIFA has issued a 12-month suspension to seven Malaysia players involved in the nationality forgery case:
🔻Gabriel Felipe Arrocha (Unionistas 🇪🇸)
🔻Facundo Tomás Garcés (Deportivo Alavés 🇪🇸)
🔻Rodrigo Julián Holgado (América de Cali 🇨🇴)
🔻Imanol Javier Machuca (Atlético Vélez Sarsfield 🇦🇷 )
🔻João Vitor Brandão Figueiredo (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
🔻Jon Irazábal Iraurgui (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
🔻Hector Alejandro Hevel Serrano (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
⚖️ The Football Association of Malaysia (FAM) was also fined USD 438,000.
This heavy sanction hits Johor Darul Ta’zim the hardest with three players suspended.
👉 Moreover, AFC is set to annul Malaysia’s 2027 AFC Asian Cup Qualifier result vs Vietnam, which could officially be awarded as a 3-0 win for Vietnam.
#FIFA #Malaysia #ASEANFootball
Fathi Aris Omar
Takdak kerja, palsukan dokumen pula!
FAM menggunakan dokumen yang dipalsukan untuk membolehkan tujuh pemain diturunkan ketika melawan Vietnam pada 10 Jun lalu.
Jadi FIFA ambil tindakan pada FAM dan tujuh pemain:
Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
✍️ Ahmad Mursi
1. Zuhdi Marzuki (pimpinan dan strategis PAS) kata, dalam 10 tahun ini, dia saksikan kahwin-cerai pakatan politik PAS dan dia sahkan, “PN sedang tenat.”
2. Ashraf Wajdi pula sahkan, pemimpin PAS berjumpa dengan PMX dan Zahid tanpa diketahui BERSATU untuk “menyundal” dan “main dua kolam.”
3. Semua plot ini seiring dengan tulisan saya kelmarin bahawa pola sama berlaku kepada PAS dalam pakatan-pakatan politiknya.
4. Cuma saya perlu perbetulkan, pola ini tidak berlaku di zaman TG Nik Aziz dan Ustaz Fadhil Noor. Mereka setia kepada kawan hingga akhir hayat.
5. Angkatan Perpaduan Ummah (APU) hanya terbubar apabila Ku Li sendiri bubarkan Semangat 46.
6. Barisan Alternatif pula, DAP keluar kerana asakan isu Hudud (2001). DAP sertai semula dalam format Pakatan Rakyat (2008) lepas PRU12.
7. Pakatan Rakyat kekal utuh sewaktu hayat TGNA, dengan beliau menjadi ‘gam’ untuk pastikan PAS kekal setia dengan PKR dan DAP walaupun diasak oleh Hj Hadi dan kelompok ustaz.
8. Hanya beberapa bulan selepas TGNA meninggal (Februari 2015), barulah PAS berpisah dengan DAP dalam Muktamar 2015 dan Pakatan Rakyat terbubar.
9. Anak didik Ust Fadhil dan TGNA (kumpulan Erdogan) juga turut keluar PAS, tubuh AMANAH, dan terus kekal setia bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
10. Sejak itu, Hj Hadi dan ustaz-ustaz opportunis yang berbaki dalam PAS mula membentuk pola “kahwin–tikam–cerai” dalam pakatan politik, seperti yang berlaku 10 tahun kebelakangan ini.
11. Bayangkan, selepas puluhan atau ratusan juta ringgit diberi kepada PAS untuk menangkan banyak kerusi, mereka kini secara terbuka menghina dan menafikan sumbangan dana itu, jauh sekali mahu berterima kasih.
12. Akhirnya, sampai satu masa, jenama 'Parti Pelacur' (seperti kata Ku Li) akan melekat pada PAS dan tiada lagi parti akan percaya. Nama sahaja ‘Parti Islam’ tetapi tidak jujur, tikam belakang. Hampir semua parti sudah terkena.
13. Dan kini, pimpinan PAS yang ‘main dua kolam’ berjumpa dengan PMX dan Zahid hanyalah satu fasa untuk melengkapkan kitaran — sebelum menceraikan BERSATU yang sudah tidak lagi berduit dan menguburkan Perikatan Nasional.
https://www.facebook.com/share/p/167AQGr841/
Tulisan sebelum ni:
''𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚'' 𝗣𝗔𝗦 - 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨: 𝗣𝗟𝗢𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗣𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔
✍️ Ahmad Mursi
1. Perbalahan PAS - BERSATU ni sebenarnya dah boleh jangka apa pengakhirannya.
2. Ini seperti skrip ulangan atau kitaran yang dah jadi badi kepada PAS.
3. Dalam hayat saya je, mula Angkatan Perpaduan Ummah - Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat - Gagasan Sejahtera - Muafakat Nasional - Perikatan Nasional.
4. Awal kahwin, semuanya berbunga-bunga, segala dalil siasah syariyyah diberi, rasa saling memerlukan dan harmoni.
5. Kemudian kedudukan PAS sedikit kuat hasil hubungan itu.
6. Mulalah PAS rasa, gabungan itu kuat sebab PAS, ahli lebih ramai, lebih setia, lebih taksub, bukan kerana rakan politik.
7. Ceramah PAS ribuan, jentera mereka siap, rakan mereka hanya bergantung pada figura semata-mata.
8. Selepas tu, PAS rasa merekalah patut memimpin, tuntut terajui pakatan kerana merekalah tulang belakang.
9. Masalahnya di fasa ini, ustaz² pimpinan PAS tidak cekap imbangi kelicikan pengaruh kepimpinan rakan politik lain yang lebih cekap dari segi naratif dan diplomasi politik.
10. Pada tahap ni, kerana gagal pamerkan 'influential leadership', mereka cuba memaksa kepimpinan mereka walhal ustaz² PAS tiada kapasiti yang negara perlukan.
11. Bila gagal, PAS mula 'test water' dan 'menyundal' dengan parti lain di belakang tabir. Rakan mereka digantung tak bertali. Ada pakatan seperti tiada.
12. Akhirnya, pakatan pecah. PAS mula susun dalil baru siyasah syariyyah untuk wajarkannya.
13. Tiba-tiba rakan lama mereka yang dulunya akrab kerana 'tahalluf siyasi', kini jadi 'harbi', 'musuh Islam', 'islam liberal', 'sekular' dll.
https://www.facebook.com/share/p/19sdyLDCBB/
Ahmad Faizzudin
JPN, Imegresen, TMJ dan semestinya FAM. Dokumen PALSU bukan benda main main
Lawan dan menang atau ini menjadi skandal Bolasepak terbesar dunia!
---
❌ 7 PEMAIN MALAYSIA DIGANTUNG 1 TAHUN AKIBAT SKANDAL NATURALISASI
FIFA telah menjatuhkan hukuman gantung 12 bulan kepada tujuh pemain Malaysia yang terlibat dalam kes pemalsuan kewarganegaraan:
🔻 Gabriel Felipe Arrocha (Unionistas 🇪🇸)
🔻 Facundo Tomás Garcés (Deportivo Alavés 🇪🇸)
🔻 Rodrigo Julián Holgado (América de Cali 🇨🇴)
🔻 Imanol Javier Machuca (Atlético Vélez Sarsfield 🇦🇷)
🔻 João Vitor Brandão Figueiredo (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
🔻 Jon Irazábal Iraurgui (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
🔻 Hector Alejandro Hevel Serrano (Johor Darul Ta’zim 🇲🇾)
⚖️ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda sebanyak USD 438,000.
Hukuman ini memberi tamparan paling besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana tiga pemain utama mereka turut digantung.
👉 Selain itu, AFC dijangka membatalkan keputusan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia menentang Vietnam, dan kemenangan rasmi bakal diberikan 3-0 kepada Vietnam.
#FIFA #FAM #JDT #BolaSepakMalaysia
Alif Jamil
Projek bukan main mahal tapi kualiti mcm tampal plaster kat dinding tanah.
Persoalannya, adakah kualiti kerja & pengawasan projek ini benar² diambil serius atau sekadar asal nak siap untuk tutup mulut rakyat?
Dari sudut teknikal, projek tembok sebegini jatuh kpd 4 cabang kejuruteraan.
1. Kejuruteraan Awam.
2. Kejuruteraan Geoteknikal
3. Kejuruteraan Struktural
4. Kejuruteraan Marin / Pesisir
Saya akan sentuh dari sisi kejuruteraan struktur.
Runtuhan tembok biasanya berpunca dari tiga faktor utama:
1. Design failure.
Reka bentuk tak ambil kira data tanah pantai, tekanan gelombang & hakisan jangka panjang.
2. Material & workmanship lemah.
Penggunaan batu² yg tak ikut spesifikasi, mortar yg tak cukup kuat dan pemasangan yg tak memenuhi piawai standard kontrak.
3. Supervision & QAQC longgar.
Dalam standard industri pembinaan, setiap projek perlu melepasi Quality Assurance & Quality Control (QAQC) dgn ujian lapangan seperti compaction test, slump test dan visual inspection pada setiap fasa.
Kalau kontraktor & konsultan cuai, mereka akan reka tembok sekadar untuk cukup syarat tanpa margin keselamatan yg betul.
Bila ombak monsun datang, tenaga yg terhasil akan berlipat kali ganda, jadi struktur yg terbina itu gagal menampung impak tersebut.
Bila runtuhan tu berlaku berulang kali, ini bukti jelas adanya lack of preventive action & kegagalan audit teknikal dari pihak berkuasa pelaksana.
Inilah punca rakyat marah.
Duit negeri hangus hampir RM5 juta tapi hasilnya runtuh jugak.
Ini bukan masalah isu teknikal semata², ini masalah integriti pentadbiran PAS.
Kerajaan negeri gagal pantau kontraktor, gagal lantik konsultan yg teliti dan gagal buat audit selepas runtuhan pertama.
Akhirnya duit rakyat dibazirkan dgn projek yg sia².
Lebih teruk lagi, rekod PAS sebelum ini memang banyak dgn projek sakit..
Projek Rumah Mampu Milik Dendong gagal.
Projek Perumahan Gong Chempedak gagal.
Projek Taman Ilmu gagal.
Projek Tambatan Banjir Sungai Terengganu gagal. Projek² perumahan swasta lain pun gagal.
Pendek kata, PAS ni hanya reti berceramah atas pentas & baca ayat Quran untuk politik.
Tapi kalu bab mengurus tadbir ni mmg out stesen.
Manifesto pon gelap gambar.
Projek PAS yg betol² berjaya pon karnival kawin percuma dgn pelancaran dating apps islamik.
Iswardy Morni
Mungkin ada yang faham apa dia tulis ni.
1. Mana ada negara lain jual harga minyak petrol kepada rakyat pakai dua harga.
Jawapan - betul. Sebab negara lain tak de subsidi. Mereka apungkan contoh seperti Filipina, Myanmar, kambodia UK, dll dan ada yang bergerak ke arah apungan 100% seperti India dan negara lain. Yang ada subsidi pun sekarang mula akan bergerak ke 100% apungan atau paling kurang, kurangkan subsidi seperti Brunei.
Namun soalan sambungan dia pelik :
2. "system kasta rasis".
Pertama ni minyak. Kasta kat mana dik?
Kedua dah la kasta, rasis plak tu. Kasta dan rasis ni dua benda berbeza. Faham ke tak dia ni. Ni cerita minyak, bukan orang minyak.
Maghrib2 ni solat dik. Jgn isap petrol.., 🤭
Nak kutuk kerajaan bebal tapi ayat dia sendiri macam tak faham maksud kasta rasis dan apa dia tulis..