SIAPAKAH BROKER HANTU TANAH KG SUNGAI BARU?
Syam Ghaz.
Mohon SPRM SIASAT Muhyiddin Yassin, Annuar Musa dan Zuraida Kamaruddin
Ada tak unsur salahguna kuasa Muhyiddin Yassin, Annuar Musa dan Zuraida waktu menjawat PM, Menteri
Wilayah dan Menteri Kerajaan Tempatan
Isu Kg Sg Baru sangat pelik; Seksyen 4 (Notis) keluar 18 Jun 2021, terus buat Seksven 8. 21 Jun 2021. 3 hari shia.
Kesian rakyat, mereka ditindas zaman PN berkuasa 33 bulan.
Cc: Anwar Ibrahim, Shamsul Azri bin Abu Bakar, SPRM
3 DITAHAN.
Alhamdulillah 3 ketul Ekstremis Walaun sudah ditangkap pihak berkuasa.
1. 'Jibbie Sahaq', komen berunsur hasutan hingga boleh menggugat ketenteraman awam dan ugutan jenayah terhadap seorang pemimpin negara.
2. Seorang suspek berusia 69 tahun (claim Mujahideen) yang menyampaikan ucapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, semalam
3. 'Ayien Rose’, hasutan yang didakwa mengandungi unsur ugutan jenayah dan boleh menimbulkan kegentaran awam.
Diharap pihak berkuasa dapat mengesan dan menjejaki musibat yang membuat kenyataan berbaur lucah terhadap DYMM YDPA Agong dan Sultan.
M63
Menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2025 di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching.
Turut bersama ialah Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Timbalan Perdana Menteri serta barisan pimpinan Persekutuan dan Negeri.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan status kemajuan terkini berhubung pelaksanaan persetujuan di bawah MA63. Antara perkara yang dibentangkan dan dibincangkan ialah cadangan pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, hal ehwal pelancongan, kuasa dalam pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman, serta pemberian kuasa berhubung pengurusan alam sekitar.
Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan secara harmoni, tertib dan penuh saling hormat bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah. Dalam semangat MADANI, kita bukan sahaja bertekad menyelesaikan isu-isu berbangkit, malah merealisasikan aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak yang telah lama menanti.
Kerajaan MADANI hari ini adalah kerajaan yang paling giat dan paling banyak menyelesaikan perkara-perkara berhubung MA63, hasil kesungguhan, muafakat dan komitmen bersama semua pihak.
Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah atas kerjasama erat, keikhlasan serta semangat persaudaraan yang sentiasa menjadi sandaran dalam kita menzahirkan Perjanjian Malaysia 1963 secara adil dan bermakna.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#MA63
RUGI LA BILA JOB PUN HABIS, SILAP SILAP MASUK DALAM. GUNA LA OTAK KRITIK..BUKAN TAK BOLEH KRITIK.
Walaun Ayien Rosz,
Sedap-sedap coti 4 hari boleh sebat job wiring kt Kuantan, hang pilih untuk tidoq dalam lokap polis.
4 hari job boleh dapat beribu tu. 😄
YB QAZAF BERADA DI LUAR KOTAK.WALAUN KATA HEBAT LA TU...TUNGGANG MACAM MACAM DAH.SATU HABUK PUN TARAK KAT NEGERI KEDAH
Ni bukan berpikir diluar kotak..tapi beraksi diluar...!?😂🤣
Katanya aksi ni dibuat sebab nak dekat dengan anak2 muda yg suka remp2 motor.. tu yg aksi remp2 motor dalam dewan perlu dilakukan..
"Kami dah besa tunggang macam2 isu, apalah sangat kalau tunggang RXZ dlm dewan ni" - Ujar bakal Pirdana Mintiri YB Safwan Afnan dihadapan hadirin Dan hadirat ☺️
Acu wheely..weekang sekali 😂
KAH KAH KAH....
Sarkastik gila posting 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗸𝗱𝗮𝗶𝗹𝘆 ni tapi bagi yang tahu memang 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗲 𝗸𝗮𝗹𝗯𝘂 la.
Memang betul pun, urusan pengambilan tanah telah berlaku di tahun 2021. Ketika itu 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 dan 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗠.
PN gunakan 𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 untuk ambil alih tanah mereka yang tidak bersetuju 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮. Tiba-tiba hari ni salahkan MADANI.
Sebab tu aku gelar mereka ni 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Aku tak persoalkan aqidah mereka tapi dalam konteks politik, mereka semua 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸.
Isu di 𝗞𝗴. 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗿𝘂 boleh dielakkan jika PN ketika berkuasa bentangkan akta 𝗨𝗥𝗔 terlebih dahulu, dan bukannya gunakan akta pengambilan tanah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PENDUDUK JADI JUTAWAN.
Syam Ghaz
BACAAN PAGI BUAT KETUA PEMUDA PAS SI "SAFWAN AFNANG".
Sebab geng PN cuba hendak jadi hero, kita review balik apa yang jadi pada masa Jun 2021. Waktu ini negara masih lagi dalam PKP ke 3 lockdown penuh. Masa ini jgnkan kata nak berdemo, solat jumaat pun tak boleh.
Sebabkan tak ada orang boleh berhimpun, kerajaan PN waktu itu cepat-cepat warta Seksyen 4 dan Seksyen 8 akta pengambilan tanah 1960.
18 Jun 2021 (Jumaat)
🔹 Warta Seksyen 4 – Notis awal kerajaan bahawa tanah mungkin akan diambil.
👉 Hanya isyarat awal, belum muktamad.
21 Jun 2021 (Isnin)
🔹 Warta Seksyen 8 – Pengisytiharan rasmi bahawa tanah tersebut pasti diambil.
👉 Selepas ini proses pampasan dan pengambilalihan akan berjalan.
Jadi tak faham kenapa MP PN cuba hendak jadi hero sedangkan benda ini gazet zaman mereka kerajaan. Kalau benda dah gazet, nak batalkan bukan senang, silap2 kerajaan kena bayar ganti rugi yang lebih tinggi.
Masa ada kuasa, tak buat kerja, masa tak ada kuasa, pura-pura buat kerja.
MMMS
NDAK DUIT LEPAS TU DIAM..
Saya ni bukan siapa2 cuma salah seorang pemilik di Kg Sg Baru tapi SAYA NAK BALAS PODCAST 9PM SEMALAM @highlight
.
.
Semalam, kita dengar pelbagai kenyataan yang cuba memutarbelitkan fakta mengenai projek Kg Sg Baru ini LAGI. 🐍
.
🔺️ Kenapalah asyik salahkan pemaju? Yang buatkan projek ni tertangguh bukan pemaju. Dah almost 9 tahun projek ni tertangguh. Saya dah ada di rumah transit ni 8 tahun. Kami majoriti yang dah signed JV diberi pilihan, nak rumah transit atau cari rumah sendiri (maka akan diberi duit sewa). Maksudnya sepanjang tempoh projek tak siap lagi, pemaju tanggung rumah kami. Kami duduk tak perlu bayar dan pemaju tunaikan sepanjang 9 tahun ni TANPA CULAS.
Again ini bukan masalah credibility pemaju wahai YB‼️
.
🔺️ Apa tujuan nak bandingkan dengan UDA. Kawan2 tau tak bila UDA buat projek Legasi di tapak Pasar Minggu, peniaga2 di situ diberi pampasan lebih kurang RM100k saje dan hilang tanah mereka di Kg Baru selama2nya? Itu yang kami tak mahu. Kami sayang Kg Sg Baru dan mahu kekal sebagai pemilik hartanah di Kg Sg Baru tapi bukanlah rumah daif yang menjadi sarang tikus, nyamuk aedes dan penagih dadah ‼️
.
🔺️ Projek ni tertangguh sebab COVID, 3x pertukaran kerajaan dan putar belit pihak minoriti. Bukan pemaju‼️
.
🔺️ Minoriti bukan perjuangkan tanah tapi DUIT PAMPASAN. Kau bagi duit macam yang diorang nak, senyap lah dia melalak. Mereka tak dapat dengan cara sah melalui undang2 sebab MEREKA DAH KALAH. MAHKAMAH SUDAH PUTUSKAN PAMPASAN YANG DIBERI ADALAH SAH DAN ADIL, mereka play victim pulak. Dan honestly mereka berjaya. Ramai yang terpengaruh dengan lakonan mereka termasuklah some kawan2 FB saya ni.
Di sini saya nak jawab lagi sekali:
• Mereka dihalau? Hello kalau dah dapat pampasan beratus ribu, mestilah kena keluar. Tapi mereka tak dihalau macam "Palestine" tu, mereka TERIMA PAMPASAN DAN TELAH DIBERI NOTIS SEJAK 2022. Tak adil lagi??? Habis kami yang menunggu untuk projek ni bermula dan kami MAJORITI, adilkah untuk kami⁉️
• Duit tak cukup nak beli rumah di KL ni. Mana kami nak pegi... Hello awak yang pilih macam tu. Awak diberi pilihan nak stay di Kg Sg Baru dan jadi pemilik hartanah bernilai 1 juta tapi awak tolak. Awak nak DUIT tapi bila kes awak kalah di mahkamah, awak spin buat kena tindas konon‼️
• Tak jalan juga dikatanya ini tanah rezab melayu tapi MAS (Malay Agricultural Settlement) ie Lembaga yang menguruskan tanah Kg Baru dah pun memberi kenyataan bahawa Kg Sg Baru tak termasuk dalam tanah rezab Kg Baru.
• Arwah ibu bapa saya ada lot2 lain di Kg Baru ni. Setiap kali kerajaan nak majukan Kg Baru, saya akan pergi dengar dan saya akan tengok model pembangunan yang dirancangkan. Seperti kawan2 maklum semua pun tak menjadi. Dan saya akan tanya juga apa pelan mereka untuk Kg Sg Baru. Tau tak, kata mereka, itu bukan dalam rezab melayu jadi Kg Sg Baru setiap kali akan dimasukkan dalam fasa terakhir projek pembangunan Kg Baru. FASA TERAKHIR!! Sebab tiada initiatif dan kita pun tak mau tunggu lagi usaha kerajaan yang asyik tak menjadi, mantan pemimpin2 Kg Sg Baru ni memulakan inisiatif sendiri nak bangunkan tanah kami. Ramai yang dah jadi arwah sebab dah tertangguh lama.
.
Sedih mentang2 lah kami ni tiada kuasa, tiada populariti, tak kaya, semua nak lanyak je, ambil kesempatan.
.
Fakta yang dimainkan oleh media dan socmed tidak menggambarkan keseluruhan kebenaran.
Biar pun hanya beberapa kerat yang akan baca luahan saya , tapi lebih baik dari berdiam diri kerana takut. Saya harap kawan2 dapat menyokong saya. Ini cerita kami dari MAJORITI tapi cerita kami ni tak sensasi sebab tu orang tak berminat nak dengar dan viralkan.
.
🔥 Haz, Perjuang Hak Majoriti Kg Sg Baru 🔥
.
WALAUN .NANTI JANGAN LUPA TANYA 2 EKOQ NI.
Mohd Yusri Ibrahim
Banyak reaksi pemimpin dan penyokong PAS terhadap isu Kampung Sungai Baru.
PAS akan adakan Muktamar Tahunan pada 15-16 September ni, beberapa hari lagi.
Perwakilan boleh gunakan pentas muktamar tersebut untuk tanya isu itu kepada AJK PAS Pusat TS Annuar Musa dan DS Shahidan Kassim.
Pada hemat saya, mereka berdua mungkin ada info lebih lengkap, terperinci dan komprehensif tentang isu tersebut.
Mungkin boleh juga tanya sekali tentang RUU URA.
KEPALA HOTAK KO..PLAY VICTIM.
Jamzuri Ardani
Hak warisan apa? Tanah tu pajakan 99 tahun. Tinggal 54 tahun jer lagi. Habis tempoh pajakan ... tanah tu jadi milik kerajaan balik.
Lagi pun permohonan untuk majukan tempat tu datang dari Persatuan Penduduk di situ. Kebanyakan dah setuju ... ko nak salahkan kerajaan buat apa ... play victim konon.
NASIB BAIK BAGI TAU YANG RAKYAT PUN TAK TAU.
Alif Jamil
Rakyat pon taktau yang Tun taktau.
Mujur Tun bagitau yang Tun taktau.
Kalu dak , takdak sapa pun tau yang Tun taktau 😢🤲
PEMALAS JA TAK KERJA DI.MALAYSIA
Sham Ghaz
Mustahil Malaysia Jadi Macam Nepal, Indonesia, Kemboja, Myanmar & Thailand
1. Nepal hari ini ekonomi mereka naik 4.5% (World Bank – Nepal Development Update 2025), tapi rakyat tetap marah turun ke jalan raya.
2. Kenapa? Sebab rasuah berleluasa, nepotisme berakar, kartel sapu kekayaan, rakyat bawahan tetap miskin.
3. Indonesia tumbuh 4.7% (BPS / World Bank 2025), tapi skor rasuah mereka cuma 34/100 (CPI 2024), ranking 115 dunia – jauh lebih buruk dari Malaysia.
4. Thailand lebih teruk, pertumbuhan hanya 1.6–1.8% (World Bank Thailand Economic Monitor Julai 2025), politik kucar-kacir.
5. Kemboja 4.0% (World Bank 2025), tapi skor rasuah hanya 22, antara paling korup dunia.
6. Myanmar pula hancur, ekonomi menjunam –2.5% (World Bank / The Diplomat 2025), perang saudara, rakyat jadi pelarian.
7. Malaysia? Pertumbuhan stabil 3.9–4.4% (Bernama / World Bank 2025).
8. Skor rasuah 50/100, ranking 57 dunia (Transparency International CPI 2024).
9. Keamanan? No.2 paling aman Asia, No.10 dunia (Global Peace Index 2024 – Vision of Humanity / Bernama).
10. Bezanya ialah kepimpinan Malaysia era Madani.
Di bawah PMX Anwar Ibrahim & Saifuddin Nasution Ismail KDN, Malaysia bukan sahaja aman & lebih bersih daripada jiran, tetapi rakyat terus rasa nikmat:
• RM15 bilion bantuan tunai kepada 9 juta rakyat (Bernama 2025)
• SARA RM100 terus ke MyKad untuk 22 juta rakyat dewasa (The Star 29 Ogos 2025)
• Gaji minimum naik RM1,700 (USAsean Business Council 2025)
• Kenaikan gaji penjawat awam terbesar dalam sejarah (Bernama 2025)
• Ringgit stabil, pelabur global kembali yakin (Bernama 2025)
Kesimpulan:
Nepal, Indonesia, Thailand, Kemboja & Myanmar ada angka GDP, tapi rakyat mereka tetap sengsara sebab rasuah, politik tidak stabil & tiada bantuan menyeluruh.
Malaysia pula bukan sekadar ekonomi tumbuh – rakyat terus rasa di poket.
Inilah Malaysia Madani – aman, bersih, rakyat terbela & dihormati dunia.
Syam Ghaz
Rujukan:
1. World Bank – Nepal Development Update 2025
2. BPS Indonesia – Indonesia Q1 2025 GDP Growth 4.87%
3. World Bank – Thailand Economic Monitor July 2025
4. The Diplomat – World Bank downgrades Cambodia & Myanmar outlook 2025
5. Bernama – Malaysia GDP Growth Q1 2025
6. Transparency International – CPI 2024 Malaysia
7. Vision of Humanity – Global Peace Index 2024
8. The Star – RM100 SARA for 22 million Malaysians
TOLAK SERIBU AMBIL EMPAT RATUS
Masa PH 1.0 tawar Rm 1000/kaki persegi ditolak
PN (Muhyidin) tawar Rm 400 kaki persegi diterima dgn senang hati.
Yang dipersalahkan Kerajaan Madani kononnya nak halau penduduk kampung sungai baru. 🥴🥴
MUKA TAK MALU. TERDESAK GAMAKNYA.
Rupanya family Rafidah Ibrahim Full yang paling awal sekali dapat cheq bayaran.
Bila duit dah habis dia merungut pemaju bagi pampasan rendah Dan tak berbaloi.
Rafidah, walau dah terima payment penuh dia join sekali dgn penduduk yang mintak pemaju tambah harga dan fight kat court.Orang lain yang fight tak dapat apa2 payment lg dia je payment dah full Settled.Tak malu betoim
CUBAAN KETUA PEMBANGKANG BERMAIN SILAP MATA
Mohd Hasni Izuwan
1- Kenyataan Hamzah bahawa operasi pengosongan Kampung Sungai Baru “sebenarnya boleh ditangguhkan” jelas kelihatan seperti satu permainan politik. Kenapa baru sekarang kenyataan sebegini dibuat, sedangkan penderitaan penduduk bermula sejak pewartaan pengambilan tanah pada tahun 2021?
2- Fakta tidak boleh dipadam, pengambilan tanah Kampung Sungai Baru telah diwarta tahun 2021 ketika Malaysia berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
3- Tahun 2021 bukan tahun biasa. Negara ketika itu masih dalam PKP penuh akibat pandemik COVID-19. Rakyat hilang kerja, ekonomi terjejas, pergerakan terbatas. Dalam keadaan rakyat lemas mencari nafkah, kerajaan PN memilih untuk meneruskan pewartaan pengambilan tanah.
4- Kalau benar operasi pengosongan boleh ditangguhkan hari ini, kenapa kerajaan PN tidak memilih untuk menangguhkan pewartaan pada ketika rakyat berjuang untuk hidup dalam pandemik? Tidakkah itu waktu paling tepat untuk menunjukkan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat?
5- Tindakan pewartaan itu bukan sahaja menekan penduduk, malah pampasan yang ditawarkan didakwa jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Ia menimbulkan rasa terhina kepada penduduk, seolah-olah mereka dipaksa menyerahkan tanah warisan dalam keadaan serba terdesak.
6- Kini, setelah rakyat bangkit bersuara, muncul pula kenyataan manis daripada pimpinan PN kononnya operasi boleh ditangguh. Jelas sekali ini percubaan menunggang isu dan meletakkan beban di bahu Kerajaan Perpaduan, sedangkan akar masalah berpunca daripada keputusan yang dibuat pada zaman PN.
7- Pemimpin PN tidak boleh lepas tangan. Tanggungjawab politik dan moral tetap berada pada bahu mereka kerana pewartaan rasmi adalah tindakan kerajaan yang mereka pimpin. Cubaan menunding jari kepada kerajaan sekarang hanyalah taktik lama untuk mengaburi mata rakyat.
8- Penangguhan hari ini tidak menghapuskan dosa politik semalam. Jika PN benar-benar prihatin, mereka sepatutnya menghentikan atau sekurang-kurangnya menangguhkan pewartaan pada tahun 2021, bukannya menekan rakyat ketika pandemik sedang memuncak.
9- Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini berdepan beban untuk mencari penyelesaian adil, bukan kerana mereka memulakan masalah, tetapi kerana mereka mewarisi beban legasi keputusan silam. Apa yang rakyat perlu tuntut ialah kebertanggungjawaban PN terhadap apa yang mereka lakukan.
10- Kesimpulannya, kenyataan Hamzah tidak lebih daripada retorik politik untuk menyembunyikan kegagalan Kerajaan PN. Tetapi fakta sejarah tidak boleh dipadam, PN lah yang mewartakan pengambilan tanah Kampung Sungai Baru ketika pandemik, PN lah yang gagal menangguhkan demi rakyat, dan PN lah yang mesti menjawab segala penderitaan yang dialami penduduk hari ini.
KRONOLOGI
SIAPA PENGHASUT ?
Che Ibrahim
Pihak keselamatan sudah tentu amat memahami situasinya dan akan bertindak tegas agar anasir jahat ini tidak sempat membiak... Semua orang tahu siapa dalang di sebalik isu ini.
𝘼𝙈𝙆 𝙆𝙀𝘾𝘼𝙈 𝙏𝙄𝙉𝘿𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙂𝘼𝙉𝘼𝙎 𝙎𝙀𝙃𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼 𝙈𝙀𝙉𝘾𝙀𝘿𝙀𝙍𝘼𝙆𝘼𝙉 𝙊𝘾𝙋𝘿 𝘿𝘼𝙉𝙂 𝙒𝘼𝙉𝙂𝙄
AMK mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab yang mencederakan ACP Sulizmie Affendy Sulaiman ketika menjalankan tugas di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.
Polis hanya melaksanakan tugas berlandaskan undang-undang dan keputusan mahkamah. Hak berhimpun secara aman dijamin, tetapi ia tidak boleh sama sekali disalahgunakan untuk keganasan atau mencederakan pihak keselamatan.
#AMKReformasi
#MalaysiaMADANI
#AMKJerantut
#AnakMudaPenentuPerubahan
#KitaKeadilan
*copy/paste*
MCA PUNYA PUTAR
Adrian Lim
SEJARAH MCA SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN
2008 - 2013: Wee Ka Siong (Presiden MCA sekarang)
2015 - 2018: Chong Sin Woon (Setiausaha Agung MCA sekarang)
2020 - 2022: Mah Hang Soon (Timbalan Presiden MCA sekarang)
Ketiga-tiga pemimpin tertinggi MCA sekarang pernah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan. Di antara mereka, pengalaman lebih 10 tahun dalam Kementerian Pendidikan.
Macam mana MCA boleh tidak tahu sistem kemasukan IPTA kat negara ini?

















































