KAH....MELAYU MUDAH LUPE ? HARI HARI KENA MAKI TAK MALU KE?

 


Umno lupa ke mereka kerajaan? Soal DAP

Umno lupa ke mereka kerajaan? Soal DAP

Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen serta menteri Umno tidak terlibat dalam membentuk dasar negara.

Naib Pengerusi Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong, berkata, Zahid begitu mudah “sengaja melupakan” bahawa menteri yang terlibat membentuk dasar penting juga “semuanya daripada Umno”.

Chiong turut mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), seterusnya kenyataan Presiden Umno itu di Facebook semalam jelas mengetepikan konsep tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.

“Saya mesti mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan PN, dan ramai pemimpin dari partinya itu juga menteri penting,” katanya dalam kenyataan.

“Paling utama, Ismail Sabri (Yaakob) adalah Menteri Kanan Keselamatan, Dr Adham Baba Menteri Kesihatan manakala Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jadi boleh dikatakan dasar berkaitan SOP PKP (perintah kawalan pergerakan), kesihatan awam dan vaksinasi datang daripada kementerian yang dipimpin menteri terbabit,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata itu.

Dalam kenyataan di Facebook semalam, Zahid berkata tidak adil untuk mengaitkan Umno dengan kegagalan kerajaan PN memerangi penularan Covid-19 walaupun ada Ahli Parlimen dan menteri parti itu dalam kerajaan.

Katanya, ini disebabkan segala ketetapan mengenai dasar berkait pengurusan pandemik dibuat sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan PN.

Menteri Umno lain dalam PN termasuk Hishamuddin Hussein (Menteri Luar), Annuar Musa (Wilayah Persekutuan), Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi), Shamsul Anuar Nasarah (Tenaga dan Sumber Asli), Halimah Sadique (Perpaduan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin kemudian mengadakan pertemuan dengan semua menteri Umno, susulan itu memutuskan semuanya akan kekal dalam kerajaan.

Muhyiddin berkata, beliau menasihatkan menteri Umno terbabit supaya mengekalkan jawatan mereka dalam Kabinet demi kepentingan rakyat dan negara, kerana kerajaan memfokuskan untuk memerangi Covid-19, memastikan suntikan vaksin serta memulihkan ekonomi. – FMT

POOOODAHHHH.......TAK RASA MALU KE APA ? SEKONGKOL DENGAN PENGKHIANAT DAN SEGALA MACAM MAKSIAT..YANG LAIN MANA? LARI MASUK GUA KE?

 

Pemuda Pas akui kerajaan PN gagal pantau kegiatan judi

Pemuda Pas akui kerajaan PN gagal pantau kegiatan judi

Pemuda PAS menggesa pemantauan terhadap operasi perjudian diperluas ke premis dan kegiatan seumpamanya di seluruh negara, susulan arahan penutupan serta-merta premis kasino Genting Highlands pada Jumaat lalu oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin, berkata kegiatan perjudian bukan saja salah di sisi Islam, malah tidak membawa sebarang manfaat.

“Dalam situasi wabak Covid-19 dan ekonomi tidak menentu ketika ini juga, sektor perjudian dan premis kasino seperti ini langsung tidak membantu terhadap motivasi kerohanian dan tekanan mental serta keharmonian rakyat, apatah lagi terhadap poket peribadi dan keluarga, sebaliknya mengundang lebih banyak masalah.

“Kuasa kerajaan mesti digunakan untuk meningkatkan penguatkuasaan menangani kegiatan perjudian tanpa lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) turut mendesak kerajaan menghentikan cabutan loteri atau judi bagi tujuan kebajikan.

“Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengulangi kebimbangan yang telah dizahirkan sebelum ini berhubung langkah kerajaan yang menambah kekerapan cabutan khas judi dari lapan kali setahun pada 2020, kepada 22 kali setahun bermula 2021.

“Sekalipun kekerapan cabutan ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara, namun kami berpendapat ia bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Judi adalah haram di sisi Islam dan hanya akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat,” katanya.

Khairil turut mengesyorkan undang-undang diperketat bagi menjamin orang Islam di negara ini tidak terlibat sama sekali dalam kegiatan perjudian.

Bagi orang bukan Islam pula, katanya, kebenaran hanya patut diberikan dalam kalangan keluarga atau ketika majlis perayaan tertentu sahaja.

“Kami percaya, Malaysia akan jauh lebih baik tanpa semua operasi pub, kelab malam dan kasino, sekali gus akan menyelesaikan isu-isu berkaitan diakibatkan selama ini,” katanya.

Hari ini, Resorts World Genting mengumumkan kasinonya di Genting Highlands ditutup sehingga notis lanjut, sehari selepas Ismail dilaporkan berkata beliau tidak menyedari kasino itu beroperasi selepas mengarahkan ia ditutup Jumaat lalu.

Terdahulu, FMT melaporkan Kasino Genting, Kelab Genting dan kasino Genting Club Private Gaming masih dibuka kepada ahli Genting Rewards saja, menurut garis panduan operasinya. – FMT





Kasino: Pas dan Umno hilang sensitiviti agama( KENYATAAN MEDIA AMANAH PAHANG)

 


Kasino: Pas dan Umno hilang sensitiviti agama


KENYATAAN MEDIA

PARTI AMANAH NEGARA NEGERI PAHANG

Kuantan, 24 Mei 2021

1. AMANAH Pahang menzahirkan rasa terkejut, duka dan kesal yang mendalam terhadap pendedahan beberapa pihak bahawa pusat Kasino Genting masih beroperasi pada musim pandemik ini.

https://m.malaysiakini.com/news/575896

2. Suasana tersebut menggambarkan bahawa ketika rakyat terpaksa menutup, mengurangkan terus operasi perniagaan, berhadapan dengan kompaun tinggi, pusat kasino dibiarkan beroperasi tanpa sebarang tindakan.

3. Amanah Pahang turut menzahirkan rasa pelik terhadap PAS khususnya di Pahang yang umpama bisu terhadap pembukaan pusat kasino ini. Mana perginya taring Pas dan pimpinannya khusus Pesuruhjaya Pas pahang dan Ketua Dewan Ulamak yang dahulu begitu lantang menyerang institusi judi ini?

4. Keadaan pusat kasino yang beroperasi, apatah lagi di musim rakyat terpaksa mengikat perut ini adalah satu penghinaan dan tindakan paling biadap terhadap umat Islam dan rakyat negara ini.

5. Amanah Pahang hairan bagaimana kononnya kerajaan BN pahang yang disokong Pas ini atas nama Muafakat Nasional seolah-olah tunduk kepada taukeh-taukeh judi sehingga sanggup memperjudikan masa depan dan nyawa rakyat apatah lagi pusat perjudian tersebut adalah terbukti diantara “Kluster” penularan Covid 19 di dalam negara ini.

6. Amanah Pahang turut melahirkan kebimbangan dengan nasib pekerja di pusat kasino berkenaan yang berhadapan risiko penularan Covid 19 memandangkan apabila ia dibuka sudah tentu mengundang pengunjung secara meluas.

7. Amanah Pahang menyelar sikap Kerajaan BN dan sekutunya Pas Pahang di atas sikap mereka yang sangat lemah, daif dan tidak langsung peduli kepada sensitiviti umat Islam dan rakyat Pahang.

8. Sudahlah Pas dan Umno menggunakan sentimen agama kononnya mereka bersatu untuk menegakkan agama, tetapi dalam masa yang sama, membiarkan pusat perjudian seperti kasino Genting terus beroperasi. Hentikan segera pembohongan kepada rakyat khususnya di Pahang.

9. Kepada rakyat dan seluruh umat Islam, Amanah Pahang mengajak dan menyeru agar kita bersatu supaya memberikan tekanan agar pusat perjudian ini ditutup terus. Sesungguhnya Pas dan Umno sudah tidak boleh lagi diharapkan untuk membela nasib agama dan negara ini.

10. Mereka hanya pandai bersuara bila menjadi pembangkang, tetapi seolah-olah ayam berak kapur bila berkuasa. Bak kata pepatah “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”!

Sekian. Terima kasih.

Hj Zulkifli Mohamed
Pengerusi
Parti AMANAH Negeri Pahang





PENGAKUAN BODOH BERMAKNA MAHIADDIN TIDAK BOLEH DISANDARKAN APA-APA HARAPAN LAGI

 

Selepas kerajaan PN pimpinannya ditanggapi sebagai #kerajaanbodoh oleh wargamaya berhubung SOP PKP yang celaru dan mengelirukan, Mahiaddin Md Yasin semalam dengan terbuka mengakui beliau tak kisah dianggap bodoh oleh rakyat.

“Bolehlah nak salahkan kerajaan, marah Perdana Menteri pun tak apalah, saya terimalah.

“Rakyat kata: ‘Apa bodoh Perdana Menteri’, tak apa…,” katanya dalam program bual bicara yang disiarkan melalui TV.

Rasanya inilah pertama kali dan satu-satunya Perdana Menteri negara kita yang tak kisah dianggap bodoh oleh rakyatnya sendiri.

Biasanya, jika seseorang pemimpin itu dikecam, diserang dan dipertikai oleh rakyat, lebih-lebih lagi sampai ke tahap kerajaan pimpinannya dianggap sebagai #kerajaanbodoh, mereka pasti akan bingkas memberi penjelasan untuk menangkis atau menjawab segala dakwaan yang dilemparkan itu.

Lagi pun, memang itulah peranan pemimpin, memberi penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat terhadap apa juga isu yang berbangkit.

Sebab itu, seseorang pemimpin tidak boleh jadi diam, bisu dan bersembunyi di bilik pejabatnya saja.

Pemimpin mesti sentiasa keluar ke khalayak, tidak takut berjumpa sesiapa saja, jauh sekali bersikap gentar unruk berdepan soalan wartawan dan lensa kamera.

Pengakuan Mahiaddin yang tidak kisah dirinya dianggap bodoh adalah tanda beliau sudah mengalah, satu sifat yang tidak seharusnya ada pada seorang Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang dengan mudah mengalah kepada tekanan rakyat adalah Perdana Menteri yang sudah kalah.

Tambahan lagi kalau sudah mengaku tak kisah dianggap bodoh, apa lagi yang boleh rakyat sandarkan harapan kepadanya?

Bolehkah kita meletakkan harapan dan masa depan kita kepada orang yang mengakui dianya tak kisah dianggap bodoh?

Sudah tentu hanya orang bodoh saja yang sanggup terus berketuakan orang yang tak kisah dianggap bodoh.

Rakyat yang cerdik dan pandai tidak mungkin mahu berketuakan orang mengakui dirinya bodoh sebagai ketua mereka.

Lebih-lebih lagi, dalam wawancara yang sama, Mahiaddin juga mengakui beliau tidak mampu menjaga keseluruhan 32 juta rakyat negara ini.

Aikkk…kalau bukan menjaga rakyat, apa lagi kerja seorang Perdana Menteri?

Apa guna ada kuasa, ada kabinet, ada kementerian, ada beratus jabatan, ada menteri, timbalan menteri, kewangan negara dan segala macam lainnya jika bukan untuk menjaga 32 juta rakyat negara ini?

Sekali lagi, pengakuan tidak mampu menjaga 32 juta rakyat ini, selain sikapnya tak kisah dianggap bodoh, ia dengan sendirinya bermakna Mahiaddin telah meletakkan dirinya bukan lagi sebagai pilihan di hati rakyat untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri selepas ini.

Sudah sampai masanya rakyat harus mencari pemimpin lain yang tidak bodoh untuk memimpin, sekaligus mampu menjaga 32 juta rakyat Malaysia ini sebagai Perdana Menteri akan datang.Bodoh sangatlah kita jika terus memilihnya lagi mentadbir negara ini .  

(ShahbudinHusin 24/05/2021)



MANA DIA PIMPINAN PAS YANG NAK TUTUP GENTING..ADA SAJA ISU, PIMPINAN DIA LARI MASUK GUA...JANGAN HIPOKRIT LA WEIIII

 May be an image of text that says "Menteri arah tutup, tapi kami masih buka, kata pekerja kasino Genting Seorang pekerja mendakwa mereka tidak menerima sebarang arahan lanjut daripada pengurusan, di seba arahan penutupan daripada kerajaan. Alyaa Alhadjri & Ng Xiang Yi• 2 jam lepas 15"



SHAHBUDIN HUSIN


Hebat tak pusat judi ni, arahan menteri pun dia tak peduli dan nampaknya tiada siapa yang serius mahu memastikan ia benar2 ditutup akhirnya sebagaimana diarahkan.

 Menteri pun, bila sudah tahu pusat judi Genting masih dibuka, langsung tak keluar apa-apa suara susulan.

 Pas juga sama, tersimpan terus suara Islamnya.

 Jangankan nak bersuara kerana judi itu haram, tetapi kerana di sana ada kluster yang mungkin boleh menyebabkan kematian pun mereka sudah hilang kemampuan.

 

#KerajaanGagal

#KerajaanBodoh

 

PANDANGAN MOHD SAYUTI OMAR

 

PERHATIAN

 

Merujuk kepada nasihat dan mesej Syeikh Faisol Hj Omar kepada seorang Ustaz yang mengeluarkan pandangan mengelirukan berhubung kegagalan solat Jumaat tiga kali berturut-turut sebagai berdosa dan patut bertaubat, agar Ustaz itu menarik balik kenyataannya, telah disambut baik oleh Ustaz berkenaan.

Dilaporkan hari ini beliau telah menarik balik dan mohon maaf atas apa yang berlaku. Samping itu beliau mengucapkan terima kasih kepada yang memberi panduan, mengkritnya ekoran kenyataan itu.

Ustazah itu juga berterima kasih kepada yang mencerca dan menghinanya. Syabas.

Apa dilakukan Ustazah ini sewajar menjadi iktibar dan teladan kita semua. Trims.

 

 

KEPELIKAN ORANG KELANTAN?

 

 

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Husin hampir 10,000 rakyat Kelantan berusia 60 tahun ke atas yang sudah daftar untuk dapatkan vaksin tidak hadir untuk disuntik.

Kegagalan hadir itu berbagai alasan termasuk yang menghilang tanpa dapat dikesan.

Sedih dengar berita begini yang sepatut tidak berlaku. Vaksin adalah antara penawar untuk cegah Covid kenapa perlu tidak cakna untuk mendapatkannya? Dah kebal sangatkah.

Rakyat negeri lain berebut untuk dapatkan vaksin tetapi di Kelantan peluang terngangga tidak disambut sewajarnya. Ini termasuk salah satu keunitan negatif orang Kelatan?

Kenapa berlaku demikian. Adakah mereka sudah didakyah dengan vaksin merbahaya. Orang Kelantan rapuh sangat dalam menilai sesuatu.

Mana para pemimpin dan ustaz dan ustazah politik yang sebelum rapuh berkempen dan mengajak rakyat untuk menerima dan berpegang kepada sesuatu pegangan. Kenapa tidak kempen ralyat Kelantan agar jadi mesra vaksin dan cerdik kesihatan.

Kes di Kelantan meningkat dari sehari ke sehari. Kelmarin saja 626 kes. Janganlah perangai huduh menolak vaksin. Tengok keadaan sekeliling dan insaf dengan apa yang berlaku. Jangan pula selepas ini salahkan kerajaan 2L1G kalau terjadi apa² yang tidak diingin ke atas diri masing².

Dan kalau rakyat Kelantan rasa mereka kebal, elok vaksin itu diberikan kepada negeri lain yang masih belum mencukupi. Ditawar apa kepada yang tak sudi. Trims.

 

PAK LONG...HANG PI MANA ...PI MANA ..PI MANA.....

 May be an image of text that says "3:15 AA 4G malaysiakini.com malaysiakini BERITA Menteri arah tutup, tapi kami masih buka, kata pekerja kasino Genting Alyaa Alhadjri & Ng Xiang Yi Diterbitkan 2 jam lepas. Dikemaskini 4 minit lepas 15"




SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL


Hello .. MITI, MOF, KDN .. apa dah jadi? Mesjid kena kompaun. Jemaah kena kompaun. Kasino?






PKP03: Siapa Sebenarnya Gajah Di Dalam Bilik?

 


PKP03: Siapa Sebenarnya Gajah Di Dalam Bilik?

      

Saya telah menelaah TALKING POINT MENTERI KANAN PERTAHANAN MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) & PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP), bertarikh 22 MEI 2021.

Saya dapati bahawa ia tidak mempamirkan data mutakhir tentang taburan COVID-19 di Malaysia. Maka tidak hairan jika beberapa rumusan yang dibuatnya tidak tepat kerana tidak disokong oleh maklumat terkini. Ini sebenarnya bukan kesilapan Menteri Kanan tetapi kesilapan besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak melengkapkan beliau dengan fakta yang sahih dan kontemporari.

Ini membawa saya kepada suatu kelemahan yang amat besar di dalam rumusan Menteri Kanan dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri Kanan telah menjurus hanya kepada satu daripada dua strategi yang ulung di dalam usaha membendung penularan COVID-19 yang kian liar di Malaysia MKN hanya fokus kepada perincian PKP yang lebih ketat TETAPI tidak langsung menggarap kegagalan KKM di dalam menangani wabak COVID-19 berasaskan budaya kerja kesihatan awam dalam pengurusan pandemik

Bak kata perpatah Bahasa Inggeris, MKN “totally missed the elephant in the room”

Menteri Kanan menyatakan, “Trend peningkatan kes harian di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia, yang memaksa kerajaan mengetatkan lagi sekatan-sekatan pergerakan …”

Ini merupakan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah, Badan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros yang berbunyi;
“Globally, we are now seeing a PLATEAUING in the number of COVID-19 cases & deaths, with declines in most regions”

Bahkan semenjak 24 April 2021, kes COVID-19 didunia telah mula menurun seperti kelihatan dirajah pertama.

Kematian warga dunia juga telah menurun sejak 20 April 2021 dirajah kedua.

 

Senario COVID-19 di Malaysia tidak seiring tren dunia. Kes dan kematian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trajektori yang meningkat dan merbahaya seperti dipamirkan di rajah ketiga dan keempat.

 

Jika dibandingkan dengan negara2 di Asia, Malaysia merupakan negara yang kedua paling teruk, selepas India, di dalam kes kumulatif COVID-19 bagi setiap satu juta penduduk, seperti tertera di dalam rajah kelima.

 

Fakta terkini ini merupakan suatu petunjuk kepada MKN bahawa, bukan saja ia wajib menumpukan perhatian kepada kaedah2 “mengetatkan lagi sekatan-sekatan pergerakan ke atas rakyat mereka dengan tujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19” tetapi MKN juga wajib menilai kembali strategi KKM yang semenjak September 2020 telah gagal untuk melandaikan lengkung jangkitan COVID-19 dan kini berdepan dengan krisis sistem kesihatan yang tidak berupaya untuk menampung dan mengurus kes yang melambung tiggi dan berdepan dengan kematian yang terus meningkat.

Amat wajar untuk MKN merujuk kepada kumpulan Expert Advsiory Group (EAG) yang telah dilantik oleh Perdana Menteri. Mereka telah pun memberikan beberapa cadangan yang bernas dan praktital tetapi masih tidak dioperasikan oleh KKM yang terperangkap dengan kaedah “business as usual” [1,2]

Terdapat banyak ide dan cadangan yang telah dikongsikan oleh beberapa pakar kesihatan awam dan lain-lain untuk mengeluarkan kita dari pandemik ini. [3,4]

Namun demikian, ia tidak diindahkan oleh pihak KKM yang masih melakukan apa yang dianggap sebagai, proses kerja yang kurang siuman (insanity) “doing the same thing over and over again, but expecting different outcomes”

PKP yang kini diperketatkan ini wajib diisi dengan strategi COVID-19 yang lestari yang berpandukan Sains untuk melakukan mitigasi demi mengawal penularan COVID-19.

Ianya berpaksi kepada 4 pendekatan yang utama:
a. Mendapatkan semula kepercayaan rakyat jelata
b. Menetapkan semula (Reset) FTTIS dengan kadar respon yang pantas [5]
c. Penggunaan sains data, Artificial Intelligence (AI) dan solusi digital yang melajukan gerak kerja dan meringankan bebanan kepada pekerja kesihatan [6]
d. Meningkatkan keyakinan kepada vaksin, mempercepatkan dan menaikkan skala pemberian vaksin [7,8,9]

Hanya dengan pengisian pengurusan pandemik yang tepat dan pantas semasa PKP yang diperketatkan ini, dengan pendekataan whole-of-government dan whole-of-society, kita akan:
a. Berjaya untuk melindungi kapasiti perkhidmatan hospital dan rawatan intensif, dan terus mengguatkan daya tahan perkhidmatan kesihatan [10]
b. Hanya dengan demikian, kita boleh secara beransur melegakan kawalan ketat PKP untuk memelihara ekonomi rakyat dan negara dan menjauhi daripada kecelaruan sosio-psikologikal [11]
c. Keluarkan kita daripada kitaran PKP yang beterusan dan akhir nya daripada konkongan pandemik ini
d. Dan kita mesti menyediakan rancanagan kesiap-siagaan untuk berdepan dengan gelombang COVID-19 maupun pandemik lain yang bakal berlaku [12]
e. Kita mesti manafaatkan inovasi Revolusi Industri Keempat (IR4) untuk menyokong maslahah rakyat terutama didalam menghadapi cabaran kesihatan, sosio-ekonomi dan pendidikan [13]

Malaysia kini di ambang pandemik kritikal yang mengancam kesihatan rakyat dan kestabilan sosio-ekonomi negara. Jika MKN tidak membuat semakan yang wajar dan tepat terhadap kegagalan KKM untuk melandaikan lengkung pandemik dan hanya memperketatkan PKP semata-mata, negara kita akan terperangkap didalam gelombang COVID-19 yang berterusan dan kitaran PKP yang tidak menentu, yang sudah pasti akan memusnahkan nyawa dan mata pencarian rakyat dan ekonomi negara.



[VIDEO] Syeikh Faisol nasihat Ustazah selebriti tarik balik kenyataan kontroversi beliau




[VIDEO] Syeikh Faisol nasihat Ustazah selebriti tarik balik kenyataan kontroversi beliau

Bagus nasihat sheikh Faisol ni. Seimbang dalam menasihati Ukhtina ustazah Asma. Jasa ustazah banyak dalam dakwah cuma fikh dan fatwa bukan bidang beliau.

Beliau seorang yang ikhlas dalam dakwah cuma setiap bidang ada ahlinya. Semoga Allah berikan kekuatan kepada ustazah.

Fauwaz Fadzil

Tn Guru Hj Hadi ((MENGEJUTKAN))~ Edisi Lain Tanya Lain Jawab..Tepatkah..??

HARGA YAHUDI DEPA KATA....

 

ASUWADI ISMAIL


Kerajaan Melayu Islam perintah negara tapi harga macam Yahudi depa kata...

Dulu depa juga kata kerajaan Kapir DAP  tapi harga tak Yahudi....

Depa kata lah...

 May be an image of food and indoor

RAKAMAN ATAU LIVE


 

MALAYSIA MEMERLUKAN INSAN YANG AMANAH

 May be an image of one or more people and text that says "LIVE 341 BERIT Ihsan: TM SOP SOP, cakap ja manis tak serupa bikin... ...geng kayangan sedap ja p sana sini..rakyat bawahan merana tak sudah..."



NORMAN RAZUAN

Malaysia terdesak memerlukan pemimpin yg jujur dan amanah. Kalau yang bijak menipu, berijazah dan pandai bercakap dah ramai.

View 341...bencinya rakyat kpd PM yg bukan dipilih rakyat.

 

 




Ustaz Ridzwan bagi 2 soalan mudah pada Tuan Ibrahim, memang padu.....haaa walaun tepukkk

 


Panas! Ustaz Ridzwan bagi 2 soalan mudah pada Tuan Ibrahim, memang padu

May 24, 2021

Dulu² Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebut dalam kuliah dia “Tuan² yang pangkah UMNO BN pun dapat dosa sebab mereka buat kilang arak di Shah Alam dan pusat judi di Genting”.

Sekarang, ana mau tanya sama Ahli Majlis Syura ULAMA Pas, Dato’ Seri Ustaz (kadang ² Tuan Guru) Hj Tuan Ibrahim bin Tuan Man “enta dah dok dalam kabinet, enta tu berdosa tak bila tak katup kilang arak dan biarkan Genting terus beroperasi, atau enta tak tau pun macam Ismail Sabri”.

Kalau kena kat orang ….. Sampai bawah berdosa.

Kalau kena kat enta ? 🤣😅😂😊

Salam petang

Ridzwan Abu Bakar





Vaksin segera anggota badan kehakiman, kata bekas timbalan menteri

 


 FMT Reporters -May 24, 2021

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata, anggota badan kehakiman harus diberikan layanan sama rata seperti badan eksekutif dan perundangan.

PETALING JAYA: Anggota badan kehakiman perlu divaksin segera dalam fasa ke-2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Mengakui bahawa kedua-dua cabang eksekutif dan perundangan kerajaan telah divaksin di bawah fasa pertama program itu, melainkan badan kehakiman, bekas timbalan menteri itu berkata, ketiga-tiga badan itu seharusnya diberi layanan sama rata dan adil.

Beliau berkata, sewaktu kesemua anggota badan perundangan telah divaksin walaupun Parlimen tidak bersidang, anggota badan kehakiman “ketinggalan” walaupun mahkamah terus dibuka.

“Badan kehakiman merupakan tempat rakyat Malaysia mendapatkan keadilan dan pembelaan,” katanya dalam kenyataan.

“Kita perlu memastikan akses orang ramai kepada keadilan tidak terganggu. Justeru hakim, majistret dan kakitangan mahkamah perlu divaksin dengan segera di bawah fasa ke-2.

“Mereka adalah petugas barisan hadapan yang menjalankan keadilan. Kita tidak boleh membenarkan roda keadilan terhenti atau terhalang dengan apa-apa cara sekalipun. Keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang dinafikan.”

Fasa ke-2 program imunisasi negara yang bermula bulan lepas akan berakhir pada Ogos depan. Ia melibatkan kira-kira 9.4 juta individu seperti warga emas, kumpulan berisiko tinggi dan orang kelainan upaya (OKU).

Fasa pertama yang berjalan dari Februari hingga April menyaksikan 428,710 individu divaksin, termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta petugas barisan hadapan seperti pekerja penjagaan kesihatan, pertahanan, keselamatan serta perkhidmatan perlu lain.

 


Kes rogol babit rakan ADUN: Polis harap dapat rujuk TPR minggu ini

 



PETALING JAYA: Polis berharap dapat melengkapkan siasatan mengenai tuduhan rogol terhadap dua rakan ADUN Gombak Setia dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, berharap kes itu boleh dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam minggu ini.

“Kalau bukan minggu ini, minggu depan,” kata Azmi.

MAHIADDIN DITIKAM MEDIA KERAJAAN?

SHAHBUDIN HUSIN











Kali ini saya ingin menulis tentang rasa simpati dan kasihan saya kepada Mahiaddin Md Yasin.

Soal sama ada bual bicara beliau semalam diadakan secara live atau tidak, sebenarnya bukan salah Mahiaddin.

Beliau tidak tahu apa-apa pun tentangnya, mungkin cuma beliau tahu jam tangan yang dipakainya memang berharga mahal.

Ia adalah salah saluran TV berkenaan yang meletakkan pemakluman siaran itu akan diadakan secara live atau langsung.

Walhal sebelum membuat pemakluman itu, stesen-stesen TV berkenaan tentu saja sudah tahu bual bicara itu dirakam terlebih dahulu.

Jika mereka sudah tahu ia diadakan secara rakaman, kenapa mereka berbohong dengan mempromosikannya sebagai siaran live atau langsung?

Saluran TV mahu menipu rakyat atau cuba menikam dan mempermainkan Mahiaddin daripada belakang?

Siapa menteri yang bertanggungjawab dan siapa pula orang berkuasa di saluran-saluran TV berkenaan?

Ok tak Herman Haassan sesekali saya pertahan PM...

 


GAGAL

 May be an image of 63 people

TUNGGUL

 



May be an image of one or more people and text that says "Terciptalah sejarah negara, PM membenarkan dirinya dipanggil 'bodoh' i BICARA KHAS FKSKLUSIF APERDA PUTERADAILY.COM 'Nak kata PM bodoh pun tak apa', kata Muhyiddin"




Tunggal ke tunggul. Tapi atleast dia TIDAK setunggul Walaun Tetap

 Bodo yg lebih tunggul ketunggulannya. Kanna?


May be an image of text that says "Asri Janggut telah bersiaran langsung. 22j Ikuti Bismillah.... Suasana khutbah jumaat hari ini... wahai para pemimpin negara, negara,pemimpin agama..kamu semua jawaplah dengan tenang dan yakin dihadapan Allah nanti... Islam menjadi gagal kerana dibawah pempinan kera jaan yang ggal... Paling sedih dengan pimpinan Pas yang tidak berjuang untuk maruah slam,berbeza semasa mereka pembangkang. Pemimpin Pas hanya menjadi tunggal kayu dalam kerajaan.."

TAHNIAH "YB' SURAT SOKONGAN....KEH..KEH...

 

HAMDAN TAHA

Tahniah kepada penduduk bagan serai kerana akan dapat ahli parlimen yang muda lagi

hebat

. Rakyat mudah dapat surat sokongan dari dia nanti dan saya jangka dia lepas PRU ke 15 bukan timbalan menteri lagi tapi Menteri penuh

Bagan serai setakat timbalan menteri dah kerap dapat. Menteri ja belum lagi

Tahniah           


May be an image of 1 person and text






                     

 

(function() { var d = document, w = window; w

Tiada perancangan jual LTSAAS, kata Kementerian Kewangan

FMT Reporters  - June 25, 2021  Kementerian Kewangan berkata sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penj...