CEPATKAN VAKSINASI, BENARKANLAH SYARIKAT SWASTA BAWA MASUK VAKSIN – DOKTOR PAKAR

 

Mungkin strategi pemberian vaksin perlu ditukar. Kita sudah TIDAK ADA masa. Cukup lah mesyuarat, mesyuarat tiada berkeputusan.

Cadangan saya:

1. Beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Opt-in, daftar dan berebut-rebut pun bagus.

Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, KETEPIKAN.

2. Yang telah diberi temujanji vaksin, dilaporkan ramai tidak pergi. Sebab? Waallahualam. Mungkin sebab Mak Teh; mungkin sebab bunga cengkih, mungkin juga sebab anak-anak tidak bagi atau mungkin tidak ada orang bawa.

Kita husnuzon. Tidak mengapa, kita cari penyelesaian.

Pesakit kronik diberi KEUTAMAAN, tapi sampai hari ini soalan sama ditanya oleh anak-anak mereka di media sosial.

Kenapalah macam itu. Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat PERLU. Didalam interpretasi saya: WAJIB.

Tidak perlulah tanya lagi. Cepat-cepat daftar. Mereka ini kalau dijangkiti COVID19, risiko maut tinggi. Jalan kan tanggungjawab sebagai seorang anak / ahli keluarga.

Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej whatsapp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri?

Ajak lah mereka bersama-sama vaksin. Main lah peranan seorang pemimpin. Ini KERJA ANDA. Buatlah. Takkanlah ini kerja KKM juga. Ini tidak. Asyik kritik mengkritik satu sama lain. Apa faedahnya?

3, Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. Bring in anything, everything. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi saja lah syarikat swasta bawak masuk vaksin.

4. Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini.

Gantikanlah program-program tidak berilmiah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul.

THIS IS A WHOLE SOCIETY APPROACH.

Please, sort this out. FAST. We have NO time to waste.

Non-stop pesakit kecundang sekarang ini. Saya nampak dah sama dengan India.

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan.