MAHIADDIN DITIKAM MEDIA KERAJAAN?

SHAHBUDIN HUSIN











Kali ini saya ingin menulis tentang rasa simpati dan kasihan saya kepada Mahiaddin Md Yasin.

Soal sama ada bual bicara beliau semalam diadakan secara live atau tidak, sebenarnya bukan salah Mahiaddin.

Beliau tidak tahu apa-apa pun tentangnya, mungkin cuma beliau tahu jam tangan yang dipakainya memang berharga mahal.

Ia adalah salah saluran TV berkenaan yang meletakkan pemakluman siaran itu akan diadakan secara live atau langsung.

Walhal sebelum membuat pemakluman itu, stesen-stesen TV berkenaan tentu saja sudah tahu bual bicara itu dirakam terlebih dahulu.

Jika mereka sudah tahu ia diadakan secara rakaman, kenapa mereka berbohong dengan mempromosikannya sebagai siaran live atau langsung?

Saluran TV mahu menipu rakyat atau cuba menikam dan mempermainkan Mahiaddin daripada belakang?

Siapa menteri yang bertanggungjawab dan siapa pula orang berkuasa di saluran-saluran TV berkenaan?

Ok tak Herman Haassan sesekali saya pertahan PM...

 


No comments: