PEGUAM GESA "MB SELUT" JELASKAN PADA RAKYAT KEDAH APA YANG NAK DI TUNTUT DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKAITAN AYIAQ SUNGAI MUDA.

 


Peguam ini gesa Sanusi jelaskan kepada rakyat Kedah, pampasan apa yang nak dituntut dari Kerajaan Persekutuan

Peguam ini gesa Sanusi jelaskan kepada rakyat Kedah, pampasan apa yang nak dituntut dari Kerajaan Persekutuan

Lanjutan dari respon menarik oleh YAB Menteri Besaq Kedah beberapa hari lepas, terhadap soalan sorang pemberita, berkenaan isu pampasan dan bayaran terhadap ayaiq yang diambik dari Sungai Muda, yang sakan diviralkan merata-merata seantero Kedah, saya sekadar nak tanya, sudahkah kerajaan negeri Kedah menuntut pampasan dari Kerajaan Persekutuan sepertimana yang beliau bayangkan di dalam respon tersebut, dan sekiranya ada, berapakah jangkaan pampasan yang dijangka akan diterima oleh kerajaan negeri Kedah?

Satu lagi sebelum lupa, memandangkan perkataan yang digunakan ialah ‘PAMPASAN’, makanya, ianya adalah berkaitan dengan locus standi, atau HAK kerajaan negeri Kedah di sisi undang-undang terhadap kerajaan Persekutuan.

Mohon YAB perjelaskan kepada Rakyat di Kedah, apakah HAK-HAK itu, dan apakah asasnya, dari aspek undang-undang  untuk kerajaan negeri Kedah menuntut ‘PAMPASAN’ seperti yang beliau nyatakan di dalam Jawapan respon beliau kepada soalan pemberita tersebut.

Senang la sikit kami anak Kedah nak tolong habaq kat orang lain… Kalau dak nanti, depa kata orang Kedah ni jenih berani gebang & sembang deraih kat depan media saja…. 😁

Nota
Gambaq kambing baka Shami Cyprus (Damascus) ni hanya sebagai hiasan. Saya dah terdelete video viral tu.. 😁

Saiful Izham Ramli


No comments: