TANGKAP KETUA LEMBU INI

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat, kenyataan Shahrizat itu adalah hasil didikan 'mentor politik' Umno iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau dalam pada itu meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

Formula penyingkiran Najib?


Muhyidin, Deepak dan Rosmah

Umno mengadakan Perhimpunan Agung mereka mulai semalam  hingga 1 Disember ini. Tema himpunan ini dipercayai menjurus kepada kesatuan dan perpaduan dalam Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi memperkemaskan agenda perpaduan ini, Umno menubuhkan satu pasukan khas untuk mendisiplinkan ahli-ahli dan pimpinannya, dari membuat tindakan mensabotaj Umno dari dalam. 

Bacaan seterusnya di sini: Muhyidin+Deepak+Rosmah=Najib???

Desak Umno BN tarik semula penutupan Masjid Ar-Rahman

Desak Umno BN tarik semula penutupan Masjid Ar-Rahman

SEKALI DENGAR MACAM KAT ISRAEL PULAK....




KUALA LUMPUR 28 November: Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di Jalan Pantai Baru di sini diarah tutup oleh kerajaan Umno BN mulai Sabtu ini, tanpa surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Mempertahankan Masjid Ar-Rahman, Jamlus Mansor, kain rentang dan notis pemberitahuan mengenai penutupan masjid yang digantung sejak seminggu lalu menimbulkan keresahan penduduk.
Notis penutupan juga tidak dinyatakan tempoh berapa lama masjid tersebut diselenggara.
“Kami sedih perkara ini berlaku, dan kita tidak dimaklumkan tindakan awal yang mahu diambil berhubung penutupan itu.

“Ini satu-satunya masjid yang dikatakan sebagai contoh pimpinan dahulu, tapi sekarang nak diubah suai. Kita tak halang kerja-kerja tersebut. Tapi jangan sampai sekat orang ramai nak solat sedangkan ruang masjid ini luas.
“Malah notis yang ditampal juga tanpa pengesahan daripada Jawi,” katanya pada sidang media di luar pagar masjid, hari ini ekoran halangan oleh seorang yang mengaku ahli jawatankuasa masjid tersebut.
“Ini masjid tertua dan jadi tumpuan pelajar universiti, pusat bahasa dan orang-orang luar untuk solat.
“Apa tujuan sebenar ia diarah tutup. Adakah melibatkan isu politik atau isu agama. Kita mahu perkara ini dijelaskan,” katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang hadir sama dalam sidang media itu menggesa kerajaan menjelaskan kepada umum mengapa masjid itu perlu ditutup kepada umum.
“Kita tidak menolak keperluan (naik taraf), tapi saya mahu laporan daripada jurutera serta laporan daripada syarikat pemaju untuk menunjukkan tahap kerosakan di masjid dan adakah kemungkinan boleh buka ruangan tertentu untuk memudahkan jemaah daripada UM dan penduduk sekitar.
“Kalau perlu tutup di setengah bahagian tidak mengapa. Apa yang kita mahu diberikan ruangan solat, solat Jumaat dan kuliah yang dianjurkan pihak masjid,” katanya.
Justeru, Izzah menuntut Pengerusi Masjid, Datuk Ibrahim Thamby Chik daripada Umno Lembah Pantai tampil menjelaskan berkenaan penutupan itu.
“Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk diimarahkan semua. Saya datang ke sini tidak membawa bendera parti. Kita utarakan kebimbangan para jemaah.
“Kita minta secara baik supaya semua laporan ini diberikan kepada umum secara terbuka,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Taklimat di Singapura kerana sekatan kerajaan, kata MP Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menolak tuduhan oleh Umno semalam yang mengatakan kerajaan Singapura cuba campur tangan urusan negara, sebaliknya menjelaskan taklimat Scorpene di negara jiran tersebut berpunca dari sekatan kerajaan Malaysia.

“Taklimat semalam amat berguna dan kami kecewa dengan sikap Speaker yang menghalang peguam Perancis, Apoline Cagnate daripada memberi taklimat di Parlimen.
“Malahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak memberi apa jaminan akan membenarkan peguam itu masuk Malaysia hingga memaksa taklmat dijalankan di Singapura,” kata ahli parlimen (MP) Subang (PKR), R Sivarasa (gambar).
Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, pemimpin Umno mengecam kerajaan Singapura kerana membenarkan peguam Perancis memberi taklimat isu kes mahkamah Scorpene kepada ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu surat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan peguam Perancis mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, bangunan Parlimen.
Walaupun halangan daripada kerajaan Malaysia, peguam Perancis tersebut masih sedia untuk datang ke Malaysia, menurut MP Batu (PKR) Chua Tian Chang.

“Peguam Perancis menyatakan mereka masih telus untuk memberikan taklimat di Parlimen. Kalau ada perkembangan terkini, mungkin pada Januari atau Februari mereka akan datang.
“Cuma saya harap kerajaan bersikap terbuka dan membenarkan peguam Perancis masuk negara,” kata Tian merujuk kepada kes William Bourdon yang dihantar pulang sebaik tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

MP Shah Alam (PAS), Khalid Samad turut senada dengan rakannnya sambil menyatakan penerangan oleh Apoline adalah jelas dan serius.
“Kes ini sangat serius dan bukan remeh sepertimana yang didakwa oleh Umno dan Barisan Nasional ini.
“Saya harap selepas ini kerajaan perlu memberikan kerjasama dan bukan hanya bersikap seolah-olah ia tidak serius,” kata Khalid.

Semalam, Apoline dalam taklimatnya di Kota Singa berkata akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan Scorpene.
Apoline turut mendedahkan dua Hakim iaitu Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.
Selain itu, tujuh saksi dinamakan termasuk perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; menteri pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

NGO hak asasi manusia itu secara aktif telah mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, dan berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan model Mongolia Altantuyaa yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGONG UMno





KEADILAN cabar Musa Aman dedah penyumbang RM40 juta

KEADILAN cabar Musa Aman dedah penyumbang RM40 juta

KUALA LUMPUR 28 November: KEADILAN cabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih dan tidak terlibat dalam skandal rasuah itu.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendesak Musa agar memberitahu apa hubungan penderma atau penyumbang tersebut dengan beliau dan Umno.
Katanya, Musa perlu jelaskan apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma atau penyumbang itu dan dedahkan di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa.
“Saya percaya maklumat-maklumat di atas bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri.
“Apabila Umno BN menyerang pimpinan KEADILAN bersabit sumbangan (termasuklah isu bas jelajah Merdeka Rakyat dan penggunaan jet peribadi), mereka terbabit dengan segera mengisytiharkan butiran penyumbang, supaya rakyat dapat menilai sendiri sama ada berlaku unsur salah guna kuasa.
“Sikap yang sama perlulah juga ditunjukkan oleh Datuk Seri Musa Aman, jika beliau benar-benar yakin tidak ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di dalam kes sumbangan RM40 juta kepada beliau/Umno seperti yang didakwanya.
“Kegagalan beliau berterus terang akan terus memanjangkan kes ini dan saya akan terus menumpukan perhatian untuk mendapatkan maklumat dan bukti baru untuk dibentangkan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Rafizi menegaskan, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) belum membersihkan nama Musa.
Menurutnya, surat ICAC hanya menyatakan tidak mahu meneruskan siasatan ke atas Musa, bukan bukti beliau telah bersih.
“ICAC hanya tidak mempunyai cukup bukti kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan Malaysia dan KEADILAN akan bantu ICAC untuk dapatkan bukti itu,” kata Rafizi.
Beliau merujuk laporan The Malaysian Insider bertajuk “ICAC Letter Shows Musa Aman Cleared of Graft Last December” semalam.
Laporan itu memetik kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagi pihak Musa bahawa kes tersebut telah ditutup oleh ICAC Hong Kong berdasarkan satu surat yang dihantar secara peribadi kepada Musa.
Berdasarkan laporan tersebut, Rafizi menegaskan beberapa fakta termasuk surat yang diutuskan oleh ICAC itu sekali-kali tidak menyatakan bahawa Musa dibersihkan dari tuduhan rasuah, atau membayangkan bahawa ICAC yakin Musa bersih dari rasuah seperti yang cuba diuar-uarkan oleh Umno BN.
Beliau berkata, surat itu hanya memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang ICAC perolehi setakat itu, ICAC mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siasatan terhadap Musa.
“Jika Datuk Seri Musa Aman tidak bersetuju dengan fakta-fakta ini, wajarlah beliau mendedahkan kandungan keseluruhan surat tersebut, bukannya menggunakan Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk menyampaikan secara lisan sahaja kepada wartawan,” tegasnya.
Menurut Rafizi lagi, keputusan ICAC untuk tidak meneruskan siasatan berdasarkan maklumat-maklumat yang mereka perolehi setakat itu menimbulkan lebih banyak persoalan.
Katanya, ia juga menguatkan pandangan beberapa pihak bahawa ICAC tidak mendapat kerjasama penuh dari pihak berkuasa Malaysia untuk meneruskan siasatan kerana mereka tidak mempunyai kuasa menyiasat dan mengumpulkan bukti.
Oleh yang demikian, kata Rafizi, mereka bergantung sepenuhnya kepada Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan bukti.
“Kenyataan Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zevros baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Hong Kong mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Malaysia mengesahkan bahawa ‘tangan’ ICAC terikat dari meneruskan siasatan,” katanya.
Rafizi menegaskan pendiriannya, bahawa surat yang disebut oleh Abdul Rahman itu tidak membersihkan nama Musa, sebaliknya menguatkan pandangan bahawa ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa Malaysia.
“Sebab itu, saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa,” katanya.
“Persoalannya, apakah Datuk Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya saya?” soal Rafizi.
Jelas Rafizi, beliau bersama pasukan KEADILAN iaitu Ahli Parlimen (MP) Selayang, William Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan) dan Chang Lih Kang (Adun Teja) sedang giat mengumpul bukti termasuk penyata-penyata kewangan dan urusniaga di Hong Kong untuk dilaporkan kepada ICAC agar siasatan baru dibuka, seperti persetujuan dengan ICAC baru-baru ini.
“Rombongan kami akan menemui ICAC pada 11 Disember ini dalam kunjungan yang kedua,” jelas Rafizi.

Kes pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Kes pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.
Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.
Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia

TELOQ HUJUNG TANDUK ATAU SAPU LEMBU

  • Shahrizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk'
    Nov 28 2012
  • NONEdikemaskini Dalam teks ucapannya, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan kebimbangan bahawa ketegangan kaum dan tragedi 13 Mei mungkin berlaku sekiranya Umno tidak lagi berada di tampuk kuasa. 

HA..HA..HA tergelak aku bila baca kuasa melayu...sebenarnya bila kuasa dah tak ada, baru nak bincang kuasa melayu yang dah melayu berikan 55 tahun.melayu tak kemana pun.......so generasi yang tak merasa terhutang budi dengan umno, rasanya peranan umno tak kemana.PAS boleh ganti umno..apa orang melayu takut.lebih baik beri kuasa pada yang beragama dari tidak.

Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai




Isu Perdana Menteri Pakatan telah lama selesai

Subky Latif, 28 Nov 2012
SEBAGAIMANA yang saya duga membangkitkan isu bakal Perdana Menteri kiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 seperti yang disuarakan dalam Muktamar Dewan Ulama PAS boleh mengganggu kelancaran kempen membebaskan Putrajaya dari pemerintahan rasuah BN.
Ia membuka jalan kepada musuh memperleceh muafakat Pakatan Rakyat dalam kempen perubahan itu. Susah bagi pemimpin Pakatan untuk menjawab serangan musuh sedang masa sudah bertambah singkat untuk persiapan akhir  menghadapi pilihanraya.

Komen sekalian penganalisis betapa membangkitkan perkara itu adalah  suatu yang kurang bijak patut didengar.

Isu Perdana Menteri itu adalah antara strategi penting PR menghadapi PRU13. Antara yang pengundi mahu tahu ialah siapa Perdana Menteri?

Pada fahaman saya yang berada di luar dari pimpinan PAS, isu Perdana Menteri itu sudah selesai sejak tercapainya muafakat untuk bersama mara membebaskan Putrajaya. Apa yang dibangkitkan itu wajar dianggap tidak berlaku, kerana calon Perdana Menteri itu telah selesai kecuali dia tewas dalam pilihanraya.

Apapun kelemahan yang timbul gara-gara isu itu calon Perdana Menteri Pakatan adalah jauh lebih berwibawa dari Perdana Menteri yang ada. Bukan saja Perdana Menteri tidak dapat menyelesaikan beban yang  ditinggalkan oleh para pimpinan yang terdahulu, dia menambah masalah.

Hutang negara bertambah berganda sudah melepasi RM500 bilion. Rasuah dilihat tidak berubah bahkan kian berkembang, keyakinan terhadap mahkamah, jabatan peguam negara, keberkecualian polis dan profesionalisma pegawai awam masih di takuk lama. Cara kementenrian kewangan dikendalikan bukan lagi tiris tetapi bocor di sana sini. Kemungkinan muflis seperti di Greece adalah tidak mustahil.

Betapa lemahnya Perdana Menteri yang ada dapat dicerminkan dari tinjauan Prof. Datuk Shamsul Amri tentang pencapaian BN sehingga bulan September lalu. Kiranya pilihanraya diadakan masa itu BN mampu merasih 120 kerusi berbanding dengan 140 kerusi yang diperolehinya dalam PRU 2008.

Walaupun BN diramal menang tipis tetapi prestasinya diagak lebih buruk dari yang dicapai oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu. Semua warga BN mengira Tun Abdullah Badawi adalah Perdana Menteri BN paling lemah. Kerana itu dia dipaksa berundur.

Tetapi tinjauan Prof. Dato Shamsul mendapati Perdana Menteri Najib belum berjaya mengatasi mengatasi pencapaian Tun Abdullah dalam PRU12. Begitu banyak wang yang ditabur, hari-hari menemui  rakyat di merata-rata dia baru dapat 120 kerusi, 20 kerusi kurang dari yang Pak  Lah dapat. Jika dia  dapat satu 24 lagi kerusi yang kelabu baru dia dapat melebihi prestasi Abdullah. Itupun baru 144 kerusi, empat kerusi saja lebih dari tsunami dulu.

Jika dia sekadar dapat 144 saja, tidak padan dengan gegak  gempira petir transformasi berbagai bidang yang dirongrongkan. Seolah-olah bukan lagi petir, tetapi  guruh yang kurang kedengaran.

Jika keburukan Perdana Menteri dalam berbagai perkara tidak terbongkar ialah kerana kuasa yang ada pada Perdana Menteri tidak memungkinkannya. Adalah biasa bagi semua warga UMNO dan BN hanya mengira seseorang Perdana Menteri itu buruk selepas dia tidak menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa berani kata Dr. Mahathir buruk  ialah kerana dua Perdana  Menteri selepasnya lemah belaka.

Dengan suasana yang menyelubungi orang-orang yang berkuasa itu masih dilihat masih tidak berwibawa dibandingkan dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat walaupun ia dilanda badai dan gelombang yang bermacam-macam. Calon Perdana Menteri itu masih dihormati di peringkat antarabangsa.

Dengan ini isu Perdana Menteri Pakatan itu bukanlah suatu malapetaka kepada muafakatnya.

PERSIDANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG


Banyak beristighfar dengar ucapan pemimpin Umno

Aspan Alias, 28 Nov 2012
Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.


Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.

Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.

Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.

Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.

Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.

Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.

Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.

Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.

Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.

Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.

Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.

Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.

Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.

Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.

Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.

Kemewahan di hujung usia....

Majlis sambutan harijadi berkembar KDYMM Sultan Pahang ke-81 dan putera baginda, Putera Fahad yang ke-18 yang diadakan serentak di sebuah hotel mewah Corinthia, London.

Majlis penuh kemewahan dan warna-warni yang dihadiri oleh kaum kerabat serta rakan-rakan terdekat baginda Sultan Pahang ini turut mengadakan pertujukan fesyen koleksi musim panas oleh Dior's. Turut melengkapkan sambutan ialah pameran koleksi permata dan berlian oleh Raishma Couture and Amrapali. 

 

Tonton Youtube di:  Majlis harijadi mewah 1881 Sultan

UPDATE:
Video asal di Youtube telah disekat tetapi masih ada salinan video yang sama dapat ditonton di FaceBook. Sila klik link di atas.