SIKAP MB KEDAH...BALAIH TUBA, WALAU PROJEK BANTU PELADAMG MADA DAN PETANI KEDAH


 

CARA JAWAB HANG TAK SEKOLAH HABIS.


 

SAPA DIA SAFWAN NOHH AIHHH.


 

SEMUA SALAH


 

LAGU


 

LAGU


 

SIAPA PENGKHIANAT ORANG MELAYU KAMPUNG BHARU


 

SEWAKTU DEMONTRASI PM ANWAR BERTEMU PELAJAR PINTAR DALAM PERBAHASAN .

 





W.Faudzin


Di waktu puak2 yang nak turunkan Anwar tu berhimpun di Dataran sambil menyalak mcm anjing kurap desak Anwar turun, rupa2nya Anwar memang turun bertemu anak2 muda para pelajar yg bijak pandai dlm satu majlis Pertandingan Pidato Piala PM, di Putrajaya.  




PMX sempat sindir puak Pembangkang.  Dia kata kualiti perbahasan penuh fakta dan ilmiah oleh pembahas dan pemidato para pelajar ini boleh dijadikan contoh kpd MP-MP di parlimen yang berbahas pun merapu, emosi, aibkan orang, langsung tiada kualiti.  


PMX sedikit pun tidak hairan dengan himpunan korang.  Dia terus dengan kerjanya tanpa menghiraukan salakan anjing2 kurap di dataran hari ini.  


Selesai himpunan jam 6 ptg nanti, sama2 kita lihat Anwar turun atau tidak?  Jika Anwar tidak turun juga, himpunan korang hanya berjaya kumpul duit tabung milo sahaja dari walaun2 dan walauntit2 yg bodoh itu.  


Aku cadangkan korang buatlah himpunan setiap hujung minggu sampai Anwar turun.  Boleh tak?



RAMAI...AKUI WALAUN TURUN RAMAI. AMK TIM NIA JANGAN DUDUK DIAM. KAMU PUNYA TUGAS BESAR. BUKAN MACAM KURA KURA..INGAT TU.

 











OK, RAMAI YANG TURUN. SAYA AKUI HIMPUNAN TURUN ANWAR SEPARA BERJAYA. 





TENGOK KEMUNCAK MALAM INI, MACAM MANA?


.......

Saya turunkan posting di awal tadi yang saya kata tak ramai. Sorry.

......


KERAJAAN MADANI BAHAYA. BOLEH REBAH PADA PRU-16 JIKA TIDAK PERBAIKI KELEMAHAN DAN TIDAK UTAMAKAN RAKYAT. 


UMNO tentunya akan melihat sambutan hari ini juga akan memberi kesan pada UMNO, TURUN ANWAR bererti TURUN UMNO, TURUN PH, TURUN AMANAH, TURUN PKR.


Pihak PH-UMNOBN perlu langkah susulan. Semestinya starting point Perikatan Nasional berjaya menggerakkan momentum awal.


90% perserta dikalangan anak-anak muda. Isu yang dibawa dan dinaikkan tepat kena pada rakyat. 


PH-UMNOBN jangan leka dan 'duk sedap' selesa. Ombak hitam ini akan jadi gelombang hitam yang akan menenggelamkan PH-UMNOBN.


Ikhlas pandangan.

-JoghoMalaya




RAMAI MEMANG RAMAI..TAPI KALAU SAMPAI SEJUTA TAK LA...100K JIKA 4 PENJURU. TAPI YANG DITUNJUK HANYA BERDEPAN DATARAN MERDEKA. APA PUN TAK SEMUA SOKONG. ITU AHLI PAS. LAIN LAIN TAK JOIN ...KALAU SETAKAT PEJUANG, MUDA LAIN LAIN..LUPAKAN LA.


Bob Kelanang.


MALAYSIAN PEOPLE SPEAK!!!

Alhamdulillah, the Turun Anwar rally received great criticism from Malaysians who are not members of any party. They often state that the participants of the rally have no clear purpose and goal. They are only tools for the opposition party. There are still many people who think rationally and support the Prime Minister's actions to restore the country's economy.

#akutetapsokongpmx













 

Org lain penat berjalan

Rashidah Mohd Daud




Dia atas kerusi roda


Senang sket nk simpan duit sauk dlm poket


Tp kalau ajak g Riau elok gagah berdiri berjalan


Time g umrah & g himpunan je kaki dia lembik siap bertongkat atas kerusi roda


Jgn lupa, masih ada kesempatan utk impakyu


Bil letrik mencecah 20k dah woiii




MANUSIA TAK KENAL BERTERIMA KASIH

Sham Ghaz


 Semalam tak nampak MB Kelantan  ada di program “Turun Anwar”.







Tindakan bijak MB Kelantan harus dipuji, selepas apa Anwar Ibrahimrahim bantu Kelantan. MB Kelantan tidak ambil sikap menyerang, sebaliknya ambil langkah cermat.


Berbeza jauh dengan Sanusi Md Nor, PMX baru sahaja turun ke Kedah kelmarin.


Tengok projek berimpak tinggi bernilai RM5 Billion bagi keluarkan Negeri Kedah dari paras kemiskinan dan bantu pesawah di sana.


Ceramah semalam dia tibai terus PMX.


Jika ada saya minta maaf, mungkin saya tak perasan. Yang saya perasan MB Kelantan, MB Terengganu tidak ceramah di program semalam.




DAH CUKUP JOMMLAH KA NIH..

De De


Setelah kejadian upacara himpunan semua hitam semalam..hari ni sahhh... See more




KEH..KEH ..KEH

 


ILTIZAM UNTUK SEMUA RAKYAT.

 


Alhamdulillah, sebentar tadi saya telah umumkan beberapa inisiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat atas dukungan, atas kesetiaan, atas kebersamaan yang mengalirkan tenaga kepada agenda pemulihan dan reformasi negara.



Antara yang saya umumkan:










• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa

• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa

• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga

• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan

• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia


Sejak hari pertama, inilah azam dan arah kita bahawa setiap dasar, setiap keputusan, setiap ringgit yang dibelanja harus mengangkat darjat dan martabat rakyat.


Semoga langkah-langkah ini benar-benar menjadi nafas kelegaan buat rakyat terbanyak dan menjadi obor keyakinan untuk kita terus melangkah bersama dalam perjalanan reformasi menuju sebuah negara yang lebih adil, makmur dan sejahtera.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#RancakkanMADANI




TIADA HARAPAN LAGI BUAT TIAN CHUA.


ISWARDY Morni 



Kehadapan saudara tian Chua. Saya tersilap cakap dengan mengatakan saudara ada memohon masuk balik ke dalam PKR semalam, tetapi ditolak. Saya betulkan Saudara tidak ada untuk memohon kembali.







Namun apa yang saya boleh kata, nama saudara memang disebut dan di bawa oleh seseorang (yang agak tinggi) untuk diberi peluang masuk kembali ke PKR namun ditolak MPP.


TAPI dengan kenyataan ini, maka jelas saudara memang orang Melayu kata "berpatah arang" dan tidak berminat kembali.


Loud and clear dan dengan kenyataan ini, tidak ada dakwa dakwi lagi. Ini mesej kepada pihak atasan sana agar nama saudara jangan pernah disebut lagi untuk di kembalikan dlm PKR. 


Iswardy




KEKAL ANWAR

PKR GRIK




Demi kestabilan, kemajuan & masa depan rakyat


YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar seorang pemimpin — beliau adalah lambang harapan rakyat, simbol perpaduan nasional, dan pejuang reformasi sejak berdekad yang lalu. Dalam setiap langkah perjuangannya, tersemat tekad untuk membela nasib rakyat, memperkukuh institusi negara, dan memastikan keadilan ditegakkan tanpa kompromi.


Kini, di bawah kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Malaysia sedang mengorak langkah gagah ke arah Malaysia MADANI — sebuah gagasan yang mengangkat nilai kasih sayang, hormat-menghormati, kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang inklusif, dan pembangunan yang berasaskan prinsip keadilan sosial.


Di tengah cabaran global dan ketidaktentuan ekonomi dunia, kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar menjadi tonggak kestabilan yang amat diperlukan. Visi beliau bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk menjamin masa depan yang lebih cerah buat anak-anak kita.


➡️ Kita KEKAL bersama Anwar —

✊ Demi rakyat.

✊ Demi negara.

✊ Demi generasi masa hadapan.


Kestabilan bukan retorik – ianya keperluan. Kemajuan bukan mimpi – ianya tanggungjawab. Perpaduan bukan pilihan – ianya asas kekuatan kita.


KEKAL ANWAR. Demi Malaysia yang lebih baik.




KENAPA LAH KO NI BENGGONG SANGAT..TU PUN KO NAK TURUN DEMONTRASI...PEMIMPIN KO PUN KO TAK KENAI

 


KENANGAN



 Hisham Fauzi


Sebagai bekas pimpinan mahasiswa di era laungan reformasi dan turun mahathir bergema, saya menyokong penuh kebebasan berhimpun dan bersuara yang dilaksanakan di dalam himpunan turun anwar semalam.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang kekerasan oleh mana-mana pihak tak seperti di zaman Tun M memegang tampuk kuasa dahulu.


Saya secara peribadi masih menyokong PMX kekal sebagai PM, akan tetapi saya juga tetap mempertahan hak kebebasan mereka yg tidak bersetuju dengan PMX untuk menyatakan pendirian mereka.


Gambar kenangan :-

Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) Sessi 1999/2000






Pengerusi : Presiden MPP UIAM 

Timbalan Pengerusi : Presiden MPP UM

Setiausaha : Presiden MPP UKM

Setiausaha Akhbar : Baju merah paling belakang




TK ADA WASSAP GROUP KAH.

 


Sebelum ni boleh la kata tak ada 𝙒𝙝𝙖𝙩𝙨𝘼𝙥𝙥 𝙂𝙧𝙤𝙪𝙥. Ni dah berdepan, duduk dalam group yang sama, pun tak sekata. Seorang kata takkan buat usul 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮, sorang lagi kata akan buat. Nak berpecah tu kata je la. Dah terkena doa 𝗾𝘂𝗻𝘂𝘁 𝗻𝗮𝘇𝗶𝗹𝗮𝗵 kot depa ni. Guane boh?




Raja Gelap II 


HORMATI PRINSIP DEMOKRASI


 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendiriannya yang konsisten untuk terus menjunjung prinsip demokrasi termasuk kebebasan bersuara serta menyatakan kritikan secara tertib dan aman.






Beliau berkata kritikan dan perbezaan pandangan tidak seharusnya dilihat daripada lensa permusuhan, sebaliknya harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat asalkan ia berlangsung secara tertib, aman dan semangat cintakan tanah air.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews




HIMPUNAN TIDAK SAMPAI 10% YG HADIR





Sebelum saya menerima berita sepenuhnya dari team untuk ulasan nanti… saya anggap himpunan ini gagal mencapai walau 10% anggaran 500k penganjur. 


Jam 11 pagi bila saya lihat sendu di Sogo saya dah tahu jika capai 10% peserta dan kira bagus. Berdasarkan pengalaman demonstrasi ini kami jam 9 pagi dah penuh 50% penuh dijalan raya.


Lebih meletihkan dan geram bila saya bila melihat Mahathir naik ke pentas… Kamu tahu anak dia billionaire, cucu dia millionaire…takut anak dan kroni disiasat dia mahu Anwar turun. 


Yang menjerit setengah mati dkt bawah tu gaji pokok RM 1,700. Anak cucu Mahathir steady ke sana sani bercuti org Melayu berpanas berhujan nak bela nasib Mahathir.


Mahathir duit RM 100 semalam dia perlekeh macam itu saja.  24 tahun org Melayu kena main saja dgn Mahathir tak serik serik. Yang sekat duit Sekolah Agama, bantuan duit untuk rakyat Kelantan zaman Tuan Guru Nik Aziz… Mahathir la orangnya.




SAYA TAK RASUAH..PARTI SAYA YANG DAPAT DUIT. DUIT TURUN DARI LANGIT

 


DANIEL RESPON 18,000 SERTAI HIMPUNAN TURUN ANWAR – POLIS

Punyalah penat Pas kempen Turun Anwar, tiba-tiba Hamzah yang jadi bakal PM

 

Penat Pas menggerakkan himpunan Turun Anwar tetapi nama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula diangkat sebagai calon Perdana Menteri blok pembangkang.

Sekumpulan peserta dilihat berarak di ibu negara hari ini sambil membawa kain rentang tertera tulisan “Hamzah For PM”.






Sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dilihat bercanggah dengan sentimen akar umbi Pas yang tentunya mahukan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.


Situasi itu menzahirkan pertentangan dalaman antara Pas dan Bersatu, apabila usaha Pas menganjurkan himpunan besar-besaran bagi menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ‘dirampas’ oleh kem Bersatu yang lebih awal memposisikan Hamzah sebagai calon PM pilihan mereka.


Polis menganggarkan seramai 18,000 peserta hadir dalam himpunan anjuran pembangkang yang ditunjangi Pas itu.


 

Mahiadddin baru turun, walaun dah lama basah berpeluh


 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin berkongsikan gambarnya memakai baju-T sempena himpunan Turun Anwar.

“Jumpa nanti di Dataran Merdeka!” katanya di Facebook rasmi beliau kira-kira jam 3 petang tadi.

Susulan itu, ada yang berpendapat Mahiaddin baru keluar dari rumah ketika penyokong tegar pembangkang yang mesra dipanggil walaun sudah lama berkumpul dan basah berpeluh.

Dalam masa sama, baju terpampang nama Anwar yang dipakai Presiden Bersatu berkenaan turut mengundang sindiran warganet.

Menjengah ke ruangan komentar hantaran itu, rata-rata secara sinis menganggap ‘Abah’ terbukti sayangkan Perdana Menteri.

“Bukan sekadar t-shirt. Nama Anwar tu terpahat di dada Abah 🤣 Ini terbukti… takdirrr… Sayangnya Abah pada Anwar.



“Bangga PMX sebab nama dia ada pada t-shirt.

“Buatlah kerja yang berfaedah untuk rakyat. Jika tak puas hati, tunggu PRU akan datang jatuhkan kerajaan yang sedia ada, jika berkemampuan.

Woi, mana kamu? Lambat woi, hujan tau,” demikian antara komentar warganet.

Berdasarkan aturcara yang tersebar, Mahiaddin dijadualkan mula berceramah pada pukul 4.45 petang nanti sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain dua bekas Perdana Menteri itu, 15 orang lagi pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan aktivis anti kerajaan akan bergilir berucap mulai pukul 3 petang.

Setiap orang diberi tempoh hanya lima minit untuk berucap di hadapan kira-kira 15,000 peserta himpunan bertemakan warna hitam itu.




Siapa yang bohong ustaz, PTPTN macam mana, kenapa tak batal masa jadi kerajaan


 

Penekanan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pemimpin tidak boleh berbohong dilihat ibarat menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri.

Semasa berucap dalam perhimpunan Turun Anwar hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian berkenaan berkata, rakyat akan bangkit menolak pemimpin yang bohong, zalim dan sombong.

“Tidak mungkin rakyat boleh pertahan pemimpin yang berbohong. Pemimpin tidak boleh berbohong.





“Pemimpin tidak boleh khianat amanah rakyat. Kelak rakyat akan bangkit menolak pemimpin yang bohong, zalim dan sombong.

“Terpahat dalam lipatan sejarah pada hari ini, rakyat bangkit dalam Himpunan Turun Anwar, menzahirkan suara penolakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim!” ulanginya lagi menerusi hantaran di Facebook.

Susulan itu, netizen mengingatkan kembali Tuan Ibrahim tentang penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Pas yang pernah menjadi komponen kerajaan ‘Tebuk Atap’ sebelum ini dikecam apabila tidak pula menghapuskan PTPTN.

Ini memandangkan, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan pernah berkata, rakyat berhak untuk mendapat pendidikan percuma.

“Pas, kita akan hapuskan semua hutang PTPTN. Pasal apa? Rakyat memang berhak dapat pendidikan percuma,” kata Tuan Ibrahim dalam satu ceramah Pas yang diingati orang ramai.

“Ye lah, macam ustaz cakap kalau jadi kerajaan nak hapus PTPTN, ‘kan…

“Kita pun tunggu PTPTN dihapuskan – Janji Tuan Ibrahim apabila dah tubuh kerajaan nanti…

“Ingat tuan ostad. Kalau nanti dapat memerintah tunaikan janji nak hapus PTPTN. YouTube tak boleh padam janji-janji tersebut,” demikian antara komentar warga maya.




Kesalahan Tun Besar Tapi Tiada Tindakan Atas Faktor Usia – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Alam Shah, sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 26 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan tindakan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak melangkaui kuasa Peguam Negara.

Malah Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut perlu dijadikan pengajaran seperti kes isu Laut Sulawesi.

Tambah beliau, ia adalah keputusan Kabinet biarpun suruhanjaya siasatan itu mengusulkan supaya laporan polis dibuat terhadap Dr. Mahathir serta tindakan susulan.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan piala kepada Johan Pertandingan Bahas Kategori Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Alam Shah, sempena Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai 2025. Foto SBP

“Jadi saya tidak melangkau keputusan Peguam Negara. Keputusan Kabinet, saya sudah melihat misalnya walaupun kesalahan pengkhianatan itu besar tapi melihat kepada suasana dan keadaan Tun, kita mengusulkan tak perlu ambil tindakan.

“Jadi keputusan mendakwa itu tak sampai kerana siasatan tidak dilakukan.

“Siasatan polis menerusi RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara mengusulkan dengan jelas menetapkan kesalahan besar. Tetapi oleh kerana keadaan Tun kita jadikan pengajaran seperti isu Laut Sulawesi dan kita belajar dari pengalaman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahasa Piala Perdana Menteri Ke-50 Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.


Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ingin membawa usul untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) berhubung isu Pulau Batu Puteh, kelmarin.

Beliau berkata, Anwar secara jelas menyatakan Dr. Mahathir bersalah besar sedangkan beliau belum pun dituduh, dibicarakan dan dihukum oleh mana-mana mahkamah atas dakwaan terbabit.

“Kenyataan YAB (Yang Amat Berhormat) Tambun itu juga menunjukkan seolah beliau berkuasa dalam menentukan seseorang itu boleh didakwa di mahkamah atau pun tidak, sedangkan kuasa terbabit secara eksklusif ada pada Peguam Negara seperti mana termaktub dalam Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera,” katanya.