6MP KEKAL. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LEBIH BESAR DARI PERLEMBAGAAN BERSATU.


 

LAGI ISU SPANCO


 

LAGI ISU SPANCO


 

IKUTI KISAH SPANCO - ESOK PERBICARAAN PERTAMA

 


CABAR PAS GUNA PERKATAAN KAPIR YANG MELIBATKAN BANGSA ASING DSLAM PROGRAMNYA.


 

[LANGSUNG] Sidang media Ketua Polis Negara | 2 April 2024

LELAKI ISRAEL, PASANGAN SUAMI ISTERI BERDEPAN HUKUMAN MATI

 

Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya, bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia berikutan kertas siasatan terhadap mereka dibuka mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Sebelum ini ketika Shalom ditangkap pada 27 Mac lalu, siasatan dijalankan mengikut Akta Pasport 1966 kerana dia sebagai warga Israel memasuki negara ini menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis. Namun, siasatan kini dijalankan terhadap kesalahan lebih berat, iaitu pemilikan senjata api.

“Begitu juga dengan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu. Siasatan turut dijalankan mengikut Akta Senjata Api 1971,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, boleh dihukum mati.

“Pada masa ini, kita masih menjalankan siasatan secara terperinci ke atas ketiga-tiga mereka.

“Ketika ini, kesemua mereka masih ditahan reman untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif sebenar pemilikan senjata api berkenaan.

“Lelaki warga Israel itu direman hingga 7 April ini, manakala reman terhadap pasangan suami isteri terbabit pula akan berakhir pada 5 April ini,” katanya.

Beliau berkata, sebarang proses susulan untuk sambung reman akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1230779/lelaki-israel-pasangan-suami-isteri-berdepan-hukuman-mati-jika-sabit


PM UCAP TAHNIAH KEJAYAAN ATLIT BARU SQUASH




 Tahniah saya ucapkan kepada pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari yang berjaya menjuarai kejohanan London Klasik menewaskan pemain No.2 dunia dari Mesir, Hania El Hammamy.


Saya juga dimaklumkan bahawa beliau menjadi pemain Malaysia pertama mara ke final kejohanan bertaraf emas dalam saingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) selepas kali terakhir dilakukan Datuk Nicol David pada 2015.


Tahniah sekali lagi saya ucapkan, semoga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


#MalaysiaMADANI 


Foto: PSA Tour



KDN SAHKAN PASSPORT WARGA ISRAEL ADALAH TULIN

 


Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan pasport Perancis yang digunakan lelaki Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang pada Rabu lalu, adalah tulen.




S U B S I D I









Menurut World Trade Organisation, subsidi ditakrifkan sebagai sumbangan kewangan oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada penerima. Berbeza dengan perbelanjaan, subsidi tidak menjana nilai tambah secara langsung.


Tujuan subsidi adalah sama ada untuk menurunkan kos sara hidup, ataupun untuk membantu mengekalkan kelangsungan sesuatu industri.


Contohnya dalam industri beras, import beras adalah lebih mudah dan murah, tapi bagi tujuan keterjaminan makanan,  pertanian padi tetap dijalankan walaupun kos operasi lebih tinggi, maka subsidi dari segi bentuk baja, benih dan bantuan khas tunai kepada petani diberikan.


Namun subsidi bukanlah HAK. Saya terkejut bila terbaca seseorang menulis bahawa subsidi adalah HAK.


Subsidi adalah keistimewaan atas kemampuan sesebuah negara.


Subsidi ni akan masuk dibawah belanja pengurusan. 


Setiap tahun kerajaan akan membentangkan belanjawan. 


Belanjawan terdiri daripada belanja pengurusan dan belanja pembangunan.


Prinsip dalam perbelanjaan ialah, belanja pengurusan perlu datang dari pendapatan, contoh pendapatan negara ialah cukai,dividen dll.


Manakala belanja pembangunan (CaPex)  boleh didapati dari hutang. Jika didapati dari hasil lagi baguslah. 


Kenapa boleh hutang? Sebab CaPex ni satu bentuk modal yang boleh menjana keuntungan pada masa akan datang.


Contohnya buat sekolah baru, lebuhraya, Lapangan terbang, pelabuhan dll.


Manakala belanja pengurusan (OpEx) ni pula boleh dikatakan belanja hangus. Contohnya gaji dan pencen, subsidi, peralatan dan perbekalan contohnya alatan pejabat, alatan pakai buang hospital, bayaran khidmat hutang dll.


Jadi, untuk pastikan OpEx ni boleh berterusan,  pendapatan negara mesti lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan OpEx.


Jika tidak, kerajaan akan masuk ke fasa keberhutangan yang tinggi dan menuju bankrap. Sebab nanti bayaran khidmat hutang pun akan tinggi. Hasil kerajaan kena bayar hutang dan tak mampu bayar komitmen lain.


Maka sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, ia perlu membuat pilihan yang betul. Pilihan populis seperti PTPTN percuma, turun harga petrol dan tak rasional.


Piliham yang betul ialah mesti mengurangkan OpEx ni. Contohnya kurangkan perbelanjaan gaji, apa caranya kurangkan penjawat awam, bagaimana? Swastakan sesetengah bidang, optimumkan jawatan yang ada dll.


Kemudian apa lagi? Kurangkan pencen, bagaimana? Buat skim KWSP,  buat skim satu pencen tertinggi.


Lagi? Kurangkan subsidi. 


Ok dah sampai tajuk ni. Kurangkan subsidi.


Kenapa nak kacau subsidi? Sebab subsidi ni dah cecah RM81 bilion setahun. Tapi, bukan semua rakyat yang dapat manfaat. Ada isu seperti, penyeludupan keluar dan penggunaan oleh warga asing dalam negara.


Untuk kawal penyeludupan,  kerajaan perlu pulak lantik lebih ramai penguatkuasa,  kos lagi.


Warga asing pula hidup mudah di Malaysia, guna segala subsidi yang ada, duit gaji kumpul dan hantar ke negara asal.


Jadi rancangan nak rasionalisasikan subsidi ni dah difikir dan dibincangkan sejak zaman Tun Abdullah,  tapi huru hara masa tu bila petrol naik mendadak.


Zaman DSNR pula siap buat Strategi Lautan biru untuk optimumkan penjawat awam, bagi bantuan tunai BR1M dan program subsidi 1Malaysia.


Tapi ini semua masih tak cukup berani dan tak sistematik. 


Maka zaman Kerajaan Madani ni, diperkenalkan PADU. Melalui sistem ini nanti kerajaan akan salurkan bantuan tunai terus kepada rakyat Malaysia yang layak.


Tapi kerajaan juga akan tarik subsidi. Bukan sahaja petrol, subsidi elektrik,  beras, gula, gandum, ayam, telur semua akan ditarik.


Cuma berapa ditarik kurang pasti. Katakanlah ditarik 100%. Maka kerajaan akan ada RM81 bilion.


Dalam masa sama kos sara hidup rakyat akan meningkat, sebab kos bahan mentah akan tinggi.


Duit yang kerajaan ada akan disalurkan terus kepad rakyat Malaysia melalui bank dan e-tunai.


Jadi rakyat akan ada duit dan kembali membeli, kos tinggi tadi diserap melalui bantuan tunai.


Tapi kerajaan akan dapat jimat banyak, sebab warga asing seramai 3.5 juta orang dah tak dapat subsidi. 


Penyeludupan pun akan kurang, sebab barang di Malaysia lebih kurang sama sahaja dengan negara jiran.


Maka apa lagi yang berlaku? Pekerja asing mula minta gaji lebih tinggi sebab kos sara hidup di Malaysia dah tinggi.


Kat sinilah usaha kerajaan nak buat gaji progresif dan bermaruah berjalan serentak.


Bila gaji tinggi, ada sesetengah sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai warga asing, mungkin mendapat minat warga tempatan.


Untuk tengok benda ni semua, memerlukan kerajaan yang kuat dan berani. Kedua-duanya kita ada sekarang. PMX ada 2/3 kuasa di Parlimen, beliau juga ada tiga tahun lagi tempoh sebelum PRU dan pasukan nya ada semangat untuk reform.


Apa kita perlu untuk menjayakan agenda ini? Rakan sekutu yang tidak khianat(geng DSNR) Contohnya Puad Zarkashi dan Wee Ka siong yang selalu kritik dan cuba jatuhkan Menteri Ekonomi dan kita perlukan pembangkang yang matang.


Benda baik pun bila pembangkang asyik kacau dan hasut rakyat akan terganggu juga.


Apa pun aku harap benda ni dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya kerajaan dapat buat pula reformasi dalam sistem kesihatan negara dengan mewajibkan insuran kesihatan nasional. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



WARGA PMO KHATAM AL QURAN

 









Dalam kesibukan tugasan harian, saya sempat menyertai Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri semalam.


Alhamdulillah. Seramai 80 orang warga Pejabat Perdana Menteri yang terlibat telah berkumpul untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara beramai-ramai. 


Majlis diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan.


Ia juga diserikan dengan kehadiran Mudir Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele, Kedah, Syeikh Dr. Mohd Jamel Sadaqi Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi seraya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘10 Akhir Ramadan, Keistimewaan dan Hikmah Dalam Membentuk Insan Madani’. 


Moga keberkatan bulan mulia ini terus dimanfaatkan dengan memperbanyak bacaan Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya, InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



BEKAS PM MANA SENYAP SENYAP JUAL PULAU BATU PUTIH. PANGGE NAK SIASAT.. TAK DATANG.. TAK APA NANTI SIASATAN DIJALAN... KITA TANGKAP JA.


 

DENGAR CERITA NAK KEMBALI KEPADA PKR... ISHHHH... JANGAN BAGI LAH...


 

FUHHH UNTUNG OOO.. BULAN LEPAS 2K...BULAN NI 500..CUKUP DAH JOMMLAH TU... JANGAN SAKIT HATI.


 

HANG SEMBANG KEMAIN... PDRM TANGKAP TENGOK.. CAKAP PANDAI SANGAT... BOH LAM LOKAP SEMINGGU.. NAK TENGOK DOK CAKAP BESAQ SANGAT.


 

ZALIM OOOOO.... KESIAN PENIAGA... KATA ISLE....

 


KAH.. KAH.. KAH... PUNYA TAK MALU. DALAM TWEETER BUKAN MAIN GALAK... TAK GUNA SEDUIT AKAI.


 

200 peserta tanaman halia di Sabah dapat tapak, peralatan


 

Oleh: Abdullah Zaid



Seramai 200 peserta Usahawan Halia Madani mendapat manfaat peralatan dan tapak kebun di bawah Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), baru-baru ini.



Presiden pertubuhan itu, Raymond Ahuar berkata, program tersebut adalah kesinambungan Program Paguguyuan XIII selain turut dibantu oleh Institut Pendidikan Guru (IPG), Sabah.



Selain itu, kata Raymond, pihaknya merakamkan penghargaan kepada syarikat swasta dan juga Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang membantu mengumpulkan dana sejumlah RM1 juta sebagai modal mengusahakan ladang tersebut.



"Selain itu kami berharap pihak Tekun Nasional dapat merealisasikan hasratnya membantu Usahawan Halia Madani Pedalaman Sabah secepat mungkin sesuai dengan janji Tekun Nasional semasa program Paguguyuan tahun lalu.



"Semoga program ini dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di pedalaman," katanya dalam satu kenyataan.



Selain itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Peto Galim turut menghargai usaha yang digerakkan PKKMM dalam membantu masyarakat pedalaman Sabah menoktahkan kemiskinan tegar.



Beliau yang juga ADUN Inanam bersetuju untuk membantu para usahawan itu dengan mengarahkan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah memberi laporan setiap bulan kepada pihaknya bagi urusan penambahbaikkan program.

 

Sekat royalti petroleum: T'ganu perlu rujuk Akta Laut Wilayah - KEADILAN Kemaman


 

Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya Kerajaan Persekutuan menyekat hak royalti petroleum Terengganu seharusnya dirujuk kepada Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, di bawah akta berkenaan Terengganu pada hakikatnya tidak berhak ke atas royalti petroleum. Malah, kata beliau, akta itu tidak pula diubah oleh Pas ketika parti itu memerintah Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.



Oleh itu, daripada terus mentohmah Perdana Menteri dan kerajaan pusat bertindak zalim, kata Ahmad Nadhir, lebih baik kerajaan Pas Terengganu mencabar hak royalti negeri berkenaan di mahkamah.



"KEADILAN Kemaman mencabar kerajaan Pas Terengganu di bawah kepimpinan MB Ahmad Samsuri Mokhtar supaya mencabar keabsahan Akta Laut Wilayah 2012 berhubung hak royalti negeri Terengganu yang didakwa dinafikan kerajaan pusat



"Jika Kerajaan Negeri Terengganu benar-benar mempunyai alasan undang-undang yang kukuh berkenaan isu ini seharusnya pihak mereka memulakan semakan kehakiman dengan segera bagi menentukan keabsahan akta tersebut di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Ahmad Nadhir lagi, sekiranya cabaran tidak dilakukan maka kerajaan Pas Terengganu tidak wajar membuat tuduhan liar kononnya Kerajaan Madani bertindak zalim menafikan hak royalti negeri itu.



"Juga tidak perlu aksi politik murahan mengadakan munajat perdana memohon doa megembalikan hak royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi mewujudkan persepsi kerajaan pusat telah berlaku zalim.



"Ini adalah perbuatan yang hanya akan menyuburkan lagi politik takfiri dan perpecahan dalam kalangan masyarakat Terengganu



"Pas Terengganu yang mencanangkan politik matang dan sejahtera, seharusnya mereka gunalah saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini, termasuk saluran undang-undang dan juga rundingan dengan kerajaan pusat," katanya lagi.



Awal Mac lalu MB Samsuri mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum membayar royalti petroleum 2023 sejumlah RM1 bilion kepada Terengganu.



Dalam jawapan balas PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion untuk pembangunan di Terengganu tahun lalu walaupun dana bersangkutan petroleum seperti wang ihsan dan sebagainya hanya berjumlah RM786 juta. Katanya terdapat juga peruntukan pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat melalui projek Persekutuan.



Untuk rekod, dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ke atas hak royalti berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012 di Dewan Rakyat Februari lalu, setiap negeri hanya mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya, yang tidak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut.



"Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Terengganu dalam jarak 3 batu nautika dari garis air surut.



"Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada negeri Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah negeri Kelantan dan Terengganu," katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.



 

POLIS MASIH SIASAT, JANGAN TERPEDAYA LAPORAN MEDIA ISRAEL – KPN

 



Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.

“Malah, ia mungkin boleh dianggap sebagai alasan propaganda untuk mengalihkan sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Razarudin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjurus semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.

“Kita masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta dia mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru dan faktor-faktor lain yang mungkin berkait dengan isu yang berlaku membabitkan Palestin dan Israel.

“Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita,” katanya.

Razarudin berkata, PDRM pada masa ini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.

“Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin),” katanya.

Tambah beliau, PDRM tetap sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam termasuk keselamatan orang-orang berkepentingan.

Pada Jumaat, Razarudin dilaporkan berkata, polis merampas enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru susulan penahanan suspek warga Israel itu.

Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.

Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.

Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.

Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.

Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.

Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

 


UMNO PERLU LEBIH RELEVAN.

 


PDRM harus menangkap dan mereman DR AKMAL SALEH EXCO MELAKA,ADUN MERLIMAU MELAKA,KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA untuk soal siasat.Provokasi melampau dan ajakan boikot dia di sokong penuh seluruh anggota MKT UMNO punca KK SUPER MART jadi mangsa pelampau militan TALIBAN di 3 cawangan setakat ini.Bermula di Bidor,PERAK menghala ke Sungai Isap,Kuantan,PAHANG dan kini KK Mart cawangan Jalan Satok,SARAWAK pula di lempar molotov cocktail.Rakyat kini hidup dalam ketakutan kerana ade pelampau boleh sesuka hati baling bom kerana sesuatu isu.


Dengan ini saya menarik kembali sepenuhnya sokongan yang di berikan kepada BN PRU15,PRN 6 NEGERI yang lepas berkuatkuasa serta merta.BN tidak akan dapat UNDI dan SOKONGAN dari saya PRU16 nanti termasuk PRN 3 negeri yang akan tiba.Anda tidak layak mendapat sokongan kami dan kami tidak berminat dengan pendekatan melampau anda untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat.Harap rakyat menilai perbuatan terkutuk UMNO dan menghukum BN ramai2 di peti undi PRN SABAH,MELAKA dan JOHOR tahun 2025 nanti.Malaysia tidak perlukan pelampau2 UMNO mengetuai negara tercinta ini.


Tengku Zafrul pun letak jawatan yang dia sandang di SELANGOR sebab tindak tanduk BN SELANGOR tidak selari dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.Ini membuktikan di pusat sembang MADANI tetapi di bawah ada agenda sendiri masing2 terutama di JOHOR itu sendiri.PH boleh tanding semua DUN di 3 negeri nanti tanpa perlu bekerjasama dengan BN.BN mahu menarik sokongan penyokong2 sendiri,MELAYU yang hilang dengan bermain api perkauman tetapi dia sebenarnya membuatkan penyokong2 PH,atar pagar menyampah untuk undi BN.BN silap besar jika mereka ingat boleh buat kebangkitan dengan cara itu.


#TangkapAkmalSaleh #HeretDakwaAkmalSaleh



Cuba lah buka PADU tu dulu macam mana.




Mohd Fairul Al Qasas


PADU bukan sahaja nak tahu pendapatan awak. Tapi dia nak juga hutang awak. Sebab Kerajaan tahu yang awak marah sangat barang mahal lah apa lah, sebab gaji awak balik rumah dah tinggal sikit. Awak dah tak mampu.


PADU juga nak tahu jarak perjalanan awak pergi kerja, supaya bila nak bagi subsidi petrol nanti logik. Setiap orang tak sama.


PADU juga nak tahu dalam rumah awak ada tak insan yang memerlukan pemerhatian khas atau terlantar. Sebab insan ini perlukan belanja yang banyak.


Jelas tak? Sebab itu data LHDN sahaja tidak mencukupi. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



UMNO SELANGOR AKAN TERUS HANYUT, TENGKU ZAFRUL PATUT MULA BERFIKIR CARI KAPAL LAIN



Tanpa angin tanpa ribut, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan tak semena-mena mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor.


Dalam satu hantaran di Facebook, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, beliau memilih untuk berundur kerana melihat perancangan kebangkitan parti itu di Selangor sebagai hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO di peringkat Pusat.


Beliau berkata, Selangor adalah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak dan strategi ampuh sepatutnya dirangka, lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihan raya negeri tahun lalu.


“Ia sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.


“Saya melihat sendiri bagaimana Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dan kepimpinan nasional tidak henti-henti merangka jalan kebangkitan parti.


“Namun, sejauh mana hebat perencanaan Pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah.


“Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya lagi.


Apa sudah jadi ni?


Bagaimana UMNO Selangor boleh tidak sehaluan dengan UMNO Pusat dalam gerak kerjanya sedangkan UMNO negeri itu diterajui oleh Megat Zulkarnain Omar Din yang merupakan Setiausaha Politik kepada Zahid Hamidi sendiri?


Oleh kerana yang membuat dakwaan itu adalah Bendahari UMNO Selangor sendiri, maka sukar untuk sesiapa pun menolaknya.


Apa yang nyata, selepas menerima keputusan buruk pada PRN lalu di mana UMNO Selangor hanya menang dua daripada 12 kerusi Dun yang ditandinginya, perletakan jawatan Tengku Zafrul ini tentunya merupakan satu lagi tamparan buat parti itu.


Maknanya, harapan UMNO untuk bangkit semula di Selangor sejak hilang kuasa pada 2008 lalu semakin jauh daripada gapaian.


Tak secara langsung, kelemahan dan kehambaran UMNO Selangor yang didedahkan oleh Tengku Zafrul ini sehingga beliau sendiri tidak sanggup lagi memegang jawatan utama di peringkat negeri, kelebihan kini mula terbentang buat PN.


Keputusan yang diambil oleh Tengku Zafrul bersama dakwaannya itu tentunya akan membuatkan rakyat atau pengundi Selangor semakin tidak yakin kepada UMNO.


Dengan PN berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi di Dun Selangor, jauh meninggalkan UMNO yang hanya mampu menang dua kerusi saja, harapan mahu melihat UNNO kembali gah di negeri itu barangkali tinggal impian saja.


UMNO Selangor akan terus dihanyutkan oleh PN untuk beberapa PRU atau PRN akan datang dan kepada Tengku Zafrul, selepas tamat tempoh Senator nanti, eloklah cari kapal lain jika ingin terus berlayar dalam perjuangan politik di negeri itu. – ShahbudinHusin 01/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/01/umno-selangor-akan-terus-hanyut.html



YAAAA... AMPUSALLAM...


Che Ibrahim


Jenis keng besi, padahal dia sendiri pun tak rajin sebut kafir ke orang kafir.... Koho guna panggilan manja/mesra ada la.... Mek, uncle, brother, kawan, tauke, boss.....


Dr Maza


 Jika terdapat  seseorang yang mengaku muslim menyatakan dia mengharamkan perkataan 'kafir' di rumahnya, tertanya kita 'apakah ini bererti dia telah mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah dalam rumahnya? Atau apakah dia menapis ayat-ayat yang sesuai dengan hawa dirinya sahaja dalam rumahnya?! Atau, dia sudah tidak percaya al-Quran dan al-Sunnah berfungsi dalam kehidupannya? Atau dia ingin mengubah ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi s.a.w dengan satu edisi baharu bikinannya?


Apapun, itu semua merupakan gambaran akidah yang parah yang sedang membarah dalam masyarakat kita. Semoga Allah memelihara diri dan generasi kita daripada keingkaran terhadap kitabNYA dan sunnah RasulNYA.


Tidak memanggil orang kafir sebagai 'kafir' itu soal kaedah interaksi, namun mengharamkan perkataan 'kafir' bererti mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah.



KEH.. KEH..


Jamzuri Ardani


 Lebih lajak dari laju ... bila jatuh tertiarap terus.




BANTUAN DARI PM.

 






Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam dalam sesi ziarah ke atas Puan Che Gayah, isteri Allahyarham Hj Fuad Yaacob yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu. 


Allahyarham Hj Fuad merupakan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang aktif memperjuangkan hak pesawah tanpa mengira latar belakang. 


Semasa hayatnya, Allahyarham lantang dan tegas menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi pesawah.


Saudara Farhan turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham.


Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.


#MalaysiaMADANI



MESYUARAT MAJLIS EKONOMI WILAYAH TIMUR

 




Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 1 Tahun 2024 seraya dihadiri oleh Menteri Besar - Menteri Besar yang menganggotai Majlis ini.


Sehingga Mac 2024, ECERDC telah merealisasikan pelaburan berjumlah RM41.4 bilion iaitu 84% daripada sasaran RM49 bilion di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0). Pelaburan ini telah mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan dan 23,000 peluang keusahawanan di ECER. 


Dalam tempoh yang sama, ECERDC juga berjaya mencapai RM55.2 bilion pelaburan komited, iaitu 79% daripada sasaran RM70 bilion di bawah EMP 2.0. 


Saya tegaskan bahawa Pihak Berkuasa Koridor Ekonomi mainkan peranan penting dalam fasilitasi pelaburan bersama-sama MIDA. 


Tatakelola perancangan dan keberhasilan projek-projek melalui Pihak Berkuasa Koridor turut perlu diperhalusi dengan terperinci oleh Kementerian-kementerian berkaitan sebelum diluluskan. 


Justeru, mesyuarat kali ini telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) untuk meneliti dan memutuskan semua perkara-perkara operasi serta pelaksanaan bagi pembangunan ECER. 


Penubuhan Jawatankuasa EXCO ini akan membolehkan Majlis ECERDC lebih menumpukan kepada perkara-perkara strategi dan dasar dalam pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.


#MalaysiaMADANI



YAAAAMPUSALAM....

 

Mukhlis Eddie


Baru kluaq IJN...dah kena hadap hat ni 😋😋😋



NAK TADBIR PASUKAN BOLA PUN GAGAL. MACAMANA NAK JAGA NEGERI DAN NEGARA. BOLEH PERCAYA KA PUAK PUAK NI.?


 Satu lagi negeri PAS




ARAU: Menjelang Aidilfitri minggu hadapan, lebih 20 bekas pemain Perlis United FC (PUFC) menuntut kelab berkenaan segera melangsaikan tunggakan dua bulan gaji mereka meskipun saingan Liga M3 sudah enam bulan berakhir.


Kemelut yang berlaku itu menyebabkan ada antara mereka terpaksa melupakan terus karier bola sepak selain ada yang kini terpaksa bekerja sebagai penoreh getah, penghantar kurier, berniaga kecil-kecilan dan tidak kurang yang masih menganggur.


EMAS QM- SCAMMER?



 Ustaz selebriti promote Emas QM konon sebagai patuh shariah ... rupanya scam. 


Ustaz yang sama promote parti politik konon berjuang shariah ... rupanya scam jugak. 


Apasal laa ustaz tu suka sangat promote scammer??? 


Bukan kecik anak punya scammer plak tu 😇😇😇