[[LIVE]] 2.1.2020 GEMPAR!!! Bersatu bunuh UMNO kerjasama dengan DAP?

Bayar pampasan batal projek keretapi Malaysia – S’pura bukti kelemahan PN


Dr M to Anwar: 'You pi baliklah'

Moratorium yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pakej pertukaran sokongan Ahli-ahli Parlimen BN ke atas Belanjawan 2021 nampaknya tinggal sebagai harapan palsu.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keluhan yang diluahkan rakyat sehingga kini menunjukkan moratorium pinjaman sewa beli itu hanya menambahkan kos hutang, bukan melegakan kewangan rakyat.

“Saya mendapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat. Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak Covid-19.

“Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah. Saya menggesa kerajaan dan Menteri Kewangan untuk membetulkan perkara ini sesegera mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga membangkitkan soal pampasan yang terpaksa ditanggung akibat pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lalu hanya menggantung projek berkenaan untuk diteruskan apabila kewangan negara mengzinkan. Dengan pembatalan maka Malaysia akan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada Singapura.

“Kerajaan juga harus menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia dan para pembayar cukai akibat pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura ini

“Justeru, segala pernyataan yang dibuat Menteri Kewangan semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini (selepas pembatalan projek) sukar dipercayai, terutamanya berhubung soal pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan juga projek mega HSR.

“Jika benar seperti yang dilaporkan, ini secara tidak langsung telah mendedahkan lagi kelemahan kerajaan PN dalam membuat sebarang keputusan besar buat negara dan rakyat,” katanya.

Menurut Datuk Seri Anwar lagi, semua kelemahan menjolok mata kerajaan Perikatan Nasional tersebut telah memberi reputasi buruk kepada negara dan menghilangkan keyakinan pelabur antarabangsa untuk menanam modal di Malaysia.

“Ketidakstabilan dan goyahnya kerajaan hari ini memberi imej dan reputasi yang buruk kepada negara tatkala ia akan menanam ketidakyakinan kepada negara-negara luar untuk mengadakan rundingan atau mencapai sebarang persetujuan dengan Malaysia.

“Ia memberi petunjuk bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang tidak boleh digantung harap,” katanya.

Pembatalan projek HSR dijangka menyebabkan Malaysia terpaksa membayar sejumlah RM310 juta sebagai pampasan kepada Singapura yang telah memulakan beberapa bahagian daripada projek berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan PH telah membayar sebanyak RM45 juta sebagai pampasan kerana menangguhkan projek berkenaan akibat kekurangan dana.



Mantapkan PH, tidak perlu Grand Coalition, hanya kerjasama PRU

 Hassan Karim (@hakarim_51) | Twitter

Pembangkang tidak perlu dijenamakan semula dengan Grand Coalition atau Gabungan Perdana Pembangkang dalam menghadapi cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kerjasama berbentuk electoral pact dalam kalangan parti-parti pembangkang akan lebih mudah diterima oleh para pengundi dan penyokong PH.

“Bagi saya Gabungan Perdana itu tidak penting. Jadi, apakah yang penting sekarang?

“Yang penting ialah status quo front pembangkang yang ada. Yang berdaftar dengan ROS secara rasmi; yang diiktiraf dari segi hukum ialah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada tiga buah parti KEADILAN, DAP dan Amanah.

“Bagi saya, kita tumpukan di mana kekuatan yang kita ada. Jangan ‘dikejar tak dapat yang dikendung berciciran’. Mengejar Gabungan Perdana ibarat mengejar fatamorgana; PH yang sedia ada dibiarkan layu dan gerhana.

“Kita tumpukan di mana kita bertapak sekarang. Tiga parti dalam PH ini mempunyai sejarah lama bekerjasama dalam front pembangkang sejak Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat hinggalah ke Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut Hassan lagi, proses membina jenama PH melalui tahun-tahun perjuangan yang panjang itu telah berjaya meyakinkan rakyat dan menarik sokongan padu sejak dua dekad lalu.

Katanya, dua parti utama KEADILAN dan DAP telah diterima umum dan mempunyai rekod baik mentadbir beberapa negeri. Biar pun Amanah parti baharu namun pemimpinnya yang berasal daripada Pas juga telah diterima masyarakat berbilang kaum di Malaysia

“Apa yang PH perlu lakukan sekarang ialah membuat post-mortem Kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan sejak Mei 2018 sehinggalah Februari 2020, sama seperti para doktor membedah mayat yang telah mati. Cari punca kematian jasad tersebut.

“Dengan analisis dan diagnosis yang teliti, kita cari di mana kejayaan Kerajaan PH; di mana kegagalannya. Kenali apa yang positif dalam pemerintahan PH dan apa pula yang negatif.

“PH perlu lihat semula common platform yang telah dipersetujui dari segi rangka dan isinya. Perlu ditambah dan dikemaskini. PH sudah ada Perlembagaannya dan struktur organisasi yang jelas dari peringkat tertinggi Majlis Presiden PH sehinggalah ke Jawatankuasa Peringkat Parlimen PH. Yang perlu ialah kita tekan butang yang betul iaitu “button on” bukannya “button pause”,” katanya.

Menurut Hassan lagi, formula mudah penyatuan ialah dengan parti-parti pembangkang lain menjalinkan kerjasama dengan PH yang menjadi tunggak. Hal itu juga sama sebagaimana di dalam Perikatan Nasional yang bukan semua parti kerajaan berada di dalam satu gabungan.

“PH sebagai satu unit gabungan politik yang rasmi boleh mengadakan persefahaman pilihan raya (electoral understanding) dengan Warisan dan Pejuang. Apakah tujuannya persefahaman pilihan raya itu? Objektif utamanya ialah untuk mempastikan semua kerusi pilihan raya sama ada parlimen atau DUN di seluruh negara ditandingi dan mengelakkan pertemuan tiga penjuru sesama sendiri.

“Kerjasama dalam bentuk persefahaman pilihan raya bukan sesuatu yang baru. Seawal PRU tahun 1986, kerjasama persefahaman pilihan raya pernah wujud di kalangan front parti-parti pembangkang, antaranya PAS, Parti Rakyat (PRM) dan Nasma di dalam satu kerjasama longgar yang dipanggil Harakah Keadilan yang mana DAP memilih untuk berada di luar persefahaman tersebut,” katanya.

Kata Hassan, sejak 30 tahun kebelakangan pula wujud pelbagai jenis kerjasama yang dibentuk untuk menghadapi PRU.

Misalnya, ketika PRU 1990 tidak wujud gabungan pembangkang berdaftar seperti PH sekarang. Waktu itu Gagasan Rakyat merupakan kerjasama pilihan raya di antara Parti Semangat 46, DAP, Parti Rakyat (PRM), IPF dan PBS di satu pihak, manakala Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan secara tidak rasmi Semangat 46, Pas, Hamim dan Berjasa satu pihak lagi.

Hasilnya yang nyata ialah kerajaan Barisan Nasional di Kelantan tumbang pada PRU 1990 dan suara ahli parlimen Pembangkang bertambah di Dewan Rakyat.

Pilihan raya paling dekat di mana parti-parti pembangkang mengadakan kerjasama, kata Hassan, ialah dalam PRU 1999 dan PRU 2008. Gabungan Barisan Alternatif walaupun tidak berdaftar tetapi menjadi de facto front pembangkang. Hasil kerjasama PRU 1999 memperlihatkan kerajaan BN tumbang di Kelantan dan di Terengganu.

Manakala Pakatan Rakyat sebagai gabungan pembangkang tidak wujud secara rasmi sebelum PRU 2008. Hanya persefahaman pilihan raya di kalangan parti-parti pembangkang. Namun hasilnya menakjubkan. BN tewas di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Di Dewan Rakyat pula buat pertama kali Kerajaan BN hilang majoriti dua pertiga.

“Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah pimpinan tertinggi PH tidak perlu sibuk-sibuk membina Gabungan Perdana yang gah dan indah dalam namanya tetapi lopong dan rapuh dalam rangka, struktur serta substance.

“Saya mencadangkan memadailah dengan PH sebagai satu unit bersatu dan padu. Gabungan rasmi front pembangkang boleh mengadakan kerjasama longgar dalam bentuk persefahaman pilihan raya dengan Warisan, Pejuang dan parti-parti politik lain yang ada di Malaysia seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) ataupun MUDA (Malaysian United Democratic Alliance) pimpinan Syed Saddiq,” katanya lagi.

Gabungan Perdana Pembangkang menjadi isu hangat apabila Timbalan Presiden Amanah mempromosikannya dalam beberapa siri forum media selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan PH perlu membuat reset politik untuk survival masa hadapan.

Gabungan Perdana Pembangkang bagaimanapun ditentang keras oleh KEAIDILAN yang melihatnya sebagai percubaan untuk melemahkan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.



DUDUK DALAM KERAJAAN UMNO DITINDAS CERDIK KAH ?

 


Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

UMNO oh UMNO

Pada tahun 2016, sebelum Bersatu ditubuhkan, saya tidak pernah jemu memberi ingatan pada kepimpinan UMNO akan bahana yang bakal menimpa sekiranya terus berdegil mempertahankan pemimpin yang bermasalah. Tidak pernah disuruh, diarah mahupun diupah oleh sesiapa, terus menerus menulis di Facebook tentang kekalahan yang bakal menimpa UMNO pada PRU14. Sedar diri, siapalah yang mahu melayan kata-kata Pemuda UMNO peringkat kampung pada ketika itu.

Kerakusan dan kesombongan kebanyakan pemimpin UMNO tidak dapat dibendung lagi. Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Naib Presiden Dato’ Shafie Apdal digantung, Bendahari Agung digugurkan dan banyak lagi pimpinan bahagian serta ahli cawangan yang digantung dan digugurkan. Usaha untuk membaiki UMNO pada waktu itu menemui jalan buntu.

Ia akhirnya menyebabkan bekas-bekas pemimpin UMNO bertindak menubuhkan satu parti baru bagi meneruskan kesinambungan perjuangan orang-orang Melayu andainya UMNO tumbang selepas PRU14. Ramalan saya selaku bekas ahli UMNO no. keahlian 03272020 menjadi nyata.
UMNO tumbang!
Bukan hilang beberapa negeri seperti PRU12 dan PRU13, tapi gelombang rakyat telah meranapkan UMNO dari pentadbiran diperingkat Persekutuan!

Pengajaran dan penghinaan yang diberikan oleh rakyat pada 9 Mei 2018 kepada UMNO nampaknya seakan tidak mendatangkan bekas pada sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini. Tangan yang kami (Bersatu) hulurkan selepas 22 bulan UMNO menjadi pembangkang telah dianggap serong, malah dituduh cercanya Bersatu umpama ‘ular lidih hendak memakan naga’ katanya.
Baru beberapa bulan kembali berada ditampuk kuasa, sombong dan angkuh kembali menguasai hati kebanyakan pemimpin UMNO!

Agenda persidangan UMNO diperingkat Bahagian selama 3 hari bermula 1 Januari ini telah ‘diracun’ awal-awal oleh beberapa pemimpin UMNO. Kononnya, “kita tunggu pendapat ahli-ahli akar umbi berhubung kedudukan kita dengan Perikatan Nasional.”
Rakyat tidak bodoh, bukan pendapat ahli akar umbi yang sebenarnya diminta, tetapi lebih kepada memuaskan kerakusan beberapa pemimpin UMNO yang lebihnya.

Terpulanglah hendak beranggapan apa kepada penulisan ini. Takut UMNO tidak bersama maka parti yang saya dokong iaitu Perikatan Nasional akan tewas?
Saudara, sebelum PRU14, saya memilih terjun menjadi pembangkang bukannya diarahkan oleh rakyat menjadi pembangkang.
InsyaAllah, rasa takut kepada kekalahan itu jauh sekali.

Sekadar mahu menasihati buat kesekian kalinya pada saudara-saudara seagama sebangsa, kepada pemimpin-pemimpin sebuah parti yang dahulunya didukungi sepenuh hati oleh arwah datuk dan arwah ayah saya,

UMNO PERLU HENTIKAN USAHA-USAHA BEBERAPA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO YANG MAHU BERPISAH DENGAN PERIKATAN NASIONAL. USAHA INI LEBIH MENGUNTUNGKAN ANWAR IBRAHIM, MAT SABU DAN DAP BERBANDING UMNO ITU SENDIRI.

JIKA INI BERLAKU, UMNO AKAN DIHUKUM OLEH RAKYAT DENGAN LEBIH TERUK PADA PRU15!

Qulil Haq Walau Kana Murron.

CUBA PI KETUK UMAH PRESIDEN...TIDOQ KA APA KA?

 Image may contain: 2 people, glasses, text that says "MOHON TUN DR MAHATHIR BERHENTI MENYERANG DATO SERI ANWAR, TUMPU 'GRAND COALITION' Amanah SHAZNI MUNIR Ketua Pemuda AMANAH Nasional Amanah"

UMNO MASIH TAK BERANI


Seharusnya jangan tunggu sehingga PRU15, sekarang juga UMNO patut keluar daripada kerajaan PN.
Itu pun kalau UMNO betul-betul beranilah....

Image may contain: ‎2 people, ‎text that says "‎Bahasa English וlיור Daftar Log Masuk Berita Seksyen Umno tidak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, kata Tajuddin Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jan 2021 5:34PM Komen MNO-SEBUAHPERJUANGAN Hasnoor Hussain Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata parti itu sebaliknya hanya akan kerjasama dengan PAS. Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2021.‎"‎‎


Panas! Bersatu tak perlu tanding di Pahang, kata MB

Panas! Bersatu tak perlu tanding di Pahang, kata MB

BERSATU tidak perlu bertanding di Pahang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana parti itu langsung tiada satu kerusi pun di negeri itu baik di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

Pandangan itu adalah pendirian Umno Pahang, katanya yang juga menteri besar Pahang




KENAPA NETIZEN KUTUK?

 

TAHUKAH KENAPA NETIZEN KUTUK? SEBAB DULU KAMULAH JUARA TIBAI  PH YANG KURANGKAN DARI 22-8.KAMU ADA DALAM KERAJAAN TAK BANTAH PULAK.SO JELASNYA IALAH KAMU CAKAP TAK SERUPA BIKIN..BAB RUU355 DAN HUDUD LANGSUNG TAK DENGAR DAH...SEMBANG LA WEIIIII....POOOOODAHHHH


IBRAHIM MAT ISA

Pemuda Pas sahkan kekerapan cabutan nombor ekor untuk tambah pendapatan negara

negaramerdeka.com
Pemuda Pas sahkan kekerapan cabutan nombor ekor untuk tambah pendapatan negara
Pemuda PAS hari ini mengajak semua parti politik sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk menggerakkan usaha membanteras



Semua orang pun tahu perjudian merupakan gejala keruntuhan moral dan membawa malapetaka lain termasuk keretakan rumah tangga. Siapapun orang Islam akan setuju kalau judi yang dihalalkan oleh pemerintah itu ditiadakan.

Persoalan siapa yang berwajib untuk melaksanakan perintah pemansuhan judi halal itu mesti terletak di bahu kerajaan.

Pas yang dilihat lantang menentang judi semasa jadi pembangkang, seharusnya bertegas apabila sudah mendapat panggu dalam kuasa pemerintahan.

Yang netizens duk bantai Pas kaw kaw tu sebab Pas tido. Sedar-sedar jumlah cabutan ditambah gitu saja mahu orang tak kutuk.

Nampaknya, Pas tak ikut Qur'an juga yang memerintahkan "jangan kamu bercakap akan apa yang kamu tidak laksanakan" dengan maksud, Pas bercakap tak serupa bikin.

 

 

 

 

SEMBANG LA LEBAI...

 Image may contain: 1 person, text that says "Home Artikel pusat PASUSAT PUSAT ARTIKEL PAS USAT Malaysia Bebas Judi Menjelang 2025 01/01/2021 1183 SHARE f Facebook Twitter LeF:LensaHara Lensa Hara FB MALAYSIA BEBAS JUDI MENJELANG 2025"

Lega ولعون dengar yang lebai ada dalil baru nak bebas judi pada tahun 2025, cuma kena berdoalah yang ولعون ajal panjang. Kalau mati sebelum 2025 hanya dapat masuk Nirvana MCA sebab lebai redha pada judi.

Cuma nak tanya, dia sebelum nak hapus judi tu memang kena bagi triple ke cabutan khas nomboq ekor? kira kalau nak haram arak, dia kena buat oktoberfest dulu?

Kami tahu sebab apa tulis 2025, sebab lebai tahu PRU15 pasti akan terlingkup bersama Parti pengkhianat, nanti dah jadi pembangkang, boleh lebai memekak balik bab nak hapus judi.

But in the meantime, lebai enjoy dulu elaun hasil dari cukai arak dan judi, di samping minyak masak yang mahal, bawang mahal, petrol mahal; janji Isle tidak terancam lagi.

 

Cabutan Khas No Ramalan....DAP ADA 7 SENATOR...LIPAS ADA 8 ...PUNYA TAK MALU DAP YANG PECAH LOBANG....


IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: 2 people, people sitting and close-up


Isu ini dibangkitkan oleh Sdr Liew Chin Tong, senator DAP di Dewan Negara, bertanyakan kenapa kjaan PN naikan Cabutan Khas No Ramalan dari 8 kali setahun yang dikuatkuasakan oleh Kjaan PH kepada 22 kali setahun bermula 2021.

DAP ada tujuh Senator, sementara LIPAS ada LAPAN senator iatu Hajah Asmak Husin, Haji Husin Awang, Hajah Nuridah Mohd Saleh, Ustaz IDRIS AHMAD(Catatan Dhuha), Ustaz BALA JP(Mimpi Jumpa Nabi), Ustaz Apandi Mohamad, Ustaz Ahmad Yahya dan Ustaz Khiril Nizam

KENAPA LIPAS ADA LAPAN SENATOR TAPI TAK BANGKITKAN ISU INI.?? SEDANGKAN DAP YANG BANGKITKAN.??

SEKIRANYA SENATOR LIEW CHIN TONG TIDAK BANGKITKAN, RAKYAT TIDAK TAHU SEBAB SENATOR PAS JADI SYAITAN BISU..

 

FITINAH NIH...PELESU...HANGPA PANDAI KUTUK KAMI..KAMI ISTIQAMAH....PEEEGEEEDAHHHHH

 Image may contain: text that says "SENYUM KAMBING PAS dah tak bantah kedai nombor ekor? SR akyet Dulu bantah sebab cabutan sikit, sekarang dah meningkat ke 22 cabutan, buat apa PAS nak bantah"

BAGAIMANA KAMU NAK BANTAH SECARA DALAMAN, SEDANGKAN 8 KERUSI SENATOR , DAP YANG PECAH LOBANG?

 


Pas kata buat bantah arak dan judi secara dalaman

Pas kata buat bantah arak dan judi secara dalaman

Pas nafi berlembut dalam memperjuangkan isu lesen arak dan judi.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan selaku parti dalam kerajaan, bantahan akan dikemukakan ikut saluran yang betul.

“Sebagai kerajaan, kita tetap nyatakan bantahan.

“Cuma berbeza bila kita kerajaan, lagi mudah kita nyatakan bantahan kerana kita sebahagian kerajaan.

“Bantahan secara dalaman, direct kepada kementerian berkaitan.

“Yang penting kalau benar apa yang disebut, kita sebagai Pas, kita bantah dan kita ada wawasan induk,” kata Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau mengulas kecaman di media sosial terhadap parti itu yang dilihat berdiam diri selepas kerajaan didakwa mempertingkatkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4 digit daripada lapan kali tahun lepas kepada 22 kali tahun ini.

Kata Ahmad Marzuk Shaary, tidak timbul isu Pas membisu.

Sebaliknya pihak mereka masih menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan berhubung lesen dan kebenaran cabutan ramalan itu.


HARGA BAHAN BAKAR, PETROLEUM NAIK LAGI…






Muhd Mukhlis


Harga bahan bakar petroleum naik lagi... TAPI takder siapa punya yang melompat... Walaun memang dah hilang dari muka bumi ini agaknya... semenjak PAS dapat menjadi sebahagian dari Kerajaan Malaysia, semua walaun sudah tidak bersuara; bisu DAN pekak... pakat beratur masuk gua gamaknya. 


Semua walaun PAS yang selama ini kononnya bersama dengan rakyat... menyuarakan nada rakyat sudah tidak kelihatan... hilang tanpa bunyi... senyap sunyi... tiada lagi nak membantah isu arak, isu RUU355, isu rasuah, isu minyak petrol dan bahan bakar... malah isu berkaitan Kartel Daging Haram yang kecoh baru-baru nih pun tidak kedengaran suara menentang dari walaun PAS...


Melainkan hanya suara-suara lembut dan lunak sahaja sejak lebih 9 bulan mendapat kuasa dalam Kerajaan Malaysia...


Aku tak nampak akan ada suara-suara bantahan dan rungutan dari walaun PAS bagi isu harga bahan bakar petroleum yang naik lagi ni... memang takkan nampak... aku tak percaya walaun akan bersuara... macai UMNO tambah lah lagi... diorang memang kekal bodoh DAN selamanya bebal wal bodoh bangang...


KOH KOH KOH… 


Bagi walaun PAS... semuanya sekarang adalah okey… yang penting DAP tak berkuasa... 


KOH KOH KOH… giler!! 


Macam la DAP selama ini pegang semua kuasa...


KOH KOH KOH… 


Bodoh tu memang kekal dengan walaun PAS gamaknya...


KOH KOH KOH… 


Anyway... kita mungkin berpeluang melihat perangai dan suara walaun PAS ni tak berapa lama lagi... tunggulah masa urusan penentuan kerusi untuk PRU15 yang aku jangka akan dibuat sama ada pada penghujung tahun 2021 atau sebelum pertengahan tahun 2022... Ini kerana penggal Parlimen ini akan tamat pada 2023... itu kalu kita nak kira ikut 5 tahun... tapi biasa la... mana ikut sangat pun...


Aper pon... kita boleh tengok perang Walaun dan Macai nanti masa pembahagian kerusi Parlimen dan DUN untuk PRU15... masa tu luorang sediakan la jajan, pop corn dan air kola...


KOH KOH KOH… kita layannn...


So... tengah malam semalam harga petrol naik... 


YAHOOO!!



27 POSTING. LAGI BERITA MENYUSUL

 Image may contain: text that says "A GENTLEMAN MAKES COMMITMENTS. A LOSER MAKES PROMISES. QUOTESLIFE101.NET"

‘Pulang ke lubuk’, Khaled gesa ahli kekalkan UMNO parti haluan sederhana


Khaled Nordin berkata, walaupun UMNO sudah kembali ke Putrajaya, akar umbi perlu kembali kepada realiti sebenar kerana ujian sebenar buat parti itu ialah di medan PRU15. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin mengingatkan akar umbi UMNO untuk terus menjadikan UMNO sebagai parti memperjuangkan budaya politik pertengahan dan kesederhanaan, susulan timbul persepsi dan suara mendakwa ia mula menjadi parti bersifat “ultra Melayu Islam” selepas menjalin kerjasama politik dengan PAS.

“Ada mendakwa UMNO kini memainkan sentimen politik identiti sebagai senjata demi kemenangan politik jangka pendek. Saya ingin menegaskan populisme berasaskan ras dan kaum atau ethno-populism bukan cara UMNO untuk menawan dan mengurus Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Disebabkan itu, katanya, Barisan Nasional merupakan jenama politik sebati dengan masyarakat majmuk di Malaysia kerana membawa ideologi bersifat sederhana dan pendekatannya berasaskan muafakat serta pentadbirannya berhasil membangunkan Malaysia moden.

“Saya tegas dengan pendirian bahawa UMNO dan PAS adalah kekuatan politik yang ampuh. Namun, saya juga tegas mengatakan UMNO memerlukan BN untuk mengurus sokongan bukan Melayu, Sabah serta Sarawak.

“BN mesti terus menjadi jenama politik yang diperjuang dan dikukuhkan oleh UMNO, MCA dan MIC. Masakan hanya kerana tewas sekali, kita tinggalkan BN, membiarkan ia hidup segan mati tak mahu. Kerana itu BN mesti digelorakan semula, ia mesti diperjuangkan.”

Khaled berkata, walaupun parti yang ditubuhkan sejak 1946 itu sudah kembali ke Putrajaya, akar umbi parti perlu kembali kepada realiti sebenar kerana ujian sebenar buat parti itu ialah di medan pilihan raya umum akan datang.

“Janganlah kita lupa kuasa yang kita miliki waktu ini, dirampas tanpa mandat rakyat sebenar. Ingatlah, akhirnya dalam sedikit masa lagi, rakyat jua yang akan menentukan destinasi UMNO seterusnya.

“Saya tidak mahu wujud sikap sombong dalam diri kita. Sikap lupa daratan. Sikap tuan yang senantiasa hebat, dan yang tidak berkesudahan. Hikmah Melayu berpesan ‘bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya’, namun kita bertindak sebaliknya.”

Katanya, ahli UMNO seolah-olah melupakan langsung usaha pembaharuan parti, walaupun pernah dihukum rakyat.

Baginya, tidak mustahil situasi sama pada PRU14 berulang lagi.

“Apatah lagi bila kita hanya dilayan sebagai ‘penumpang’ dalam kerajaan sekarang.”




“Tiada kompromi”, UMNO Perak mahu tandingi semua kerusi dimenangi ‘pengkhianat’

 

Saarani Mohamad berkata, UMNO masih mempunyai ramai lagi ahli yang setia kepada parti sebagai ganti kepada mereka yang mengkhianatinya.

TAIPING: Ketua UMNO Perak, Saarani Mohamad mahu semua kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu ditandinginya, walaupun wakil rakyat terbabit sudah melompat ke parti lain.

“Semua kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU-14, tetapi dikhianati wakil yang kita amanahkan, maka kerusi itu hendaklah dikembalikan kepada UMNO pada PRU-15.

“Di Perak ini, kawasan Parlimen Larut, Bagan Serai, Bukit Gantang, kawasan DUN Tualang Sekah dan Sungai Manik asalnya dimenangi UMNO.

“Tidak ada kompromi dalam hal ini. Kembalikan kepada UMNO kerana kita masih mempunyai ramai lagi ahli yang setia kepada parti sebagai ganti kepada mereka yang mengkhianati kita,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Larut.

Beliau yang juga menteri besar dan pemangku ketua UMNO Larut berkata, walaupun pembahagian kerusi belum dimuktamadkan, UMNO perlu mempunyai pendirian tegas terhadap hak dan kedudukannya.

Kerusi Parlimen Larut diwakili Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, yang melompat ke parti itu selepas Barisan Nasional tumbang pada PRU-14.

Hamzah ialah bekas ketua UMNO Larut dan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Saarani berkata, UMNO bukan parti yang tamakkan darjat dan kuasa, tetapi sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam parti gabungan, kedudukan, dan kekuatannya perlu dihormati.

“UMNO bukanlah parti yang mengamalkan taqiyah atau tipu muslihat dalam bekerjasama, namun mengambil pengajaran daripada episod pengkhianatan pada PRU-14 dan kecurangan yang berlaku ketika Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, UMNO berhak berhemat menyusun langkah politiknya.

“UMNO perlu cermat mengenali siapa kawan dan siapa lawan,” katanya.



Umno dakwa PN tak mampu tarik sokongan bukan melayu

 


Umno dakwa PN tak mampu tarik sokongan bukan melayu

UMNO mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan Muafakat Nasional dan menolak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berpandangan PN tidak mempunyai daya untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

“Peranan tersebut telah diterajui oleh Muafakat Nasional. Perikatan Nasional juga tidak akan mampu untuk menarik sokongan bukan Melayu kerana dilihat sebagai peringatan politik parti berteraskan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

“Perwakilan bukan Melayu dalam Perikatan Nasional seperti hanya penyeri agar PN tampak berseri dengan dua tiga orang Menteri bukan Melayu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

UMNO sebelum berkata tidak akan menyertai gabungan itu sebagai salah satu parti komponen.

Malah, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan jelas bahawa mereka hanya mendokong kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Khaled lagi, penubuhan PN secara ‘ad hoc’ juga tidak mencerminkan ia mempunyai misi yang jelas untuk negara ini.

“PN tertubuh secara ad hoc hanya di peringkat ahli-ahli parlimen tanpa rujukan kepada ahli-ahli tanpa idealisme dan ideologi yang jelas dan tanpa misi yang strategik untuk Malaysia.

“Jalan ke hadapan adalah dengan kita mengukuhkan Barisan Nasional, BN adalah jenama politik yang sangat sebati dengan masyarakat majmuk Malaysia ada logiknya sederhana pendekatan yang berasas Muafakat,” katanya lagi.

Khaled sebelum ini berkata penubuhan ‘coalition over coalition’ atau gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.

Justeru itu katanya, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU).


Walaupun Pas ada dalam kerajaan, program maksiat ‘Miss Plus World’ tetap diadakan

 


Walaupun Pas ada dalam kerajaan, program maksiat ‘Miss Plus World’ tetap diadakan

Meskipun dibantah pelbagai pihak, penganjuran Miss Plus World Malaysia 2020, dijangka tetap diadakan di ibu negara pada malam ini.

Bagaimanapun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menegaskan penganjur perlu mematuhi janji sepertimana yang telah dipersetujui.

Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkata, Jabatan Agama Islam (Jakim) telah mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur pada 31 Disember lalu, sebelum mencapai beberapa kata sepakat.

“Antara keputusan yang dicapai ialah penganjur tidak akan melibatkan peserta Muslim (menggugurkan penyertaan) dalam acara yang dijadualkan pada malam ini.

“Tiada peserta wanita beragama Islam yang akan menjadi pemenang dan menjadi wakil ke Peringkat Antarabangsa di Miss Plus World USA.

“Peserta beragama Islam hanya akan menjadi pemerhati dan duduk di meja VIP (orang kenamaan),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu Nasrudin berkata, Jakim hanya bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur bagi program yang berbentuk meninggikan martabat wanita Muslim sesuai tuntutan ajaran Islam.

“Maka, besar harapan YADIM yang juga mewakili ratusan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan umat Islam di Malaysia, agar pihak penganjur komited dan menepati janji seperti yang dipersetujui bersama,” ujar beliau.

Namun, YADIM katanya tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.

Terdahulu, Pas dan YADIM membantah penganjuran program tersebut kerana disifatkan sebagai program tidak bermanfaat dan berunsur kemaksiatan.



KAH..KAH..TENGOK PERANGAI LEBAI, MASA PH PERINTAH MELALAK MACAM ANJING, MASA DEPA PERINTAH NAK AJAK ORANG PULAK...TAK MALU KAH?

 


Dah tak mampu hapus judi, Pemuda Pas ajak PH bantu

Dah tak mampu hapus judi, Pemuda Pas ajak PH bantu

Pemuda PAS hari ini mengajak semua parti politik sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk menggerakkan usaha membanteras segala aktiviti perjudian di Malaysia.

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata aktiviti judi menyumbang kepada kerosakan dan masalah sosial dalam sesebuah negara.

Menyatakan rasa terima kasih kepada senator DAP, Liew Chin Tong, yang membangkitkan isu pertambahan kekerapan cabutan khas judi di negara ini, Khairil Nizam berkata, Pemuda PAS yakin parti itu juga mahu memastikan Malaysia bebas daripada judi.

Justeru, Pemuda PAS berbesar hati mengajak pimpinan-pimpinan DAP, serta parti-parti lain dalam PH mahupun PN untuk bersama-sama membanteras terus segala aktiviti perjudian di Malaysia.

“Semoga Malaysia terus maju pada tahun 2021 tanpa judi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Liew membangkitkan pesoalan mengenai kekerapan cabutan khas ramalan nombor empat digit daripada lapan kali pada 2020 kepada 22 kali pada tahun ini.

Katanya cabutan khas perjudian itu dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu apabila kerajaan memberi keizinan.

Asalnya kekerapan cabutan itu ialah tiga kali seminggu.

Menurut Liew sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas berkenaan disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.

Minta jumpa menteri kewangan

Pada 2017, kerajaan mengutip RM238 juta daripada cabutan khas tersebut walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi.

Untuk rekod, PAS adalah sebahagian daripada parti komponen PN selain Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Umno pula sudah berkali-kali menegaskan keengganan parti itu untuk menjadi sebahagian daripada PN.

Khairil Nizam berkata Pemuda bimbang dengan langkah kerajaan membenarkan kekerapan cabutan khas itu dikembalikan semula kepada 22 kali seperti sebelum PRU ke-14 lalu.

Tengku Zafrul

 

“Sekalipun kekerapan cabutan ini bertujuan untuk menambahkan pendapatan negara bagi usaha mengekang wabak Covid-19 – seperti kali pertama ia mula diperkenalkan pada 1999 semasa wabak virus Nipah – Pemuda PAS berpendapat ianya bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Judi adalah haram di sisi Islam, selain akan menambah lebih banyak masalah sosial dalam kalangan rakyat. Masih ada jalan lain yang boleh digunakan, tanpa perlu menambah kekerapan cabutan ini,” katanya.

Sebagai alternatif, kata Kharil Nizam lagi Pemuda PAS mencadangkan agar peruntukan mengekang penularan wabak Covid-19 ditambah melalui pendapatan sedia ada.

Pemuda PAS juga katanya mencadangkan agar kerajaan menggalakkan usahasama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk menampung kos mengekang wabak tersebut.

“Bagi menunjukkan keseriusan kami menzahirkan ketidaksetujuan dengan cadangan itu, Pemuda PAS memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan serta Kementerian Kewangan.

“Kami sedia berbincang bagi mencari jalan terbaik menambah pendapatan negara untuk mengekang wabak Covid-19, selain membentangkan solusi bagi mengawal dan mengurangkan aktiviti judi di dalam negara,” katanya.

KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG ISU KWSP DAN MORATORIUM

 KENYATAAN MEDIA

2 Januari 2021 


Saya mengambil maklum keluhan ramai terutamanya melibatkan isu moratorium pinjaman sewa beli kenderaan yang didapati hanya janji dan harapan palsu oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). 


Saya mendapati moratorium pinjaman sewa beli kenderaan ini datang bersama kos yang lebih besar dan menambah beban rakyat. Pelbagai syarat yang dikenakan juga terus merumitkan keadaan, dan ini tidak membantu rakyat di bawah yang saat ini masih terhimpit dengan dampak wabak COVID-19. 


Sebagai kerajaan yang kononnya peduli dan prihatin terhadap nasib rakyat susah, adalah tidak wajar perkara sebegini dipandang enteng dan diambil mudah. Saya menggesa kerajaan dan Menteri Kewangan untuk membetulkan perkara ini sesegera mungkin. 


Kerajaan juga harus menjelaskan dengan lebih terperinci jumlah sebenar yang terpaksa ditanggung kerajaan Malaysia dan para pembayar cukai akibat pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).


Justeru segala pernyataan yang dibuat Menteri Kewangan semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar dipercayai terutamanya berhubung soal pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), moratorium dan juga projek mega HSR. 


Jika benar seperti yang dilaporkan, ini secara tidak langsung telah mendedahkan lagi kelemahan kerajaan PN dalam membuat sebarang keputusan besar buat negara dan rakyat.


Ketidakstabilan dan goyahnya kerajaan hari ini memberi imej dan reputasi yang buruk kepada negara tatkala ia akan menanam ketidakyakinan kepada negara-negara luar untuk mengadakan rundingan atau untuk mencapai sebarang persetujuan dengan Malaysia. 


Ia memberi petunjuk bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang tidak boleh digantung harap. 


Perkembangan ini memburukkan keadaan tatkala negara dan rakyat masih bergelut dengan situasi ekonomi pandemik saat ini.


ANWAR IBRAHIM



GST tidak wajar dilaksanakan semula – Lim Lip Eng


Lim Lip Eng says sorry for sharing FB post over khat issue | The Star

GST tidak wajar dilaksanakan semula – Lim Lip Eng

Ahli politik dan rakyat marhaen membantah cadangan kerajaan Perikatan Nasional ingin mengkaji perlaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, GST akan meningkatkan harga barang dan menaikkan kadar kemiskinan dalam negara.

“Kerajaan tidak harus membebankan rakyat lagi. Ramai orang sudah hilang kerja ataupun dikenakan potongan gaji. Rakyat sedang mengalami kesukaran menampung perbelanjaan bulanan apatah lagi kalau ada GST dan banyak barangan akan mengalami kenaikan harga. Jika GST dilaksanakan semula, jumlah warga B40 pasti akan meningkat.

“Adakah ini cara untuk mengurus-tadbir pada masa negara dilanda wabak Covid-19? Isu GST akan menguji keprihatinan kerajaan terhadap rakyat,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.

Tinjauan ke atas seorang pemilik kedai barang elektrik di Kepong, Kuala Lumpur bernama Prakash juga mendapati beliau tidak bersetuju sekiranya cukai itu dikembalikan.

“Kalau GST kembali, ia akan membebankan lagi rakyat pada masa wabak Covid-19 ini. Sekarang pun, rakyat dari golongan B40 sudah mengikat perut.

“Begitu juga dengan orang yang perlu membayar balik pinjaman bank. Keluarga yang ada beberapa anak yang masih bersekolah akan ditekan apabila GST dilaksanakan semula,” katanya.

Bagi Pemilik kedai barangan logam, Anne Lee yang berumur 65 tahun beliau berkata, kerajaan tidak boleh melaksanakan GST pada zaman wabak Covid-19. Sebaliknya beliau menggesa kerajaan berjimat-cermat ataupun mengikat perut dalam hal urus-tadbir.



(function() { var d = document, w = window; w

BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

  Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka October 27, 2021  Veteran UMNO mendakwa ...