DUDUK DALAM KERAJAAN UMNO DITINDAS CERDIK KAH ?

 


Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

Umno keluar PN hanya untungkan Mat Sabu dan Anwar, kata Bersatu

UMNO oh UMNO

Pada tahun 2016, sebelum Bersatu ditubuhkan, saya tidak pernah jemu memberi ingatan pada kepimpinan UMNO akan bahana yang bakal menimpa sekiranya terus berdegil mempertahankan pemimpin yang bermasalah. Tidak pernah disuruh, diarah mahupun diupah oleh sesiapa, terus menerus menulis di Facebook tentang kekalahan yang bakal menimpa UMNO pada PRU14. Sedar diri, siapalah yang mahu melayan kata-kata Pemuda UMNO peringkat kampung pada ketika itu.

Kerakusan dan kesombongan kebanyakan pemimpin UMNO tidak dapat dibendung lagi. Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Naib Presiden Dato’ Shafie Apdal digantung, Bendahari Agung digugurkan dan banyak lagi pimpinan bahagian serta ahli cawangan yang digantung dan digugurkan. Usaha untuk membaiki UMNO pada waktu itu menemui jalan buntu.

Ia akhirnya menyebabkan bekas-bekas pemimpin UMNO bertindak menubuhkan satu parti baru bagi meneruskan kesinambungan perjuangan orang-orang Melayu andainya UMNO tumbang selepas PRU14. Ramalan saya selaku bekas ahli UMNO no. keahlian 03272020 menjadi nyata.
UMNO tumbang!
Bukan hilang beberapa negeri seperti PRU12 dan PRU13, tapi gelombang rakyat telah meranapkan UMNO dari pentadbiran diperingkat Persekutuan!

Pengajaran dan penghinaan yang diberikan oleh rakyat pada 9 Mei 2018 kepada UMNO nampaknya seakan tidak mendatangkan bekas pada sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini. Tangan yang kami (Bersatu) hulurkan selepas 22 bulan UMNO menjadi pembangkang telah dianggap serong, malah dituduh cercanya Bersatu umpama ‘ular lidih hendak memakan naga’ katanya.
Baru beberapa bulan kembali berada ditampuk kuasa, sombong dan angkuh kembali menguasai hati kebanyakan pemimpin UMNO!

Agenda persidangan UMNO diperingkat Bahagian selama 3 hari bermula 1 Januari ini telah ‘diracun’ awal-awal oleh beberapa pemimpin UMNO. Kononnya, “kita tunggu pendapat ahli-ahli akar umbi berhubung kedudukan kita dengan Perikatan Nasional.”
Rakyat tidak bodoh, bukan pendapat ahli akar umbi yang sebenarnya diminta, tetapi lebih kepada memuaskan kerakusan beberapa pemimpin UMNO yang lebihnya.

Terpulanglah hendak beranggapan apa kepada penulisan ini. Takut UMNO tidak bersama maka parti yang saya dokong iaitu Perikatan Nasional akan tewas?
Saudara, sebelum PRU14, saya memilih terjun menjadi pembangkang bukannya diarahkan oleh rakyat menjadi pembangkang.
InsyaAllah, rasa takut kepada kekalahan itu jauh sekali.

Sekadar mahu menasihati buat kesekian kalinya pada saudara-saudara seagama sebangsa, kepada pemimpin-pemimpin sebuah parti yang dahulunya didukungi sepenuh hati oleh arwah datuk dan arwah ayah saya,

UMNO PERLU HENTIKAN USAHA-USAHA BEBERAPA PEMIMPIN DAN AHLI UMNO YANG MAHU BERPISAH DENGAN PERIKATAN NASIONAL. USAHA INI LEBIH MENGUNTUNGKAN ANWAR IBRAHIM, MAT SABU DAN DAP BERBANDING UMNO ITU SENDIRI.

JIKA INI BERLAKU, UMNO AKAN DIHUKUM OLEH RAKYAT DENGAN LEBIH TERUK PADA PRU15!

Qulil Haq Walau Kana Murron.

No comments: