GST tidak wajar dilaksanakan semula – Lim Lip Eng


Lim Lip Eng says sorry for sharing FB post over khat issue | The Star

GST tidak wajar dilaksanakan semula – Lim Lip Eng

Ahli politik dan rakyat marhaen membantah cadangan kerajaan Perikatan Nasional ingin mengkaji perlaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, GST akan meningkatkan harga barang dan menaikkan kadar kemiskinan dalam negara.

“Kerajaan tidak harus membebankan rakyat lagi. Ramai orang sudah hilang kerja ataupun dikenakan potongan gaji. Rakyat sedang mengalami kesukaran menampung perbelanjaan bulanan apatah lagi kalau ada GST dan banyak barangan akan mengalami kenaikan harga. Jika GST dilaksanakan semula, jumlah warga B40 pasti akan meningkat.

“Adakah ini cara untuk mengurus-tadbir pada masa negara dilanda wabak Covid-19? Isu GST akan menguji keprihatinan kerajaan terhadap rakyat,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.

Tinjauan ke atas seorang pemilik kedai barang elektrik di Kepong, Kuala Lumpur bernama Prakash juga mendapati beliau tidak bersetuju sekiranya cukai itu dikembalikan.

“Kalau GST kembali, ia akan membebankan lagi rakyat pada masa wabak Covid-19 ini. Sekarang pun, rakyat dari golongan B40 sudah mengikat perut.

“Begitu juga dengan orang yang perlu membayar balik pinjaman bank. Keluarga yang ada beberapa anak yang masih bersekolah akan ditekan apabila GST dilaksanakan semula,” katanya.

Bagi Pemilik kedai barangan logam, Anne Lee yang berumur 65 tahun beliau berkata, kerajaan tidak boleh melaksanakan GST pada zaman wabak Covid-19. Sebaliknya beliau menggesa kerajaan berjimat-cermat ataupun mengikat perut dalam hal urus-tadbir.



No comments: