MUKTAMAT....WALAU DIPILIH ISTANA PAS AKAN MENOLAK

CUMA HATI HATI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PEMBUBARAN DUN KERANA MUHYIDDIN MENGGAMBARKAN JIKA BERLAKUNYA PILIHANRAYA.

Mat Sabu: PAS akan tolak jika ditawar MB S'gor

 

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

KENAPA HADI BERUBAH?

Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3, dan beliau tidak bernafas selama 3 minit sewaktu rebah di Turki.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.  


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014. 

 Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.

Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.


Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
  Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.

Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.

Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014.


Presiden PAS sedar realiti, separuh ahli adalah reformis

Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, ucapan Hadi di Marang meminta pengkritik beliau dalam parti agar menubuhkan parti serpihan amat mengejutkan.

Islam tidak menggalakkan perpecahan jemaah. Apatah lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak toleran sama sekali dengan kritikan.

Penyokong bawahan PAS tidak dapat menerima seorang presiden yang tidak boleh ditegur sedangkan sahabat nabi khalifah Umar r.a ketika bertanya adakah sahabat akan menegurnya jika beliau berpaling dari perjuangan Islam, lalu seorang sahabat menghunus pedang dan berkata pedang itu akan menegur Umar. Umar bersyukur kerana beliau akan sentiasa dipantau sahabat. Hadi sebaliknya meminta pengkritiknya keluar parti dan menubuhkan jemaah lain.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya.

Penganalisis politik berpendapat Hadi telah dinasihati oleh segolongan oportunis dalam PAS. Golongan ustaz muda itu menurut mereka telah menguasai sebarisan ulama-ulama yang melihat Melayu lebih utama berbanding perjuangan PAS sebelum ini yang mengutamakan Islam berbanding kaum.

Keangkuhan Hadi mendakwa PAS akan terus hebat jika ditinggalkan pemimpin, amat mengelirukan. Bukti sejarah mencatat setiap kali PAS berkrisis maka prestasinya dalam PRU amat buruk.

PAS kalah di Kelantan pada pilihan raya negeri 1978 selepas parti itu berpecah tiga akibat mainan politik Umno. PAS juga kalah teruk dalam PRU 1986 kerana tiada kepimpinan yang berkesan.

PAS hanya naik apabila berlaku krisis dalaman Umno dan tertubuhnya Semangat 46 pada pilihan raya 1990. Apabila S46 tidak berkesan pada 1995, PAS hampir tumbang di Kelantan. Parti itu kembali kuat pada PRU 1999 selepas Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998.

Oleh itu, di manakah kekuatan PAS sebagai parti yang telah lama bertahan itu? Hadi juga salah dinasihatkan oleh para politikus muda yang mengelilinginya. Kononnya ahli PAS yang mencecah sejuta orang itu menyebabkan PAS mampu bergerak sendiri.

Beliau tidak menyemak rekod kemasukan ahli yang banyak hanya berlaku selepas 1998. Sebahagian ahli itu adalah penyokong reformasi tetapi inginkan politik Islam. Sebaik sahaja Hadi membawa PAS keluar daripada lingkungan politik baharu dan mencaci Anwar maka mereka tidak lagi akan menyokong PAS.

Realitinya, PAS akan kalah teruk di Selangor, Perak, Johor, Pahang dan Pulau Pinang jika ingin meneruskan agenda Hadi menyerang pemimpin Pakatan.

Sebaliknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang didakwa serpihan PAS akan lebih berjaya dan mempunyai masa depan. Sehingga kini PasMa telah melakukan usaha radikal menubuhkan jawatankuasa di setiap negeri. PasMa mendapat sokongan para penyokong agenda politik baharu.

Dijangkakan separuh ahli PAS akan beralih arah sekiranya Hadi membawa PAS ke arah hala tuju baru. Memang PAS parti lama dan mampu bertahan, tetapi tanpa terlibat sama dengan arus politik perdana maka parti itu hanya akan menjadi parti kampung dan bergerak secara kecil-kecilan seperti pada 1980an.

Penyokong Cina dan India juga akan menarik diri kerana perjuangan agama semata-mata tanpa melihat dinamisme politik semasa tidak laku di kalangan rakyat yang matang berfikir.

Sebaliknya PasMa akan mengorak langklah jauh ke hadapan sebagaimana Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) pimpinan Tayyib Recep Erdorgan di Turki. Erdogan dan rakan-rakannya menubuhkan AKP apabila kumpulan reformis dalam Virtue Party di Turki meninggalkan parti itu.

Pemimpin asal Virtue Party kini menubuhkan Saadet Party yang menjadi saingan AKP dalam politik Turki namun tidak mendapat tempat di hati rakyat.

AKP mula memerintah Turki selepas pertama kali menyertai pilihan raya sehinggalah sekarang di mana presiden dan perdana menteri Turki kini adalah daripada parti itu.

Umno gembira PAS tolak Wan Azizah

Ucapan Presiden PAS Hadi Awang akhirnya mendedahkan sebab-sebab PAS tolak Wan Azizah untuk menduduki kerusi Menteri Besar Selangor yang berhantu itu.

Maka kali ini tamatlah riwayat teka teki kenapa sebelum ini PAS berdolak-dalik menyembunyikan cerita sebenar mereka tidak sepakat dengan Pakatan Rakyat walaupun telah  bersetuju dalam mesyuarat Majlis Presiden PR mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Dalam temubual di Marang, Hadi berkata: "Kalau daripada awal lagi dia (Azizah) tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin?”

Namun kebanyakan penyokong Pakatan mempersoalkan penolakan Hadi itu. Jika daya ingatan Hadi  masih kuat, tentunya beliau ingat PAS memberi sokongan padu ketika Dr Wan Azizah dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU 2008 lalu. Tidak pernah timbul kritikan dari Hadi atau pemimpin PAS yang lain menyebut Wan Azizah tidak tahu menjawab soalan sewaktu Azizah menjadi Ketua Pembangkang ketika itu.

Penyokong PAS juga keliru dengan komen Hadi yang hanya mengikut sedap mulut tanpa dukungan fakta seperti ini.

Menurut seorang veteran PAS yang penah rapat dengan kepimpinan tertinggi parti itu, perlantikan Dr Wan Azizah tidak akan melemahkan Pakatan sebaliknya akan menyebabkan Umno kecut perut di Selangor. Katanya, Umno tidak boleh lagi bermain-main dengan ahli politik Pakatan kerana Anwar menjadi pembantu Azizah.

“Saya berbeza pendapat dengan Tuan Guru dalam hal perlantikan Wan Azizah.

“Saya yakin dalam hal ini, Umno amat takut jika Azizah jadi MB sebab Anwar di belakangnya. Umno sangat takut sekali jika Anwar terlibat di Selangor

“Apa yang dijelaskan Tuan Guru (kelemahan Azizah) kelak akan memakan diri PAS sendiri. Hanya masa yang akan menentukan,” katanya.

Veteran PAS itu juga menyelar penasihat Hadi, segolongan pemuda yang tidak faham politik dan hala tuju masa depan politik pelbagai kaum di Malaysia. Katanya, para penasihat itulah yang merosakkan Hadi dan membawa kerosakan besar kepada PAS sekarang ini.

“Sayang seribu kali sayang Tuan Guru telah silap dan salah dinasihati oleh juak-juak yang nampaknya sangat dekat dengan agenda Umno.

“Saya harap para pejuang PAS yang sayangkan parti mengadakan solat hajat agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua,” katanya.

Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?

GREENBOC


Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan.

Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya.

Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.

Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS di dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menyerahkan isu MB Selangor ini kepada Jawatankuasa PAS Pusat, bukan kepada Presiden, bukan kepada Majlis Syura Ulama.

Sila tonton video di bawah:


Mengenai permintaan Sultan ang berkehndakkan lebi dari satu nama untuk calom Menteri Besar, itu adalah "permintaan" Sultan sahaja. Sebelum ni pun Pakatan Rakyat (termasuk PAS di dalamnya) hanya menghantar satu nama sahaja kepada Sultan sekalipun pihak istana telah meminta lebih dari satu nama. Petikan laporan BERNAMA sebelum ini:

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.


Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

TERKINI : HANYA WAN AZIZAH DICALONKAN SEBAGA CALON MB


 
 


PKR menafikan beberapa laporan yang berkaitan dengan pencalonan beberapa nama termasuk nama YB Azmin Ali, dan juga YB Idris Ahmad.

Beberapa portal dan blog menjelaskan kononnya PKR menghantar 3 nama kepada pihak Istana Selangor untuk mendapat pekenan Sultan.

Dr Wan Azizah merupakan calon tunggal yang di calonkan oleh PKR dan sokongan DAP dan 2 YB  dari PAS iaitu YB Saari Sungip dan juga YB Hasnul , dan membentuk 30 ADUN yang menyokong beliau sebagai YB.

PKR menghantar nama dan juga 30 SD bagi membentuk kerajaan Selangor dengan majoriti.