APA GUNA ANGKAT SUMPAH JIKA SUMPAH BUAT KERJA GILA KAN JANJI NAK BUAT YG BAIK2

MA.MURANO


Rahsia Kejahatan  Perlu Di Dedahkan

Rahsia Jahat Tak Boleh Di Rahsiakan


Angkat  Sumpah Janji Tak Buat Jahat

Bukan Akujanji Suruh  Ko  Buat Jahat


Jadi  Angkat  Sumpah  Itu  Untuk  Apa

Untuk Simpan  Rahsia  Buat Kerja Gila

Simpan  Segala  Rahsia  Kejahatan Ko


JUSTICE  OF  THE WILDERNESS




CUKUP LA DI HUJUNG USIA MASIH NAK KELENTONG LAGI.INGAT ORANG BODO KA?


Faezuddin Puad


1. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dua kali beliau mengaku tiada majoriti untuk bentuk semula kerajaan. Di para 18 dan 26 jelas beliau nyatakan "Anwar peroleh 92 sokongan dan saya cuma mendapat 62 sokongan".


2. Maknanya, sokongan yang Anwar dapat lebih daripada Tun. Anwar lebih kuat daripada Tun.


3. Kenapa perlu Anwar beralah dan serah jawatan PM kepada Tun? 


4. Pemimpin yang ada lebih majoriti dituduh gila kuasa, manakala pemimpin yang sikit sokongan nak jadi PM kali ketiga tak gila kuasa?


5. Kalau benar ikhlas nak tubuh kerajaan semula selepas dikhianati, kenapa tak serah saja kepada Anwar? Suruh saja 62 sokongan yang Tun ada untuk menyokong Anwar. Tun boleh berhujah "Sokong Anwar bererti sokong saya." Itu kalau Tun ikhlas la. Tapi apa kami nampak sebaliknya. 


6. Tun dah letak jawatan, kemudian nak jadi PM semula, Tun sedar tak apa Tun buat ni? 


7. Cukuplah Tun.




 

SIASATAN POLIS TERHADAP ANWAR TIDAK PATUT BERLAKU




Siasatan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana beliau mempersoalkan keabsahan darurat adalah tidak sepatutnya berlaku. 


Anwar telah meminta semakan kehakiman untuk melihat adakah pihak eksekutif telah memberikan nasihat yang betul kepada Yang Di-Pertuan Agong, bukan menentang tindakan Yang Di-Pertuan Agong. 


Maksudnya tuntutan semakan kehakiman ini dilakukan kepada terhadap eksekutif, bukannya institusi monarki. 


Beberapa pemimpin yang lain turut melakukan semakan kehakiman terhadap keadaan darurat yang sedang berlaku. 


Perkara ini bukanlah hal yang baharu, PAS juga pernah mempersoal Pengisytiharan Darurat 1977 di Kelantan. 


Mahkamah harus dibenarkan untuk mendengar semua hujah berkaitan isu darurat tanpa campur tangan pihak lain. 


Menggunakan pihak polis untuk menyiasat dan menekan wakil rakyat yang sedang berkhidmat dan Ketua Pembangkang menjalankan amanah semak dan imbangnya kepada pihak eksekutuf bertentangan dengan prinsip demokrasi. 


Hal ini akan tetap berlaku walaupun dalam keadaan darurat. 


Disebabkan hal ini, intimidasi terhadapnya tidak sepatutnya berlaku dan harus dikecam. 


NIK NAZMI NIK AHMAD

KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN

AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA



KALAU ANWAR.....

 





1. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Euromoney Magazine mengiktiraf Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia pada tahun 1993?


2 .Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Asia Money Magazine mengiktiraf Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996?


3. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai mengurus ' Ekonomi dan Kewangan ' Malaysia kenapa Anwar diiktiraf sebagai ' The Asian of the year ' oleh Asia Weeks Magazine pada tahun 1998?


4. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya menjadikan Malaysia sebagai ' Harimau Asia ' bermula dari tahun 1993 hingga 1998 dari sudut ekonomi dikalangan negara - negara Asian?


5. Kalau Anwar tak pandai ekonomi kenapa Anwar berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ' Untung ' ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan selama 7 tahun berturut-turut?


6. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI & KEWANGAN kenapa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia Pertama yang berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ' Untung ' atau pendapatan melebihi perbelanjaan?


Selepas Anwar Ibrahim sehingga sekarang tiada lagi Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan Budget Pendapatan melebihi perbelanjaan.


7. Kalau Anwar tak pandai ekonomi dan hal kewangan kenapa banyak negara yang mengambil Anwar Ibrahim sebagai ' Penasihat ' Ekonomi & Kewangan mereka?


Antara negara yang pernah mengambil Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan adalah Turki dan ekonomi Turki sekarang berada di tempat ke 7 terbaik di dunia dan tempat ke 3 terbaik dikalangan negara-negara Europah.


8. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai Mengurus KEWANGAN kenapa banyak negara meminta ' KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN ' dari Anwar antaranya Arab Saudi,Kuawit, Qatar,Bosnia, Singapura,Indonesia,Hong Kong,Korea dan banyak lagi?


9. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi dan Kewangan kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang membayar ' HUTANG LUAR ' Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun?


10. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya meletakkan HUTANG LUAR Malaysia ke paras yang paling rendah RM9.9 Bilion?


11. Kalau Anwar tak pandai mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang menulis surat kepada Bank Dunia pada tahun 1993 untuk menghentikan pinjaman kewangan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan yang terdahulu ( Daim Zainuddin )?


Anwar Ibrahim menghentikan PINJAMAN MALAYSIA DARI BANK DUNIA PADA TAHUN 1993 kerana Malaysia telah mampu berdikari pada ketika itu dengan budget pendapatan melebihi perbelanjaan.


12. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai hal KEWANGAN kenapa BANK DUNIA pada tahun 2008 mengakui Anwar Ibrahim sebagai ' Pakar Perunding Kewangan ' berdasarkan pencapaian CERMERLANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?


Anwar Ibrahim diakui sebagai Pakar Perunding Kewangan berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan yang berjaya mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia dengan baik bukan berdasarkan latarbelakang akademik.


13. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai EKONOMI kenapa EUROPEAN CENTRAL BANK pada tahun 2014 mengakui Anwar sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' berdasarkan pencapaian CERMELANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?


Anwar Ibrahim diakui sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan bukan berdasarkan latarbelakang akademik.


14. Kenapa Anwar Ibrahim difitnah dan dituduh budak dan tunduk kepada IMF ketika Malaysia mengalami ' KRISIS NILAI MATA WANG ' pada tahun 1997 dan 1998?


15. Ketika Malaysia menghadapi krisis nilai mata wang pada tahun 1997 dan 1998 yang amat terkesan adalah dikalangan ' Super Rich ' atau golongan yang MAHA KAYA,mereka adalah kroni kepada Mahathir dan Daim.Kesemua kroni Mahathir dan Daim akan muflis sekiranya tidak tidak diselamatkan.


16. Golongan maha kaya yang menjadi kroni Mahathir dan Daim termasuklah anak Mahathir sendiri ia itu Mirzan Mahathir yang memiliki MISC yang akan muflis atau bankrup sekiranya tidak di bail-out atau diselamatkan.


17. Mahathir memohon kepada Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu sebanyak RM2 Bilion untuk menyelematkan dan bail-out syarikat anaknya.


18. Anwar Ibrahim menolak permohonan Mahathir kerana Anwar berpendapat ia diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga wang atau khazanah rakyat dan ia sepatutnya digunakan untuk menolong orang miskin bukan untuk menolong golongan yang maha kaya,seperti anak-anak dan kroni.


19. Apabila Anwar menolak permohonan Mahathir akhirnya Anwar diusahakan secara terancang dengan menggunakan fitnah dan tuduhan yang direka agar dapat dipecat dari jawatan Menteri Kewangan dan menjadi ahli Umno.Selepas itu timbullah dan lahirlah fitnah dan tuduhan yang direka seperti budak IMF,agen Amerika,Liwat dan pelbagai fitnah untuk membunuh karakter Anwar Ibrahim.


20. Anwar Ibrahim pernah mencabar Mahathir berdebat sebanyak 3 kali.


21. Cabaran debat pertama mengenai isu IMF tetapi Mahathir menolaknya.


22. Cabaran debat kedua mengenai isu Liwat tetapi Mahathir menolaknya.


23. Cabaran debat ketiga mengenai Ekonomi tetapi Mahathir menolaknya.


24. Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berani kerana benar dan takut kerana salah.


Abdul Rauf Hj.Jainullah.




30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 

SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL ....TERIMA


 KASIH DIATAS SOKONGAN  ANDA


AWAS......


jkom hashtag on Twitter



Ucapan akhir DS Anwar Ibrahim di hadapan 5 hakim :


*1- Arifin Zakaria.*
*2- Abdul Hamid Embong*
*3- Md Raus Sharif*
*4- Suriyadi Halim Omar*
*5 -Ramly Ali.*

"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"

*ANWAR IBRAHIM*
*10 FEBRUARI 2015*






Percayalah Covid19 ini benar, ada kes lambat dilapor

 

Percayalah Covid19 ini benar, ada kes lambat dilapor

Hotel2 1-5 bintang bakal ditutup





May be an illustration of text


APA KATA PAKAR SELANGOR & DR SABAH

Pada asalnya saya ingin menulis mengenai nasib Hotel dan pekerja2 hotel yg merayu kerajaan membantu mereka. Niat hati ingin memberi pandangan bagaimana utk menyelamatkan industri ini. Tetapi saya mulakan dulu dgn ulasan pakar kesihatan sendiri mengenai Pandemik ini agar ia menyakinkan dan kaitannya.

Sebelum itu sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa Covid19 itu benar ( real ), angka itu benar, Covid19 itu bahaya kpd mereka yg mempunyai latar belakang penyakit kritkal itu benar dan ia boleh membawa kematian itu benar.

Kita tak pernah nafikan, yg kita persoalkan cara kerajaan menguruskannya. Benarkan rentas negeri kemudian tutup ekonomi. Lebih parah tiba2 darurat. Rakyat mula melihat seolah olah Pandemik ini dimanipulasi. Itu saja rungutan rakyat dan bukan tidak percaya Covid19. Marilah kita berdoa dijauhi dari terkena penyakit Covid19 ini.

Artikel ini agak akademik kerana ia diulas oleh pakar. Saya memilih 2 pakar, seorang agak serius perwatakannya dan seorang lagi jika anda mengikuti FBnya.... beliau seorang Dr yg kelakar.

Dlm masa yg sama, sewajarnya Tan Sri Noor Hisham berperanan menenangkan rakyat dgn jumlah angka ini. Sepertimana seorang Kapten Kapal atau Kapal Terbang....mereka tidak menimbulkan suasana panik dan mahu penumpang tenang walaupun dlm situasi yg genting.

Wajah serius TS itu sekadar membuat rakyat paranoid. Apa salahnya beritahu rakyat tidak panik kerana angka yg tinggi adalah kerana saringan yg besar dilakukan oleh KKM dan pihak swasta.

Jelaskan kenapa KKM lakukan saringan tinggi ini.. KKM bimbang katil tidak mencukupi dan bimbang ia berjangkit dgn mereka yg mempunyai penyakit kritikal. Jelaskan mengenai peratusan tinggi pesakit ringan berbanding 5-8% yg kritikal.

Kemudian jelaskan juga kebanyakkan kematian pula adalah mereka yg mempunyai latar belakang sakit kritikal... tidaklah rakyat panik Tan Sri. Tidaklah mereka yg makan gaji dgn kerajaan bertengkar dgn peniaga2 kecil... yg makan gaji mahu PKP dan yg berniaga mahukan ekonomi dibuka.

Hari ini TS Noor Hisyam juga mengakui angka yg tinggi kerana ada byk kestidak dilapor sebelum ini. Dlm maksud lain ada kes tertunggak yg menyumbang kpd jumlah yg agak tinggi. Malah beliau mengaku ada data tersebut adalah dari tahun 2020. Keabsahan angka yg menjadi tanda tanya sehingga berlakunya PKP dan darurat?

Jadi jgn la kita terlalu panik atau paranoid dgn angka tersebut. Saya sebenarnya suka juga PKP ini tetapi yg makan gaji dgn kerajaan juga mestilah sepanjang PKP bercuti tanpa gaji. Baru adil.. bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Masa itu baru kita akn dgr satu suara, "Buka ekonomi kami guru2 tiada duit mahu bayar rumah, kerata dan beli barang dapur !!!l"Description: 😂

Saya bersetuju dgn pandangan Dr Musa Mohd Nordin yg terkenal yg terkenal dgn kejujuran bila memberi pandangan. Ujarnya, "It’s all Doom and Gloom unless..."

___________________________________________________

Sebelum kita membaca beberapa ulasan Dr Musa Mohd saya ingin anda membaca ulasan Dr Rizin Kusop yg berasal dari Sabah. Kita santai2 dulu dgn ulasan Dr yg lucu ini. ( Komen beliau apabila kerajaan Sabah mahu 153,250 org pekerja ladang mahu disaringkan ).

"Ok saja bah kalau mau barabis saring ...

Kadar positif saringan kita sekarang adalah 5 peratus. Siapa yang pandai kira, cuba jawab berapa tu 5 peratus dari 153 250 orang.

Jawabannya, itu lah jumlah kes yang akan bertambah nanti. Ok saja bah kalau mau buat saringan ...

Yang tidak ok tu, pura pura takajut tengok jumlah kes naik, pastu kecoh sini sana, pastu minta kesian sini sana, pastu tutup periuk nasi orang sini sana, pastu tuduh menuduh, pastu stigma menstigma ...

Benda sudah dicari dan dijangka ... terima saja lah.

Sebelum mula saringan, pikir dulu mana mau letak 7 ribu kes baru yah ...

Sebelum itu dia juga menulis Dr Rizin menulis dgn sindiran lucunya...

"Ini pernah saya suarakan duuuuuuulu ..

(Oct 2020) Bahawa tidak perlulah saring semua kontak rapat, suruh kuarantin rumah sahaja dan hanya mereka yang bergejala sahaja perlu di saring.

Syukur lah KKM sudah mula mengurangkan bebanan frontliners.Buat apa yang perlu dan lojik sahaja bah. Virus sudah ada bersama dengan kita. Tidak perlu 'doing the impossible', nanti frontliners juga yg kesian."

* Adakah Dr Rizin seorang Dr yg tidak bertanggungjawab. Tentu bukan itu maksudnya tetapi dia mahu kita realistik. Kesihatan dan ekonomi mesti dikawal serentak. Sb kita sudah mengenali tahap bahaya kpd siapa Covid19 ini.

Sindir Dr Rizin... " Boleh bah kalau berdebat PKP. Tapi saya tgk penyokong dia semua bergaji tetap dan besar...terus saya padam respon sayaDescription: 😂Description: 😂Description: 😂"

Moralnya seperti saya ulaskan beberapa bulan lalu... siapa yg makan gaji mahukan PKP sb takut mati tetapi perniaga pula bila PKP rasa mahu mati.

Seperti saya katakan dlm beberapa artikel yg lalu... lebih banyak kita buat saringan kita akn perolehi angka yg tinggi seperti di Amerika, UK, Qatar, France, Jerman dan byk negara lagi

__________________________________________________

Di bawah ini pula adalah beberapa pandangan Dr Musa. Beliau juga memberitahu perkara sama bahawa angka ini tidak perlu menbuatkan rakyat panik. Apatah lagi di Selangor ada sejuta pekerja asing yg bekerja di kilang di negeri perindustrian ini.

Dr Musa juga tidak setuju dgn pendekatan kerajaan angka tinggi sahaja PKP dan tutup ekonomi. Itu tidak menyelesaikan masalah rakyat. Ia mesti berjalan serentak antara kesihatan dan ekonomi. Sewajarnya KKM mengambil pandangan Selangor Task Force Covid19 ( STFC ).

Malah beliau melahirkan kekesalan kerana pihak kerajaan Selangor dan STFC sendiri tidak mendapat maklumat data daripada KKM. Mengapa ia berlaku itulah yg menghairankan rakyat dan mula mencurigai ketelusan kerajaan menangangi Pandemik ini. Bukannya kita rakyat tak percayakan Covid19 tapi rakyat mahu ketelusan.

Ulasan beliau

"There is much misunderstanding about the COVID-19 situation in the country. In particular, the high rates in Klang Valley and the role of the only state task force, the Selangor Task Force on COVID-19 (STFC) Allow me to share a few points and insights for you to carefully consider".

1. Do not look at absolute numbers which the daily press releases only harp on. This is unthinking sharing of numbers which is a lousy description of disease epidemiology!

2. Numbers are misleading unless expressed as per population. Klang Valley is densely populated, of course the absolute numbers will be high. More importantly, look at where the positive cases are. SOCSO is aiming to complete testing of about 850,000 workers in KL & Selangor in January and February, so don’t be alarmed with the anticipated hikes in the numbers.

3. Look at incidence and infectivity rates expressed as per 100,000 or per 1,000 respectively (attached are graphs of incidence rates and infectivity rates for both cumulative and active cases)

4. One must understand the influence of demography and the socio-economic circumstances on the data

5. S’gor contributed 24% towards the national GDP

6. It is rich in industrial plants and factories. It therefore houses about 1 million registered migrant workers (MW) and probably similar numbers of unregistered MW. These communities are epicenters of COVID-19 due to their poor working and living conditions

7. And there are 100k refugees in the Klang Valley alone, another high risk community

8. To its credit, the STFC convinced Selangor government to purchase vaccines for both high risk communities

9. The state government has put aside X million for Y million migrant workers and refugees who would otherwise be the last in the hierarchy for COVID-19 vaccines, if ever at all

10. BTW Health is a federal matter. There is very little that any state can do without Federal blessings or intervention (except Sabah & Sarawak). Even when PH controlled state planned to roll out the Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV) well before the 2019 Budget, the BN YBMK blocked it. In many ways, if the STFC had not stepped in, did mass testing, rolled our POIS (Prevention of Outbreaks at Ignition Sites), allocated Z millions for FTTIS, the situation in Selangor would be far worse, critical even.

https://drive.google.com/.../1xV57W4JZcSj3SgNdM1y3kk.../view

11. Federal stopped sharing cases line-listing to STFC since 2 Oct 2020, at the onset of the 3rd wave. This severely hampered the state’s response and coordination of COVID-19 cases. Dr Dzul exclaimed “You ask us to box in the ring but you blindfolded us.” Cases began climbing from 10 Oct 2020 onwards. Now you go figure out why?

12. It is dishonest and misleading to point that Selangor‘s use of its own Contact Tracing system – SELangkah , is the reason why cases are spiraling out of control. Allow me to emphasize 2 points.

a. First, no contact tracing can be initiated if No Patient Data is shared (see 11). You can have the best Contact Tracing ecosystem in the world, but with no “case data”, CT cannot be initiated.

b. Second, quite to the contrary, when Selangor was actively using SELangkah , daily incidence were well controlled. Yes, there were still cases appearing, but we managed to trace it fast and clamp it down faster. On 18th of August, an announcement was made in the daily press conference, obligating all stores to use MySejahtera. Words on the streets went wild – stores were fined / harassed for displaying SELangkah QR code. Effectively, SELangkah Contact Tracing ecosystem died off when many shops no longer displayed it. During this period, and until today, MySejahtera was the exclusive Contact Tracing ecosystem operating in Malaysia. Post 18th August too, is the exact time when we saw case numbers climbing up. It doesn’t take much to figure that MySejahtera has failed not only Selangor, but the entire Malaysia when we consider the number of cases today.

13. If KKM is doing such an excellent job at crushing COVID-19, and flattening the curve, and STFC was terribly hopeless, the sequelae would be obvious, everywhere would be green and Selangor would be the only red state. Is that what is happening? Nope I am afraid.

14. And BTW other states, industries, agencies etc are buying in STFC’s POIS program and implementing it. This tripartite initiative between government-industry-NGOs pivots on 3 preventative strategies namely, enhanced public health measures, early detection testing regime and health education.

15. So STFC don’t just talk, but rolls out programs, mass testing, POIS, procuring vaccines etc to end the pandemic

16. In no uncertain terms, the KKM has failed in their back to basics of pandemic management. Their FTTIS is a colossal failure, and you can have cycles upon cycles of MCOs but if you do not get the basics of FTTIS right, you will fail to check the spread of COVID-19. Imagine the 1-2 days Turn Around Time (TAT) of STFCs strategy versus the 5-7 day TAT of KKM.

17. STFC since Oct 2020 has been trying to share information and new ideas with KKM but it is falling on deaf ears

18. IMARET went into Sabah with our RTK-Ag kits. This was when KKM was still adamant with PCR testing (they still are). We covered most of the islands off Tawau. We did not require to boat ride our tests to Tawau and then fly them to KL and wait for at least a few more days for the results. We diagnosed within 1 hour of testing, isolated the positive case, and completed contact tracing and quarantine within 1-2 days. This is how you bust a cluster and prevent sporadic spread, definitely not with the modus operandi of the KKM.

19. This is how we handled a disaster. We were well trained by our Public Health maestros and our generals in the military (Angkatan Tentera Malaysia). I remembered in Cox Bazar, the ATM’s top commanders, including their 1 and 2 star generals star were with us virtually all the time, dirty their hands, sweating out the only referral tertiary hospital serving 1 million Rohingya refugees.

20. With due respect, I would be still be wary of the Sabah and Sarawak numbers, and for that matter most states. I suspect they are under testing, like a Trump self fulfilling prophecy. Our postive rate is still above the WHO threshold at 5.8% as at 26 Jan 2021.

21. Whenever STFC through SELangkah Finds (the F in FTTIS) hotspots, IMARET, SelCare and JKNS and our team of volunteers will undertake mass testing of a few thousands at any one time

22. So in Selangor, STFC captures the asymptomatic/pre-symptomatic and not just the symptomatic which KKM only does, thus missing the forest for the trees

23. At the end of the day, we are in it together. If we refuse to learn from each other, and operationalize best Public Health practices we are in for a rough ride.

24. I hope the national task force as petitioned by the 46 top physicians, is rapidly recognized, accepted, and formalized to empower it to immediately re-strategize and transform the mindset, and policy at the top end of the KKM, so that the operations at ground zero will be a truly rapid response FTTIS which has zero tolerance for cases, clusters or outbreaks

25. MCOs are the blunts tools of those who have failed to operationalize the back to basics of pandemic management and in my opinion they should either seek a second opinion from the Task Force and/or gracefully exit to minimize further harm to the nation and allow the Task Force to steer the nation out of this COVID-19 conundrum and to protect the lives and livelihood of its rakyat.

26. Otherwise we are doomed! Allah bless Malaysia.

Esok saya akn mengulas bagaimana Pandemik Covid19 ini dlm masa yg sama kerajaan boleh membantu industri perhotelan dgn membantu puluhan ribu pekerja2 yg rata2nya warga tempatan.

Kredit : En

Norman Radzuan

 

 

OWHHH....EGONYA....

 

GINO MARVELA

Patutlah marah sangat ke Ebit, di katakan kawasan ESSSCOM...kawasan lanunlah, rupanya marah ke Ebit tu pasai tak jumpa Pegawai Daerah Sempoerna. Tak jumpa pegawai, tak dapat beri keizinan Ebit nak masuk.

Saman RM100k & penjara ebit selama 3 tahun?

#ajergampang


 May be an image of one or more people and text that says "SinarOnline @SinarOnline 6m Sinar "...apabila kita memasuki 'rumah', kita harus mengetuk 'pintu rumah' terlebih dahulu namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna." Pegawai Daerah Semporna #sinahaian Ebit pilu mist bantuan terpaksa Lew dihentikan Ebit Lew perlu maklum Pejabat Daerah Semporna sinarharian.com.my"

BIASA KALAU KOSONG MACAM TIN , MEMANG MENGADA.

 


Logo pun tak sah lagi, lagi mau sembang terbang tanding 50 kerusi.

Cuma nak tanya, ni stim Gajah ke Dunlop?

Pandai bikin kelakar, dah berkicap kena dengan TT pasal berkhianat pun masih tak nampak. Description: 🤭

 



Pejuang sasar tanding 50-60 kerusi Parlimen PRU15: Marzuki

malaysiakini.com
Pejuang sasar tanding 50-60 kerusi Parlimen PRU15: Marzuki
"Kita sasar, atau kenal pasti, kawasan-kawasan yang kita rasakan sesuai dengan dasar perjuangan (ideologi politik) kita..."

MUDAHNYA JADI UAMAK ?

 

MOHD MUKHLIS

Mudah kerja jadi ulamak, janji macam-macam, bila dah sampai deadline tahun 2021, dia boleh ubah target ke 2025 pula. Kira ulamak kalau menipu macam ni boleh ke masuk syurga?

Tapi depa tak kisah pun masuk syurga, sebab memang sekarang pun sudah dapat kuah soto, kuah satey boleh keluar dari kepala paip. Kalau syurga Allah ada manna dan salwa, depa punya ada aun dan biri-biri, mana nak jumpa nirvana yang boleh mandi sauna dengan teh tarik automatik dari tangki?

Takburrrr!


 May be an image of 1 person and text that says "Kelantan bakal nikmati air bersih 2025 Mutakhir Kelantan mohon RM1.7 bilion kerajaan pusat atasi masalah bekalan air terawat MuhandiMuhama Februari 2021 MYT MANIFESTO olo/iea Samadi Ahmad am@hmetro.com MENINGKATKAN KEMUDAHAN ASAS Artikel ini disiarkan pada Selasa, April 2020 @ 5:12 PM AHMAD: Kalauk ojrk tuka LEBIH -Gambar allBerama Rangkalan pemilik akaun terawat dijangka menikmati berikutan yang sedang Kerajaan Kelantan memohor ejumlah kerajaan pusat mengatasi bekalan terawat 00o bekalan dijalankan sehingga 2025. nekolan YIK Besarnya. pengurangan NRW) Yakob berkata, Janji 2021, tukar 2025, kemudian minta lagi duit?"

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...

 

Alfatihah

Pulangnya Seorang Lagenda Kpd Ya Khaliq

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un... Dukacita dimaklumkan Seniman Dato Hj Jamali Bin Shadat telah kembali ke rahmatullah. 3 feb 2021.

Mohon doakan semoga Arwah diampunkan dosa dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin. ..

.May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Metro Harian Metro 5 min #kualalumpur رَاجعون إِلَيْهِ وَإِنَّا لِلّهِ إِنَّا Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan'. t/2/075 /jamali-shadat-meninggal-dunia HMETRO.COM.MY Jamali Shadat meninggal dunia Kuala Lumpur: Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jam...‎"‎‎

AZMIN MENIPU DIRI SENDIRI


MAN TOBA


Azmin menipu diri sendiri bahawa keyakinan pelabur asing tidak terjejas dengan salah urus Pandemik Covid-19 oleh Kerajaan PN dan perintah darurat yang menggantung Parlimen. Dia ingat rakyat Malaysia bodoh macam pemfitnah JKOM



May be an image of one or more people and text




(LIVE) Bicara Anwar Ibrahim: Ulasan Mengenai Pelaksanaan PKP 2.0 Yang Di...

RAKYAT MAHU TINGKAT UJIAN COVID, KERAJAAN SIBUK NAIKKAN DENDA


KALAU KERAJAAN PN GENTAR, SEKURANG-KURANGNYA BIAR PARLIMEN BERSIDANG SEMINGGU

 

DULU DAN KINI

 May be a cartoon of text that says "DULU Kini support buy books @www zunar.my undi Rakyat horgaa Datuk Tadi Pengkhianat Pengkhianat Dapat Datuk! Fence eat padi! -mak Cik kiah"

DSAI JELAS TIDAK BOLEH DIUGUT ATAU DIBELI..!!


#Lawan Tetap #Lawan

DSAI akan bingkas bangun menentang jika dia diugut. Memang pantang dia kena ugut...!!

Perasan tak puak Anai2 PANtuk NANGOI KARTEL Oren Masam dan #K3 sejak Mac 2020 dok jaja fitnah KUNUNnya Mejah Z dah ugut DSAI dgn "kes tertentu" menyebabkan DSAI sabotaj OT95 supaya tidak boleh jd PM sekaligus PH tidak boleh jadi KERAjaan semula?

Ini jelas menunjukkan puak Oren Masam dan #K3 masih tidak kenal dan TIDAK faham ketegasan Pengerusi PH itu.

Wallahualam.

- Zus Din

03 Februari 2021

***********************

Dari FB wall MSO...

SILAP KALAU NAK UGUT ANWAR

Pemakluman Menteri Dalam Negeri Mejah Zainuddin yang "pak leh" telah buka kertas siasatan terhadap Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain ekoran tindakan Anwar hantar surat kepada yang diPertuan Agong disifatkan kenyataan berupa ugutan oleh Mejah.

Anwar meminta Mejah memahami isi surat ditulisnya itu dan cuba menguasai bahasa Malaysia (Melayu) sebaik mungkin.

Silaplah kalau Mejah nak ugut Anwar dengan menggunakan polis. Sebelum berbuat begitu patut buat diagnosis dahulu tentang sejarah dilalui Anwar. Sudah beribu ugutan dilemparkan kepadanya. Namun sebagai orang berprinsip dan yakin dengan ketentuan Allah, sedikit pun tidak mewalangkannya.

Anwar seorang yang bukan mudah menggadaikan prinsipnya kerana pelahap kepada kedudukan dan jawatan. Belum ada dalam catatan sejarah yang Anwar lompat parti kerana kejar kedudukan.

Saya kira Anwar tidak akan berganjak dan lari dengan keputusan yang dibuatnya berdasarkan prinsip bukannya bodek atau bercanggah dengan perundangan. Silap Mejah. Trims.

 


May be an image of text



HABUAN CAKAP PANDAI MAKAN RASUAH...KENA KERAT LA...

 Isa Samad disabitkan bersalah 9 pertuduhan rasuah

malaysiakini.com


AMARAN KPD ZAHID, NAJIB DAN MP-MP UMNO SUPAYA CEPAT-CEPAT SOKONG SEMULA ABAH KAU DAN KERAT??.

RASUAH | Bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak.


ZUS DIN


ALA ...INI BARU SIKIT NIH....

 

Rasuah: Isa Samad dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda RM15.45 juta

Firdaus Azil
Rasuah: Isa Samad dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan denda RM15.45 juta
Tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi, dan denda RM15.45 juta atas bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad atas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika menjatuhkan hukuman berkata, hukuman penjara enam tahun adalah untuk setiap satu pertuduhan, namun ia berjalan serentak.
Selain itu, beliau mengenakan denda RM15.45 juta, yang dipecahkan kepada sembilan pertuduhan ke atas bekas Menteri Negeri Sembilan itu.
Gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan, tambah Mohd Nazlan lagi, akan mengakibatkan tambahan penjara dua tahun..
Mahkamah mengambil maklum latar belakang tertuduh mempunyai rekod lama sebagai anggota pentadbiran kerajaan, sebagai Menteri Besar lebih dua dekad, dan sebagai Menteri Persekutuan.
“Tetapi Mahkamah mesti menekankan bahawa rasuah merupakan jenayah yang amat serius, mengganggu-gugat pertumbuhan ekonomi, menafikan hak rakyat, dan ia umpama barah yang melemahkan demokrasi dan keluhuran negara,” katanya lagi.
Rasuah | Isa Samad bersalah atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima wang secara berperingkat sebagai ganjaran membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Beliau dituduh menerima wang tersebut daripada Ikhwan Zaidel, iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pihak pembelaan yang diketuai Datuk Salehuddin Saidin sewaktu proses mitigasi memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi untuk meringankan jenis hukuman berdasarkan beberapa faktor.
Antara yang disenaraikan ialah faktor jasa Mohd Isa terhadap rakyat sepanjang 40 tahun karier politiknya, termasuk ketika menjadi Ahli Parlimen Jempol sewaktu berada di dalam parti UMNO dan Barisan Nasional.
Salehuddin berkata, selain itu, Mahkamah juga perlu melihat faktor bahawa ‘nature of the crime’ jenayah kolar putih yang dilakukan tidak memberi kesan besar kepada masyarakat secara keseluruhan, kerana jumlah wang yang disebut adalah RM3 juta.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz menegaskan bahawa jenayah kolar putih merupakan kesalahan yang amat serius, kerana Mohd Isa telah menyalahguna kedudukan yang mempunyai kepercayaan (position of trust) ketika melakukan kesalahan tersebut.
Afzainizam berkata, sepanjang perbicaraan, pasukan pembelaan cuba menimbulkan naratif bahawa Muhammad Zahid selaku Saksi Pendakwaan ke-21 cuba berkomplot untuk menganiaya Mohd Isa atas tujuan tertentu.
Tindakan itu, tegas beliau lagi, menunjukkan Mohd Isa langsung tidak mempunyai perasaan bersalah atau kesal dengan perbuatannya, sebaliknya hanya cuba mencari jalan keluar dengan meletakkan kesalahan atas pihak lain.
Afzainizam berkata, Mohd Isa juga langsung tidak cuba mengembalikan wang berkenaan kembali kepada FICSB, sebagai satu usaha membetulkan keadaan.
“Jika dua perkara ini dilakukan, saya bersetuju bahawa pihak Mahkamah boleh mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan ke atas beliau,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Afzainizam berkata, pihak pendakwaan memohon agar Hakim Mohd Nazlan mengenakan hukuman penjara 12 tahun untuk setiap pertuduhan berkuatkuasa hari ini, serta denda RM15.45 juta bagi memenuhi kriteria nilai lima kali suapan.
Jika gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, beliau berkata, Mahkamah perlu mempertimbangkan hukuman penjara tambahan 10 tahun.
Namun Salehuddin berkata, jika Mohd Isa cuba menunjukkan penyesalan, ia bermakna beliau sudah mengaku salah, dan seterusnya akan mengakibatkan percanggahan atau konflik di peringkat seterusnya.
“Itu yang patut kita imbangi, tambahan pula dengan sumbangan Tan Sri Isa kepada negara. Dengan itu Yang Arif, saya mohon dipertimbangkan dengan adil,” katanya lagi.









(function() { var d = document, w = window; w

ADAKAH KINI RAKYAT TELAH MELAKUKAN PENENTANGAN SECARA TERBUKA TERHADAP #KERAJAAN GAGAL.

  Beberapa simptom telah kelihatan. Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini. Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda, lelaki...