HA AWANG
Bila diluncurkan buku Memoir Tommy Thomas, Tiba tiba yang
melompat adalah peguam Mamak Hanif Kathri..Walhal Dalam memoir Tommy Thomas tak
sentuh pasal dia pun... Seolah olah Thommy Thomas tidak mematuhi etika sebagai
seorang Peguam dan Anak guam..
Tapi ketika pemerintahan PH, Hanif Kathri ni lah yang aku tengok
banyak berperanan disebalik Insiden insiden besar dalam Negara ini , Terutama
melibatkan sentimen dan Kelompok Ashabiyah.. kalau aku, Hanif Kathri ni lah
Peguam Paling tak guna..
Sebagai contoh, ketika Insiden serangan Kuil Mariamman, watak
Haniff Kathri juga muncul ketika menjadi peguam One City Development Berhad,
syarikat yang memiliki tanah Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield.. Kononnya dia
menafikan mewakili penyerang..tetapi hanya mewakili Syarikat dan kakitangannya
yang ditahan..
Ketika kelompok Ashabiyah memainkan sentimen Kedaulatan dan
Melayu dalam ratisikasi ICERD.. Dia juga antara Peguam yang muncul kuat
menentang Ratifikasi ICERD dengan mendakwa dan membawa naratif bahaya akan
ancaman konvensyen antarabangsa ICERD terhadap kedaulatan dan keluhuran
Perlembagaan Persekutuan, khususnya menyentuh kedudukan istimewa Melayu...
Ketika Yusuf Rawther melakukan Fitnah kononnya dia mendakwa
dicabul oleh Ds Anwar.. Peguam ini jugalah yang datang mewakili dan mengusung
Yusof Rawther dalam sidang Media....
Malah ketika berlaku pertikaian dalam Inkues Adib, Pertembungan
Peranan Peguam Negara.. Dia juga muncul secara tiba tiba mewakili Keluarga Adib
dan melakukan Permohonan Komital kepada Peguam Negara.. Kononnya bersimpati
dengan Adib..
Malah ketika Peguam Negara menggugurkan tuduhan keatas tahanan
LTTE... Sekali lagi dia muncul bagi mengkritik tindakan Peguam Negara
sebagaimana dia muncul ketika Kuil diserang dan Inkues Adib... Jadi sejarahnya
tak perlu lihat respon dari buku Memoir Thommy Thomas..dia antara penentang
Kuat Tommy Thomas dan Muncul dalam babak bak yang melibatkan sentimen
Perkauman..
Jadi Mamak Hanif Kathri ni tak payah Berlakon sangat lah.. Dah
lama peranan kamu sepanjang pemerintahan PH bagi aku sungguh
mencurigakan..Biarpun dia rapat dengan kem bersatu terutama Tun Mahathir..
Tetapi sebahagian tindakannya seperti menentang dasar PH itu sendiri..Dia
berperanan untuk Siapa ?
Jadi kalau nak banding Etika guaman... Peguam yang ada
Intergriti..Thommy Thomas jauh lebih Profesional... Standard Mamak Hanif Kathri
ini bagi aku sama lah dengan Peranan Shafie Abdullah yang mewakili Najib..
Peguam yang hanya akan muncul dalam babak babak Penting...
ipohmali