KES 1MDB NAJIB!!! TAHNIAH NAJIB RAZAK!!!



BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mendakwa seorang dari Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) pernah melobi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggugurkan kes berkaitan 1MDB terhadap International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi. Tommy mendedahkan perkara itu dalam buku memoirnya yang baru diterbitkan bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’. Ketika menjadi Peguam Negara, beliau memutuskan untuk memulakan prosiding undang-undang itu di United Kingdom (UK) selepas mengkaji perkara itu dan menyimpulkan bahawa pegawai UAE juga terbabit dalam pengubahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Setelah kes itu diajukan, seorang putera dari keluarga kerajaan UAE mengunjungi Perdana Menteri, ” kata Tommy dalam bukunya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh pertemuan itu berlaku, bagaimanapun seperti diketahui ramai saman terhadap IPIC dimulakan pada 30 Oktober 2018.


No comments: