Siasatan polis terhadap Anwar Ibrahim kerana beliau mempersoalkan keabsahan darurat adalah tidak sepatutnya berlaku.
Anwar telah meminta semakan kehakiman untuk melihat adakah pihak eksekutif telah memberikan nasihat yang betul kepada Yang Di-Pertuan Agong, bukan menentang tindakan Yang Di-Pertuan Agong.
Maksudnya tuntutan semakan kehakiman ini dilakukan kepada terhadap eksekutif, bukannya institusi monarki.
Beberapa pemimpin yang lain turut melakukan semakan kehakiman terhadap keadaan darurat yang sedang berlaku.
Perkara ini bukanlah hal yang baharu, PAS juga pernah mempersoal Pengisytiharan Darurat 1977 di Kelantan.
Mahkamah harus dibenarkan untuk mendengar semua hujah berkaitan isu darurat tanpa campur tangan pihak lain.
Menggunakan pihak polis untuk menyiasat dan menekan wakil rakyat yang sedang berkhidmat dan Ketua Pembangkang menjalankan amanah semak dan imbangnya kepada pihak eksekutuf bertentangan dengan prinsip demokrasi.
Hal ini akan tetap berlaku walaupun dalam keadaan darurat.
Disebabkan hal ini, intimidasi terhadapnya tidak sepatutnya berlaku dan harus dikecam.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA