Anwar hantar Surat Kepada Agong Mohon Batal Kontrak Israel

Oleh Erapakatan

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Mizan Zainal abidin bagi meminta segala hubungan dengan Apco Worldwide dan syarikat B system sdn bhd dan serta Asiasoft PLC. Asiasoft PL diberhentikan dengan segera.

Beliau juga memohon kepada Tuanku supaya menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal segala bentuk kontrak dengan Israel yang boleh menggugat keselamatan negara.

Anwar pada sidang media di Parlimen berkata beliau merujuk penjelasannya kali ini kepada beberapa surat yang diterimanya sebagai bukti yang diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin.

"Antara surat tersebut ialah Surat Pengarah Jabatan Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 sementara satu lagi surat dimajukan kepada Surat Pengarah Logistik 3 Disember 2008 kepada KSU," jelas beliau.

Kenyataan Akhbar

Kenyataan Akhbar

8hb April, 2010

Serangan Zaini Hassan ke atas Malaysiakini Tidak Wajar.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa kesal ke atas serangan editor kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan bahawa kononnya “bermula mereka, bermulalah masalah segalanya” dan menyifatkan editor malaysiakini sebagai “orang media yang berkecewa”.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang berpendapat bahawa Zaini Hassanlah "orang media yang kecewa" kerana tidak dapat bersaing dengan Malaysiakini. Media cetak yang dipimpin oleh beliau kini mengalami masalah yang besar kerana semakin tidak popular. Kebelakangan ini, ada laporan menyatakan cetakkan Utusan Malaysia jatuh teruk sehinggakan ke 30,000 sehari sahaja. Ini adalah tamparan hebat kepada sebuah akhbar arus perdana yang jualannya luas sehingga seluruh pelosok Negara.

Utusan Malaysia pimpinan Encik Zaini juga dimiliki UMNO dan terkenal dengan pelbagai tomahan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Ini menyebabkan banyak laporan Utusan Malaysia tidak objektif dan berat sebelah, malah banyak laporan yang tidak berasas seperti kes YB Teresa Kok. Baru-baru ini enam wakil rakyat Pakatan Rakyat di negeri Selangor juga mengutuk Utusan kerana laporannya tidak menghormati Sultan Selangor.

Sebaliknya portal media Malaysiakini merupakan media yang semakin popular. Mengikut laporan, ia mempunyai 1.6 juta pelangan buat masa ini. Mereka menerima lebih 37 juta layaran dan 750,000 mutan turun video sebulan. Oleh kerana laporannya yang objektif dan mendalam, ia menerima banyak anugerah dalam negeri baik dari luar Negara. Baru-baru ini, malaysiakini menerima anugerah salah satu Media terulung oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia.

Portal media malaysiakini membuktikan kepada Zaini Hassan bahawa ia bukan masalah kepada rakyat, malah berjuta-juta rakyat berpusu-pusu membayar kepada malaysiakini untuk mendapatkan berita yang adil dan objektif. Anugerah yang diterima oleh malaysiakini sekali lagi membuktikan bahawa ia disanjung oleh agensi media.

Parti Keadilan Rakyat mendesak En Zaini Hassan memohon maaf kepada malaysiakini kerana memperalatkannya sebagai alat “witch hunt” kepada Konvensyen Barisan Nasional demi motivasi ahli-ahli Barisan Nasional Selangor yang kian kehilangan semangat dan tidak ada hala tuju. Mereka seharusnya focus kepada kelemahan sendiri bukannya menyapukan segala masalah dalam tikar.

YB Sim Tze Tzin

Ketua Biro Komunikasi dan Media

Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang

Merangkap ADUN Pantai Jerejak.

019-472 8099

Fakta menarik dalam PRK Hulu Selangor

Fakta menarik dalam PRK Hulu Selangor

Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

Fakta menarik dalam PRK Hulu Selangor

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor yang penamaan calonnya akan diadakan pada 17 April ini manakala pengundian pada 25 April memiliki beberapa fakta uniknya tersendiri.

Umum mengetahui bahawa ini merupakan PRK yang pertama berlaku di Selangor dan yang pertama pada tahun ini.

Pertembungan antara Anwar dan Najib

Selain itu, PRK kali ini juga bakal menyaksikan dua tokoh yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerap bertembung dari pelbagai aspek dan strategi ke arah kelangsungan politik masing-masing.

Mereka ialah Ketua Umum PKR yang juga tokoh penting yang menyatukan Pakatan Rakyat dan seorang lagi ialah Presiden Umno, Najib Razak yang dilihat sebagai presiden terakhir BN mengikut teori RAHMAN.

PRK kali yang ke 10 ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 8 Mac 2008 juga menjadi pengukur kepada kedua-dua tokoh itu apabila menjadi pemimpin penting di Selangor di mana Najib ialah Pengerusi Umno manakala Anwar ialah Penasihat Ekonomi Selangor yang juga Menteri Besar Selangor ialah ahli PKR sendiri, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ejen Israel, Anwar jawab, Najib membisu

Anwar sebelum ini diakitkan dengan Yahudi tetapi telah dijawab dengan jujur dan berfakta di Parlimen manakala Najib yang terang-terang membawa masuk ejen Israel ke dalam negara sehingga mencemarkan instusi di raja selain mengancam keselamatan negara, sehingga kini kekal membisu berhubung APCO.

Malah Najib menikus untuk hadir ke sidang parlimen selain membiarkan askar upahannya untuk menjawab dan mengganggu ucapan Anwar di parlimen.

Keunikan ketiga ialah ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor adalah dari BN yang masing-masing dua dari Umno dan seorang dari MCA selain parlimen adalah kuota MIC.

Bagi PR, ketiga-tiga Dun itu ditandingipada PRU lalu masing-masing ditandingi oleh ketiga-tiga komponennya iaitu PKR, PAS, DAP selain peringkat Parlimen oleh PKR walupun sebelum ini kuotanya untuk PAS.

Hampir semua parti pernah bertanding di sini

Sesuatu yang unik juga berhubung kerusi ini ialah apabila hampir semua parti penting di semenanjung Malaysia termasuklah yang telah berkubur, Semangat 46 (S46) pernah bertanding di kerusi ini.

Umno bertanding dari tahun (1955-1959) sebelum digadaikan kepada MCA pada tahun (1959-1986), diikuti MIC (1986-2008) sebelum di menangi oleh parti paling muda dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sepanjang tempoh itu juga (1955-2008), parti seperti PAS, DAP dan S46 pernah meletakkan calonnya di situ.

Antara tokoh pembangkang yang pernah bertanding sebelum ini ialah Nazar Yakin daripada Semangat 46 (1995), Peng Kim Sing daripada DAP (1995), Dr Haili Rahmat daripada PKR (1999), Datuk Ismail Kamus daripada PAS (2004) seterusnya Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR memenanginya pada tahun 2008.

Blogger Umno bertanding calon bebas ?

Umno yang sebelum ini beriya-iya mahu meletakkan calonnya di situ sekaligus mahu merampas kuota sekutunya terpaksa berputih mata apabila Presidennya sendiri terpaksa menolak Umno dan menyerahkannya kepada MIC.

Umno difahamkan akan menaja calon tertentu untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes mereka dan antara nama yang disebut-sebut ialah seorang blogger.

Antara calon itu yang sehingga kini membelenggu Najib dan Samy ialah Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan, Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V. Mugilan selain G. Palanivel sendiri yang tumbang dalam PRU lalu.

Lain pula bagi PKR, walaupun parti itu baru menyambut ualng tahunnya yang ke 11 tahun pada 4 April lalu, namun calon yang ada untuk bertanding cukup ramai dan bukan calang-calang orangnya termasuklah dari kalangan tokoh pekerja, golongan professional, peguam, tokoh intelektual dan pemikir, pensyarah dan ustaz malah bekas menteri pun ada.

Mereka ialah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya merangkap Presiden MTUC, Syed Shahrir Syed Mahamod, bekas tokoh agama yang terkenal dan bekas pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Badrul Amin Bahron, Ketua Angkatan Muda (AMK) Malaysia yang juga seorang peguam, Shamsul Iskandar Md Akin, tokoh inteletual dan pemikir dan juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, pakar bedah saraf yang juga Bendahari PKR, Cabang Hulu Selangor, Dr Haili Rahmat, dan Penyelaras PR yang juga bekas Menteri berkaitan Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

Aliran pengundian

Hampir 53 peratus atau 34,020 daripada 64,500 pemilih berdaftar adalah pengundi Melayu manakala kaum Cina dan India masing-masing terdiri 16,964 pengundi (26.3 peratus) dan 12,453 pengundi (19.3 peratus).

Bagi BN dan PR untuk merebut pengundi Cina, pastinya tumpuan lebih diberikan kepada 13 buah kampung yang terletak dalam kawasan Kuala Kubu Bahru di mana 70 peratus daripada 16,964 pengundi Cina terletak di situ.

Bagi pengundi India, kawasan parlimen ini juga antara kawasan yang tertinggi di negara ini yang mencatatkan pengundi India yang tertinggi, dan itu antara sebab mengapa MIC bermati-matian mahu calonnya bertanding di situ dan menolak calon Umno.

Di sini juga seperti dakwaan Presiden MIC, Samy Vellu bahawa kira-kira 700 Ketua Cawangan MIC wujud di sini.

Namun, tidak ketahui sejauhmana sokongan itu masih berpihak Samy atau kepada musuh tradisinya selama ini dalam partinya iaitu Datuk S Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC bertahun-tahun.

Sejumlah 64,500 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos di mana 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

PRK kali ini juga bakal menyaksikan undi pos akan diadakan dua hari sebelum hari mengundi dan proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dilakukan di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Jom raikan penamaan calon

Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi di mana pusat mengundi akan melibatkan 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus dengan dibantu oleh tujuh penolong.

SPR telah menubuhkan enam pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B AKta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari hari penamaan calon sehingga tamat hari pengundian.

Samada Pakatan Rakyat akan kekal dan meraih majoriti lebih besar pada kali ini atau menyaksikan BN terus tersungkur di Hulu Selangor, jawapannya ada pada lebih 60,000 pengundi berdaftar di kawasan itu.

Shahrizat dan Ikan Masin

Shahrizat dan Ikan Masin

Oleh Noor Safinas Ghazali

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno yang menyifatkan pemberian RM100 kepada warga Emas di Pulau Pinang sebagai memalukan.

Idham berkata, kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang Ketua Menterinya, Lim Guan Eng adalah lebih baik berbanding BN yang hanya memberikan RM 100 tetapi untuk lima tahun.

Menurutnya, kenyataan Shahrizat itu sesuatu yang memalukan dan cukup menghina warga emas di negeri itu apabila dengan slambanya Shahrizat menyatakan ‘takziah’ kepada mereka.

“Islam tidak mengukur sebanyak mana nilai yang diberi, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.

“Bayangkan jika Guan Eng bagi RM100 untuk setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun kepada rakyat, mana lebih murah dan memalukan.

“Ertinya, nilai dan maruah orang Melayu Umno khususnya, cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM 2. Hanya RM 1.6666666666 sen sahaja sebulan.

“Realitinya UMNOlah yang sering meletakan nilai orang Melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering (ikam masin) dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihanraya,” katanya dalam satu kenyataan kepada erapakatan.co

Ceramah Atas Lori, Polis Tutup Suis Mikrofon

Ceramah Atas Lori, Polis Tutup Suis Mikrofon

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Sekali lagi ceramah Pakatan Rakyat (PR) dilangsungkan dengan semangat apabila aktiviti pentas pemuda 'Siapa Pengkhianat Negara' berlangsung di atas lori selain 3 buah kerusi turut dimuatkan di atas lori tersebut.

"Kita buat program parti dan tidak mahu menyalahgunakan hak milik agensi kerajaan. Jelas kita berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sering menggunakan dewan dan sebagainya untuk menyampaikan agenda mereka,"jelas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar ketika dihubungi erapakatan.com.

Namun beliau kecewa dengan tindakan pihak polis yang kelihatan terdesak dengan menghalang ceramah yang dijalankan oleh PR.

Pihak polis dilaporkan telah mula melakukan cubaan untuk mengepung pentas tersebut ketika ceramah dimulakan.


Namun hasil perbincangan antara pihak polis dan pemuda PAs serta Angkatan Muda Keadilan (AMK), pihak polis telah bersetuju untuk memberikan sedikit lagi masa untuk PR meneruskan ceramah tersebut.

"Walaupun PR memerintah Selangor dan berceramah di Bukit Beruntung, tetapi dia tak menyangka pada malam ini saya akan berceramah dari atas sebiji lori.

"Itulah antara bukti betapa PR tidak langsung mahu menyalahgunakan harta benda kerajaan dan pandai membezakan yang mana satu hak parti dan mana satu hak rakyat dan kerajaan," kata Ahli Parlimen Rasah (AP) Antony loke ketika memulakan ceramah beliau.

Namun Antony sempat berucap selama 45 minit apabila pihak polis bertindak menutup sius bekalan elektrik daripada sebuah gerai makan berhampiran.

Namun semangat pendengar apabila lebih 500 orang penyokong bertindak berdiri dan memnuhi ruang berhampiran 'pentas lori' tersebut untuk mendengar lebih jelas tanpa mempedulikan mikrofon yang tidak berfungsi.

Shamsul berharap rakyat dapat membuka mata dan melihat BN yang terdesak sehingga mengganggu setiap program yang dijalankan PR.

"Hal ini berlaku di hadapan mata mereka dan kita yakin rakyat bijak membuat keputusan dan pilihan," jelas Shamsul lagi.

Turut sama dalam program tersebut Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang sama-sama memberi semangat dalam program tersebut.

KATA MEREKA....KATA RAKYAT??????

KAKITANGAN POS MALAYSIA DI BERI KENAIKAN GAJI MULAI 1 JULAI. DALAM MASA YANG SAMA DAN TARIKH YANG SAMA JUGA HARGA STEM PUN NAIK HARGA...YANG BERKAITAN PUN NAIK JUGA.......


Naik gaji: Satu lonjakan bersejarah

KUALA LUMPUR 7 April - Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia (Upus) menyifatkan kenaikan gaji antara 11 hingga 19 peratus yang diumumkan semalam, sebagai satu lonjakan bersejarah.

Presidennya, Suffian Unoss berkata, ia merupakan satu sejarah apabila kadar gaji dan elaun Pos Malaysia setara dengan gaji dan elaun semasa kakitangan kerajaan.

Menurutnya, langkah itu telah meletakkan kerjaya Pos Malaysia berstatus tinggi serta mengikut keadaan ekonomi semasa.

''Kenaikan tersebut turut menaikkan moral kakitangan terlibat dan memberi motivasi kepada setiap kakitangan untuk terus meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan Pos di negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan kenaikan gaji antara 11 hingga 19 peratus melibatkan 15,000 kakitangan Pos Malaysia termasuk 1,880 posmen dan kerani pos yang akan menikmatinya berkuat kuasa 1 Julai ini.

Penstrukturan semula gaji berkenaan seiring dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (MEB).

Dalam pada itu, Suffian memberitahu, kenaikan tersebut memberi banyak manfaatkan kepada kakitangan berpangkat rendah iaitu daripada Pembantu Am Rendah, Ketua Penyelia Posmen, Kerani Pos biasa sehingga Penolong Kanan Eksekutif.

"Mengikut perjanjian enam CA (perjanjian bersama) antara Pos Malaysia dan kerajaan, Kumpulan Bukan Eksekutif (D) iaitu Gred P1 hingga P5 menerima kenaikan gaji pokok tahunan hanya empat peratus.

"Dengan insentif terbaru ini, dijangka kakitangan Pos Malaysia akan menikmati kenaikan sebanyak 15 peratus menjadikan 19 peratus.

''Ia juga melibatkan Kumpulan Bukan Eksekutif (C) yang menerima kenaikan yang sama,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengambil kira komitmen serta pengorbanan Pos Malaysia selama ini.

Add to  Google