LIMA KESAN MALANG JIKA ISMAIL SABRI TERMENJADI PM

 

Belum pun Mahiaddin Md Yasin menyerahkan surat perletakan jawatannya, usaha mencari penggantinya oleh kalangan dalam PN sendiri nampaknya sedang giat dilakukan.

Mahiaddin hanya akan menyerahkan surat perletakan jawatannya esok, Isnin 16 Ogos, tetapi pencarian pengganti itu sudah pun bermula sejak petang semalam lagi iaitu selepas Perdana Menteri memaklumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.

Sehingga ini nama yang ingin ditonjolkan sebagai Perdana Menteri ialah Ismail Sabri yang sekarang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak pasti banyak mana setakat ini sokongan yang telah diperolehinya dan tidak dipastikan juga sama ada Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menolak kepimpinan Mahiaddin sedia menyokong pencalonannya.

Begitu pun, jika akhirnya Naib Presiden UMNO itu berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru menggantikan Mahiaddin, berikut adalah lima kesan malang yang tidak dapat dielakkan:-

Pertama, apabila beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna kerajaan PN akan terus memerintah negara ini.

Dengan itu, kerajaan yang terus mentadbir negara adalah kerajaan gagal yang selama ini dikecam, dihentam dan dibenci rakyat, cuma bertukar nakhodanya saja.

Menteri dan timbalan menteri yang akan dilantiknya juga tidak mungkin banyak berbeza dengan menteri dan timbalan menteri lantikan Mahiaddin sedia ada.

Dengan itu, apa yang rakyat dan negara boleh harap ada perubahan jika yang mengambil alihnya adalah pewaris sebuah kerajaan yang gagal ?

Kedua, Ismail Sabri adalah pemimpin yang tidak akur dengan ketetapan parti apabila MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap Mahiaddin dan kerajaan PN.

Sementara 15 Ahli Parlimen UMNO menunjukkan kesetiaan dengan membuat surat akuan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong serta meletak jawatan daripada kerajaan, Ismail Sabri adalah antara 23 Ahli Parlimen UMNO yang terus degil menunjukkan kesetiaan menyokong Mahiaddin.

Jika beliau akhirnya menjadi Perdana Menteri, bermakna pemimpin UMNO yang patuh dan setia kepada parti telah tewas dalam perjuangan mereka, sebaliknya yang ingkar dan derhaka beroleh nikmat serta kejayaan.

Ketiga, idea awal mencalonkan nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri bukan datang daripada UMNO, tetapi datang daripada Bersatu atas kepentingan pemimpin parti itu untuk mengekalkan jawatan menteri dan timbalan menteri masing-masing dalam kerajaan.

Ismail Sabri dipilih kerana beliau lebih disenangi dan dipercayai untuk menjamin masa depan pemimpin-pemimpin Bersatu setelah ketiadaan Mahiaddin mengetuai kerajaan.

Jadi, Ismail Sabri ini Perdana Menteri daripada UMNO atau Bersatu?

Keempat, dalam masa terdekat, oleh kerana MCA, MIC dan PBRS yang merupakan anggota komponen BN yang pro PN dan Bersatu, adalah dijangkakan apabila Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, ketiga-tiga parti tersebut akan mencadangkan agar beliau mengambil alih jawatan Pengerusi BN daripada Zahid Hamidi.

Alasannya mudah saja, tidak masuk akal kiranya Perdana Menteri tidak mengetuai mana-mana gabungan yang mampu meletakkan dirinya lebih bertaring dalam mencengkam kuasa politik.

Maka, termenjadinya Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah juga titik malang buat Zahid Hamidi.

Kelima, dengan menjadi Perdana Menteri juga, desakan untuk memaksa pengunduran Zahid Hamidi atau mempercepatkan pemilihan UMNO bagi memberi laluan kepada beliau menjadi Presiden UMNO pasti akan lebih bergema lagi selepas ini.

Bersama penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebelum ini dianggap tidak sah, apatah lagi jika Menteri Dalam Negeri terus dikekalkan kepada Hamzah Zainuddin, memperceepatkan pemilihan sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Tajuddin Abdul Rahman dan lain tentu saja akan lebih “berkepak” ingin “menyepak”Zahid Hamidi daripada kerusi Presiden UMNO yang sedang didudukinya.

Logik mudahnya, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri mestilah segera dijadikan Presiden UMNO.

Sama seperti jawatan Pengerusi BN tadi, sekali lagi ini adalah titik malang buat Zahid Hamidi.

 (ShahbudinHusin 15/08/2021)



MENGARUT LAH DOK PUJUK PUAK KHIANAT PARTI NI....

 

Panas! PKR gagal pujuk kem Azmin sokong Anwar PM



Panas! PKR gagal pujuk kem Azmin sokong Anwar PM



Beberapa percubaan giat dijalankan Anwar Ibrahim untuk berunding dengan sekumpulan ahli Parlimen yang keluar dari PKR tahun lalu gagal dalam objektif bagi mengalihkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang tersebut, MalaysiaNow kini dapat mengesahkan.

Difahamkan bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang kini menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan menolak dengan tegas rayuan yang dilakukan beberapa utusan Anwar bagi berunding dengan mereka secara tertutup.

Salah satu pertemuan berlaku “minggu lalu”, kata pembantu kepada salah seorang ahli Parlimen PKR dengan syarat tidak dinamakan.

Pembantu itu turut mendedahkan bagaimana beberapa “pasukan perunding” ditugaskan berhubung dengan bekas ahli-ahli Parlimen PKR yang menyokong Langkah Sheraton tahun lalu sehingga menyebabkan Pakatan Harapan (PH) tumbang dari pentadbiran kerajaan.

Ketika ditanya apakah ahli Parlimen yang disasarkan termasuk Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin; yang dilabel “pengkhianat” oleh parti itu selepas memimpin kira-kira 12 orang ahli Parlimen keluar dari PKR, mengurangkan jumlah sokongan parlimen parti itu kepada kerajaan PH, pembantu itu menjawab, “Ya”.

“Dan ini berlaku ketika pasukan rundingan lain memberitahu cerita berbeza kepada ahli Parlimen lain bahawa parti mahu terima semula mereka semua kecuali Azmin dan Zuraida.”

Beberapa pertemuan itu berlaku selepas sebilangan pemimpin PKR diarahkan untuk mendapatkan jumlah sokongan yang diperlukan lebih awal sebelum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dan seterusnya membenarkan Yang di-Pertuan Agong menilai sokongan kepada calon-calon perdana menteri.

Difahamkan, beberapa pemimpin DAP tidak senang dengan kemasukan sekitar 15 ahli Parlimen Umno yang terpalit skandal rasuah seperti bekas perdana menteri Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

Semalam, MalaysiaNow melaporkan PKR dan Anwar bergantung kepada sokongan sekumpulan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin bagi memberi peluang kepada Anwar memiliki jumlah sokongan yang diperlukan bagi menjadi perdana menteri.

“Namun akhirnya, tiada seorang pun bekas ahli-ahli Parlimen yang keluar dari PKR itu setuju untuk kembali. Itu adalah satu hal yang memang sudah dijangka jika dilihat dengan penolakan keras mereka dengan cara Anwar menguruskan parti,” kata sumber itu.

UNTUK MEJADI PM BUKAN SAHAJA PERLUKAN KREDIBILITI KARISMATIK TETAPI HUBUNGAN LUAR YANG BERPENGARUH.INI TIADA PADA ISMAIL SABRI

 


Ismail Sabri hanya akan meneruskan kegagalan PN

Ismail Sabri hanya akan meneruskan kegagalan PN

Saya meneliti beberapa perbincangan di media sosial dan di kalangan para wartawan yang memberi andaian DS Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera bakal menjadi calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional, sekiranya TS Mahiaddin Md Yassin meletakkan jawatan esok.

Saya berpandangan ini adalah satu langkah salah yang tidak patut disokong Ahli-Ahli Parlimen, sama ada di pihak Pembangkang mahupun dari kalangan parti-parti Kerajaan.

DS Ismail Sabri sebagai seorang anak Pahang langsung tidak kelihatan mempertahan institusi Raja Berperlembagaan tatkala kenyataan Istana Negara 29 Julai lalu merakamkan rasa amat dukacita KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas tindak-tanduk ahli Jemaah Menteri yang ingkar titah perkenan Seri Paduka Baginda untuk membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen.

Memandangkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen, maka DS Ismail Sabri turut terlibat dalam keputusan Jemaah Menteri untuk tidak melaksana titah perkenan Seri Paduka Baginda tersebut.

Adakah ini tingkah laku seorang pemimpin yang patut diikuti, terutama oleh Ahli-Ahli Parlimen yang amat kuat mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan?

Bukan setakat itu, sebagai anggota kanan Jemaah Menteri, DS Ismail juga turut bersama bertanggungjawab di atas segala langkah dan dasar yang telah gagal dan secara langsung menjerumuskan negara kita ke dalam kancah dan kemelut yang kita saksikan hari ini. Ini termasuklah ‘total lockdown’ separuh masak, SOP yang dikuatkuasa secara ‘Antara Dua Darjat’, dan kelewatan pemberian vaksin sehingga kita saksikan natijahnya setiap hari dengan jumlah kematian yang begitu tinggi.

Oleh itu, mereka yang menyokong seorang Ahli Parlimen seperti DS Ismail Sabri
hanya menyokong diteruskan kegagalan Perikatan Nasional.

Malaysia perlukan tenaga baharu, konfigurasi kepimpinan baharu, malah mungkin juga sebuah jajaran baharu untuk memastikan kita mampu menyelesaikan masalah-masalah pandemik dan kebajikan rakyat secara menyeluruh dan bersama.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Umno, PAS tolak Ismail sebagai calon PM ‘caretaker,’ sokongan Ahli Parlimen turut ‘goyah

 

Umno, PAS tolak Ismail sebagai calon PM ‘caretaker,’ sokongan Ahli Parlimen turut ‘goyah’

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob (kiri) Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin (kanan) dicadangkan sebagai perdana menteri dan timbaln perdana menteri kerajaan baharu sekiranya Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan.

PETALING JAYA : Umno dan PAS tidak merestui cubaan Ismail Sabri Yaakob untuk dicalonkan sebagai perdana menteri “caretaker,” dan timbalan perdana menteri itu dikatakan bermasalah mengekalkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini menyokong beliau, menurut sumber.

Sumber itu berkata pucuk pimpinan Umno kecewa dengan tindakan Ismail “membelakangkan kepentingan parti “, dan sebaliknya cuba mendapatkan sokongan kalangan Ahli Parlimen Umno, Pejuang dan Amanah untuk dicalonkan sebagai perdana menteri “caretaker,” jika diperkenan oleh Istana Negara.

Menurut sumber itu, langkah Ismail itu didokong oleh Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, namun naib presiden Umno itu menghadapi masalah memperolehi sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen.

Pada masa sama, adalah difahamkan PAS menolak Ismail sebagai pilihan bagi jawatan perdana menteri dan sebaliknya menerima calon yang ditampilkan oleh Umno sendiri.

Jika Muhyiddin meletak jawatan esok, parti Islam itu dikatakan bersedia menyokong siapa sahaja calon daripada Umno untuk menjadi PM caretaker tetapi berpendirian “No Ismail, No Hishammuddin (Hussein).”

Menurut sumber Umno, selain ditolak PAS, Ismail juga sukar mengekalkan sokongan 23 Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini dikatakan bersama beliau.

“Ismail sendiri dan beberapa menteri Umno lain rasa tersepit apabila Muhyiddin mengadakan perbincangan dengan DAP, tanpa berunding dengan mereka,” kata sumber itu.

“Beberapa menteri ini membuat pengakuan dalam grup whatsapp bahawa mereka juga akan menarik balik sokongan,” yang diberikan sebelum ini,” kata sumber itu.

Beliau menyifatkan sokongan Ahli Parlimen Umno yang diberikan kepada Ismail sebelum ini, sebagai “goyah dan berpecah.”

Sumber itu merujuk kepada tindakan Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas kepartian untuk memperolehi sokongan pembangkang, termasuk DAP, bagi membolehkan beliau kekal perdana menteri.

Bagaimanapun Umno dan blok pembangkang menolak kerjasama itu, dan Muhyiddin dilaporkan akan meletak jawatan esok setelah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Susulan itu, sumber itu berkata Ismail tampil mahu dicalonkan sebagai perdana menteri ‘caretaker,’ tanpa persetujuan Umno.

“Petang ini beberapa pemimpin utama Umno difahamkan mengadakan perbincangan untuk menentukan calon Perdana Menteri parti itu untuk dipertimbangkan oleh Agong sekiranya diminta, kata sumber berkenaan.

“Bagaimanapun Ismail dan Mahdzir Khalid tidak dijemput dalam sesi perbincangan petang ini. Ismail, khususnya, dilihat masih mahu membelakangkan parti di saat saat genting ini,” kata sumber berkenaan.

Datuk Zaharin Hentam Pas. Dulu Peluk UMNO. Sekarang Tolak UMNO

JATUH DAN BANGUNNYA SEBUAH NEGARA KERANA PEMIMPINNYA


“Oleh itu, amatlah penting semua pihak dapat bersatu di bawah sebuah Kerajaan berjiwa rakyat yang mampu memperbetul segala kepincangan dan kegagalan PERIKATAN NASIONAL menjelang undi percaya terhadap Perdana Menteri nanti. “Ini supaya sebarang pengambil alihan Kerajaan hanya akan berlaku bersama pihak-pihak yang bersetuju dengan prinsip-prinsip dan landasan perjuangan termasuk reformasi institusi, tatakelola dan urus tadbir yang baik, dan institusi kehakiman yang bebas,” tegas kenyataan tersebut.

HIKAYAT CHAMP YANG DEGIL

Mahiaddin tiada pilihan; beliau perlu letak jawatan sekarang

 

Tanpa majoriti, kedudukannya tidak lagi dapat dipertahankan, apatah lagi beliau sudah pun hilang keabsahannya


Perdana Menteri Mahiaddin Yasin mengaku di dalam siaran nasional bahawa beliau tidak lagi mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Ia sekaligus meninggalkan beliau dengan dua pilihan: letak jawatan atau bubar Parlimen.

Tanpa majoriti, kedudukannya tidak lagi dapat dipertahankan, apatah lagi beliau sudah pun hilang keabsahannya.

 Dengan pandemik ini, pembubaran Parlimen bukanlah sesuatu yang senang, tambahan pula dengan apa yang berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah tahun lalu.

Semuanya di luar jangkauan Mahiaddin sekarang. Beliau bukan lagi di dalam kedudukan untuk menawarkan ‘dedak’ bagi menarik Ahli Parlimen pembangkang bagi menyebelahinya untuk memastikannya kekal berkuasa.

Langkah reformasi yang dicadangkan ketika siaran semalam cukup meyakinkan. Namun, beberapa siri siasatan ke atas aktivis dan pengkritik sungguh tidak meyakinkan bahawa pentadbirannya komited kepada norma dan reformasi demokratik.

Beliau mempunyai cukup banyak masa bagi memastikan ‘perjanjian keyakinan dan pembekalan’ dapat dijalankan dengan Ahli Parlimen lainnya. Namun, semuanya sudah terlambat. Panggilannya untuk semua parti politik bersatu, kononnya atas kepentingan negara, bukanlah sebuah tawaran yang baik, sebaliknya nampak seperti usaha menyelamatkan mereka yang akan kehilangan kuasa.

Peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan baru untuk menggubal sebuah rangka reformasi yang luas, yang lebih mendalam dari apa yang dicadangkan Mahiaddin. Parti pembangkang sepatutnya berganding bahu dan menawarkan alternatif progresif dan boleh dijalankan bagi mengurangkan beban rakyat dan membawa negara maju ke hadapan. Keutamaan adalah bagi meredakan krisis Covid.

Ia sesuatu yang ironi dan memandai-mandai bagi Mahiaddin untuk mengatakan bahawa PM baru tidak dapat dilantik kerana tiada orang yang mempunyai majoriti sekarang – kerana beliau sendiri dilantik tanpa perlu membuktikan sokongannya di Parlimen. Beliau bukanlah orang yang betul untuk memutuskan siapa yang ada (atau tiada) majoriti sokongan di kalangan Ahli Parlimen.

Beliau sepatutnya letak jawatan dengan segala maruah dirinya yang tersisa, beriringan dengan ketetapan perlembagaan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
14 Ogos 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Pembangkang sepakat calonkan Anwar sebagai PM, akan bertemu malam ini

 


PH adakan mesyuarat malam ini?

 MGF24022020_MESYUARAT-KHAS-PKR_21

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang dari Istana Negara tiba di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 24 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dijadual akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Menurut sumber, mesyuarat itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

“Ada mesyuarat malam ini di Ibu Pejabat PKR jam 8 malam di HQ PKR,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Mesyuarat itu dikhabarkan akan membincangkan mengenai desas desus perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mesyuarat tergempar itu akan diadakan secara bersemuka atau secara dalam talian.

Awal hari imi, media melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Menurut Redzuan, perkara itu dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu dalam mesyuarat khas yang dibuat di Publika selama kira-kira dua jam, awal hari ini. 

PH beri lampu hijau ahlinya runding dengan seteru By Muhammad Azizul Osman


Secretary-General of DAP, Lim Guan Eng. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 10 NOVEMBER 2019 President DAP election central committee influence

Lim Guan Eng. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 10 NOVEMBER 2019


KUALA LUMPUR – Gabungan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakukan sesuatu yang drastik apabila memberi lampu hijau kepada ahli-ahli Parlimennya untuk berbincang dan bercakap dengan pihak  lawan mengenai keadaan politik.

Tetapi kebenaran itu dikecualikan kepada tiga pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian, kata Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng.

“Majlis Presiden PH telah membenarkan semua pemimpin bebas untuk berbincang dan bercakap dengan pihak lawan mengenai keadaan politik kecuali tiga pemimpin teratas dalam PH yang perlu saling berunding sesama mereka sebelum berbuat sedemikian.

“Selain tiga pemimpin teratas daripada DAP, PKR dan Amanah, ramai ahli Parlimen dan pemimpin daripada ketiga-tiga parti dalam PH secara sendiri telah mengadakan banyak perbincangan dengan seteru politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun Guan Eng berkata, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH.

“Ahli-ahli DAP tidak boleh membiarkan laporan media berbaur anti-DAP ini memberi gambaran buruk terhadap DAP sehingga memecahbelahkan parti kita,” katanya.

Setiausaha Agung DAP itu merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang mencadangkan agar idea Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kerajaan bipartisan dibincangkan.

“Saya fikir semua parti politik patut duduk berbincang jika syarat-syaratnya boleh diterima atau tidak, atau bagaimana?” ciap bekas Timbalan Menteri PH itu.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, PH bersama dengan dengan blok pembangkang yang terdiri daripada 105 ahli Parlimen tidak boleh membuang masa dan sebaliknya menggunakan pendekatan khemah besar untuk menuntut kembali mandat mereka sebagai kerajaan yang dipilih mengikut Perlembagaan oleh rakyat.

Hanya dengan bermula dengan 105 ahli Parlimen pembangkang sebagai asas, Ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat pilihan raya 2018.

“Kedua-dua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Perlu ada alternatif yang jelas terhadap Kerajaan PN yang telah gagal menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi.

“Mengekalkan Kerajaan PN yang telah gagal bukanlah jalan keluar untuk masalah yang dihadapi oleh negara, sedangkan masalah sebenar adalah seluruh Kerajaan PN itu,” katanya lagi.

 

KENYATAAN INI BERMAKNA BERSATU TIDAK MENYUKAI TEAM ZAHID HAMIDI


Pak Wan persilakan MP Umno kluster mahkamah tubuh kerajaan ‘kleptokrat’

/ August 15, 2021

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mempersilakan 15 Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan sebuah kerajaan ‘kleptokrat’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang dikenali sebagai Pak Wan itu menegaskan tindakan kesemua MP Umno terbabit bertanggungjawab memusnahkan kerajaan PN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah itu dalam masa sama menganggap keputusan Ahli-ahli Parlimen ‘kluster mahkamah’ berkenaan adalah tindakan kurang bijak kerana memperjudikan nyawa rakyat pada saat negara sedang memerangi Covid-19.

Redzuan turut kesal dengan tindakan mereka terbabit menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin ketika semua pemimpin politik sepatutnya berganding bahu menangani krisis Covid-19.

“Tan Sri Muhyiddin mungkin tiada majoriti, hanya memiliki sokongan 100 ahli Parlimen, jadi siapa yang ada sokongan majoriti 111 ahli Parlimen dipersilakan bentuk kerajaan baharu.

“Saya amat kesal dengan tindakan kurang bijak 15 ahli Parlimen UMNO yang mengundang krisis politik ketika ini. Saya persilakan kluster mahkamah ini untuk membentuk kerajaan kleptokrat,” lapor Sinar Premium hari ini.




UNTUK LANGKAH SHERATON PENAMA DAN TUBUH RAKYAT DAH TAK MAHU...Terkini! Gandingan Anwar-Shafie bakal kembalikan mandat PRU14

 Terkini! Gandingan Anwar-Shafie bakal kembalikan mandat PRU14


Di tengah spekulasi berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan calon penggantinya, DAP menggesa ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan presiden Warisan Shafie Apdal untuk bersama-sama menuntut kembali mandat Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, harus ada alternatif sebenar yang dikemukakan bagi melawan apa yang didakwanya sebagai salah tadbir kerajaan PN.

“PH bersama blok pembangkang yang terdiri daripada 105 ahli parlimen tidak harus membazir masa, tetapi mengguna pakai pendekatan ‘khemah besar’ untuk menuntut semula mandat sebagai kerajaan yang dipilih secara berperlembagaan oleh rakyat.

“Hanya dengan bermula dengan (bilangan) asas 105 ahli parlimen pembangkang, (barulah) ahli-ahli parlimen PH Plus boleh menuntut semula mandat PRU 2018 yang dirampas oleh kerajaan pintu belakang terdiri daripada parti yang ditolak rakyat,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Anwar dan Shafie menggalas tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat tersebut kepada rakyat, seperti ketika PH dipilih dalam PRU14 dahulu.

“Kekal dengan kerajaan PN yang telah gagal bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negara, memandangkan masalahnya adalah keseluruhan PN,” kata Lim.

Muhyiddin telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan ketika dia bertemu ahli-ahli parlimen Bersatu di ibu pejabat PN pagi ini, menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas), Mohd Redzuan Md Yusof.

Sekiranya peletakan jawatannya diterima, Muhyiddin akan menjadi perdana menteri paling singkat menggalas jawatan itu iaitu selama 17 bulan, kurang lima bulan daripada tempoh mDr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Terkini! Ismail Sabri, ahli-ahli Parlimen bertemu di hotel tandatangan SD – Sumber

 


Terkini! Ismail Sabri, ahli-ahli Parlimen bertemu di hotel tandatangan SD – Sumber

Satu pertemuan sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara dipercayai dihadiri beberapa ahli Parlimen dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Ahli Parlimen Bera itu tiba di hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu kira-kira jam 2.40 petang.

Kelihatan juga kereta-kereta dengan logo Ahli Parlimen di perkarangan hotel tersebut, bagaimana sebaik menyedari kehadiran media kenderaan itu dialih ke tempat letak kereta di bawah hotel tersebut.

Kumpulan media yang berada di hotel tersebut juga dimaklumkan oleh sumber bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut berada di lokasi berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan pertemuan antara Ismail Sabri dan ahli-ahli Parlimen bertujuan berunding mendapatkan tandatangan akuan bersumpah untuk menentukan ahli Parlimen.

Langkah Royal Chulan usaha naikkan Ismail Sabri jadi PM?

 Langkah Royal Chulan usaha naikkan Ismail Sabri jadi PM?


Dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletakkan sebagai Perdana Menteri esok, tempoh 24 jam ini dijangka menjadi tempoh paling kritikal bagi parti-parti politik.

Semua parti politik sedang membuat kira-kira siapa yang mampu mencapai majoriti mudah.

Dan yang pasti dengan tiada pemimpin utama politik mencapai angka 111 sokongan setakat ini, maka masing-masing sedang menggerakkan percaturan dan inisiatif.

Spekulasi paling kuat ketika ini dalam keadaan Bersatu yang tidak mahu kehilangan kuasa dan UMNO mahu kembali menjadi parti dominan, jalan terbaiknya adalah mengumpulkan sokongan buat Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Percaturan tersebut dikatakan menyamai Langkah Perak yang pernah digerakkan UMNO pada Januari lalu yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Walaupun Bersatu Perak ‘terluka’ akibat penarikan sokongan UMNO kepada Faizal Azumu, namun Bersatu Perak akhirnya tetap memberi sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad untuk menerajui kerajaan negeri.

Spekulasi mengenai Ismail Sabri akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri semakin kuat sejak pagi tadi apabila dikhabarkan satu perbincangan diadakan kem beliau di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Portal berita The Vibes sebentar tadi melalui satu sumbernya turut melaporkan satu gerakan mengumpul surat dan tandangan akuan bersumpah (SD) sedang dilakukan untuk menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Bersatu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Laporan itu juga menyebut sekiranya persefahaman itu dipersetujui, Ismail Sabri juga akan menawarkan beberapa porfolio penting kepada pemimpin Bersatu.

Gerakan itu dijangka boleh merungkai ‘jalan mati’ majoriti mudah yang belum dimiliki oleh mana-mana pemimpin setakat ini.

Malah, berdasarkan ciapan Twitter anak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Nedim memaklumkan pasukan A dan B telah bersetuju untuk bersama kerana seseorang telah membuat keputusan.

“Okay, Alhamdulillah, pasukan A dan Pasukan B telah bersetuju untuk bersama kerana seseorang telah memutuskan untuk pergi…kembali bekerja dengan pasukan yang betul,” ciapnya pada awal pagi Ahad.

Dengan perkhabaran terbaru itu, ramai wartawan yang kini mula bertumpu di Hotel Royal Chulan untuk mendapatkan perkembangan terkini.

KALAU YANG INI..JAGA JAGA..TANYA LAIN JAWAB LAIN..BIASA MENTADBIR DARI RUMAH JA..

 


Ngo bertaraf menteri juga ker ni? Zaman PN ni bukan boleh percaya sangat. Pak guard pun silap Hari bulan bertaraf menteri asalkan sokong din cirit birit.



UNDIAN BERPIHAK ANWAR


 

Orang Sarawak walaupun ketika diluar waktu pendemik masih kuat memerlukan bantuan kewangan dari dari kerajaan dah 60 tahun di perintah BN/GPS.

Bantuan kewangan antara senjata utama bagi mereka untuk menawan hati pengundi, adakah pemerintah tempatan tok terus menerus menggunakan senjata itu untuk kekal berkuasa atau merobah ekonomi negeri Sarawak tok dgn membawa lebih byk pelaburan besar dari luar dgn mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dgn upah yg tinggi seperti di Selangor/p.pinang/Melaka/N.9/ Johor dgn harapan rakyat kebanyakkan Sarawak tidak lagi terlalu bergantung pada bantuan kewangan dari kerajaan atau tak perlu lagi merantau ke malaya untuk mencari pekerjaan.

Janji dah banyak janji dah..apapun Sarawak perlukan Reformasi bukan janji air lior.

 fikir fikirkan...






((PANAS)) ISWARDY BONGKAR: SIAPA BAKAL PM? ANWAR? TUN MAHATHIR? TENGKU R...

Anwar Ibrahim: Orang Mati! Orang Sakit! Tapi Beberapa Tokoh Masih Pikir ...

Anwar Ibrahim: Kita Mahu Usulkan Pimpinan Baru Boleh Lebih Tegas & Beran...

[LANGSUNG] Apa akan jadi sekiranya Perdana Menteri letak jawatan? #Usaha...

PAS SABOTAJ PN?

KITA SEMUA TAHU KENAPA PAS TAK MAHU DAP…


PAS tetap tak mahu DAP ada dalam kerajaan

malaysiakini.com
PAS tetap tak mahu DAP ada dalam kerajaan
Menurut Tuan Ibrahim, tawaran dibuat PM semalam lebih berbentuk persefahaman melalui CSA.


BOB KELANANG

Kita semua tahu kenapa PAS tak mahu DAP... Hahaha... PAS tak 'tidak nak bekerjasama dengan MCA...' walaupun MCA kekal tegar melawan Islam... Hahaha...

Sebab PAS tahu... hanya dengan momokan DAP itu komunis lah... PAS dapat mempengaruhi orang-orang kampung yang tiada akses kepada fakta sebenar... dalam usaha mereka mengekalkan kerusi di Kelantan dan Terengganu... Hahahaha...

Dan selamanya pun la PAS memang menjadikan DAP sebagai kambing hitam dalam apa sahaja yang PAS lakukan... dan kerjasama PAS dengan DAP dizaman Nik Aziz dulu hanyalah sekadar kepura-puraan pemimpin PAS yang malu alah dengan Nik Aziz... kalu tak ujud Nik Aziz dalam PAS... memang PAS takkan bekerjasama langsung dengan DAP... betapa khianatnya pemikiran PAS...

PAS memang satu parti yang mudah koyak... pengikut yang taksub totok dan bodo amat... yang percaya hanya mereka sahaja yang suci murni dan layak masuk syurga... walhal dalam PAS... segala macam yang teruk ada... kaki liwat bini ader... pemfitnah ader... pengadu domba ader... perasuah ader... khianat sesama sendiri... cah keting... even sekadar pemilihan peringkat cawangan pun ader macam-macam khianat berlaku sesama ahli dan pemimpin PAS...

Hahaha... adoilah... PAS memang macam ni… base BODOW!!

 

Senarai yang sedang viral sekarang dalam WA. Mungkin tak betul. Baca sahaja tak perlu percaya. Apa pendapat anda?

 

Senarai yang sedang viral sekarang dalam WA. Mungkin tak betul. Baca sahaja tak perlu percaya.

Apa pendapat anda?

*****************

KABINET PAKATAN HARAPAN MALAYSIA:

PERDANA MENTERI: YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (PKR-PORT DICKSON)

TIMBALAN PERDANA MENTERI & HAL EHWAL TUGAS-TUGAS KHAS: YAB DATO’ SERI PANGLIMA SHAFIE APDAL (WARISAN-SEMPORNA)

TIMBALAN PERDANA MENTERI (2) & HAL EHWAL SABAH & SARAWAK: YAB DATO’ SERI FADILLAH YUSSOF (GPS-PETRA JAYA)

MENTERI KEWANGAN: YB SENATOR TUAN ADLY ZAHARI (AMANAH-SENATOR)

TIMB. MENTERI: YB TUAN CHONG CHIEN JEN (DAP-STAMPIN)

MENTERI PERTAHANAN: YB DATUK HASBI HABIBOLLAH (GPS-LIMBANG)

TIMB. MENTERI: YB SENATOR TUAN LIEW CHIN TONG (DAP-SENATOR)

MENTERI EKONOMI & HAL EHWAL PETROLEUM: YB DATUK IGNATIUS DARELL LEIKING (WARISAN-PENAMPANG)

TIMB. MENTERI: YB SENATOR TUAN RAFIZI RAMLI (PKR-SENATOR)

MENTERI HAL EHWAL AGAMA: YB DR MASZLEE MALIK (PKR-SIMPANG RENGGAM)

TIMB. MENTERI: YB DATUK HASANUDDIN YUNUS (AMANAH-KUALA LANGAT)

MENTERI DALAM NEGERI: YB DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (PKR-KULIM BANDAR BAHARU)

TIMB. MENTERI: YB SENATOR TUAN ROBERT LAU HUI YEW (GPS-SENATOR)

MENTERI KESIHATAN: YB DATUK DR DZULKEFLY AHMAD (AMANAH-KUALA SELANGOR)

TIMB. MENTERI: YB DR KELVIN YII LEE (DAP-BANDAR KUCHING)

MENTERI PENDIDIKAN: YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB (AMANAH-PULAI)

TIMB. MENTERI: YB TUAN S. KESAVAN (PKR-SUNGAI SIPUT)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI: YB TUAN AHMAD JOHNIE ZAWAWI (GPS-IGAN)

TIMB. MENTERI: YB TUAN STEVEN SIM CHEE KEONG (DAP-BUKIT MERTAJAM)

MENTERI LUAR NEGERI: YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MD AKIN (PKR-HANG TUAH JAYA)

TIMB. MENTERI: YB DATUK AZIS JAMMAN (WARISAN-SEPANGGAR)

MENTERI KERJARAYA: YB TUAN BARU BIAN (PSB-SELANGAU)

TIMB. MENTERI: YBM TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI (DAP-RAUB)

MENTERI KEHAKIMAN, UNDANG-UNDANG & PARLIMEN: YB TUAN GOBIND SINGH DEO (DAP-PUCHONG)

TIMB. MENTERI: YB TUAN HASSAN ABDUL KARIM (PKR-PASIR GUDANG)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI: YB TUAN LIM GUAN ENG (DAP-BAGAN)

TIMB. MENTERI: YB DATUK DR SHAHRUDDIN MD SALLEH (PEJUANG-SRI GADING)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: YB DATUK SERI UTAMA MUKHRIZ MAHATHIR (PEJUANG-JERLUN)

TIMB. MENTERI: YB TUAN FAHMI FADZIL (PKR-LEMBAH PANTAI)

MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI UTAMA: YB TUAN MOHAMMAD SABU (AMANAH-KOTA RAJA)

TIMB. MENTERI: YB TUAN ANYI NGAU (GPS-BARAM)

MENTERI PENERANGAN & KOMUNIKASI: YB TUAN CHANG LIH KANG (PKR-TANJONG MALIM)

TIMB. MENTERI: YB DATUK ROZMAN ISLI (WARISAN-LABUAN)

MENTERI PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN & KEMAJUAN LUAR BANDAR: YB PUAN FUZIAH SALLEH (PKR-KUANTAN)

TIMB MENTERI: YB SENATOR DATUK HUSAM MUSA (AMANAH-SENATOR)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA: YB DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU (UPKO-TUARAN)

TIMB. MENTERI: YB DATUK DR HATTA MD RAMLI (AMANAH-LUMUT)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI & MULTIMEDIA: YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (DAP-SEPUTEH)

TIMB. MENTERI: YB DATO’ JOHARI ABDUL (PKR-SUNGAI PETANI)

MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI: YB PUAN ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS (WARISAN-KOTA BELUD)

TIMB. MENTERI: YB SENATOR PUAN AIMAN ATHIRAH AL JUNDI (AMANAH-SENATOR)

MENTERI PELANCONGAN, WARISAN, BELIA & SUKAN: YB TUAN SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN (MUDA-MUAR)

TIMB. MENTERI: YB TUAN AKMAL NASRULLAH NASIR (PKR-JOHOR BHARU)

MENTERI SUMBER MANUSIA: YB TUAN M. KULASEGARAN (DAP-IPOH BARAT)

TIMB. MENTERI: YB TUAN WILSON UGAK KUMBONG (GPS-HULU RAJANG)

MENTERI PENGANGKUTAN: YB TUAN ANTHONY LOKE SIEW FOOK (DAP-SEREMBAN)

TIMB. MENTERI: YB DATO HANIFAH HAJAR TAIB (GPS-MUKAH)

MENTERI TENAGA, SUMBER ASLI & ALAM SEKITAR: YB DATUK WIRA AMIRUDDIN HAMZAH (PEJUANG-KUBANG PASU)

TIMB. MENTERI: YB TUAN NGA KOR MING (DAP-TELUK INTAN)

MENTERI WANITA, KEBAJIKAN, KELUARGA & PERPADUAN KAUM: YB DATO’ SRI NANCY SHUKRI (GPS-BATANG SADONG)

TIMB. MENTERI: YB PUAN HANNAH YEOH (DAP-SEGAMBUT)

SPEAKER: YB TAN SRI ARIFF MD YUSSOF

TIMB SPEAKER: YB PUAN TEO NIE CHING (DAP-KULAI)

TIMB SPEAKER: YB TUAN R. SIVARASA (PKR-SUNGAI BULOH)

 

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media