Sembang Bersama HANIPA
MAIDIN / August 15, 2021
1.
Saya telah menjelaskan pandangan saya mengenai soalan pertama iaitu, “bolehkah Yang
di-Pertuan Agong (YDPA) memecat seorang PM yang telah kehilangan sokongan
majoriti tetapi masih enggan atau berdegil tidak mahu meletak jawatan?”2.
Insha-Allah, saya akan cuba menjawab soalan kedua pula.Soalan “Bolehkah
seseorang PM yang kehilangan majoriti dan keabsahan itu menyerahkan “baton”
pelantikan PM baru kepada seorang lain atau mana-mana menteri di Kabinetnya
(semasa beliau menjadi PM)?
3.
Jawapan ringkas saya adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.
Mengapa?
Saya
akan terangkan di bawah ini alasan- alasannya.
Pertama, jawatan PM itu bukan seperti kes lumba lari berganti-ganti yang mana
seseorang pelari itu boleh bertukar baton kepada seorang pelari yang lain.:
Kedua,
berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (PP), telah ditetapkan suatu mekanisme
tertentu bagi pelantikan mana-mana PM.
Ketiga,
secara mudahnya, kuasa pelantikan seorang PM – berdasarkan PP – hanya boleh
ditentukan atau dilakukan oleh YDPA sahaja iaitu di bawah Artikel 43 (2) (a)
PP.
Oleh
itu, “the outgoing PM” tidak ada kuasa sama sekali untuk
mewariskan jawatan PM kepada sesiapa pun.
Jika
saya boleh katakan dalam bahasa Inggeris, “the outgoing PM has no say
at all in the business of appointing a new PM!”.
Keempat,
dalam skema PP, seorang PM itu dan anggota Kabinetnya adalah ibarat kerajaan
itu sendiri.
Oleh
itu, jika beliau telah kehilangan jawatannya, dengan apa sebab sekalipun, dia
membawa sekali keseluruhan anggota Kabinetnya “runtuh” atau “tumbang” bersama
sama beliau.
Ini
kerana apabila seorang PM itu kehilangan jawatan, para anggota pentadbiran di
dalam Kabinet beliau itu tidak boleh lagi “berdiri” secara bersendirian.
Mereka
wajib meletak jawatan bersekali dengan “tekong” mereka iaitu PM yang kehilangan
jawatan itu.
Hatta,
menurut skema PP, semasa seorang PM itu masih sah memegang jawatan sekalipun,
tidak boleh ada mana-mana anggota Kabinet yang boleh tidak bersetuju dengan
segala keputusan beliau – PM – yang dianggap keputusan keseluruhan Kabinet atau
keputusan kerajaan. Alternatif untuk tidak bersetuju adalah meletakkan jawatan.
Prinsip
itu lahir berdasarkan doktrin “pertanggungjawaban kolektif” atau “collective
responsibility.”
Secara
tersirat, doktrin itu mengisyaratkan bahawa PM dan para anggota pentadbiran
(istilah dalam PP) berdiri dan jatuh bersama- sama. Mereka ibarat “kembar siam”
atau “two sides of the same coin”.
Kelima,
dalam isu pelantikan PM di bawah PP, meskipun ianya diletakkan di bawah budi
bicara baginda seperti mana yang dinyatakan di bawah Artikel 40 (2) (a) PP,
hatta PP itu sendiri meletakkan “condition precedent” yang mengawali tatacara
pelaksanaan budi bicara baginda itu sendiri.
Bagi
saya, ini tidak pelik kerana sejak PP digubal oleh Suruhanjaya Reid, telah
diniatkan dan ditentukan dari awal bahawa negara ini mengamalkan doktrin Raja
Berperlembagaan (constitutional monarchy) dan bukannya doktrin Raja
Mutlak (absolute monarchy).
Alhamdulillah,
YDPA, saya yakin, amat arif hal tersebut.
Apakah
syarat penting atau “condition precedent” yang mengawal
pelaksanaan budi bicara YDPA dalam pelantikan seorang PM?
Syarat
penting itu boleh dilihat pada frasa di Artikel 43 (2) (a) PP iaitu calon PM
itu hendaklah seorang ahli Dewan Rakyat (senator tidak boleh) yang, “in
his judgement is likely to command the confidence of the majority of the
members of the house” (yakni ahli ahli Dewan Rakyat)”.
4.
Ada juga yang bertanya, “seandainya dilantik calon PM dari kalangan menteri
kerajaan PN”, bolehkah ianya dibuat?”
Jujurnya,
pada hemat saya, ianya bukan sahaja tidak manis tetapi juga mungkin boleh
disalah tafsir seolah-olah negara ini tidak langsung menghormati SUARA RAKYAT
yang mereka suarakan pada PRU-14 iaitu pada 9 Mei 2018.
Dan,
insha-Allah saya amat yakin YDPA amat peka kepada perkara ini dan kita
menyerahkan kepada wisdom atau kebijaksanaan YDPA yang menaungi rakyat negara
ini.
Suka
atau tidak suka, realitinya, PM yang telah hilang majoriti dan keabsahan ini
telah melakukan banyak perkara yang membawa beliau kepada fasa ini – fasa
kehilangan kepercayaan yang hampir mutlak kepada beliau dan kerajaan yang
diterajui oleh beliau untuk terus dibenarkan menjadi kerajaan.
Secara
mudah, berasaskan doktrin “pertanggungjawaban kolektif” yang saya terangkan di
atas, kehilangan kepercayaan itu HAKIKATNYA adalah ketidakpercayaan BUKAN
sahaja kepada PM seorang tetapi juga kepada KESELURUHAN anggota pentadbiran
dalam Kabinet PM itu dan juga parti yang mereka wakili.
Oleh
yang demikian, dari segi etika dan moral dan juga prinsip serta roh
Perlembagaan, amat amat tidak manis jika diandaikan akan dilantik PM yang baru
itu misalnya, dari kalangan mana-mana menteri atau pemimpin yang mendukung
kerajaan yang diterajui oleh PM yang telah hilang keabsahan untuk menerajui
negara itu.
Perlembagaan
itu tidak boleh sama sekali dipisahkan dari prinsip- prinsip luhur yang
menggarisbawahi prinsip demokrasi berparlimen yang mana asas tunjangnya
aspirasi rakyat seperti yang digambarkan melalui suara mereka.
Sudah
tentu dalam konteks negara ini, suara rakyat pada 9 Mei 2018.
5.
Jika ditanya saya, “siapakah calon yang layak menggantikan PM yang telah hilang
keabsahan itu?” , dengan hormat, saya berpendapat ia sewajarnya diberikan pada
calon pilihan dari PH yang mewakili blok majoriti terbesar pada waktu ini.
Lazimnya,
dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen sebenar, itulah yang biasa
diamalkan. Itulah convention atau etika politiknya.
Maaf,
di atas itu sekadar pandangan saya.