Terkini! Ismail Sabri, ahli-ahli Parlimen bertemu di hotel tandatangan SD – Sumber

 


Terkini! Ismail Sabri, ahli-ahli Parlimen bertemu di hotel tandatangan SD – Sumber

Satu pertemuan sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara dipercayai dihadiri beberapa ahli Parlimen dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Ahli Parlimen Bera itu tiba di hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang itu kira-kira jam 2.40 petang.

Kelihatan juga kereta-kereta dengan logo Ahli Parlimen di perkarangan hotel tersebut, bagaimana sebaik menyedari kehadiran media kenderaan itu dialih ke tempat letak kereta di bawah hotel tersebut.

Kumpulan media yang berada di hotel tersebut juga dimaklumkan oleh sumber bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut berada di lokasi berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan pertemuan antara Ismail Sabri dan ahli-ahli Parlimen bertujuan berunding mendapatkan tandatangan akuan bersumpah untuk menentukan ahli Parlimen.

No comments: