MGID

KENYATAAN MEDIA OLEH HASSAN KARIM



Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan bin Abdul Karim

Tajuk: Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan
Masa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

2.Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995, apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu Semangat 46, maka Gagasan Rakyat iaitu Gabungan Parti-Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, DAP, PRM dan IPF gagal menangani isu-isu perkauman, lalu menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Gagasan Rakyat pecah dan terkubur.

3.Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, Barisan Alternatif nama baru bagi Gabungan Parti -parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM sekali lagi pecah dan terkubur menjelang pilihanraya Negeri Sarawak apabila PAS dan DAP berbalah secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.

4. Selepas bebas dari penjara Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina gabungan parti-parti pembangkang dalam menghadapi  Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Usaha gigih Anwar itu membina asas Pakatan Rakyat dan buat pertama kali dalam pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 itu Barisan Nasional hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan. Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.

5. Sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 Anwar Ibarhim menjadi tenaga penggerak membina Gabungan Pakatan Rakyat untuk tujuan mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Walaupun Pakatan Rakyat gagal mencapai tujuan itu tetapi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Anwar Ibrahim dilihat sebagai ancaman kepada Rejim Barisan Nasional. Lalu konspirasi politik yang jahat dilancarkan untuk menyerang Anwar sehingga beliau dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

6.Apabila berlaku vakum dalam kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU-13 dan selepas Anwar dipenjarakan dan sikap PAS yang semakin ektreme dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, maka Pakatan Rakyat juga pecah menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan berasingan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

7.Kini isu 3 R (race,religion dan royalty) muncul kembali di persada politik Malaysia, iaitu isu kaum, agama dan raja. Yang terkini dilihat Tun Dr Mahathir Mohamaed selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sudah seperti hilang punca dan hilang daya untuk menghadapi kritikan-kritikan dari pelbagai pihak terutama dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga menuduh Dong Zong sebagai pertubuhan rasis atau perkauman.

8. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) yang turut menandatangani surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri  sebaik sahaja PH memenangi cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, saya berpendapat masa sudah sampai untuk Tun Dr Mahathir Mohamaed berundur sebagai Perdana Menteri. Beliau sudah jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara sekarang.

9. Untuk selamatkan Kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH supaya jangan pecah menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi seperti apa yang berlaku pada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, saya berharap dan memohon supaya Tun Dr Mahathir  yang berjiwa besar mengambil langkah yang berani seperti Sir Winston Churchil Perada Menteri British yang berundur selepas berjaya membawa Britain dan Pihak Berikat memenangi Perang Dunia Kedua mengalahkan Kuasa Paksi Fasis Jerman dan Jepun dan menyerahkan kuasa Perdana menteri kepada pemimpin yang lain.

10, Tun Dr Mahathir Mohamaed akan tetap dikenang dan dihormati kerana telah berjaya memimpin PH menumbangkan BN dalam PRU-14 dan membentuk kerajaan baru PH melalui proses peralihan kuasa dengan aman dan teratur. Tetapi perkembangan terkini dalam tanahair dengan munculnya isu-isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, maka sudah sampai masanya proses peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.

Sekian.

Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 14 Ogos 2019

FAHAMI TUGAS ATM.



Saya telah menulis panjang lebar tentang peranan Angkatan Tentera dan bagaimana wujudnya persepsi yang salah berkenaan peranan mereka, serta salah faham orang ramai tentang tugas ketenteraan. (https://www.liewchintong.com/2019/07/13/tentera-sebagai-pendekatan-terakhir/)

Pada masa aman, Angkatan Tentera mempunyai peranan membantu pelbagai agensi tempatan dan misi-misi antarabangsa. Tentera adalah langkah dan pilihan terakhir bagi negara.

Memetik pepatah Latin, ‘si vis pacem, parabellum’; jika mahu keamanan, bersiap sedia untuk peperangan. Semua pihak harus faham konsep kesiapsiagaan Angkatan Tentera sebagai pilihan terakhir.

Salah faham awam yang diperlihatkan melalui tulisan Koon Yew Yin (http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) adalah amat dikesalkan. Inilah salah faham yang perlu diperbetulkan, sepertimana salah faham mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh (http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/)

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar keturunan dan kelas ekonomi, sama ada awam atau tentera, untuk berusaha memahami peranan dan pengorbanan Angkatan Tentera, dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama menghayati pengorbanan Angkatan Tentera demi mengekalkan keamanan, serta mengisi kemerdekaan yang kita kecapi. Marilah kita memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia.

*Kenyataan media Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada hari Selasa 13 Ogos 2019 di Kuala Lumpur


PM TAK PUNYA KUASA??



Mempertahankan kerajaan atas dakwaan menipu daripada menggunakan dana awam untuk projek kereta nasional ketiga, Tun Mahathir Mohamad berkata, bukan beliau yang meluluskan perkara itu.
Katanya, agensi kerajaan mungkin berminat dalam projek nasional yang dikendalikan oleh DreamEDGE itu selepas melihat kemampuan serta keupayaannya.
“Saya syak syarikat DreamEDGE lakukan banyak perkara dan dilihat berkeupayaan melakukannya.
“Maka, agensi kerajaan lain berminat untuk turut mengambil bahagian.
“Bagaimanapun, bukan saya luluskan tetapi ia sudah dilakukan. Jadi, tidak ada apa-apa yang saya boleh katakan lagi,” tegas Tun Mahathir.
Ketika mengumumkan projek kereta nasional ketiga sebelum ini, Tun Mahathir berkali-kali mengatakan ia tidak akan menggunakan dana awam, sebaliknya melalui sumber kewangan syarikat swasta sepenuhnya.
Menurut beliau, hasrat kerajaan memperkenalkan projek kereta nasional ketiga itu adalah untuk merangsang industri automotif negara agar Malaysia tidak ketinggalan di belakang.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking sebelum ini turut mengesahkan projek itu akan menggunakan 100 peratus dana swasta dan tidak melibatkan wang kerajaan.
Tetapi, Presiden MCA, Wee Ka Siong kemudiannya mendedahkan, DreamEDGE adalah syarikat yang pemegang saham terbesarnya ialah VentureTech Sdn Bhd.
Kata Ka Siong lagi, VentureTech adalah 100 peratus milik MIGHT dan MIGHT pula 100 peratus milik kerajaan.
Jadi, adakah ini bukan duit kerajaan? Soal Ka Siong.
Selain itu, jika kita masih ingat, kerajaan juga pernah mengumumkan peruntukan RM20 juta untuk penyelidikan dan pembangunan projek kereta nasional ketiga itu.
Walaupun DreamEDGE ada tampil menyatakan angka yang disebut oleh Ka Siong itu tidak berapa tepat, namun pengakuan Tun Mahathir dengan sendirinya telah mengesahkan memang ada agensi kerajaan terlibat dan dana awam digunakan untuk projek tersebut.
Kenapa kerajaan tidak bersikap jujur kepada rakyat?
Yang lebih memalukan lagi ialah pengakuan Tun Mahathir bahawa bukan beliau yang terlibat sehingga terjadinya pemungkiran janji di mana ada agensi kerajaan dan dana awam digunakan untuk projek kerata nasional ketiga itu.
Maka, siapa yang terlibat?
Adakah ia keputusan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan Darell Leiking?
Adakah Lim Guan Eng dan Darell Leiking tidak merujuk atau membuat keputusan membelakangkan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri?
Bukankah sepatutnya projek kereta nasional ini dibincangkan dalam mesyuarat kabinet sebelum diluluskan?
Pertanyaan lain, setelah mengetahui ada agensi kerajaan dan dana awam dilibatkan dalam projek tersebut dan ia jelas tidak seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini, apakah Perdana Menteri tidak boleh berbuat apa-apa untuk membetulkannya?
Apakah Perdana Menteri kita tiada kuasa atau semua ini hanya helah belaka? (Shahbudindotcom 14/08/2019)

MANA SATU PAS MAHU NI...MACAM ORANG MEROYAN SAJA LAGAKNYA..


Susulan beberapa perkembangan politik yang berlaku dalam PH kebelakangan ini, Pas barangkali paling banyak cuba campurtangan dan memberi saranan.
Lebih melucukan, semua saranan itu dinyatakan oleh pemimpin yang sama, Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pemimpin nombor dua dalam Pas.
Mula-mula, beliau menyarankan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan kepimpinan baru menerajui negara.
Katanya, hanya kepimpinan baru dapat membawa kestabilan kepada negara ketika ini.
Kemudian, Tuan Ibrahim tampil menyarankan agar wakil DAP meletakkan jawatan daripada kerajaan.
Terbaru, beliau menyarankan agar Perdana Menteri merombak kabinet yang ada sekarang.
Katanya, berikutan konflik yang dicetuskan oleh Dong Zong, kini adalah waktu yang sesuai untuk Tun Mahathir Mohamad melakukan rombakan kabinet.
Hanya dalam tempoh tidak sampai sebulan, ada tiga saranan daripada Pas.
Apa yang Pas mahu sebenarnya?
Bubar Parlimen, wakil DAP letak jawatan dalam kerajaan atau Tun Mahathir rombak kabinet?
Kenapa Pas tidak konsisten dengan satu kehendak saja? (Shahbudindotcom 13/08/2019)

SUKA KAFIRKAN ORANG KERANA KURANG ILMU – DR MAZA

Isu khat, Lynas: Pertimbangan politik perlu diutamakan – Penganalisis

KENYATAAN MEDIA




KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL DONG ZONG GAGAL MENJIWAI SEMANGAT NASIONAL, ANCAMAN KEPADA PERPADUAN NASIONAL

13 OGOS 2019

Pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pengenalan tulisan jawi dalam silibus matapelajara bahasa melayu mendapat respon perbagai dari kalangan rakyat Malaysia. Faktor kaum juga dapat dilihat menjadi faktor penerimaan dan penolakan terhadap polisi baharu Kementerian. 

Walaupun banyak pihak cuba menjadi jaguh kaum masing masing dalam isu ini, nada yang berbeza beza dapat dilihat dalam kalangan pemimpin parti politik terutamanya DAP dan MCA. Beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching dilihat menerima kritikan keras dari kaum cina dan india apabila mereka memilih untuk mempertahankan pengenalan ini manakala pemimpin MCA lebih bermuka muka apabila menentang keras pengenalan tulisan jawi bila berhadapan masyarakat cina namun cuba ditonjolkan lebih terbuka dalam isu ini apabila berdepan masyarakat melayu. 

Namun, pihak yang paling ketara dan keras menentang pengenalan tulisan jawi dan khat dalam silibus pelajaran adalah Pertubuhan "Dong Jio Zong" atau lebih dikenali sebagai Dong Zong.

Pada 10 Ogos, Dong Zong telah melancarkan petisyen bantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh komuniti bukan islam dan mendakwa ia bercanggah dengan Artikel 12 (3) Perlembagaan Persekutuan iaitu : "Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri."

Dakwaan Dong Zong yang menggunapakai Artikel 12 (3) merupakan tanda mereka adalah kumpulan yang gagal memahami bahkan membezakan apa yang disebut sebagai 'ajaran agama', dan apa yang dikenali sebagai 'sistem tulisan'. 

Ketakutan pada huruf atau ansara , kegagalan untuk memahami citra dan warisan Tanah Melayu telah memperlihatkan wajah sebenar Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan rasis sebagaimana disebut Perdana Menteri. 

Tulisan jawi telah berada di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu sejak tahun 1300 masihi dan hanya diakhir abad ke 19 tulisan rumi mula digunakan, namun hanya pada tahun 1966 Kementerian Pelajaran dibawah Khir Johari (UMNO) telah menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan bahasa pengantar kepada tulisan rumi. 

Sebelum tahun 1966, bahawa Jawi digunakan segala rasmi bahkan oleh kaum Cina, India di Tanah Melayu. Generasi yang mendapat didikan selepas penghapusan tulisan jawi telah menjadi generasi yang buta tulisan jawi, dan seterusnya hari ini menjadi begitu asing dalam kalangan rakyat Malaysia terutama kaum Cina dan India sehinggakan pemimpin kumpulan Dong Zong gagal membezakan antara tulisan/huruf dan ajaran islam. 

Kegagalan yang kita boleh simpulkan berpunca dari rasa takut yang tidak berasas ini sekaligus telah menjadi punca wujud perpecahan antara kaum di Malaysia apabila Dong Zong begitu gemar mengeluarkan kenyataan dan tindakan seolah olah mencabar warisan bangsa. 

Walaupun pertubuhan ini hampir seusia dengan kemerdekaan Tanah Melayu dan negara telah melalui perbagai proses pembinaan negara bangsa, namun Dong Zong masih membawa pemikiran sempit, Dong Zong tidak akan menjadi aset sebaliknya akan sentiasa menjadi liabiliti kepada negara, dan ancaman kepada perpaduan nasional.

Walaupun sentimen dan unsur perkauman yang telah timbul kesan dari propaganda pembangkang serta kedegilan Dong Zong kita berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik melalui siri penerangan dan dialog, Malaysia hari ini tidak memerlukan pendekatan keras dan dilihat bersifat memaksa, namun proses pendidikan harus tetap dilaksana dengan penuh hikmah dan tersusun.

Muammar Qaddafi Bin Mohd Nasir
Pengarah Komunikasi 
Pemuda AMANAH Terengganu

UMNO KUBANG PASU RASA TERTIPU JANJI PAS



Oleh: MKK 

Ini bukan fitnah..Tapi luahan tidak puas daripada page rasmi Umno Kubang Pasu..

-Program korban itu adalah program bersama UMNO dan PAS..Tapi yang geng-gang umno pelik kenapa di plastik diletakkan logo PAS sahaja?
-Belum apa-apa dah cilok dan khianat,sedangkan dalam mesyuarat sebelum program itu telah dibuat ketetapan bersama..

-Maknanya dalam program sekecil majlis korban pun geng-gang Pas dah sailang geng UMNO..Apa lagi jika melibatkan perkara-perkara yang besar..

-Maknanya dalam pembahagian kerusi untuk pru 15,kemungkinan Pas akan sailang calon-calon umno,adalah terlalu besar..Sebagaimana mereka sailang calon-calon PKR  dalam pru 13,walaupun pembahagian kerusi telah dipersetujui oleh Presiden ketiga-tiga parti semasa PR dahulu..

Tapi Dap tak pernah sailang atau khianat mana-mana calon dalam PRU 13 lalu..Sekarang Umno pula bakal merasai kerja-kerja khianat geng-gang Pas..Aku yakin 90% akan berlaku..


BENARKAH WARGA TENTERA HANYA MAKAN TIDUR?




Saya telah membaca tulusan seorang ahli perniagaan iaitu Koon Yew Yin di sini (http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/) .  Di dalam begitu banyak yang beliau huraikan dan cadangkan kepada kerajaan, satu-satunya yang saya tidak setuju dan membantah keras anggapan beliau adalah bahawa *"tentera tidak menembak, kecuali sasaran menembak lapangsasar dan tentera hanya makan tidur".*  Ini menunjukkan bahawa penulis tersebut tidak memahami langsung fungsi dan tugas Angkatan Tentera, dan beliau mungkin berfikir bahawa Angkatan Tentera ini hanya perlu wujud setelah berlakunya peperangan.  

Saya tidak melihat apa yang beliau tulis itu sebagai mewakili kaum tertentu jauh sekali dari parti tertentu.  Ini pandangan peribadi beliau yang jahil tentang fungsi dan tugas anggota tentera ketika aman dan ketika perang.  Pendapat beliau itu sama seperti pendapat seorang pemimpin Melayu, Tan Seri Haris Salleh, bekas KM dan pemimpin parti politik dari Bn, yang juga jelas mempertikaikan fungsi Angkatan Tentera sewaktu aman.  Sila rujuk tulisan beliau di sini  (http://www.dailyexpress.com.my/news/137210/review-role-of-armed-forces-harris/) .  Meskipun Harris Salleh ini Melayu Islam, bagi saya dia tiada bezanya dengan ahli perniagaan Cina itu tadi.  Sama-sama jahil dan tidak memahami  fungsi sebenar ATM.  Maka, tidak perlu kita jadikan ini isu perkauman kerana di kalangan pemimpin Melayu pun ada yang tidak memahami bidang tugas dan tanggungjawab ATM.

Saya tabik kepada Timbalan Menteri Pertahanan, YB Liew Chin Tong, meskipun seorang Timbalan Menteri dari Dap yang berbangsa Cina, beliau tetap mempertahankan ATM dan memahami peranan sebenar ATM dan peka kepada kebajikan warga tentera.  Beliau pernah tegaskan bahawa warga tentera bukan "buruh kasar" atau "kuli" kepada sesiapa.  Beliau tidak setuju warga tentera digunakan sebagai alat atau jentera mana-mana pihak untuk mengaut keuntungan.  Contohnya, jika ada projek dari mana-mana menteri atau wakil rakyat yang dijanjikan kepada rakyat, warga tentera dikerah untuk melaksanakannya untuk mengurangkan kos upah kononnya.  Projek "Jiwa Murni" tidak boleh diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.  Menurut Timb Menteri Pertahanan, ketika negara ini aman, warga tentera sentiasa berada di dalam siap siaga.  Mereka sentiasa berlatih untuk mempertingkatkan tahap profesionalisma mereka.  Ertinya, warga tentera tidak tidur dan makan sahaja.  Tahukah ahli perniagaan tersebut dan Harris Salleh bahawa di dalam keadaan negara aman sekalipun, warga tentera ada yang menyambut puasa dan berhari raya di hutan belantara dan di tengah lautan luas?  

Tidak masuk akal warga tentera ingin dikerah untuk membuat tugas peneroka felda atau menjadi "buruh kasar" atau "kuli" di kampung.  Ini yang ingin dipertahankan oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan.

Mengapa pendirian Timb Menteri Pertahanan ini tidak kita hebuhkan dan kita puji, sebaliknya kita mainkan isu perkauman dengan memetik seorang ahli perniagaan yang tidak tahu apa-apa tentang ATM.  Mengapa kita tidak hentam kenyataan Harris Salleh yang turut mempertikaikan peranan ATM? Kerana dia orang Melayu dan pemimpin Bn?  Kita tidak adil jika berfikiran begitu.  

Sekali lagi, saya ingin nyatakan bahawa kita patut hargai peranan ATM samada sewaktu aman atau sebaliknya.  Hanya warga tentera dan bekas tentera sahaja yang tahu kesenangan dan kepayahan serta kesukaran berada di dalam bidang yang mencabar ini.  Pihak lain yang tidak faham jauh sekali merasainya, elok duduk diam dan bersyukurlah negara kita ini aman damai.  

WFAUZDIN NS

61 TAHUN PEMERINTAHAN BN YANG GAGAL


Oleh Zanirun Baba


Mari kita fikir sejenak!! 
Knpa 61 tahun UMNO/BN memerentah negara, bangsa Melayu majoriti nya mundur dan miskin! 

Kenapa 4 negeri  Kelantan!Terengganu! Sabah dan Sarawak yang kaya dengan hasil bumi nya termasuk Minyak adalah antara negeri yang paling miskin dari negeri yang lain!!..

Jawapan nya jelas terpapar depan mata kita rakyat Malaysia!!
Semua hasil bumi!kekayaan hasil negara tidak sampai kepada rakyat jelata tetapi berlegar dikalangan segelintir PEMIMIMPIN UMNO/BN!!..

Kalau nak ikut logik akal macam mana hanya Selangor yang dilihat kaya dan maju disaat itu!! itu pun cuba lihat balik kepada pemimpin-pemimpin Umnonya sebelum ini! kekayaan bertimbun dan melempah lempah sehingga 7 keturunan! sehingga kini tak habis makan!!..

Imbas balik dan kumpulkan data kekayaan MANTAN PEMIMPIN UMNO/BN..

Malaysia dilihat maju oleh rakyat sendiri dan dunia luar adalah SELANGOR/ WILAYAH PERSEKETUAN KUALA LUMPUR!!..bagaimana dengan  negeri-negeri lain!..samada pembangunan yang lembab atau takde langsung pembangunan!!

Ini hakikat yang tak boleh kita nafikan..betapa salah guna kuasa!ketirisan kawalan kewangan dan rasuah telah membantut dan menyekat kemajuan dan pembangunan 
Fisikal dan rakyat!

Alhamdulillah Allah telah memberikan kita kekuatan dan keberanian utk menghumban Parti UmnoBN perompak keluar dari Putrajaya pd PRU 14!!

Allah telah memberikan  rahmat dan hidayah kpd rakyat Malaysia utk mendapatkan pemerentah yang jujur!berintegri dan Amanah!!
Ibarat menyedut udara yang segar dan nyaman yang sebelumnya busuk sebusuknya!

Setiap sen yang dibayar kepada pemimpin- pemimpin kerajaan datang nya dari kederat dan keringat rakyat BANGSA MALAYSIA!! akhir kalam!..rakyat ingin mengingatkan kepada pemeretah baru agar sematkan dalam hati dan jiwa kamu bahawa KALIAN SEMUA ADALAH ORG YG DIGAJIKAN RAKYAT!! RAKYAT ADALAH TUAN KPD KAMU BKN SEBALIK NYA!!

Jika kamu khianat!mungkar! Saperti pemimpin pemerentahah UmnoBN kamu juga akan dihumban keluar dari PUTRAJAYA!!.

Disaat ini setiap gerak dan tindakan kamu diperhatikan rakyat!!..


KENYATAAN AHLI PERNIAGAAN YANG TIDAK BERTIMBANG RASA DAN ANGKUH.





Baru-baru tular seorang ahli perniagaan menghina kerjaya Anggota Tentera Malaysia yang disifatkan hanya tahu makan dan tidur sahaja.Untuk pengetahuan dan sedikit info kepada masyarakat,anggota tentera banyak terlibat dalam memberi sumbangan kepada masyarakat.Antara sumbangan merèka,operasi menjaga setiap pelusuk sempadan negara menjaga keamanan dari pencerobohan  anasir- anasir luar.Selain daripada itu,apabila bencana seperti banjir,tanah runtuh atau lain-lain bencana alam  anggota-anggota tentera juga dikerah untuk memberi bantuan kecemasan.

Admin menyelar dakwaan ahli perniagaan ini kerana kebiadapan beliau dalam memberi kenyataan yang pada admin bersikap tidak adil.Admin tidak mahu menimbulkan isu perkauman disini.Perlu diingat kenyataan beliau adalah bersifat individu dan admin meminta kepada semua ngo-ngo tanpa mengira bangsa dan agama menyelar kenyataan beliau yang boleh menimbulkan kemarahan rasa tidak puashati netizen dan anggota-anggota tentera itu sendiri.Jika tidak tahu lebih baik bertanya.Mohon #AngkatanTenteraMalaysia memberi sedikit bimbingan dan sedikit nasihat kepada mana-mana individu yang cuba menjatuhkan reputasi Kerjaya Tentera.Perbanyakkan lagi pameran-pameran ke semua sekolah-sekolah Kebangsaan,SJK(T) dan SJK(C) untuk memperluaskan pandangan mereka tentang kerjaya Tentera.Semaikan semangat cintakan negara.

'Salam Merdeka 2019'

#AngkatanTenteraMalaysia
#PolisDirajaMalaysia
#Skmm
#RF8_Nasional

KAUM MANA YANG TIDAK ADA RASIS ?





Bab rasis atau pelampau ni, semua kaum ada.  Di kalangan cina ada, india pun ada, melayu pun ada.  Cuma, ianya dijadikan modal politik maka seolah2 parti tertentu itu digelar rasis.  

Di kalangan kaum cina, ada NGO seperti Dong Zong yg kdangkala menunjukkan rasis, di kalangan MCA pun ada juga termasuk dari parti Gerakan.  Jgn lupa, bukan Dong Zong saja yg menentang tulisan jawi, bahkan MCA pun kuat menentang tulisan jawi.  Tetapi MCA ini komponen Bn, umno dan sekutunya Pas, maka mereka buat2 tak nampak kpd MCA, tetapi tuding jari kpd Dap saja.

Peliknya, MCA tuduh Dap khianat kpd bangsa Cina kerana Dap keseluruhannya tidak menentang tulisan jawi seperti MCA dan Dong Zong menentang kuat.  Kit Siang, pemimpin Dap sendiri secara terbuka menegur Dong Zong kerana tidak memahami sepenuhnya isu tulisan jawi.  MCA tuduh Dap sokong usaha kerajaan menghidupkan tulisan jawi, tetapi Umno dan Pas pula tuduh Dap menentang tulisan jawi.  Mana satu betul?  Jelas, ianya hanya politik perkauman.

Di kalangan India, siapa tidak kenal Hindraf dan Makkal Sakhti?  Mereka  selalu dituduh rasis, dan memang pun ada kenyataan rasis yg mereka keluarkan sejak dulu.

Di kalangan Melayu, siapa tidak kenal Perkasa dan Pekida juga Pewaris?  Jangan mahu berbohong kalau kata pertubuhan ini tidak pernah bersikap rasis.  Ada yang sampai menjulang keris dan bercakap penuh emosi serta mengungkit2 kisah 13 mei hanya untuk menimbulkan isu perkauman.  Tidak kurang juga parti Umno sendiri yang selalu keluarkan kenyataan berbaur perkauman sehinggakan dulu ada kursus BTN yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan untuk hadir dan mereka akan di"brain wash" dengan isu perkauman.  Mereka diajar menyanyi lagu " Budak Kecil bermain api".  Itu waktu Umno berkuasa di Putrajaya.

Meskipun telah hilang kuasa, Umno tidak serik untuk memainkan isu perkauman.  Kini, mereka mengajar Pas pula bagaimana untuk memainkan isu perkauman.  Kalau dulu Pas tidak rajin sebut Melayu dan hanya kenal Islam saja, kini Pas telah pandai sebut Melayu, pandai pakai baju pendekar melayu bertengkolok bahkan sudah hafal lagu Umno.  Hebat Umno menggoda Pas.

Kerajaan PH tetap berpegang kepada prinsip.  Tiada dasar yang dilaksanakan tanpa dipersetujui oleh semua pimpinan PH.  Kerajaan PH tidak terikat dengan satu dua pemimpin atau penyokong mereka yang rasis atau tidak bersetuju dengan dasar PH.  Mereka ada hak untuk bersuara selagi tidak melampui batas.  

Jangan bermain isu perkauman hanya kerana mahu berkuasa.

WFAUZDIN NS

(function() { var d = document, w = window; w

ANWAR DAN SKIM SISWAZAH MENGANGGUR 80AN-.- KINI IANYA DIPERKENALKAN DI PORT DICKSON UNTUK PETANIAN MODEN

  Sekitar 1986, ketika beliau menjadi menteri pertanian, beliau telah melancarkan siswazah tani. Lebih kurang macam itu.Masa tu banyak mahas...