KAUM MANA YANG TIDAK ADA RASIS ?





Bab rasis atau pelampau ni, semua kaum ada.  Di kalangan cina ada, india pun ada, melayu pun ada.  Cuma, ianya dijadikan modal politik maka seolah2 parti tertentu itu digelar rasis.  

Di kalangan kaum cina, ada NGO seperti Dong Zong yg kdangkala menunjukkan rasis, di kalangan MCA pun ada juga termasuk dari parti Gerakan.  Jgn lupa, bukan Dong Zong saja yg menentang tulisan jawi, bahkan MCA pun kuat menentang tulisan jawi.  Tetapi MCA ini komponen Bn, umno dan sekutunya Pas, maka mereka buat2 tak nampak kpd MCA, tetapi tuding jari kpd Dap saja.

Peliknya, MCA tuduh Dap khianat kpd bangsa Cina kerana Dap keseluruhannya tidak menentang tulisan jawi seperti MCA dan Dong Zong menentang kuat.  Kit Siang, pemimpin Dap sendiri secara terbuka menegur Dong Zong kerana tidak memahami sepenuhnya isu tulisan jawi.  MCA tuduh Dap sokong usaha kerajaan menghidupkan tulisan jawi, tetapi Umno dan Pas pula tuduh Dap menentang tulisan jawi.  Mana satu betul?  Jelas, ianya hanya politik perkauman.

Di kalangan India, siapa tidak kenal Hindraf dan Makkal Sakhti?  Mereka  selalu dituduh rasis, dan memang pun ada kenyataan rasis yg mereka keluarkan sejak dulu.

Di kalangan Melayu, siapa tidak kenal Perkasa dan Pekida juga Pewaris?  Jangan mahu berbohong kalau kata pertubuhan ini tidak pernah bersikap rasis.  Ada yang sampai menjulang keris dan bercakap penuh emosi serta mengungkit2 kisah 13 mei hanya untuk menimbulkan isu perkauman.  Tidak kurang juga parti Umno sendiri yang selalu keluarkan kenyataan berbaur perkauman sehinggakan dulu ada kursus BTN yang diwajibkan kepada kakitangan kerajaan untuk hadir dan mereka akan di"brain wash" dengan isu perkauman.  Mereka diajar menyanyi lagu " Budak Kecil bermain api".  Itu waktu Umno berkuasa di Putrajaya.

Meskipun telah hilang kuasa, Umno tidak serik untuk memainkan isu perkauman.  Kini, mereka mengajar Pas pula bagaimana untuk memainkan isu perkauman.  Kalau dulu Pas tidak rajin sebut Melayu dan hanya kenal Islam saja, kini Pas telah pandai sebut Melayu, pandai pakai baju pendekar melayu bertengkolok bahkan sudah hafal lagu Umno.  Hebat Umno menggoda Pas.

Kerajaan PH tetap berpegang kepada prinsip.  Tiada dasar yang dilaksanakan tanpa dipersetujui oleh semua pimpinan PH.  Kerajaan PH tidak terikat dengan satu dua pemimpin atau penyokong mereka yang rasis atau tidak bersetuju dengan dasar PH.  Mereka ada hak untuk bersuara selagi tidak melampui batas.  

Jangan bermain isu perkauman hanya kerana mahu berkuasa.

WFAUZDIN NS