GUAN ENG vs AZMIN - Tak Terjawab Sampai Terduduk | BAJET MITI

LIVE NOW - Isu

DAULAH TERPENDAM BERLAKU SELEPAS TULARNYA VIDEO SEMBURIT

PAS -SUDAH TERIKAT DENGAN BERSATU ATAU BERSAMA DENGAN UMNO DALAM MN

 

Sementara hubungan UMNO dengan Pas dalam Muafakat Nasional ternampak semakin renggang dan menjauh, Bersatu pula kian merapatkan hubungannya dengan parti Islam itu melalui Perikatan Nasional.

PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan Sapp bukan saja telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya sebagai persiapan menghadapi PRU15 akan datang, malah turut bersetuju membentuk Majlis Presidennya sendiri.

Menurut Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Majlis Presiden itu akan dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam PN.

Katanya, dengan pembentuan Majlis Presiden itu, ia akan menjadi platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan serta mengukuhkan kerjasama antara parti.

Selain itu, tambah Hamzah lagi, PN juga akan segera melaksanakan program-program “flagship” di seluruh negara bagi membantu kebajikan semua lapisan rakyat.

Perkembangan PN ini nyata berbeza dengan MN yang rasanya sudah lama tidak mengadakan sebarang pertemuan antara pimpinan UMNO dan Pas.

Program bersama antara UMNO dan Pas juga tidak kedengaran lagi sekarang ini.

Berbanding awal penubuhan MN dahulu di mana pimpinan UMNO dan Pas kerap bertemu atau bermesyuarat dan mengadakan program bersama, keadaannya itu nampaknya sudah tidak wujud lagi.

Apakah kerana UMNO dan Pas sudah berada dalam kerajaan dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, maka mereka tiada kesempatan lagi untuk bertemu seperti dahulu?

Jika keadaan berterusan begini, ke mana akhirnya hubungan UMNO dan Pas dalam MN ini?

Juga, jika berterusan Pas kian aktif bergerak bersama Bersatu dalam PN, apakah mungkin Pas akhirnya akan meninggalkan UMNO dan keluar daripada MN?

Pas – sudah terikat dengan Bersatu atau masih kekal bermuafakat dengan UMNO?


 (Shahbudindotcom 03/12/2020)



KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA


KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA


Tiga ketua parti Melayu telah berjumpa secara santai sesuai dengan era Covid. Mereka Muhyiddin Yassin selaku ketua parti Bersatu, Zahid Hamidi ketua Umno dan Abdul Hadi Awang alias Tok Dor Hadi daripada parti agama se Tanah Melayu (Pam).


Menurut laporan dikeluarkan yang memetik kata Muhyiddin perjumpaan ini bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan PN khasnya gabungan MN dengan BN.


Baguslah ketiga-tiga pihak nampaknya terus mengadakan perundingan dan mencari ikhtiar untuk memperkuatkan gabungan dan memantapkan kerjasama. Tujuan itu antara tiga mereka adalah berbeza, yang semuanya kononya untuk kepentingan Melayu, walhal ia lebih kepada kepentingan peribadi. Mereka pakai topeng Melayu untuk tidak menampakkan wajah sebenarnya mereka.


Zahid masih tercari-cari jalan untuk tidak tersasar ke dalam penjara dengan kes yang sedang dibicarakan kini. Khabarnya masa untuk Zahid semakin suntuk. Beliau diberi jangka masa tiga bulan untuk menyelesaikan masalah dan membayangkan masa depannya. Jadi beliau kena menuruti buntut Muhyiddin demi selamatkan diri.


Begitu juga dengan Muhyiddin bukan sangat untuk Melayu dan Islam, beban beliau kini ialah untuk mempertahankan kerajaan dan dirinya sendiri sebagai PM. Setidak-tidaknya beliau mahu menghabisi tempoh parlimen penggal ke 14 ini, kemudian berhenti. Muhyiddin tidak ada niat untuk duduk lama, dan dia hanya PM sementara sahaja. PMTCN.


Itu yang beliau fikirkan. Soal nasib kerajaan PN selepas ini, tidak menjadi titik pemikirannya. Begitu juga dengan siapa penggantinya kalau tertakdir kerajaan PN itu bersambung. Muhyiddin tidak boleh menunjukkan siapa penggantinya, sebagai bukti beliau tidak berani melantik timbalannya. Dengan meletakkan empat atau lima orang menteri kiri kanan, ia memberi gambaran Muhyiddin mengenai kerajaanya sendiri.


Bagaimana pula dengan Tok Dor Hadi. Beliau dan partinya tidak ada political will. Apa yang beliau inginkan ialah agar DAP tidak berada dalam kerajaan. DAP yang dianggap seperti anjing tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid. Jadi boleh dikatakan peranan dan keberadaan Pas dalam kerajaan hanya untuk memuaskan hati sendiri khasnya sebagai balasan atau kepada bekas rakan-rakan mereka yang telah berada dalam kerajaan 22 bulan lepas. Sebelum ini Tok Dor boleh berdakapan dengan pemimpin DAP, kerana tatkala itu darurat... darurat.


Menarik dan yang kita tunggu, akan ada pula foto seperti ini tetapi ia melibatkan watak-watak lain yang saya kira sedang ditunggu dan dinanti oleh banyak orang. Itu yang saya diberi tahu.


Siapakah mereka yang diharap akan duduk seperti ini, menjadi seperti tiga tungku penjeram. Tunggu, sampai masa dan ketika kita sama-sama merisik dan mengulasnya. Trims.


- MSO



KESIAN MAK CIK KIAH

 MALANG CIK KIAH....



Makcik kiah bekerja sebagai cleaner yang bergaji RM1,000.00, ketika pandemik syarikat telah kurangkan gaji makcik kiah sebanyak 20% , tinggal lah gaji makcik kiah RM800. 


Maka makcik kiah pun pergi ke kwsp untuk memohon i-sinar. 


Tetapi tidak layak kerana gajinya dikurangkan 20% bukan 30%. 


Lain pula cerita Bidin. Bidin bekerja sebagai jurutera yang bergaji RM10.000 dan dikurangkan gaji 30% kerana pandemik. 


Maka gaji Bidin hanya berbaki RM7,000.

Tetapi Bidin lulus i sinar. 


Bidin tersenyum dan makcik Kiah hanya mampu makan Super Ring sambil menonton Buletin TV3.


I-Sinar atau I-kencing? 😎😎




PAIP 4 INCI NAK GALI HASIL 43 TRILLION

 

Satu lagi lawak daripada MB Kedah...nak keluarkan hasil RM43 trilion  rupa-rupanya hanya guna paip 4 inci saja.


Berapa lama nak dapat hasil tu, sedangkan paip air tepi jalan pun lebih daripada 4 inci...




255 JEBAT DERHAKA: FB LIVE 2 DIS 2020 Part 2

MANA BUKTI KERAJAAN MELAYU ISLAM?

Kecewa Dengan I-Sinar, I-Kencing, I Hate You atau I-Tipu U, - Lokman Adam

MAHATHIR HIJACK PH?

 

KENAPA AZMIN SANGGUP JADI ORANG SURUHAN MAHATHIR?

 KENAPA AZMIN SANGGUP JADI ORANG SURUHAN MAHATHIR?

ELOK BERI ELAUN BULANAN M40, B40 DARIPADA KELUAR KWSP


MALAYSIA BERDUKA..MANA LEBAI BMF???

 MALAYSIA BERDUKA. - Gambar profil aku dihitamkan sehingga mereka terlibat diheret.

Sampai RM30 juta daging seludup tak disembelih, siap diedar seluruh Malaysia. Boleh bayang 1,500 tan banyak mana? 1.5 juta kg. Susun dalam lori 3 tan, ada 500 buah lori. Kalau disusun lori-lori tu, ada 3km panjang dia oi. 

Belum disahkan lagi ada negeri terkecuali daripada menerima daging ini. Kena tunggu keputusan rasmi. Lebih parah, menurut PPIM, daging halal lain bercampur dengan tak halal dalam 1 gedung.

Masa ni lah rindu negeri Kelantan, rakyat dia support kaw-kaw daging sembelih sendiri. Masa ni lah, terkenang projek mega Shahrizat yang memang asalnya dibuat demi persediaan nak hadapi isu ini, tiris setirisnya.

Akhirnya, isu daging beku ini telah tiba ke kemuncaknya.

Saya dah seru ahli keluarga sendiri, mula pulaukan segala mak nenek yang berkait DAGING BEKU. Semua kena ditahan serta-merta. Fastfood, pasaraya, restoran, warung, kedai mamak, food apps, makanan proses sejuk beku, SEMUA.

KECUALI, mereka yang declare daging masing-masing dapat dari mana dan dokumen sekali. Kalau berani, semua kedai makan declare daging kalian datang dari mana. Kalau berani, tunjuk resit dari pembekal/pasaraya mana.

Masa ni lah, pengembala ternakan daging, kalian kena munculkan diri, tampil war-warkan kewujudan anda. Selama ni iklan korang kena sabotaj kartel setempat, selama ni produk daging segar korang sampai dianaktiri walau dalam freezer pengedar.

Masa ni, aku teringat pakcik aku di Kluang yang bela ayam sampai berpeluh naik turun lori, sampai demam memikirkan nasib ayam-ayamnya yang bersaing dengan produk beku. Mudah-mudahan terjawab doa kalian.

Masa ni kalau korang nak mengepak, terbang, ini memang peluangnya. Harga naik kerana supply dan demand. Kalian patut jadi hero di saat ini.

Masa ni, baru kau nampak hak-hak haiwan di zoo yang selama ni anak beranak yang conquer jawatan dalaman tu. Buat semua haiwan karnivor di zoo seluruh Malaysia, kami kembalikan hak keperluan daging buat santapan kalian. Selama ni kalian kurus kering kerana rakusnya tangan-tangan manusia. Mungkin daging tak disembelih ini adalah hak kalian yang tertangguh.

Tak pasal Majlis Mufti nak kena bersidang lepas ni untuk setkan status daging yang dah beredar.

Sekarang ni baru aku faham, macam mana daging yang asalnya berstiker 'buffalo' bila sampai ke Pasar Selayang terus dilabel 'beef'. Misleading sesuka hati dia ya. Rupanya status 'halal' pun cuma di stiker je ya. Memang &#*$&$

Baru aku faham, kenapa orang Bangladesh Muslim yang merantau ke Malaysia bermati-matian tak mahu daging beku. Kau bagi makan free fast food pun dia tengok kita atas bawah.

Baru kau faham, kenapa mereka sanggup pikul ayam hidup naik motor/lori. Sanggup sembelih sendiri dalam toilet asrama mereka, sampai jiran mengadu bunyi ayam bising. Sanggup buat tempat sembelihan tak berlesen di belakang kedai-kedai runcit bangsa mereka.


Kerana...

Orang mereka sendiri menjadi saksi kepada perjalanan daging beku di tanah air kita ini.

Kita sudah nampak sejelas-jelasnya kali ini.

Aku percaya, berapa pihak dah 'tertampar' muka masing-masing kerana kes ini. Dari atas sampai ke bawah. Dari pemegang resit sampai ke stereng. Dari tangan ke tangan. Habis maruah Malaysia dan JAKIM sebagai leader No 1 sijil halal dunia. Habis lebur maruah tanahair.

Kesian kedai-kedai makan halal. Dahlah ekonomi tengah semput sekarang ni. Habis satu Malaysia kena tampor. Tali barut nak lari pun kemain senang, pintu gate terbuka luas.

Heret. Jangan tak heret.

MALAYSIA BERDUKA. - Gambar profil aku hitamkan sehingga mereka terlibat diheret.

COVID, dengan izin Allah, you're such an interesting lesson for us.

KWSP RM10k, GKP RM3k, BPN dll, akhirnya akan beralih tangan ke pengusaha daging segar yang halal.

Finally, the cash cycle has been shuffling up.... Again.

Berita lanjut:

https://www.sinarharian.com.my/article/112898/LAPORAN-KHAS/Kartel-tukar-daging-haram-jadi-halal


Lagi video:

https://youtu.be/d6E9U_EOFYc

https://youtu.be/kJnRKyCZpUY




MENAMBAH LAGI PERISA KEBURUKAN LEBAI...

 

Lima lagi laporan diterima, polis gesa semua mangsa ustaz selebriti tampil

Lima lagi laporan diterima, polis gesa semua mangsa ustaz selebriti tampil

KAH....WOIII...JOM BLAH BALIK KEDAH...ORANG PENANG NAK MASUK BALIK....


 

WARISAN SABAH KENA PILIH ANTARA DUA - DENDAM KEPADA ANWAR LEBIH UTAMA ATAU RAKYAT SABAH LEBIH UTAMA?



Sepanjang perbahasan dan pengundian di peringkat Kementerian yang sedang berlangsung di Parlimen sekarang, nampaknya Warisan langsung tidak menunjukkan minat membawa suara rakyat.

Di peringkat pengundian belah bahagi yang telah berlangsung setakat ini, parti Warisan seolah-olah melupakan tanggungjawab mereka untuk menentang segala kepincangan yang berlaku di peringkat bajet kementerian di mana ahli-ahli Parlimen Warisan tidak mengambil bahagian hanya kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim. Apakah dengan mendendami Anwar maka nasib rakyat khususnya di Sabah akan terbela?

Ini bukan soal sokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang atau sebagai PM. Ini waktu pengundian bajet di setiap kementerian dan ini lebih terperinci dan lebih utama dari pengundian di peringkat dasar. Apakah apa yang diumumkan di peringkat dasar itu benar-benar direalisasikan dengan betul atau hanya perisa di dalam bajet sahaja?

Hari ini difahamkan satu usul yang amat penting yang akan dibawa oleh wakil dari Sabah sendiri untuk rakyat Sabah. Saya penuh yakin, semua MP dari PH tiada masalah untuk menyokong usul ini dan akan menentang apa jua keputusan dari pihak kerajaan yang merugikan rakyat termasuk di Sabah. PH tetap berjuang untuk rakyat Sabah.

Persoalannya, adakah semua MP dari Warisan masih kekal dengan keputusan untuk boikot pengundian hanya kerana mahu tunjuk keegoaan mereka? Rakyat Sabah hari ini mahu melihat wakil rakyat mereka berjuang untuk mereka bukannya untuk melihat wakil rakyat yang mereka pilih bermain politik dendam. Mengapa harus ikut telunjuk Mahathir sehingga sanggup mengabaikan kepentingan Sabah? Apakah setelah Warisan tidak lagi menjadi kerajaan negeri maka terhentilah tanggungjawab mereka terhadap kepentingan Sabah?

PH sentiasa komited dengan agenda rakyat. Kita membenarkan bajet dasar ini tanpa kita membantah keras dengan mengadakan undian belah bahagi adalah kerana ingin melihat sejauh mana kerajaan PN serius di dalam melaksanakan apa yang mereka bentangkan. Apabila ada kepincangan, kita menolaknya di dalam undian di peringkat ini. Kalah menang soal kedua, tetapi kita harus beritahu rakyat bahawa PH bukan bermain politik di dalam perkara besar seperti bajet ini.

Saya harap Warisan akan berani bersuara untuk rakyat. Jika isu rakyat Sabah pun Warisan tidak mampu perjuangkan, biarkan saja kami di dalam PH akan mempertahankannya. Jangan izinkan MITI di bawah Azmin memperkotak-katikkan kepentingan Sabah.

WFAUZDIN NS

 

LAGU SEMPENA BIRTH DAY KAK WAN - LAGU AZIZAH BY ANWAR

LAGU TERBARU HANGAT DI PASARAN "KWSP KU" I-KENCING

APA PUNYA MERAPU MB KEDAH NIH?


 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga. Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dll.

Semalam sy menonton video hebahan oleh mb kedah Sanusi Mohd Nor yg menyebut nilai Rare Earth Element (REE)di Sik bernilai RM43trillion!( kemudian dibetulkan mjadi RM62bilion).

Komen saya

1. Angka RM43trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu( rujuk info dlm web kementerian dan terus ke jabatan mineral dan geosains.. baca)

2. Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan bukit enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dgn anggaran 250ribu tan bernilai USD3bilion( lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24bilion!). Mana datang RM62bilion?

3. MB umum lesen teroka telah diberikan kpd sebuah sykt dari KL. Ini proses pertama. Hanya sykt ini dibenar masuk dan ambil sample tanah utk dianalisis dsb. Akan ada proses selanjutnya seblm REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih2 lg bukit enggang ini statusnya hutan simpan.

Sy akan ikuti dari dekat setiap tdkn kjaan kedah dan berkongsi info dgn rakyat kedah khususnya rakyat kulim bandar baharu. Lebih2 lg sbb di Hutan Simpan Gunung Bongsu , Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dgn anggaran 312,500 tan bernilai USD3.75bilion.

Kot-kot laa lepas Sik depa mai kot Kulim pulak 😀

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU/SETIAUSAHA AGUNG PKR.

Kongsikan artikel ini

PINDA PERUNTUKAN JASA LAWAN COVID 19


GRM yakin kebijaksanaan percaturan politik Anwar

 


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) berkeyakinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kebijaksaan politik tersendiri dalam percaturan politik negara.

Menurut Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub, rakyat Malaysia juga semakin matang dalam menilai politik negara dan mampu menangani menangani sebarang kemelut.

"GRM memahami langkah strategik yang diambil oleh Datuk Seri Anwar dalam mengendalikan urusan Rang Undang Undang Perbekalan 2021.

"Kami juga berkeyakinan dengan kebijakan yang diambil oleh Anwar dalam melakar persefahaman baharu bersama bagi mengembalikan mandat rakyat dalam PRU 14 dengan Agenda Reformasi sebelum PRU 15, melalui proses yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

"GRM turut menjunjung kasih atas sebarang kebijakan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut politik negara bagi mewujudkan kerajaan yang stabil, dihormati dan mampu membawa Malaysia ke era yang makmur sejahtera," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, GRM menyeru rakyat supaya terus bertenang dengan ikhtiar kehidupan diteruskan, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar dikurniakan keselamatan dan kesihatan Kebawah Duli Yang Mana Mulia Yang di-Pertuan Agong.

GRM yang diwakili 10 NGO reformis juga meminta para aktivis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis sedia berkhidmat, Reformis terus berjasa".

 

SUMBER BANYAK YANG TIDAK DIURUSKAN DENGAN BAIK

 Zubaidi Sudin

Mohd Sharif Mohd Mukhlis
 Apa yg aku cuba sampaikan ialah...perkara ini tidak mustahil. Malaysia ni Allah anugerahkan mcm2 minerals dan komoditi. Cuma tidak diuruskan dgn baik
Mengikut sejarah zaman dulu, galian besi di Merbok Kedah adalah antara yg 
terbaik
 di dunia utk dibuat pedang dan kelengkapan perang.
Zaman dulu, China dan Thailand memanggil Semenanjung Malaysia sebgai The Golden Peninsular. Kenapa?
Jawapannya tertanam 2,000 kaki di bawah perut Semenanjung Malaysia dgn bongkah yg sgt padu bernilai TRILLION USD. Klau ikut Teori Konspirasi la...aku tak pasti betul ke tidak bab ni...Kununnya USA dan China berebut mahu Malaysia disebelah negara masing2 disbbkan perkara ini. Wallahualam.
Aku dedahkan setakat perkara yg aku tahu ni bila Sanusi mula berckp pasal "Mineral" berharga ni dgn nilai yg tak masuk akal. Bagi Benefit of the Doubt dulu. Adakah mereka being approach by a group of European Geologist dgn satelite images? Who knows? 😁

APA YANG SEBENARNYA



MOHD MUKLIS MOHD SYARIF

Image may contain: text that says "Font Paragraph SUMBER NR-REE DI KEDAH Lokasi Kewujudan NR-REE di Semenanjung Malaysia (Data sehingga Ogos 2019) Kawasan Berpotensi (ekar) 100,000 Daerah Lokasi Baling Kuantiti (Tan)* Kulim Nilai (USD juta)** 6,000 Status Tanah 500,000 Baling Selatan Hutan Simpan Gunung Bongsu Hutan Simpan Bukit Enggang 62,500 Pertania 312,500 Sik Padang Terap 3,750 Hutan Simpan 50,000 Sintok 250,000 3,000 Hutan 26,825 134,125 1,610 JUMLAH Anggaran (tan) dikira berdasarkan *harpaadalah adalah_USD12/kg 239,325 Hutan Simpan 1,196,625 purata normal Thorium (purata)" 


Sebenarnya rare earth tu depa bukan nak sangat pun, nak process pun tak reti belum campur dengan toxic waste dia tak tau nak campak ke mana. Tapi lebai, and modus operandi depa biasalah apa lagi. Tengok status tanah tu pun dah tau sebab apa. Kes dia macam lebai Kelantan kena scam karbon creditla.

Tu la nak habaq, depa ni bukannya cerdik pun, Negeri depa budget semua defisit, tapi dia punya sembang macam pakar kewangan antarabangsa. Nak buat camna, jadi MB pintu belakang, dapat la yang haq IQ atas sikit dari biskut marie.

 

MANA SATU BETUL NYA NI...


BOB KELANANG

 HOYOO… ini bukan salah titik perpuluhan ni… bukan typo, ni namanya nak menipu…

43 trilion dan 62 bilion, jauh sangat perbezaannya… bukan sikit tu…
KOH KOH KOH… jilaker!!
Image may contain: 2 people, including Syahir AL Maniri, text that says "Nasional Harakahdai Bonareakus Harakahdaih Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM43 trilion December 2, 2020 Nasional Kedah temui mineral baharu dianggar bernilai RM62 bilion 2020 f December f in Harakahdaih Harakahdaiy KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM43 trilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik. KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM742.7 bilion seluruh negara di mana RM62 bilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik."

GEMPAR!! DANA NAIK TARAF PEJABAT MENTERI 119 KALI BANYAK DARI MAJUKAN LADANG!!


Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mempersoalkan mengapa peruntukan untuk menaik taraf pejabat Menteri Perusahaaan Perladangan dan Komoditi dalam Belanjawan 2021 mencecah RM23.8juta.

Pengarah Strategi AMANAH itu mempersoalkan jumlah peruntukan itu memandangkan hanya RM200,000 diperuntukkan bagi Program Pembangunan Kepakaran Perladangan dan Komoditi (00526).

“Saya celah YB Sepang (Hanipa Maidin) berucap meminta Menteri jelaskan, di mana prioriti Menteri?” soalnya.

Peruntukan bagi menaik taraf pejabat menteri itu adalah 119 kali ganda lebih banyak berbanding usaha untuk memperkasakan kepakaran peladang.

Semalam, peruntukan bagi Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa dengan melalui proses undi belah bahagian.

Lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi kementerian itu lulus di peringkat Jawatankuasa selepas sejumlah 108 Ahli Parlimen mengundi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 17 tidak hadir.

Turut diluluskan semalam peruntukan bagi Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara.

Ini menjadikan peruntukan bagi kementerian yang telah lulus di peringkat jawatankuasa setakat semalam ialah lima dengan dua daripadanya diluluskan mengikut undian suara terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.

 

 

Isu berhubung EPF dan Moratorium Terpanggil merungkai

 

ENG HUAT KOH


Isu berhubung EPF dan Moratorium

Terpanggil merungkai

Description: 🤷‍♂️Isu yang berbangkit adalah :-

A) EPF - kebenaran mengeluarkan duit simpanan hari tua

B)Moratorium- penangguhan bayaran ansuran utk :-

I) Pinjaman Sewa Beli utk pinjaman kereta- kadar bunga tetap. Tiada bunga tambahan utk tempoh penangguhan

ii) Pinjaman Perumahan- kadar bunga berasaskan baki pinjaman. Kadar bunga masih dikenakan utk tempoh penangguhan

Description: 👉Keperluan EPF dan Moratorium

Rakyat terkesan dan bantuan kerajaan tidak mencukupi dgn kos sara hidup

Description: 👉Rasional - Dari Aspek Belajawan Dan Peranan KerajaanDescription: 👈

Description: 🤜Kedua-dua Isu ini tidak mempengaruhi PERUNTUKAN KERAJAAN didalam BELANJAWAN Description: 🤦‍♂️

-Keperluan dan Peranan Kerajaan hanyalah sebagai PENGANTARA

Langkah Kerajaan Didalam Isu Ini

Kerajaan seolah-oleh gagal memahami dan tidak menunjukan keperihatinan

Langkah Yang Sepatutnya Di ambil oleh Pihak Kerajaan Yg PrihatinDescription: 💪🏻:-

1) Isu EPF - sekiranya berkemampuan kerajaan sepatutnya mempertingkatkan bantuan atau suntikan subsidi upah terutama kpd golongan terkesan tidak kira B40 mahupun M40. Sebaliknya kiranya tidak berkemampuan kerajaan sepatutnya membenarkan

2)Isu Moratorium:-

a)Pinjaman Sewabeli - sepatutnya mengarahkan pihak bank membenarkan secara automatik kerana

bank hanya kerugian denda lewat sebanyak maksimum 8% keatas ansuran Tertunggak. Utk rekod Untuk setiap ansuran bulanan sebanyak RM1000 denda lewat yg terpaksa di tanggung hanya berjumlah RM6.57 sahaja {(RM1000 X 8% X30 hari)/365 hari} utk sebulan.

b)Pinjaman Perumahan - Sepatutnya Kerajaan mengarahkan bank memberi kebenaran kpd peminjam kerana keuntungan tidak terjejas hanya kekurangan untung sebab tidak dibenarkan penggenaan caj lewat. Seperkara lagi disebabkan kadar bunga adalah berasaskan baki pinjaman, kerajaan sepatutnya mengarahkan kadar bunga yg dibenarkan adalah pada KADAR BUNGA ASAS yg telah merangkumi kos pinjaman dan kos pengurusan bank

DIHARAP PENCERAHAN DIATAS ADALAH JELAS IBARAT SUDAH TERANG LAGI BERSULUH