KHEMAH BESAR DITOLAK MAJORITI AHLI PKR


KELUARGA MALAYSIA AKAN KENA GST LAGI

 

Tuddia aih! Hahaha... Kita kasi gelak je la. Dah nak buat macamana lagi? GST memanglah satu sistem percukaian yang paling cekap. Itu memang diakui. Dan GST dapat menambah pendapatan kerajaan. Itu juga tak dinafikan.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbang jika GST hendak dilaksanakan. Pertamanya masa. Sesuaikah ia dilaksanakan pada waktu ini? Dengan harga ayam dan minyak masak serta banyak lagi barangan lain meroket?

Rakyat juga ramai yang kehilangan kerja. Jika GST dilaksanakan waktu ini, walaupun kerajaan dakwa akan disalurkan kepada subsidi, masalahnya rakyat tak punya duit untuk belanja. Nak dapat subsidi tu macamana kalau tak mampu nak berbelanja?

Keduanya, ketelusan. Betullah subsidi boleh tambah pendapatan kerajaan. Tetapi dengan kerajaan yang ada sekarang, mampukah kita percaya wang itu tak akan diselewengkan? Sedangkan masih ramai lagi penyamun dalam kerajaan.

Ketiga, tiadakah ada cara lain untuk menambah dana kerajaan? Contohnya, cara paling mudah, dengan mengecilkan saiz kabinet, hentikan lantikan sia-sia seperti penasihat yang begitu ramai, duta khas bertaraf menteri dan lain-lain.

Kalau saiz kabinet dikurangkan menjadi separuh dan semua lantikan membazir ini dihapuskan, kerajaan mampu berjimat jutaan ringgit sebulan. Wang itu bolehlah digunakan untuk menampung subsidi untuk rakyat.

Kerajaan juga boleh gantung projek mega yang memakan belanja yang besar. Bukan hentikan terus tapi sementara sahaja sehingga ekonomi kembali stabil. Nasib rakyat seharusnya lebih utama dari projek besar serta poket kroni.

Begitu juga dengan kos selenggara bangunan atau kediaman atau apa saja yang mana ada antaranya menelan belanja hingga ratusan juta setahun. Itu semua bukan keperluan mendesak. Hentikan atau kurangkan kosnya. Tak boleh?

Kenapa rakyat juga yang jadi sasaran kerajaan bagi menambah pendapatan. Setelah gagal mengurus keperluan rakyat, juga gagal menyediakan peluang pekerjaan, kini kerajaan mahu cungkil duit dari poket rakyat. Sungguh zalim!

Amat malang, kerajaan melihat rakyat sebagai sumber pendapatan. Benarlah cakap Najib. Cash is king dan king adalah rakyat. Jadi bila kerajaan mahu cash, perahlah daripada rakyat sampai rakyat kering sekering keringnya.

Inikah yang dinamakan Keluarga Malaysia? Bila rakyat disiksa akibat keculasan, kecuaian serta kelemahan kerajaan mentadbir? Inikah kerajaan yang dibanggakan sangat orang Melayu? Kalau buat GST, orang Melayu tak susah ke? Guane boh?

Raja Gelap

 

KENYATAAN MEDIA : PAKATAN HARAPAN TIDAK BERSETUJU DENGAN PEKENAL GST SEMULA

 

Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

1 Jun 2022

Pakatan Harapan Tidak Setuju Perkenal Semula GST

Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksana semula sistem percukaian GST. Dalam keadaan inflasi yang semakin tinggi, rakyat sangat terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta pendapatan isi rumah yang berkurangan akibat pandemik COVID-19.

Pengenalan semula GST bakal mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak. Jika ditambah dengan masalah rantaian bekalan serta gaji yang tidak meningkat, rakyat akan menerima tekanan yang amat dahsyat.

Pada ketika persepsi tatakelola serta urustadbir Kerajaan belum pulih akibat skandal 1MDB, tatkala Malaysia berada di kedudukan ke-62 dalam indeks persepsi rasuah Transparency International serta kedudukan ke-2 dalam indeks kapitalisme kroni (crony-capitalism index) The Economist, adalah tidak munasabah Kerajaan bercadang untuk mengutip lebih banyak cukai dari rakyat tanpa membuktikan dahulu reformasi dan penambahbaikan urustadbir Kerajaan telah berjaya dilaksana. Tiada guna mengutip lebih banyak cukai jika akhirnya nanti duit rakyat dibazirkan akibat rasuah, ketirisan dan kronisme.

Perdana Menteri juga perlu diingatkan bahawa majoriti rakyat Malaysia telah menolak GST dalam pilihanraya yang lalu.

Oleh itu, Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan cadangan memperkenal semula cukai GST selagi pelbagai isu ini terus membelenggu rakyat.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

 

MASA MUJAHIT DULU MAKI KEMAIN.SEKARAG KENAPA TAK MAKIN DERIS SAGON?


RIZAL AKHIR  · 

Dulu sajad bertudung...hampa maki mujahid kaw kaw.

La ni pondan separuh bogel... Awat tak maki Idris Ahmad.

Be fair la. Mana lebih teruk pondan bertudung dengan pondan bogel??? Cer jawab

 


HELLO PH DAH BERSEDIA KE BELUM ??? PAK LONG MAIL NAK TIUP SEMBOYAN SANGKAKALA . DIA KATA SESAAT PUN TAK MAU TUNGGU DAH

 

PRU15 bila-bila masa dari sekarang, PM seru BN bersedia

Hasimi Muhamad
PRU15 bila-bila masa dari sekarang, PM seru BN bersedia
Perdana Menteri berkata, martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua ahli Barisan Nasional (BN) bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang.
Perdana Menteri berkata, martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa.
Berdasarkan keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN), Ismail Sabri berkata, isyarat jelas yang ditunjukkan ialah rakyat kembali memberi kepercayaan kepada BN.
Keadaan itu, tambah beliau, membuktikan BN mampu menawarkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi serta kesejahteraan negara.
"Walaupun pada penilaian kita, rakyat sudah kembali kepada BN, kita tidak boleh merasa selesa kerana masih banyak yang perlu dilakukan untuk memenangi hati rakyat, bagi menjamin kejayaan dalam PRU-15.
"Demi memastikan mimpi buruk 22 bulan tidak berulang, kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang, bagi mengekalkan rentak kemenangan yang telah kita capai mutakhir ini," katanya di sini, pada Rabu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan” bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48 hari ini.

TUUU DIA MACAM MALAIKAT NAK AMBIK NYAWA AIHHH- DASYAT SUNGGUH NAK BUBAR PARLIMEN PUN IKUT STAIL MALAIKAT MAUT

 


"Saya tidak akan lewatkan walau sesaat bubar Parlimen" - Ismail Sabri

Hasimi Muhamad
"Saya tidak akan lewatkan walau sesaat bubar Parlimen" - Ismail Sabri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri beliau bersetuju untuk membincangkan dengan 'Top Five UMNO' bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan melewatkan walaupun sesaat untuk membubarkan Parlimen, sekali gus memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perdana Menteri berkata, beliau juga bersetuju untuk membincangkan dengan 'Top Five UMNO' (kepimpinan tertinggi) bagi menentukan tarikh pembubaran Parlimen.
"Apabila kita berisap sedia, saya sebutkan saya tidak akan melewatkan sesaat pun untuk bubar Parlimen.
"Seperti yang dipersetujui dalam Perhimpunan Agung MNO, saya akan berbincang dengan 'Top Five UMNO' dalam Majlis Kerja Tertinggi.
"Dan hari ini saya bersetuju akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan tarikh," ujar Ismail Sabri ketika berucap pada Konvensyen BN bertemakan “Kesetiaan dan Kestabilan” bersempena dengan ulang tahun gabungan parti itu yang ke-48, di sini, hari ini.

RAFIZI VS SHAHRIL SHAMSUDIN SAPURA- SAYA PERTAHANKAN KENYATAAN SAYA TERHADAP CADANGAN MENYELAMATKAN SEB



 

1 Jun 2022

SAMAN SHAHRIL SHAMSUDDIN:

AYUH KE MAHKAMAH

Saya telah menerima writ saman dari Tan Sri Shahril Shamsuddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Sapura Energy Berhad (SEB) sekitar jam 1130 malam semasa saya dalam satu majlis di Kuantan pada 11 Mei 2022.

Writ itu adalah untuk mengesahkan bahawa Tetuan Zul Rafique & Partners, peguam kepada Shahril Shamsuddin telah memfailkan saman terhadap saya di mahkamah berhubung kenyataan-kenyataan saya ekoran desakan Dato’ Seri Najib Tun Razak agar kerajaan menyuntik wang untuk menyelamatkan SEB.

Saya telah mengambil pendirian untuk mempertahankan kenyataan-kenyataan saya di mahkamah kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan awam.

Sejak 2010, saya telah melalui 14 kes di mahkamah (dari Mahkamah Sesyen hingga ke Mahkamah Persekutuan) demi mempertahankan wang rakyat. Sebahagian besar dari kes-kes itu bersabit skandal kewangan besar negara seperti National Feedlot Corporation (NFC), 1MDB, Majlis Amanah Rakyat, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Setakat ini, saya menang kesemua kes saman yang dibawa terhadap saya di mahkamah. Dalam proses mahkamah itu, rakyat dapat menilai sendiri butiran terperinci yang menjadi latar belakang setiap skandal kewangan tersebut.

Saya akan diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Ranjit Singh dari Tetuan Ranjit Singh & Yeoh. Beliau adalah peguam yang mewakili saya selama 11 tahun sepanjang perbicaraan kes NFC dari 2011 hingga ke keputusan akhir Mahkamah Persekutuan yang berpihak kepada kami baru-baru ini.

Perbicaraan kes saman Shahril Shamsuddin adalah titik mula yang penting dalam usaha kita memastikan pelaburan rakyat melalui institusi pelaburan awam (seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain) memenuhi mutu piawai urus tadbir untuk pelaburan awam (required governance for public investments).

Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat yang besar di dalam syarikat-syarikat swasta senarai awam (public listed companies), kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar.

Kebelakangan ini, pelaburan rakyat mengalami kerugian besar akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat seperti Serba Dinamik Berhad dan Sapura Energy Berhad. Walaupun syarikat-syarikat ini secara rasminya adalah syarikat swasta yang dikawal secara majoriti oleh pemegang-pemegang saham individu, kerugian mendadak yang dialami telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat.

Pulangnya saya ke arena politik tanah air disambut dengan kes mahkamah yang pertama yang dibawa oleh Shahril Shamsuddin. Insya Allah saya akan terus bersuara untuk melindungi dana rakyat seperti sebelum ini biar pun terpaksa berdepan dengan lebih banyak kes mahkamah yang akan dibawa.

RAFIZI RAMLI

 

RAKYAT MAHU BANTUAN BUKAN SATU LAGI SURUHANJAYA


“Bagi saya, beliau begitu jujur memberi pandangannya yang ikhlas sesuai dengan pengalaman panjangnya mengemudi Kementerian Perdagangan Luar Negeri suatu masa dahulu,” katanya dalam satu kenyataan. Hanipa amat bersetuju dengan pendirian Rafidah, dan berpandangan Kerajaan tidak perlu terus-menerus terjebak dalam kegiatan membazirkan dana awam, apa lagi pada waktu kritikal seperti sekarang.

Kos Sara Hidup | GST mungkin dikembalikan, apa manfaat kepada rakyat?


Kita bersama Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid bagi perinciannya.

Perlu berani, lantang beri idea dalam Majlis Presiden, Mahfuz beritahu R...


Seorang pemimpin Amanah berharap Rafizi Ramli yang menang jawatan timbalan presiden PKR berani berhujah dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), termasuk dalam soal “khemah besar”.


PEMIMPIN BERSATU SEDANG BEREBUT GANTI ZURAIDA, PAK WAN DAN KJ DALAM SENARAI UTAMA


 Meskipun belum pasti perletakan jawatan Zuraida Kamaruddin selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diterima oleh Perdana Menteri dan ada kekosongan bagi jawatan tersebut, tetapi perlumbaan sesama sendiri di kalangan pemimpin-pemimpin Bersatu untuk menggantikannya tetap rancak sejak seminggu yang lalu.

Bagi Bersatu, sementara mereka menerima hakikat bahawa perlantikan menteri adalah hak Ismal Sabri Yaakob menentukannya, mereka juga sedar kouta untuk setiap parti adalah perkara yang seharusnya tidak lupa untuk dihormati oleh Perdana Menteri.

Untuk itu, memandangkan Zuraida diberikan jawatan itu atas kouta Bersatu, tindakannya keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia atau PBM, bermakna bellau tiada pilihan lain melainkan mesti mengundurkan diri agar kekosongannya dapat diganti oleh pemimpin Bersatu yang lain.

Proses seterusnya terserahlah kepada Ismail Sabri sama ada menerima perletakan jawatan Zuraida itu, mengisi atau membiarkannya kosong begitu saja.

Maka itu, dalam usaha mencuba nasib dan memperbaiki rezeki kehidupan, beberapa pemimpin Bersatu kini dilaporkan sedang bersaing sesama sendiri untuk melobi jawatan itu, manalah tahu kalau-kalau Ismail Sabri terbuka hati ingin melakukan pengisian dengan segera.

Dua nama disebut-sebut dalam senarai paling atas untuk menggantikan Zuraida itu ialah Redzuan Md Yusof, bekas Menteri Tugas-Tugas Khas yang kini merupakan Pengerusi Boustead dan Kamaruddin Jaafar, Timbalan Menteri Luar Negeri.

Redzuan atau Pak Wan dianggap paling layak kerana antara pengasas awal Bersatu serta pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.

Kamaruddin Jaafar atau KJ, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak adalah antara wakil rakyat senior dalam Parlimen kerana sebelum menyertai Bersatu bersama Kumpulan Azmin Ali, beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen atas tiket Pas dan juga PKR.

Pencalonannya juga dikatakan disokong kuat oleh Azmin yang merasakan pengganti Zuraida mestilah daripada kelompok bekas pemimpin PKR juga.

Lobi-melobi terhadap Mahiaddin Md Yasin agar beliau mencalonkan sama ada Pak Wan atau KJ dilaporkan sedang berjalan rancak ketika ini.

Sementara itu, beberapa pemimpin Bersatu yang lain yang merasakan mereka juga layak menjadi menteri turut dilaporkan cuba melobi Mahiaddin agar pilihan lebih memihak kepada mereka.

Antara yang dilaporkan melobi itu ialah ialah Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Ahmad Fahysal Wan Kamal.

Sementara Wan Ahmad Fahysal atau Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan merupakan seorang Senator yang membolehkannya lebih mudah dinaikkan pangkat sebagai menteri, Wan Saiful pula bukan merupakan Ahli Dewan Negara.

Dengan itu, pelobian Wan Saiful mungkin berdepan sedikit kesukaran kerana beliau harus dilantik sebagai Senator terlebih dahulu jika dianya ingin dilantik sebagai menteri.

Dalam pada itu, melalui sumber-sumber UMNO, Ahli Parlimen Tanah Merah, Ikmal Hisham Abdul Aziz yang sebelum ini merupakan pemimpin parti itu sebelum melompat menyertai Bersatu bersama Kumpulan Hamzah Zainuddin, tidak ketinggalan sedang melobi sama untuk merasa dinaikkan pangkat menjadi menteri.

Beliau kini adalah Timbalan Menteri Pertahanan dikatakan selain melobi melalui Mahiaddin, juga dengan mendekati pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai hubungan rapat dengan Ismail Sabri. – ShahbudinHusin 01/06/2022.


LAIN KALI JANGAN KUTIP SAMPAH HANYUT

 

Hamzah akhirnya dedah perangai sebenar Zuraida


Hamzah akhirnya dedah perangai sebenar Zuraida


Menggunakan parti untuk kepentingan peribadi, tidak pernah hadir mesyuarat dan tidak begitu aktif dalam gerak kerja parti.

Itu pendedahan dibuat Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin terhadap kedudukan sebenar Datuk Zuraida Kamaruddin dalam parti itu seperti dilapor Utusan.

Hamzah berkata, Zuraida dilihat tidak begitu aktif di dalam parti, malah mula menunjukkan ‘warna sebenar’ apabila tidak menghadiri lebih enam mesyuarat yang dianjurkan parti itu termasuk mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Ampang itu jelas menunjukkan yang dia tidak pedulikan parti, sebaliknya menggunakan parti ini untuk kepentingan peribadi.

“Bersatu beri peluang kepada semua bukan sahaja Zuraida dan apa yang penting bila dah jadi ahli mereka perlu ikut segala agenda parti.

“Kalau dia kata tidak tahu apa agenda parti, jawapannya memang tidak tahu sebab mesyuarat MPT pun dia tidak hadir. Segala agenda dan isu akan dibawa dalam mesyuarat MPT, tapi dia yang tidak hadir,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), hari ini.

Katanya, disebabkan itu, parti membuat keputusan untuk melucutkan jawatannya sebagai ahli MPT dan keputusan itu dibuat dua minggu lalu.

KAH..KAH..WOII AZALINA YANG BAGI UTANG BERTIMBUN TU SIAPA PULAK...TELOQ TELOQ JANGAN MAIN AAAA...SEKRANG PUN UMNO TAK LEH BUAT APA..REGA YELOQ PUN MELAMBUNG

 

‘Jangan bagi telur ayam macam PH’, galas reformasi jika mahu menang 2/3, Azalina seru BN






Azalina Othman Said menyeru perwakilan BN agar mengambil iktibar daripada pengalaman PH memerintah negara.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu berani menggalas agenda reformasi jika ia bersungguh mahu memenangi 2/3 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak, kata Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu meramalkan BN sekadar mampu menawan antara 90 hingga 100 kerusi sahaja jika gabungan itu tidak menetapkan minda sekarang untuk membawa agenda reformasi.

Kita nak (sekurang-kurangnya) 148 kerusi Parlimen, iaitu 2/3. Kalau kita masuk dengan ‘apa yang BN ada’, kita tak mungkin akan dapat 148 … kita mungkin maksimum dapat 90-100 kerusi sahaja,” katanya kepada perwakilan BN sempena konvensyen ulang tahun gabungan itu yang ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau mengingatkan perwakilan bahawa BN tidak boleh berpuas hati dengan 100 kerusi.

“Katakan 90 kerusi, kita perlukan lagi 50 lebih kerusi. Jadi tetapkan minda kita untuk PRU15 – kena bersedia agenda reformasi.”

Azalina menyeru perwakilan agar mengambil iktibar daripada pengalaman Pakatan Harapan (PH) memerintah negara.

“Kita tak boleh jadi macam ‘puak sebelah tu’. Dia jadi kerajaan 22 bulan, dia bagi ‘telur ayam’ kepada rakyat. Kita kena kotakan kata,” katanya.

Seiring dengan agenda reformasi, Azalina berkata, BN mesti pastikan akta anti-lompat parti yang sepatutnya dibentangkan Julai ini diluluskan dan dikuatkuasakan sebelum PRU15.

“Siapa yang tinggalkan kita, silakan tapi kerusi itu milik kita,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dalam ucapannya menyeru gabungan itu tampil dengan imej yang bersifat revolusi, mengagumkan, bersungguh-sungguh dan ada harapan.

Seruan itu bertujuan menangkis persepsi korupsi dan kebejatan moral yang dianggap sinonim dengan BN, malah gabungan itu dilihat tidak memukau imaginasi rakyat.

“Kita mesti mengubah persepsi yang toksik ini. Sangat penting untuk kita menampilkan BN yang bersifat sezaman, segar dan kalis masa depan,” katanya.

“Kita mesti mengungkapkan semula BN ini sebagai ‘sebuah idea’ bukan sekadar sebuah perikatan politik.”


INGAT NI SEBELUM KERAJAAN PN LAKSANAKAN FATWA GANG SEBANTAL DAH KELUARKAN- PAS MACAMANA ? ADA FATWA BARU DAK LAGI ?


Mat Mat

rnepsdotSof8ff72972u690aga52c32101f7ihauh0  · 

Encik Salleh Lan Saja Anjang Parkson Aisham Shasha Izzara Abdul Samad Asdm Abd Razak Zak tull kee kesemua YB & menteri lebai akan letak jawatan kalau mail buat #GST .?? Satu malaya nak tauu niii..

 



 

TUU DIAAA...NAK KENA CUKAI LAGI- JALAN PUN TAK DIBESARKAN...KERETA MEMAANG BANYAK..NAK PW DUIT RAKYAT LAGI KAH ?

 

Pelaksanaan caj kesesakan di KL, bersediakah kita?




Bernama
Pelaksanaan caj kesesakan di KL, bersediakah kita?
Pendekatan yang juga dikenali sebagai 'caj kesesakan' itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengenalan 'kadar harga jalan' iaitu bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam zon sesak di bandar besar disifatkan antara langkah terbaik dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di ibu negara.
Ini berikutan pendekatan yang juga dikenali sebagai 'caj kesesakan' itu telah lama dilaksanakan di bandar luar negara antaranya Singapura; London, United Kingdom; Stockholm, Sweeden dan Milan, Itali.
Langkah untuk masa panjang ini juga bertujuan mengurangkan perjalanan waktu puncak, mengurangkan kesesakan jalan raya serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, namun adakah pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bersedia sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang selepas sistem jaringan pengangkutan awam siap sepenuhnya?
Mengulas mengenai isu itu, Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Madya Marlina Suzana Jaafar berkata walaupun lebih selesa membawa kereta sendiri, masyarakat perlu sedar kenderaan pensendirian merupakan punca utama kepada kesesakan.
Jelasnya, penambahan atau pelebaran jalan raya juga bukanlah satu solusi kepada pengurangan kesesakan malah ia menambahkan lagi bilangan kereta persendirian yang akan memburukkan situasi.
Langkah itu termasuk mempersiapkan infrustruktur di sekitar pusat bandar dan kawasan perumahan bagi membolehkan penggunaan pelbagai mod mobiliti lain termasuk basikal, skuter, dan berjalan kaki selain memperkenal zon rendah karbon.
"Secara kesimpulannya, penambahbaikan adalah harus menuju ke arah 'modal split' atau 'modal share' iaitu penggunaan semua mod pengangkutan seperti tren dan berbasikal secara seimbang.
"Walaupun ramai yang berpandangan bahawa ia tidak sesuai dilakukan di negara kita yang panas, tetapi dengan adanya kreativiti kita mampu mewujudkan infrustuktur yang selesa bagi menarik pengguna menggunakan mobiliti tersebut," katanya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan dijangka mempertimbangkan melihat semula struktur bayaran meletak kereta di dalam bandar setelah projek Transit Aliran Massa (MRT) 3 siap kelak.
Ini termasuk melihat keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar dan bayaran kesesakan kenderaan apabila sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap diwujudkan.
Pandangan sama turut dikongsikan Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Safizahanin Mokhtar yang menyarankan kajian menyeluruh dan projek perintis caj kesesakan perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti yang dilakukan di bandar utama luar negara.
"Mengambil contoh pelaksanaan caj kesesakan di kota London, ia mengambil tempoh 10. tahun kajian terperinci termasuk mengkaji pergerakan pengguna dari lokasi tertentu dan diikuti beberapa kawasan dipilih untuk dilaksanakan percubaan projek itu.
"Pada awalnya ada bantahan, namun perlaksanaan itu dilakukan secara perlahan sehingga pengguna sendiri merasai impak iaitu pengangkutan awam bas secara tiba-tiba lebih efektif mengikut jadual perjalanan kesan tiada kesesakan trafik, sekali gus memupuk pengguna memilih mod pengangkutan alternatif," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan laporan Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) 2018 yang disediakan oleh Kementerian Kerja Raya, beliau berkata kualiti jalan raya utama di ibu kota berada antara tahap D (sederhana) dan tahap F (gagal) untuk menampung bilangan kenderaan disebabkan pertambahan yang tinggi sehingga berlakunya kesesakan teruk.
Beliau berkata ini pula disokong dengan laporan daripada 'The Asean Secretariat' pada 2017 yang menyatakan rakyat Malaysia memiliki kenderaan persendirian kedua tertinggi iaitu sebanyak 896.7 kenderaan bagi 1,000 penduduk selepas Brunei berbanding Thailand, Indoensia dan Vietnam.

SUDAH LAH HARGA BARANG MAHAL-NAK JAGA TEPUNG PUN TAK MAMPU. NAK SAPU LAGI GST KERANA PELABUR TAK DATANG ? APA PUNYA BANGRAP IDEA...

 

'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM


Astro Awani
'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Ismail Sabri berkata, sistem pencukaian GST dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, GST dilihat mampu mengembangkan pendapatan asas negara.
Selain itu, katanya lagi, sistem pencukaian tersebut dilihat mampu membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.
“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya lagi.
Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata, beliau sedar tentang persepsi negatif mengenai GST, tetapi kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan ketika ini.
Beliau berkata, dalam usaha mengembalikan GST, kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran tentang sudut positif GST serta sistem pengutipan cukai yang lebih telus.
Katanya lagi, kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang akan diperkenalkan semula, tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.
Selain itu Ismail Sabri berkata, kerajaan ketika ini juga sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi dengan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah dan menengah.
“Sebuah pelan komprehensif akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya lagi.

Rafizi dijangka ‘lunakkan’ cara bercakap keras, terus terang


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Impak Rafizi Ramli dalam PRU15 dijangka besar kerana beliau dilihat mempunyai penyokong daripada kalangan pengundi muda, baik ahli parti mahupun orang luar.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menjangkakan bakal timbalan presiden PKR Rafizi Ramli akan mengurangkan gaya “bercakap keras dan terus terang” kerana beliau kini perlu berurusan dengan pemimpin pembangkang lain secara tetap.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Rafizi tidak mungkin akan mencetuskan pergolakan seperti yang dilakukannya ketika tidak memegang jawatan kanan dalam PKR atau Pakatan Harapan (PH).

“Rafizi dahulunya sangat ‘keras’ dan bersikap terus terang apabila menangani beberapa isu,” katanya kepada FMT.

“Tetapi ini ketika beliau masih mentah dan tidak dianggap sebagai jurucakap partinya.

Azmi Hassan.

“Sekarang apabila beliau akan pegang jawatan penting dalam parti dan mungkin dalam gabungan PH, beliau akan sedar bahawa beliau perlu bekerjasama dengan sekutu bukan sahaja dalam PH tetapi juga dalam parti pembangkang lain.”





Menurutnya, Rafizi akan berhati-hati kerana menjadi jurucakap parti dan akan berwaspada serta fokus dalam membawa idea menarik dan baharu dalam gabungan pembangkang.

Membuat spekulasi mengenai impak bekas ahli Parlimen Pandan itu dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang, Azmi berkata, ia dijangka besar kerana Rafizi dilihat mempunyai penyokong daripada kalangan pengundi muda, baik ahli parti mahupun orang luar.

“Program Ayuh Malaysia yang dilancarkan dan dijalankan bersama Nurul Izzah menarik ramai penyokong daripada golongan belia di luar PKR, yang merangkumi semua kaum.

“Gandingan ini menarik minat belia. Sebagai timbalan presiden, Rafizi kini memberi nilai tambah bukan hanya kepada PKR tetapi PH secara keseluruhannya.”

Beliau berkata, cabaran terbesar akan dihadapi Rafizi adalah dalam menentang pandangan Presiden PKR Anwar Ibrahim. Kedua-duanya perlu menangani isu konsep “khemah besar” secara muhibah, tambahnya.

“Anwar adalah peminat tegar konsep itu manakala Rafizi menentangnya,” katanya.

“Kemenangan Rafizi yang meyakinkan dalam pemilihan PKR memberinya kekuatan untuk tidak bersetuju dengan Anwar atau memberi pandangan yang bertentangan mengenai strategi parti, tetapi beliau pasti akan berhati-hati apabila menangani isu khemah besar.”

Rafizi sebelum ini secara terbuka menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti yang tidak sejajar dengan prinsip PKR, tetapi Azmi menjangkakan beliau akan menerima hakikat bahawa PH memerlukan sebanyak bantuan yang boleh daripada parti pembangkang lain untuk berjaya dalam PRU15.

“Beliau akan berlembut sedikit kerana jawatan yang disandangnya itu menggalas sesuatu tanggungjawab,” katanya.

Azmi turut menjangkakan akan melihat perubahan drastik dalam hala tuju parti pada PRU15 kerana strategi yang digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, Sarawak dan Melaka, yang kebanyakannya dirangka oleh Anwar, gagal.

“Rafizi dijangka akan tampil menyuntik idea baharu untuk parti serta PH untuk membantu mereka menghadapi PRU15,” katanya.