Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh menafikan desas-desus yang mendakwa kepimpinan Umno negeri bakal bertukar dalam masa terdekat.
Bercakap kepada pemberita di Melaka semalam, Adun Tanjung Bidara itu berkata tiada isu yang timbul berkaitan kepimpinan Umno negeri ketika ini.