PN- PETROLEUM NAIK..KAH..KAH..DULU HANGPA DOK EJEK ANWAR KATA REGA TURUN- SEKARANG BILA HANGPA PERINTAH-REGA ..KAYANGAN PUN MENGALAH..

 


RON97 catat rekod tertinggi, pemilik kereta mewah ‘mengalah’ guna RON95






Harga runcit bahan bakar naik mendadak baru-baru ini, khususnya RON97 yang meningkat 37 sen seliter menjadi RM4.70 seliter, bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022.

PETALING JAYA: Antara April dan Mei 2020, harga petrol di negara ini berada pada paras terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pilihan utama pengguna, RON95 hanya berharga RM1.25 seliter, manakala RON97 yang lebih premium pula RM1.55, dan diesel RM1.40.

Bagaimanapun, terkini harga runcit bahan bakar itu naik mendadak, khususnya RON97 yang meningkat 37 sen seliter menjadi RM4.70 seliter, bagi tempoh 26 Mei hingga 1 Jun 2022.

Menurut Kementerian Kewangan, harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Bagaimanapun, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel ketika ini.

Tinjauan FMT menemui pengguna di beberapa stesen minyak mendapati lebih ramai pengguna kereta mewah, golongan M40 malah T20, beralih kepada petrol RON95.

Neo Woon, 47, mengakui menjadi pengguna setia RON97 sejak lima tahun lepas, tetapi kini bertukar kepada RON95 disebabkan harga yang terlalu mahal dan di luar kemampuannya.

“Walaupun berat hati dan sayangkan enjin kereta bila pakai RON95 kerana kualitinya berbeza berbanding RON97, saya tiada pilihan sebab tak mampu lagi buat masa ini,” kata pemandu BMW itu.

Perasaan sama juga dikongsi Mohamad Shahir Hamzah, 56, yang beralih kembali menggunakan RON95 untuk Mercedes-Benz dipandunya sejak sebulan lepas.

“Bila tukar kepada RON95, saya boleh jimat RM400 hingga RM500 sebulan. Jumlah itu boleh beli barang asas dapur untuk kami sekeluarga sebulan,” katanya yang menambah, akan mempertimbangkan kembali menggunakan RON97 jika harganya kembali lebih berpatutan kelak.

Mohd Huzzairi.

Mohd Huzzairi, 31, pula mengaku setakat ini masih menggunakan RON97 untuk kereta dan motosikalnya, namun dalam perancangan beralih kepada RON95.

“Bila terlalu mahal, kena tukar kepada minyak lebih murah, walaupun RON97 berkualiti bagus dan baik untuk jaga kenderaan,” katanya.

Bagi Christina, 45, pula sejak RON97 naik mendadak, beliau mengambil keputusan kurang menggunakan kereta Mercedes-Benz miliknya, sebaliknya menukar memandu kenderaan Perodua untuk berulang-alik ke tempat kerja bagi mengurangkan kos perbelanjaan.

Abdul Manaf.

Pekerja stesen minyak yang hanya dikenali sebagai Abdul Manaf mengakui sejak minyak RON97 meningkat, jumlah pengguna minyak jenis itu berkurangan.

Pandangan itu turut disuarakan seorang lagi pengusaha stesen minyak sekitar Petaling Jaya, Syafikah Mohamad yang menganggarkan bilangannya turun kira-kira 30% sejak beberapa minggu lepas.