ADA YANG TENGAH MABUK KUASA

Negara Parah : Zina , Rogol & Buang Bayi


Thursday, August 12, 2010


1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi - jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .



3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.



7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli Dewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :

*Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
*Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
*Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
*Sekat laman - laman lucah secara serius
*Menguatkuasa undang2 syariah
*Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
*Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .

Banyak lagi langkah yang perlu diambil.

[ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .

Oleh Nasrudin Hassan

Zaman Gelap Universiti – Dihukum kerana Menuntut Ilmu

Thursday, August 12, 2010



Sebelum ini, artikel saya telah disiarkan melalui beberapa blog dan media alternatif. Lalu saya dedikasikannya buat mereka yang akan hadir perbicaraan dan mengambil perhatian buat kes saya, ‘UKM4’ di Mahkamah.

Lalu saya terpanggil lagi untuk terus menyiarkan pandangan saya ini atas kesedaran bahawa zaman gelap di universiti itu perlu diakhiri dengan segera. Selesai sertai Pertandingan Pidato anjuran Sekretariat Belia Negeri Selangor di Auditorium MPAJ. Saya bawakan tema ‘Pencerahan’ idea tokoh falsafah Jerman, Immanuel Kant. Tajuknya ‘Pembodohan dan Pencerahan’.

Dalam orasi kali ini saya bawakan pengalaman sepanjang tiga tahun di kampus – dari Julai 2008 hingga hari ini.

Isnin lalu, tanggal 2 haribulan Ogos, saya dan tiga orang teman sekuliah – King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes kami, UKM4. Lalu Y.A Hakim memutuskan tarikh 28 haribulan September sebagai tarikh keputusan kes.

Juga saya bawakan situasi dan keadaan zaman gelap kampus universiti di negara kita. Bagi saya ini suatu petanda buruk yang bakal meranapkan masa depan negara.

Ketika saya tahun satu, dengan harapan dan kesungguhan mendaftar ke kampus, apa yang saya cita-citakan adalah ke kampus untuk hadir kuliah, untuk turut aktif berpersatuan, untuk sertai diskusi-diskusi mingguan, dan untuk belajar dikritik dan mengkritik.

Namun, saya tidak pernah puas dan selesa dengan keadaan kampus yang kuliahnya kosong dan retorik, anak mahasiswa yang aktif itu digelar pengganas, kelab mahasiswa yang aktif dibubar, diskusi-diskusi mingguan itu hampir tiada, segala kehidupan mahasiswa itu direncanakan dan pensyarah yang mengajar itu alah sekali bila dikritik.

Bagi saya, inilah zaman gelap universiti.

Dalam orasi itu, saya sebutkan bahawa jawapan kepada kegelapan dan pembodohan itu adalah pencerahan (enlightment).

Pencerahan yang mana asasnya harus membebaskan. Bermula dengan pembebasan akal fikiran – yang mana ditulis oleh Tokoh Pencerahan, Immanuel Kant sebagai perkara yang paling tidak memudaratkan.

Maka pencerahan di kampus itu harus bermula dengan membebaskan pemikiran mahasiswa daripada proses pembodohan. Undang-undang dan peraturan zalim yang membentuk budaya selesa dalam ketidakmatangan – pembodohan itu harus terus dimansuh.

Tarikh 28 September 2010 nanti akan jadi sejarah. Sama ada pertuduhan terhadap saya itu gugur atau akan balik semula untuk dibicarakan di Mahkamah Universiti.

Sebulan yang lalu, saya digantung daripada jawatan Yang Di Pertua kelab Sains Politik. Minggu lepas pula, sudah timbul isu bahawa Kelab Sains Politik UKM yang saya asaskan itu dibubarkan.

Apa yang berlaku adalah seakan suatu bentuk hukuman ke atas saya.

Saya di hukum oleh universiti kerana saya aktif berpersatuan dan memegang jawatan Yang Di Pertua. Saya di hukum kerana mencari ilmu politik yang praktik di lapangan pilihan raya. Kelab Sains Politik dihukum dan dibubarkan kerana saya adalah Yang Di Pertua dan saya adalah pengasasnya.

Namun, jawapan yang mereka berikan adalah; saya dihukum kerana saya terlibat dengan kempen politik, dan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Tidak pula salah bagi segolongan pensyarah di kampus saya yang turut menyertai parti politik dan berpolitik secara terang-terangan walaupun golongan pensyarah ini turut termasuk dalam AUKU.

Saya tidak katakan salah untuk pensyarah atau pentadbir ini juga turut menyertai parti politik. Malah saya turut menyokong penyertaan mereka dari dulu lagi.

Cuma baru-baru ini saja, timbul suara pembaharu daripada beberapa pimpinan dalam partai pemerintah yang mahukan penyertaan guru, mahasiswa, dan pensyarah dalam politik kepartian itu dibenarkan.

Idea ini perlu diambil berat dan harus dilaksana segera supaya ia membebaskan anak muda, mahasiswa, guru dan pensyarah daripada belenggu pembodohan hegemoni sesetengah pihak.

Terdapat juga anak mahasiswa yang lantang memperjuangkan agar jangan dibenarkan penyertaan politik ini berlaku seperti perjuangan sebuah kumpulan yang dinamakan ‘Kaukus Siswa Melayu UKM’ – kumpulan yang dilihat pro pentadbiran universiti. Mereka yang seakan sudah selesa dengan keadaan kampus sekarang.

Maka merekalah seperti yang dikatakan oleh Immanuel Kant sebagai golongan yang selesa dengan ketidakmatangan – pembodohan yang berlaku. Oleh kerana itulah mereka tidak mahu bebas dan berjuang mempertahankan hak yang seharusnya mereka perolehi.

Untuk saya, tidak ada yang lebih penting bagi menyelesaikan zaman gelap universiti ini melainkan percerahan yang bermula dengan pembebasan akal fikiran yang rasional.

Masharakat kampus ini harus dibiarkan bebas menggunakan akal fikiran sendiri. Mereka harus dibiarkan bebas merencana masa depan sendiri. Mereka juga perlu bebas untuk membuat pilihan.

Kebebasan inilah yang akan membuatkan mereka berani menggunakan kefahaman sendiri dan inilah tindakan yang bakal membawa pencerahan.

Maka beranilah anak muda, masharakat kampus dan mahasiswa untuk menggunakan kefahaman sendiri .

KADAR TOL BARU JAMBATAN PULAU PINANG

by Pemuda PAS Bukit Bendera



Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar tol yang ditetapkan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang selepas ia dibina dan adakah kadar tol Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada akan dikaitkan dengan jambatan kedua atau pun kadar tol tidak akan dikenakan selepas konsesi jambatan pertama berakhir.




JAWAPAN:
Kadar tol bagi Jambatan Pulau Pinang Kedua berdasarkan 7 kelas pada tahun 2010 setelah siap beroperasi adalah seperti berikut :

Kelas Kenderaan Kadar Tol 2013 (RM)


Kelas 1 (Motosikal) 1.90
Kelas 2 (Kereta, teksi & van 2 Gandar 4 roda kecuali MPV) 9.40
Kelas 3 (Lori 2 gandar 4 roda termasuk Pick up & SUV) 16.20
Kelas 4 (Lori 2 gandar 6 roda, van 2 Gandar 6 roda & 33.60
bas 2 gandar 6 roda)

Kelas 5 (Lori 3 gandar) 60.60
Kelas 6 (Lori 4 gandar) 80.80
Kelas 7 (Lori 5 gandar) 100.90


Kadar tol yang ditetapkan di Jambatan Pulau Pinang Kedua adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama. Disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4,500 juta dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di Jambatan Pulau Pinang Kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.
...............
Rakyat P.Pinang tanggung hutang.Tol bebankan rakyat P.Pinang

(function() { var d = document, w = window; w

YANG DOK MASUK LAM MEDIA SOSIAL TU BUAT APA .....ADOIIII

  IBRAHIM MAT ISA Selepas viral di segala social media, En Kamaruddin ini telah memadamkan pos berkaitan di akaun FB beliau. Mudah meriah su...