BEBERAPA KES YANG BERLAKU



HAMDAN TAHA

MENTERI TOLAK SIASATAN DIRAJA
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama dan Timbalan Menteri nya dari parti Pas telah menolak untuk di adakan suruhan di raja untuk menyiasat kes Tabung Haji....Kenapa di tolak ??????
Apabila di tolak maknanya kes ini tak habis habis akan di jadikan isu politik dan mendatangkan fitnah kepada orang islam...
Semasa jadi pembangkang beria ia umno dan pas minta di adakan RCI ni pusing satu melaya minta kerajaan buat. Bila dah jadi kerajaan pusing satu melaya juga untuk tolak RCI.... s ama lah kes RUU 355....masa jadi pembangkang tiap malam selama 60 tahun sebut benda yang sama sahaja....hudud....hudud....Ruuu Ruuu....tak buat Kafir...hudud keutamaan berbanding perkara lain...hukumnya wajib kerana ini hukum Allah.....
Dah berkuasa Hudud dan Ruu 355 bukan keutamaan ada banyak perkara lain yang lebih utama antaranya kemiskinan....dan gaji minima rakyat. Selagi rakyat malaysia ini bergaji kecil dan ada orang fakir juga miskin Hudud tak boleh di laksanakan.....Kenyataan Hadi Awang tahun 2020...
Rakyat miskin dan gaji minima rendah ni akan berlaku sampai Kiamat....tetap ada macam tu...jadi bila nak ada hududnya di malaysia inj jika kenyataan hadi itu di perhalusi. Kecuali dia dah tak jadi presiden Pas dan ada Presiden baru yang akan guna isu baru
RASUAH PUN ADA LAGI YANG SOKONG
Bukan mudah jadi kerajaan sekarang ini...
Pm dan menteri makan apa...lauk apa...siapa bayar....semua sekarang ni boleh di ketahui umum dan bukan rahsia...
Menteri hisap vape dalam parlimen cara sorok sorok pun dapat di ambil videonya...
Ada menteri buat kerja terkutuk sesama lelaki pun ada videonya...
Apa pun yang di buat sekarang ini walaupun di rahsiakan akan menjadi tidak rahsia lagi....
Cuma di malaysia ini apa pun pemimpin buat mereka akan terus ada penyokong dan jadi menteri berterusan. Berbanding negara negara luar sana....
HIDUP PERLU BERSABAR
Dalam berita ada seorang di kinrara bekas pilot bunuh diri terjun dari kondo....mati kerana kecewa di buang kerja....
Cara macam ni rasanya bukan orang islam, dia baru tak ada kerja dalam berapa bulan jer dah panic dan bunuh diri....tapi ini cara pendekatan yang bahaya...

Ramai lagi yang dah mengangur lebih lama lagi dari pilot tu...ada yang bukan baru tak ada kerja tapi bebanan hutang pun banyak...tapi ini semua di lalui oleh dunia bukan kita sahaja...ini lah masa kesabaran sangat perlu



MUDAHNYA LEBAI-PATUT LA NEGERI TAK MAJU

Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakin BERITA RCI Tabung Haji: Dulu kita desak sebab tiada maklumat, kata PAS N Faizal Ghazali"

Pertama. Kalau ada maklumat kamu faham ke?
Kedua, nampaknya kamu mengaku kamu fitnah
Ketiga, since dah ada maklumat, jadi benarlah bahawa PH tak jual aset negara. Kamu mengaku la kan?
Kesimpulan - x leh caya

NAFSU YANG TERSEMBUNYI



Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3 dari kota Basrah, Iraq.
Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Waktu itu, aku sama sekali tidak memiliki apa-apapun, sementara aku harus menafkahkan seorang isteri dan seorang anak.
Himpitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.
Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku.
Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata:
“Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang, aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tidak terdaya kerana terlalu lama menahan rasa lapar yang menghimpit diri.
Tolong berikan dia sesuatu yang boleh dia makan. Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang tidak akan kulupakan sepanjang hayat.
Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tidak sesen pun dinar atau dirham yang aku miliki.
Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.
Spontan, si ibu tidak dapat membendung air matanya (menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku, sementara beban hidup terus bergelutan difikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini pada sebuah dinding, sambil terus memikirkan perancanganku untuk menjual rumah.
Dalam keadaanku seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk-duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.
"Masyaallah....!”, jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada seorang lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu, dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap. Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu. Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik. Bisnesnya meningkat dan berjaya. Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi, berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan perniagaannya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu, berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”
Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, memberi bantuan dan berbagai bentuk amal soleh. Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solehku.
Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN.
Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang-orang yang SOLEH.
Suatu malam, aku tidur dan bermimpi. Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.
Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah, isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.
Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan, sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.
Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkan satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku. Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".
Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solehku.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.
Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.
Tiba-tiba, aku terdengar suara, “Masihkah orang ini mempunyai amal baik?”
“Masih...”, jawab suara lain.
“Masih berbaki yang ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...
Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku, sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukanku.
Tidak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.
Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku.
Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata, “Orang ini selamat dari seksa neraka...!
Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!
Allahuakbar!!!
Aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku, keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.
Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab "KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam Qalam (2/153-160)".
Semoga kita diberi kefahaman untuk amal dan beroleh manfaat.

MAKAN DAN MENGKEDAQAH



Ini dinamakan makan…
Makan perlu untuk kita terus hidup, bukan untuk membuncitkan perut.
Makan secara biasa juga boleh dipanggil menjamu selera.
Apabila makan untuk hidup, wajah mereka biasanya nampak tenang saja sambil diiringi senyum sebagai tanda kesyukuran.
Ini pula dipanggil melantak…
Dalam keadaan tertentu ia juga dipanggil mentekedarah.
Orang yang melantak atau mentekedarah macam ini, wajah mereka selalunya akan ternampak lebih gembira kerana ingin menunjuk-nunjuk dengan makanan yang penuh di atas meja.
Senyum mereka akan sampai ke telinga, kerap diiringi dengan menunjukkan tanda bagus, apa lagi kalau makan free dengan guna duit GLC yang membayarnya.
Lebih girang di hati apabila makanan yang sama boleh pula dibungkus untuk dibawa pulang.
Agaknya inilah antara “new normal” yang menjadi kebanggaan PM kita. (Shahbudindotcom 06/08/2020)

BEZA ANTARA MAKAN DAN MELANTAK

Ahli Parlimen DAP makan tengah hari tanpa udang galah



Skandal 1MDB: Bila Muhyiddin mahu beritahu status baki AS$5 bilion?

Skandal 1MDB: Bila Muhyiddin mahu beritahu status baki AS$5 bilion?


Menteri curi-curi hisap vape dalam sidang Dewan Rakyat

Menteri curi-curi hisap vape dalam sidang Dewan Rakyat


(function() { var d = document, w = window; w

TAZKIRAH UNTUK WALAUN BOD YANG DITIPU PIMPINAN PAS.

Hamdan Taha  Kes perjudian yang kecoh sekarang ini apabila mahfuz dapat jawapan bertulis dari menteri kewangan Ada pimpinan pas kata itu buk...